Peranan seorang suami dalam membahagiakan isteri adalah perlu ada supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai.
Dalam hal yang demikian, suami perlu tahu tanggungjawab yang dipikul sebagai ketua keluarga.
Tidak dinafikan, memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati.
Sebegitulah yang dikongsi oleh saudara Abu Hurairah Asifa untuk membahagiakan pasangan sekali gus membentuk keluarga bahagia.
Semasa anak pertama lahir, saya tiada disisi isteri. Sebab masa tu saya roadtour show asia. Termasuk Indonesia dan Brunei.
Maka, sepanjang kehamilan isteri saya seorang sahaja mengharunginya. Tanpa saya. Dan saya memang kosong habis bab isteri mengandung ni.
Saya tak tahu apa yang dia lalui. Saya tak tahu apa yang dia rasai. Saya tak ambil kisah apa yang sedang di hadapi. Yang saya tahu, nanti dia bersalinlah. Simple!
Dan, akhirnya pada jam 4.30 pagi hospital telefon mengatakan bahawa anak pertama saya selamat dilahirkan oleh isteri. Saya yang masih mengantuk baru balik show menjawab biasa.
“Ok!” Kemudian tidur semula.
Kemudian jam 7.00 pagi isteri telefon.
Ads
“Abang, abang kat mana? Saya sakit. Sakit sangat”
“Ada kat rumah ni. Saya datang jap lagi. Alah, sabarlah. Sikit je tu”
Dan, bila saya sampai je kat hospital, saya lihat ada jururawat tengah bawa seorang bayi, betul-betul tepi saya. Putih melepak. Bibir merah. Comel sangat. Masa tu saya terbayang, kalaulah anak aku macam ni kan.
Saya terus dapatkan isteri. Isteri salam dan peluk dengan kuat. Menangis tak berhenti.
“Assalamualaikum tuan puan. Ini bayinya. Comel!”
Kami pun pandang bayi itu. Ya Allah, itulah bayi yang saya pandang tadi. Rupanya, anak kami.
Sepanjang hari itu, itulah pertama kali saya rasakan satu perasaan yang lain. Yang tak saya rasa sebelum ni.
Ads
Dengar isteri bercerita saat dia bersalin, berlinangan airmata ini jatuh kerana betapa hebatnya seorang wanitu melahirkan. Betapa kuatnya menghadapi ini berseorang.
Saya minta maaf pada isteri, atas sikap saya yang begitu. Ya, saya belajar tentang perasaan ini daripada kelahiran pertama kami.
Bila saya pulang, saya tiba-tiba rindu pada anak kami. Rindu pada isteri. Bila waktu melawat, saya yang sampai dulu.
Masa tu guna handphone tiada kamera. Saya pergi kedai beli kamera digital. Saya snap gambar anak dan isteri beribu kali. Bila rindu saya lihat gambar mereka.
Suami adalah seorang lelaki. Jika dia hanya seorang lelaki, dia adalah hanya sekadar kayu yang tegak berdiri.
Namun, saat dia menjadi suami, kayu yang kaku itu akan bergerak mengikut angin yang dibadai anak isteri. Kayu itu akan di hiasi ranting dan bunga hasil dari corak dan warna dari anak isteri.
Ads
Kalau kita menjadi suami, dan kekal menjadi kayu yang kaku dan tak berseri, percayalah kita lah punca kepada rosaknya hati dan jiwa isteri.
Kita ego dengan sikap kita.
Kita keras dengan pendirian yang entah apa-apa.
Kita sepohon kayu yang tak merimbun. Yang tak bermanfaat.
Jadilah suami yang belajar membawa rasa dalam rumahtangga. Yang memandang dan melihat anak isteri itu berbeza. Yang kuat dan selalu berdoa pada Tuhannya.
Pasti, rumahtangga kita akan sangat disenangi dan disukai Allah dan orang-orang yang melihatnya nanti.
Syurga rumahtangga, bermula dari seorang lelaki yang bernama suami dan isteri.
