Rumahtangga yang bahagia pastinya idaman semua pasangan suami isteri.
Namun pastinya ada cabaran yang ditempuhi. Saling berbincang dengan pasangan antara cara untuk kekalkan keharmonian rumahtangga.
Begitulah perkongsian yang dipaparkan ini. Apabila pasangan yang tiada komunikasi dan berbincang secara telus boleh menjejaskan hubungan suami isteri. Malah ada yang membawa kepada penceraian!
Kisah sepasang suami isteri ini harus dijadikan iktibar apabila suami terpaksa berhutang demi kepuasan isteri.
Akhirnya, keluarga berkenaan telah hadapi masalah kewangan hingga isteri menuntut cerai!
_____________________
ISTERI TUNTUT CERAI
Seorang lelaki hadir untuk mendapatkan khidmat nasihat. Di tangannya kemas menggenggam segulung kertas. Mungkin itu surat saman. Tak tahulah apa kesnya.
Setelah selesai prosedur di kaunter, beliau dibawa masuk ke bilik khidmat nasihat. Di sana suasana tenteram. Ditemani sebuah meja, kerusi dan sekotak tisu.
Saya rangkul buku catatan dan beberapa akta dan enakmen berkaitan. Biar ada rujukan. Mana tahu tengah sesi nanti saya perlukan.
Bilik khidmat nasihat saya masuk dan memberi salam. Lelaki ini menjawab salam saya. Kepalanya sedang tunduk. Matanya berkaca. Melihat saya beliau bangun dan menghulurkan salam.
“Waalaikumsalam. Eh takpa encik. Duduklah”
Mata yang berkaca tadi dilap semahu mahunya. Mungkin malu seorang lelaki menangis. Ya. Memang ramai lelaki yang hadir. Jarang yang menangis. Rata rata memang pandai cover.
“Ustaz, tolong saya..”
Suara lelaki ini lemah. Mukanya keruh. Rambutnya kusut. Tangannya kuning. Pelik juga saya. Dia buat apa sampai kuning begitu.
“InsyAllah, saya akan tolong. Sekejap ya”
Saya salin semua maklumatnya dalam buku catatan. Catatan ini amat penting bagi orang yang pelupa seperti saya. Nanti kalau dia datang lagi tak perlu saya soal lagi. Pengalaman mengajar saya begitu.
Setelah selesai. Saya meneliti borang khidmat nasihat yang lelaki ini isi. Didalamnya, beliau tanda permohonan khidmat nasihat bagi kes “Permohonan Cerai”. Seksyen 47. Ohh.
Ads
“Ustaz, isteri saya tuntut cerai. Saya masih sayangkan dia dan anak anak. Anak kami lima orang. Yang paling bongsu baru setahun. Saya tak dapat bayangkan hidup saya tanpa isteri dan anak anak. Ustaz, tolong saya..”
Saya dah agak. Tepat sangkaan saya. Segulung kertas yang digenggam tadi sememangnya saman dan permohonan cerai. Turut disertakan iqrar dari si isteri.
Lalu dokumen itu saya minta darinya dan saya teliti. Sebaris demi sebaris borang Jawi 6 dan ikrar sang isteri.
MASALAH KEWANGAN KERAP BUAT PINJAMAN
Lalu fahamlah saya, isterinya menuntut perceraian atas faktor tidak sefahaman. Di dalam ikrar dijelaskan panjang lebar. Semuanya berpunca dari nafkah yang tidak mencukupi. Untuk mendapat kepastian, saya bertanya adakah benar dakwaan isteri tersebut.
“Betul ustaz. Saya memang akui. Sejak setahun yang lalu saya tak dapat sempurnakan nafkah kepada isteri. Tapi bukan saya sengaja. Setiap bulan gaji saya negatif”
Lalu saya teliti slip gaji lelaki ini. Ya Rabbi. Baki gajinya tak sampai empat angka. Anak 5 orang tu. Tinggal pula di bandar. Memang bukan setakat sangkut lagi. Tenggelam dah.
“Encik, kenapa sikit sangat baki gaji ni?kenapa banyak tolak? Loan apa yang encik buat ni?”
“Ustaz, semua anak saya bersalin di hospital swasta. Itu memang kehendak isteri. Saya tak cukup duit, tapi saya ikutkan sahaja kehendak dia. Sebab itu saya buat loan peribadi kat bank setiap kali isteri mengandung. Puas dah overlap.
