Pengorbanan seorang isteri. Inilah contoh isteri dan ibu mithali yang sanggup berkorban segalanya demi yang tersayang. dek kerana tidak mahu mengganggu tumpuan sang suami yang sibuk sebagai orang nombor satu Negara, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sanggup menyembunyikan berita yang dirinya mempunyai kanser payudara.
Semalam Tun Hasmah berkongsi pengalamannya sebagai seorang ‘survivor’ kanser payudara dan telah menjalani rawatan penyakit berkenaan pada Mac lepas.
Beliau berkata doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan kecil pada kiri payudaranya setelah menjalani pemeriksaan mammogram dan rawatan biopsi di sebuah hospital di ibu negara.
Menurutnya, doktor mengesahkan beliau menghidap kanser payudara pada Mac lalu ketika usianya 92 tahun.
“(Ketika itu) apabila saya rasa tidak sedap, saya terus jumpa doktor. Dalam seminggu, saya disahkan mempunyai ketumbuhan kecil.
“Alhamdulillah ia (ketumbuhan) kecil, yang penting adalah jangan takut untuk melakukan pemeriksaan (kesihatan).
“Saya adalah survivor’ kanser payudara, bersyukur kerana melakukan pemeriksaan awal dan terus menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan seminggu kemudian.
“Sebelum itu saya buat sedikit kesilapan kerana tidak memaklumkan kepada suami membuat ujian berkenaan. Ketika itu Tun Mahathir sibuk dan beliau baru pulang dari luar negara atas urusan kerja.
Ads
“Saya hanya maklumkan kepada anak-anak, namun lima hari kemudian doktor pakar datang ke rumah memaklumkan keputusan ujian berkenaan.
“Tun terkejut tetapi dia sendiri sarankan buat pembedahan secepat mungkin. Syukur saya dapat ceritakan kepada anda mengenai kisah dan pengalaman ini.
“Saya ingat lagi hari Isnin dapat keputusan, selepas itu tunggu sampai hari Jumaat masuk wad, petang periksa lagi sekali nak sahkan betul-betul ada ketumbuhan di situ, Sabtu pagi saya masuk bilik bedah, petang selesai pembedahan dan keesokannya saya dibenarkan pulang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL Pink October) 2019 di Hospital Kuala Lumpur, hari ini.
Ads
Dr Siti Hasmah berkata rata-rata wanita takut untuk menjalani ujian saringan mengesan kanser payudara kerana stigma takut dan malu masih menebal selain kurang pengetahuan.
“Kanser payudara boleh berlaku pada sesiapa sahaja tidak kira umur daripada muda sehinggalah umur 90-an seperti saya.
“Jangan gadaikan nyawa kita kepada jenis kanser yang boleh dicegah sekiranya dapat dikesan dari awal, kerana lebih cepat dapat rawatan lagi cepat kita boleh sembuh.
“Pemeriksaan kesihatan itu merupakan satu tanggungjawab yang perlu diberi kepada diri kita yang masih sihat sebelum mahu menjaga orang lain,” katanya.
Ads
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa KL Pink October 2019, Dr Ros Suzanna Ahmad Bustamam berkata kempen yang bermula sejak semalam sehingga Sabtu ini menyasarkan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam di 10 kawasan Parlimen sekitar ibu kota.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu seramai 913 wanita disaring, 104 wanita masih mendapat pemeriksaan lanjut, sebahagian mereka masih dalam temu janji dan 27 rumah pesakit kanser telah dilawati.
“Bagaimanapun daripada jumlah itu, kurang 30 peratus wanita yang telah diberikan temu janji hadir ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut walaupun ditawarkan pengangkutan percuma dan ini sangat membimbangkan kami kerana mereka adalah berpotensi menghidap kanser,” katanya.
Beliau berkata bilangan kes pesakit kanser payudara meningkat setiap tahun dan 18 peratus daripada keseluruhan penyakit kanser adalah kanser payudara.