Membaca kisah selebriti Elyana yang kental melawan penyakit kanser cukup menyentuh hati. Bahkan semangatnya yang kuat dan tidak kenal erti putus asa sehingga disahkan bebas dari penyakit tersebut cukup dikagumi ramai.
Bukan sahaja pelantun lagu Diriku Tapak Sulaiman, bahkan suaminya, Khairul yang sentiasa di sisi menjadi inspirasi buat semua. Rata-rata memuji akan pengorbanan Elyana serta suami selama 10 tahun mengharungi dugaan tersebut.
Bukan calang-calang orang yang mampu bertahan apatah lagi terpaksa melawan penyakit yang cukup digeruni ramai. Namun pasangan ini membuktikan tiada yang mustahil jika sudah ditetapkan oleh Sang Pencipta.
Dalam satu perkongsian menerusi Media Hiburan baru-baru ini, Khairul mengakui, segala yang dilakukan adalah kerana terlalu sayangkan Elyana. Malah, itu adalah janjinya yang diungkapkan ketika akad nikah mereka dahulu yang mana akan terus menyayangi isterinya itu.
Sementelah dalam hidupnya cuma ada Elyana dan anak-anak sahaja memandangkan kedua ibu bapanya juga sudah tiada.
Mendengar ucapan suaminya yang tulus itu membuatkan Elyana yang berada disisi tersenyum bahagia. Apa lagi yang diperlukan oleh seorang isteri selain daripada kasih sayang dan perhatian daripada seorang bernama suami.
Sentuhan dan urutan dari seorang ibu kepada seorang anak sebenarnya dapat memberikan rasa ketenangan dan keselesaan. Mungkin sesetengah antara kita biasa memberi urutan ringkas pada anak-anak ketika mereka bayi, namun bila sudah bersekolah terasa janggal pula untuk lakukan urutan tersebut.
Sedangkan anak-anak yang sedang aktif ini sering terasa letih, lenguh badan dan ada kalanya mengalami stress. Bayangkan jika anda lakukan urutan, pastinya akan dapat melegakan dan sekali gus cara ini juga adalah satu bentuk bonding time istimewa antara ibu dan anak.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Cik Oya terhadap anaknya dan turut dikongsikan beberapa teknik urutan untuk info bersama.
Emak cik oya pandai mengurut tapi urut untuk anak-anak sahaja. Mungkin mewarisi sedikit kelebihan dari emak. Cik oya mula melatih diri mengurut anak-anak pula.
Sekarang sudah menjadi tabiat. Selepas urut sahaja bisik di telinga mereka untuk mandi dan bersiap ke sekolah. Terus bangun seperti di pukau.haha. Pukauan ibu.
Selalu selepas solat subuh cik oya urut dia orang. Ini bukan teknik pakar. Urutan ini adalah urutan sentuhan atau aura positive ibu kepada anak-anak.
Sediakan DOA mudah ini sewaktu urutan.
Al-Fatihah Ayat Kursi
Sepanjang urutan kalian baca dan sembur pada badan anak-anak.
Jika anak-anak jatuh, sakit badan atau sebagainya. Urut dan sembur pada bahagian yang sakit. In shaa Allah. DOA ibu akan menyembuhkan anak.
Kalian tidak perlu melakukan semua teknik dalam satu masa. Apa yang perlu adalah konsistansi pada setiap hari dan pagi.
Cara dan teknik ada disetiap gambar. Mohon baca sebelum praktikkannya.
Ini urutan dada dan Perut
Ini urutan dada dan Perut.Menghantar positif aura kepada anak-anak akan melahirkan kecergasan. Kesihatan mereka juga terbukti sihat berbanding kanak-kanak yang kurang sentuhan dari ibu dan bapa.
Menghantar positif aura kepada anak-anak akan melahirkan kecergasan. Kesihatan mereka juga terbukti sihat berbanding kanak-kanak yang kurang sentuhan dari ibu dan bapa.