Lepas tak boleh pusing, saya pinjam lagi kat koperasi. Duit kawan kawan pun banyak yang saya pinjam untuk beli barang dapur, susu, pampers semua. Masuk anak kelima ni pun saya pinjam lagi. Last last saya tak dapat pusing, saya pinjam ahlong. Saya memang tak dapat bayar. Hari hari diorang cari saya. Isteri saya tak tahan dan salahkan saya. Sebab itu dia tuntut cerai ni.. Ustaz tolong saya. Saya tak nak bercerai”
Kali ini lelaki ini tidak malu lagi. Air mata yang ditahan tahan dari tadi melimpah akhirnya membasahi pipi. Di saat ini kotak tisu yang bisu tadi amatlah membantu.
Ads
Allahu.
Saya tak tahu samada ceritanya itu benar atau tidak. Tetapi sebagai manusia biasa saya tetap simpati kepadanya.
“Beginilah encik. Kes ini baru peringkat sebutan pertama. Mahkamah akan tanya encik dahulu. Sekiranya encik tak setuju cerai, kes ini akan diteruskan dengan Jawatankuasa Pendamai di jabatan agama, kemudian jika tak selesai juga kes ini akan dibawa kepada Hakam keluarga. Tak selesai juga, Hakam kuasa penuh.”
Saya terangkan step by step Seksyen 47 dan 48 Akta Undang Undang Keluarga kepadanya. Bermula dari jawatankuasa pendamai hinggalah kepada lantikan hakam berkuasa penuh. Semuanya ikut prosedur.
MASIH SAYANG RUMAHTANGGA
Air mata mula dikesat. Lelaki ini mencatat step step prosedur yang saya terangkan. Dari jawatannya saya tahu. Lelaki ini bukan calang calang orang. Bijak. Tetapi bila tiba masalah rumahtangga begini, tak katalah. Siapapun akan buntu.
“Encik, masalah apapun yang kita hadapi pasti ada jalan penyelesaian. Sabar ya. Cubalah bincang elok elok dengan isteri. Mana tahu dia tertekan. Tak kata kat dialah, siapa yang tak tertekan kalau ahlong asyik datang rumah” saya memujuknya.
Lelaki ini terus lap air matanya. Tisu yang basah dipegangnya tadi mula menguning. Pelik saya.
“Encik, maaflah saya nak tanya, kenapa dengan tangan tu? Pasaipa kuning”
“Ohh, begini ustaz. Isteri saya dah keluar rumah dengan anak anak semua. Dia balik rumak mak ayah dia. Saya dok sensoranglah kat rumah tu. Jadi saya kononnya nak masaklah sebab jimat sikit. Dah gaul ikan dengan kunyit.
Ads
Tiba tiba ada orang ketuk pintu rumah. Saya basuh tangan lebih kurang sajalah. Bukak pintu ada sorang hantar surat ni ha. Minta saya sign.
Lepas baca surat ni saya terus hilang lapar. Sedih saya. Terus tak jadi makan. Call member dia suruh datang khidmat nasihat kat sini”
Allahu. Begitu kisahnya.
Selesai sesi khidmat nasihat. Lalu lelaki ini meninggalkan saya dengan sekuntum senyuman kelat. Sempat menitipkan ucapan terima kasih.
Saya tak tahu apa kesudahannya di Mahkamah. Saya juga tak tahu cerita sebenar apa yang berlaku antara mereka. Namun saya dapat belajar dua perkara.
KENA TAHU PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA
Pengurusan kewangan dan komunikasi suami isteri.
Ya. Itu key pointnya. Jika kita tak mampu, buatlah cara tak mampu. Jangan ikut trend orang.
Berbincanglah dengan pasangan terutama berkaitan pengurusan kewangan. Percayalah, ramai kini yang terjerat dengan hutang. Menyebabkan gaji mereka negatif setiap bulan.
Buat anda yang mempunyai sebarang masalah perundangan yang memerlukan nasihat, sila berhubung dengan kami di JBG. Untuk melayakkan anda mendapat bantuan guaman, anda mestilah:
●Warganegara Malaysia ; dan
●Bagi bantuan guaman dalam kes mahkamah anda mestilah :
✔️ Memenuhi kriteria yang ditetapkan
✔️ Lulus ujian kemampuan (sumber kewangan tidak melebihi RM50, 000.00 setahun); dan
✔️Mempunyai kes yang bermerit
Semoga tulisan ini memberi pengajaran buat kita semua.
Sekian wassalam.
Sumber: Anas Jamaluddin,
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cepat betul masa berlalu, terasa baru semalam ada antara kita menghantar anak-anak ke sokolah tadika dan tidak sangka hanya berbaki beberapa minggu lagi anak-anak ini akan melangkah ke darjah satu pula.
Sebagai ibu bapa, sudah bersediakah anda untuk melepaskan anak jagaan anda untuk memasuki alam persekolahan? Begitu juga jika ditanya tentang persiapan kita untuk memastikan anak selesa dan biasa di minggu-minggu pertama persekolahan.
Jika masih ragu apa yang perlu dibuat, perkongsian posting fb daripada seorang cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Asmadi Samad ini boleh dijadikan panduan.
1. Tuliskan nama bagi setiap barangan peribadi anak-anak terutama barangan berikut:
– Kasut sekolah
– Alat tulis seperti pensil, pembaris, gam dan pensil warna
– Botol air dan bekas makanan.
– Dompet atau beg menyimpan wang saku.
Nama perlu ditulis untuk memastikan barang-barang ini dapat bertahan lama, tidak hilang atau tertukar dengan murid-murid lain. Ia juga membolehkan barangan ini ditemui semula jika hilang.
2. Latih anak-anak menggunakan dompet untuk menyimpan wang saku. Murid-murid sering tercicir wang saku di sekolah. Murid sekolah rendah adalah sangat jujur. Mereka akan menyerahkan dompet atau wang yang dijumpai kepada guru-guru. Lebih mudah untuk mengesan pemilik dompet yang ditemui berbanding wang yang ditemui begitu sahaja tanpa diisi di dalam dompet.
3. Latih anak-anak mmemberanikan diri meminta izin untuk ke ke tandas. Beri contoh ayat yang jelas dan ringkas kepada mereka contohnya,
“Cikgu, nak pergi tandas” atau “Cikgu, nak kencing”.
4. Latih anak-anak mengurus diri sewaktu ke tandas. Untuk anak lelaki pastikan mereka boleh membuka tali pinggang sendiri dan memasangnya semula. Berhati-hati bila memakaikan tali pinggang kepada mereka. Jangan terlalu ketat sehingga mereka tak mampu membukanya sendiri. Selalu juga berlaku anak lelaki terbuang air di dalam seluar kerana gagal membuka tali pinggang yang diikat terlalu kemas.
Yang ni agak ‘sensored’. Tapi sangat perlu dititikberatkan untuk mengelakkan kecederaan. Tapi lupa nak bagitahu semasa taklimat tadi. Anak-anak lelaki perlu dibiasakan memakai seluar dalam dan berhati-hati dengan zip seluar. Kerap kali kecederaan berlaku pada bahagian sulit mereka kerana tidak berhati-hati sewaktu menutup zip seluar. Kecederaan boleh diminimakan dengan memakai seluar dalam.
5. Pastikan anak anda menyimpan nombor telefon anda dan pasangan anda untuk dihubungi. Nombor telefon tersebut boleh di tulis pada beg sekolah atau disimpan dalam dompet anak-anak. Tulis nama penuh anak dan nombor telefon untuk dihubungi pada beg sekolah anak-anak. Ini kerana pada awal-awal musim persekolahan seringkali juga berlaku beg sekolah ditinggal di merata-rata tempat terutama di kawasan menunggu. Ia juga membantu para guru menghubungi ibubapa sekiranya berlaku kecemasan di luar waktu pejabat.
Semoga perkara di atas dapat membantu rakan-rakan sekalian mempersiapkan anak-anak untuk menempuh alam baru dalam siri perkembangan kehidupan mereka. Dan kita jadikan alam persekolahan sebagai fasa yang paling bermakna dalam kehidupan mereka.
Sumber : Asmadi Abdul Samad
XPDC Darjah 1.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila rumahtangga kemas dan bersih, munculnya kebahagiannya. Suami pastinya gembira apabila melihat rumah sentiasa punya susun atur yang tenang. Kuncinya adalah daripada kerajinan seorang isteri. Ia termasuk kekemasan dalam bilik tidur dengan cadar yang pelbagai corak.
Namun, kegemaran isteri membeli pelbagai cadar memberi impak kepada masalah penstoran. Jika tidak tahu caranya, memang sukar untuk melipat dan mengemas kain cadar. Baca perkongsian hasil kreativiti puan Hani Mynis ini untuk menyimpan set kain cadar dengan teratur.
✅sediakan rumah masing-masing ✅labelkan ✅simpan mengikut kategori , ini kategori cadangan hani : selimut/ cadar/ cadar patchwork/ set comforter/ quilt and cover/ toto/ ekstra bantal/ ekstra sarung bantal. ✅semasa melipat cadar, simpan sekali dengan sarung bantalnya satu set. ✅tips beli cadar : Kadang2 bantal bilik tidur kita ada empat Tapi dalam satu set ada diberi dua sarung bantal (unless mmg kita beli set cadar dgn empat bantal lah ya haha) so masa beli set cadar tu beli sekali set sarung bantal sahaja yang plain sedondon dengan corak set cadar. Masa melipat cadar, simpan sekali set sarung bantal plain ni sebagai satu set ✅tips beli cadar patchwork : beli satu saiz lebih besar dari original kalau risau tak muat. Tp elok tanya penjual saiz dulu lah hehe ✅boleh belajar lipat cadar (fitted sheet) dengan betul (tengok kat gambar dan youtube) ✅gunakan beg vakum untuk menjimatkan ruang ✅cadar2 ni kalau ada ruang simpan di bilik masing-masing samada dalam laci bedside table. Kalau cadar untuk bilik anak simpan dalam bilik anak. ✅jangka hayat bantal sepatutnya ialah 3 tahun, lepas 3 tahun boleh consider tukar bantal baru, kecuali bantal busuk (haip, jangan sentuh haha) ✅sediakan sepasang bantal untuk tetamu (sudah memadai) ✅yang tanya apa keperluan untuk bilik tetamu: sepasang bantal, satu set cadar bersama sarung bantal dan selimut, sepasang tuala, kain batik dan pelikat, sejadah, telekung. ✅untuk yang tiada bilik khas utk tetamu macam hani: sediakan satu kotak/bakul khas simpan barang2 kat atas dan bila tetamu datang keluarkan shj bakul/kotak tu
Cara penyimpanan cadar
Sediakan rumah masing-masing dan label. Hani khaskan bahagian hani dalam almari utk simpan barang2 ini. Bahagian husband simpan beg bagasi
Cara nak simpan cadar patchwork/ cadar comforter dalam vaccum bag. Barang yang diperlukan ialah ✅vaccum bag ✅vacuum pump ✅storage box
Pertama Hani try masukkan dalam kotak ni, muat2 je. Dan tengok sikit lagi je space ada nak penuh hehe so kiranya muat satu set jelah ✅Lipat cadar patchwork ✅Pastikan sarung bantal masuk dalam lipatan ✅Pastikan saiz bila dah lipat muat-muat bekas.
Kedua Masukkan dalam beg vakum (beg ni boleh dipakai semula banyak kali. Beg nya guna sistem ala2 ziplock without the zip.
Boleh mulakan proses sedut udara dalam beg keluar guna pump. Tarik pump smpi habis ya
Boleh mulakan proses sedut udara dalam beg keluar guna pump. Tarik pump smpi habis ya.
Selepas hani guna beg vakum tu hani simpan dalam kotak ni. Banyak space kosong lagi dalam kotak ni. Boleh muatkan dua set cadar patchwork. Nak muatkan lebih bnyk, beli kotak saiz besar yang penting ada rumahnya.
Bila dah tutup nampak kemas sikit. Sbb tak nampk plastik bag vakum tu kan, sedap mata hani memandang.
Cara lipat cadar
Ni cara lipat cadar yang betul. Mula2 x biasa. Tp bila dah biasa lipat cmni mmg mudah sngt2 dah kemas semestinya.
Semoga bermanfaat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zaman sekarang ini semakin banyak penipuan yang terjadi di bengkel kereta. Situasi ini menyebabkan ada kerugian akibat tidak mempunyai ilmu berkaitan dengan bengkel kereta.
Nak tak nak meman kena ke bengkel untuk mengenal pasti kerosakan kenderaan. Namun kebanyakkan yang mudah kena tipu adalah kaum hawa.
Kerosakan yang kecil sahaja tetapi akhirnya bertukar jadi besar sehingga terpaksa membayar kos yang tinggi.
Bagaimana nak mengelak semua ni terjadi? Menerusi muat naik TikTok oleh Muadz Mustafha berkongsi cara-cara untuk mengelak ditipu ketika di bengkel.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.