“Lebih malang apabila lebih 40 peratus daripada pesakit yang datang mendapatkan rawatan adalah pesakit pada peringkat ketiga dan keempat.
“Justeru, kempen ini bukan sahaja memastikan golongan sasar membuat saringan dan pemeriksaan tetapi juga menerapkan maklumat penting tentang penjagaan kesihatan, bantuan dan peranan agensi terlibat dalam membantu mereka meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara,” katanya.
Sumber: Bernama & Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Roti ini sering menjadi kegemaran ramai. Kalau lalu kawasan roti, baunya yang harum cukup membuka selera.
Waktu PKP begini, rugi kalau asyik beli sahaja. Lebih baik buat sendiri, jimat dan boleh dapat banyak. Puas lah anak-anak dapat makan nanti. Nak lagi seronok, ajak mereka buat bersama. Boleh belajar cara buat roti kan.
Cukup mudah dengan resipi yang dikongsikan oleh Puteri Rupawan. Sekali buat terus menjadi.
Try la buat mexican bun ni. InshaAllah menjadi, favorite semua orang kan. Saya sertakan resepi sekali.
Semoga berjaya
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi ibu-ibu yang tak tahu nak masak apa dengan daging yang ada di rumah, apa kata cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Tahrunnisah Jali ini.
Kak nisa dah cuba DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS hat duk viral sana sini tu..mashaallah tabarakallah mmg merecik bak hang… cuma knisa ada ubah sikit2 untuk sedapkan tekak ni… biasa kalau akak bakar daging utk BBQ mmg mcm ni la..tak perlu banyak bahan..cuma boleh tukar sos ikan tu ke kicap biasa kalau takde..selamat mencuba…
Resepinya Daging Bakar ‘Harimau Menangis’
resepi perapan daging inilah yang mmg saya selalu buat ..mashaallah mmg sedap sangat sesuai utk daging, dan ayam.
Bahan-bahan
2 kilo daging dipotong kecik atau suka hati tak kisah bahagian mana
5 sudu besar sos cili maggi
5 sudu besar sos tiram
6 sudu besar sos black pepper
6 sudu besar sos ikan/ kalau takde ganti ngan kicap biasa
1 1/2 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu gula
1 sudu kecil garam tak perlu banyak
1/2 cawan minyak masak
caranya
Campur kesemua bahan diatas kecuali minyak masak dlm 30 minit.
Kemudian baru tuang minyak masak dan gaul sebati dan perap lagi dlam 2 jam sedia utk dibakar
(#tujuan letak minyak masak utk bagi daging lembut n juicy)
bahan utk sos cili ala thai (hat ni resepi dr resepi viral tu) sos ni tak manis sangat tau ..masam2 manis pedas menyengat.
Bahan Sos
segenggam asam jawa*
1 cawan air suam* – campur keduanya hanya ambil air asam jawanya sahaja
3 sudu sos ikan
1 biji limau nipis
1 keping gula melaka ditumbuk halus
10 biji cili api tumbuk halus nak pedas boleh tambah lagi
8 biji bawang merah kecik dihiris nipis
beras di sangrai (digoreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
daun ketumbar dipotong halus
garam
caranya
Air asam jawa, sos ikan, gula melaka, cili api tumbuk, bawang merah, beras tumbuk dan daun ketumbar dicampur bersama dalam satu bekas.
Tambah sedikit air masak jika adunan nampak terlalu pekat.
Mencuba menu dan resipi baru sekali sekala menarik juga dilakukan. Apatah lagi, andai mencuba menu yang pernah viral pasti sedap rasanya.
Contohnya seperti resipi sotong masak ala Thai yang dikongsikan oleh Khaidijah Mamat ni, lihat gambar pun sudah nampak kesedapan rasanya.
Jom kita cuba dan nak masaknya pun cukup mudah!
Sotong Masak Ala Thai
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg sotong
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi
2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan
2. Tumbuk cili padi dan bawang besar, bawang putih hingga agak halus.
3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja di atas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.