“Jika Masih Hidup, Umurnya Sudah 42 tahun.” 23 Tahun Pemergian Arwah Along Spoon, Kronologi Kisah Tragis Ini Meruntun Jiwa
Untuk melupakan sesuatu perkara bukan sesuatu yang mudah. Lebih lagi apabila kehilangan orang tersayang.
Bagi ibu bapa pula, pemergian anak tersayang sudah tentu menjadi duka yang tiada penghujungnya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ibu ayah mana yang tidak sedih apabila anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh pergi menemui Ilahi. Lebih menyedihkan apabila pemergiannya dengan cara yang sungguh tragis
Namun sebagai hamba-Nya, kita harus tahu bahawa tidak ada satu pun di atas muka bumi ini yang kekal abadi.
Ini kerana setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Sejauh mana pun kita melarikan diri daripada kematian, ia tetap akan mengekori kita.
Firman Allah di dalam Surah Al-Jumu’ah ayat 8: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu ingin larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).”
TAHUN KE 23 ALONG SPOON MENINGGAL DUNIA
Sesungguhnya kematian itu dekat dengan kita. Mengimbau kisah pembunuhan kejam Along Spoon atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie membuatkan ramai yang meruntun jiwa.
Vokalis kumpulan Spoon yang ketika itu popular dengan lagu “Rindu Serindu Rindunya”, tak dinafikan ini antara lagu yang paling hit ketika itu. Bagi yang lahir dan membesar pada era 80 dan 90an, pasti kenal dengan kumpulan ini.
Kes ini mengambil masa 10 tahun untuk menyelesaikan misteri pembunuhan Along, keputusan mahkamah akhirnya menetapkan suspek yang juga seorang anggota polis itu menerima hukuman gantung sampai mati.
Antara lirik lagu Rindu Serindu-rindunya – Spoon
Rindu … rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti oh…oh
Pilu … pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli
Malu … semalu malunya
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu … semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci
“Jika masih hidup, umurnya sudah 42 tahun. Banyak kenangan yang tidak bisa ku lupakan bersama Along. Seorang insan yang sangat baik hati dan hormat orang tua. Tiap kali bertemu Along akan mencium tanganku tanda hormat. Walau umur begitu berbeda tapi aku amat senang sekali mempunyai teman seperti ini. Semoga tenang di Sana. Al Fatihah buatmu Along. Airmata ku terus menitis ketika ini…. Ya Allah Kau tempatkan Along bersama orang beriman dan para anbiya’.”- Pakcu Azhar Omar
Kepada yang belum pernah mengikuti kejadian itu, menerusi perkongsian seorang peguam , Sir Kamarul menceritakan kejadian pembunuhan tersebut.
5 Disember 1999, Along (mangsa) telah menaiki sebuah teksi bersama seorang anggota polis Lans Koperal Mohamed Ya’cob (suspek) menuju ke sebuah kawasan sunyi di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembila
Arwah Along telah menjadi mangsa pembunuhan kejam, dia dibunuh di lereng bukit Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang – Genting Peras, Jelebu Negeri Sembilan. Foto – Harian Metro
“Mayat dia, saya isikan dalam guni telah saya campakkan tepi jalan dan saya setuju untuk tunjukkan tempat itu”, ujar suspek.
KRONOLOGI PEMBUNUHAN ALONG SPOON
1. 25 Disember 1999 – Along Spoon berusia 19 tahun dilaporan hilang.
2. 6 Januari 2000 – Selepas 10 hari hilang, pihak polis menemui mayat mangsa dalam sekarung guni di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan.
3. 7 Januari 2000 – Seorang anggota polis, Lans Koperal Mohamed Ya’cob ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Along Spoon.
4. 19 Januari 2000 – Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh mangsa.
5. 10 April 2002 – Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhi hukuman mati selepas mendapati suspek bersalah sepenuhnya dalam kejadian pembunuhan ini.
6. 29 September 2009 – Suspek membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan hukuman mati terhadapnya.
7. 2 November 2010 – Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan hukuman mati ke atas suspek yang diputuskan oleh Mahkamah Seremban pada 10 April 2002.
Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh