Perkongsian daripada seorang lelaki yang juga merupakan seorang suami ini harus dibaca dan difahami oleh pasangan suami isteri yang lain. Penulisannya cukup ringkas namun padat, bagaimana dirinya boleh cuba memahami situasi isterinya yang sibuk dan dengan sendirinya tidak kekok untuk melakukan pelbagai kerja rumah demi meringankan beban isterinya.
Nyata tanggungjawab dalam mengurus rumah tangga harus dipikul bersama dan bukannya meletakkan di atas bahu si isteri semata-mata. Apatah lagi jika isteri turut membantu suami menambahkan sumber pendapatan keluarga.
Untuk itu, baca artikel penuh yang ditulis oleh lelaki bernama Muhammad Hassan ini dan semoga memberi input dan impak positif dalam mengurus rumah tangga pada masa kini.
Saya cuba didik diri sendiri, jika balik kerja isteri tidak hidangkan air atau lambat masak untuk sedangkan saya lapar, saya akan cuba kedapor buat air sendiri dan pelawa isteri nak minum air apa atau makan apa, saya akan cuba sediakan. Kadang-kadang kita(suami) juga perlu memahami keadaan isteri lebih-lebih lagi isteri yang bekerjaya dan mempunyai anak kecil.
Mereka bukanlah malas untuk sediakan semua itu setiap hari. Ada yang dah kahwin 10 -15 tahun, suasana akan banyak berubah. Anak mungkin 3 atau 5. 5 orang anak 5 ragam. saya adik beradik 12 orang, pasti ragamnya tidak sama. bayangkan kalau 5 orang semuanya masih kecil. 2 serang diruang tamu, 2 lagi serang di bahagian dapor, 1 lagi jadi sniper dalam bilik mak ayah,saya sudah boleh bayangkan keadaan seorang ibu ketika itu.
Kadang-kadang kita suami tidak perlu buat apa-apa lagi hatta ubat gigi tidak payah lagi picit, langsung gosok gigi sahaja. Sekarang mungkin isteri terlalu penat dengan kerja rumah, lagi penat jika isteri bekerjaya, balik rumah langsung perlu buat apa yang patut untuk suami dan anak-anak.
Ads
Hari ini Saya didik diri saya bukan lagi untuk isteri perlu memahami kehendak saya, sebaliknya saya perlu berusaha untuk memahami apa yang dapat mengurangkan beban isteri. Masak, sediakan air, menyapu, mop lantai, kemaskan katil, basuh baju, bukan lagi tugas wajib isteri, sebaliknya saya perlu faham itu juga tanggungjawab saya.
Ads
Salah satu keretakan rumahtangga adalah disebabkan masing-masing tidak mahu memahami pasangan, masing-masing cuba untuk pasangan memahami kehendak diri sendiri. Sebenarnya ini salah,ini punca keluarga tidak bahagia. Saya dan kita semua perlu berubah, perlu berusaha memahami pasangan, memahami dalam hal yang positif dan tidak bertentangan dengan ugama. Letak jiwa pasangan dalam jiwa kita. Sebagaimana awal berkenalan dahulu.
“Mana air? aku balik penat2 dari kerja kau tak faham ke ? masak pun Lambat!”
Saya slalu dapat PM begini, suami balik kerja marah isteri, lepas marah , pukul , langsung keluar rumah cari kawan. Ini salah , cukup salah. Kita perlu faham kenapa lambat masak, kenapa lambat sediakan air. Cuba satu hari ‘mengintip’ isteri dirumah. Apa dia buat dari pagi sampai petang. Jika anak sorang mungkin boleh terima, jika anak 5?. Ada kita pergi dapor tengok keperluan untuk memasak? Ikan, ayam, sayuran dan barang2 lain. Ini cukup salah jika saya tidak belajar bagi masa untuk ke dapor tengok apa perlu dibeli, bukan tunggu isteri yang senaraikan.
Ads
Masalah perut jangan jadikan satu isu besar, kadang-kadang lucu jika suami isteri bergaduh sebab lambat masak, lambat hantar air. Yang kita kena ‘gaduh’ kenapa hari ini tidak solat dhuha, kenapa abang hari ini tidak solat berjemaah di masjid, kenapa hari ini isteri tidak tutup aurat dengan sempurna dan banyak lagi kita perlu ‘gaduh’ dalam hal yang lebih besar terutama tentang akhirat.
kata orang lama, “suami isteri perlu ‘gaduh’ , sebagaimana lidah lagikan tergigit, tetapi ‘tergigit’ jangan sampai jadi ulcer, lambat nak baik nanti, perlu jumpa doktor untuk rawat.
BERSYUKURLAH PUNYAI PASANGAN YANG SANGAT MENGHARGAI KITA.
-EncikMatt-
Selepas melahirkan anak pertamanya pada 15 Disember lalu, pelakon cantik, Intan Najuwa meluahkan hasratnya untuk memiliki bayi lelaki pula.
Intan berkongsi hasrat itu menerusi sesi siaran langsung di platform TikTok, baru-baru ini.
Aktres berusia 27 tahun itu berkata, dia tidak serik untuk melalui sekali lagi proses bersalin meskipun pada awalnya pernah berjanji tidak mahu melaluinya lagi.
“Sebenarnya saya pernah cakap yang saya tak mahu beranak lagi, tetapi sekarang saya sudah okay jadi rasanya boleh lagi (hamil).
“Saya nak lagi seorang, kalau boleh nak anak lelaki,” katanya.
Tambah Intan lagi, selepas pulih bersalin dia kini sudah mula menyimpan hasrat untuk memiliki anak lelaki pula.
“Semasa keluar dari bilik pembedahan dulu saya dah berjanji dengan diri sendiri, tak nak beranak lagi dan berkata kepada suami, ‘sayang, saya tak nak lalui dah, sakit kena spinal lima kali.’
“Lepas dah hilang sakit, nak baby boy lah lagi satu..last.
“Itulah perempuan tak serik-serik, sebab dah lupa sakit macam mana,” katanya lagi.
Terdahulu, pelakon cantik ini melahirkan cahaya mata sulungnya yang merupakan seorang bayi perempuan yang diberi nama, Imane Lunara.
Sekadar info, Intan Najuwa mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bawang putih memang menjadi bahan utama dalam sesuatu masakan. Tidak hanya sekadar penyedap makanan, ada sebabnya mengapa orang Cina cukup gemarkan bawang putih dalam makanan mereka.
Khasiat berganda yang tersimpan dalam bawang inilah yang menjadi penyebab utama pilihan mereka. Bawang putih mengandungi bahan yang dinamakan sebagai allisin. Bahan inilah yang bertindak baik untuk merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis masalah dalam tubuh.
Menariknya, tak hanya dalam rawatan moden, kebanyakan petua tradisional juga banyak menggunakan bawang putih. Ini membuktikan petua menggunakan bahan ini terbukti berkesan!
#Pulihkan Cirit Birit
Kupas 2 ulas bawang putih kemudian rebus bersama segelas air. Biarkan sejuk seketika dan minum air rebusannya sebelum makan. Lakukan tiga kali sehari hingga cirit birit makin sembuh.
#Atasi Batuk Selsema Anak
Bakar bawang putih tanpa membuang kulitnya. Kemudian kupas kulitnya dan masukkan ke dalam bekas yang diisikan minyak masak. Sapukan pada dada, kaki dan belakang badan anak.
#Pulihkan Sakit Tumit
Bakar tiga ulas bawang putih tanpa membuang kulitnya. Apabila sejuk, makanlah dan amalkan hingga kaki pulih. Pastikan ia dilakukan ketika waktu pagi dan ketika perut masih kosong.
# Masalah Pencernaan
Rebus dua ulas bawang putih dalam air yang panas dan biarkan selama 10 minit. Apabila sejuk terus sahaja diminum. Amalkan dua kali sehari dan rasakan perbezaannya.
#Telinga Bernanah
Tumbuk lumat bawang putih, perah airnya dan titiskan ke dalam telinga.
Kelebihan Dan Khasiat Bawang Putih
1. Bawang putih mempunyai ciri-ciri antibakteria, anti virus, anti barah dan mencegah sakit jantung.
2. Bawang putih mempunyai dua mineral pelindung iaitu selenium dan germanium yang baik untuk kesihatan.
3. Bawang putih boleh menipiskan platlet darah dan berupaya menghalang pengumpulan darah yang boleh menyebabkan sakit jantung.
4. Kandungan allicin boleh mencegah tumor kerana bahan ini mampu menyekat sel tumor.
5. Digunakan sebagai ubat darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis kerana merangsang pengeluaran peluh.
6. Turut berfungsi mengeluarkan angin dalam perut dan menyingkirkan cacing yang terdapat di dalam perut dan usus.
Tip sihat
Tips mudah hilangkan batuk dalam 1 hari sahaja dengan bawang putih dan madu ini dikongsikan oleh Azliza Talib di facebooknya atau ig: @ivlizzbeauty
Bahan
Madu
Bawang putih
Cara membuat:
– 3 – 4 ulas bawang putih yang dikupas dan dicincang halus.
– 1 cawan madu
– Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan madu
– 1 cawan madu dan bawang yang dicampur ditutup dan disimpan 3 jam sebelum dimakan.
– Selepas 3 jam boleh dimakan 1 sudu teh setiap 1 jam.
Manfaat bawang putih untuk batuk :
– Bawang putih mempunyai kandungan zat anti mikroba, antibakteri, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.
– Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria yang berbahaya, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memahami tugas dan bebanan yang ditanggung oleh pasangan bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap mudah.
Umumnya, jika kita dapat rasakan kepayahan yang dijalani oleh pasangan sepanjang hari ditempat kerja, pasti membuatkan seseorang itu lebih menghargai pengorbanan pasangan dalam mencari rezeki.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh suami ini yang berkahwin dengan seorang jururawat.
Saya tahu kerja jururawat ni sangat penat dan stress. Maklum la, isteri seorang jururawat.
Sebab itu sebagai suami saya cuba sedaya upaya untuk tidak menambah lagi penat dan stress isteri. Saya nasihat semua pasangan jururawat pun begitu.
Kadang-kadang kasihan juga bila isteri selalu hantar meseg dari tempat kerja “Abg nanti tolong belikan makanan”
Rupanya seharian di tempat kerja tak sempat makan pun. Bila di tanya waktu rehat macam mana, “Jururawat mana ada waktu rehat”, balas isteri. Bawa bekal, tapi bekal tu bawa semula balik ke rumah. Itu pun ada.
Mulanya tak faham juga kerja tak ada masa rehat ni tapi bila fikir fikir balik, orang sakit mana ada waktu waktu tertentu, time nak sakit dia sakit je. Tambahan pula isteri saya bukan jaga orang dewasa, tapi dia jaga bayi yang sakit. Lagi la tak ada masa nak rehat.
“Tak apa sayang, dekat rumah berehat la sepuasnya. Anak-anak jangan risau abg boleh handle”
Dalam whatsapp lagi saya dah hantar pesanan begini supaya isteri tahu bahawa saya faham penatnya pekerjaan dia.
Tempat kerja macam orang kerja pejabat indoor je tapi cara bekerja jauh berbeza macam buat kerja outdoor. Baju yang putih tu kalau tak ada kesan kotoran jangan cakap kerja jururawat. Tak mungkin boleh bersih kalau dah buat kerja.
Setiap kali masa nak masuk baju dalam mesin basuh saya akan tatap baju kerja isteri saya ni. Ada kesan pen, darah, kari, dan macam macam lagi kesan kotoran yang saya pun tak tahu kesan apa tu.
Pertama kali saya tengok wad yang bersusun dengan bayi. Semua sakit. Sorang kena jaga berpuluh bayi yang sakit. Aduh, pening kalau sorang menangis, semua ikut menangis. Dalam hati saya kata, anak sorang menangis kat rumah pun dah stress inikan pula berpuluh bayi menangis. Double triple stress rasanya.
Sepanjang masa bekerja tak ada masa nak duduk langsung, tambahan pula kalau ada case baru mula la berlari ke sana ke sini nak selamatkan nyawa.
Bila kerja selamatkan nyawa ni ia tak habis kat tempat kerja je, kerja tu pasti akan ikut sampai ke rumah. Selalu juga orang hospital telefon waktu isteri sedang bercuti. Tanya itu la, tanya ini la. Paling menyedihkan bila ada yang telefon bagitahu bayi yang dia jaga meninggal. Sedih bila dengar isteri cerita kisah bayi tu.
Kalau ini berlaku saya akan berhenti semua kerja. Saya akan tadahkan bahu untuk isteri sandar dan lapangkan masa untuk mendengar segala luahan hati dia. Apa yang boleh buat dia tenang itu la yang saya akan buat. Ego dan selfish tolak ke tepi. Isteri keutamaan.
Sesungguhnya, jururawat bukan wanita biasa tapi mereka wanita banyak jasa kerana setiap hari mereka merawat orang yang tak di kenali sedangkan diri sendiri di biar tanpa rawat.