Mendengarkan bacaan doa yang merdu selepas azan di TV cukup menginsafkan diri. Rasanya jika diingat-ingat audio tersebut, seakan dari kita kecil hingga kini kedengaran sama sahaja saban waktu. Bahkan tidak dinafikan disebabkan itu juga membuatkan kita mudah menghafal doa tersebut dengan ritma yang sama.

Pun begitu, mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah empunya ‘suara emas’ tersebut. Alangkah bertungnya dia dianugerahkan dengan kelebihan yang dimanfaatkan ke jalan Allah.

Curi Perhatian Di Tiktok & Twitter

Siapa sangka, tuan empunya badan mencuri perhatian di aplikasi TikTok baru-baru ini menerusi video yang dikongsikannya, Dato Tuan Asmawi Tuan Umar berbesar hati ‘belanja’ bacaan doa azan yang begitu sinonim kita dengar di TV secara live.

@tuanasmawi #doaazan #tv #rtm #rtmklik #tuanasmawi #fyp #fypシ ♬ original sound – tuanasmawi FDAM (K)

Meskipun usianya kini telah mencecah 47 tahun namun teknik dan alunan suara tiada bezanya seperti audio yang dirakam pada tahun 1997.

Selain di TikTok dahulu pernah juga sekali di Twitter, pemilik akaun @HermyRahim turut berkongsikan video bersama Dato Tuan Asmawi.

Menerusi video tersebut kelihatan seorang lelaki sedang memperkenalkan suara di sebalik pengumuman dalam Qatar Airways. Kemudiannya pemilik suara ema situ terus menyambung doa selepas azan. Apa yang nyata, kedengarannya sama betul seperti yang ditayangkan di TV.

Bukan Calang-Calang Orang

Malah untuk makluman bersama, anak jati Terengganu ini bukan calang-calang orangnya. Suara uniknya juga digunakan untuk projek tertentu oleh 8 negara Arab, termasuk  pengumuman di dalam di dalam pesawatantarabngsa Qatar Airways dan Malaysian Airlines (MAS)  suatu ketika dulu.

Siapa sangka bermula sebagai juruhebah sementara di RTM Terengganu, menjadikan bakatnya dikenali umum dan dengan anugerah tersebut kini sekali gus sentiasa dikenang umat Islam khususnya dalam bacaan doa azan.

Banyak Kumpul Pahala

IKLAN

Menjengah di ruangan komen, netizen akui baru mengenali wajah insan di sebalik suara  yang telah didengari saban hari. Ada juga yang memuji bakatnya dan turut berterima kasih kepada Dato Tuan Asmawi kerana menjadi asbab mereka dapat menghafal doa berserta maksud bacaan tersebut sedari kecil lagi.

“banyak pahala dia. berapa tahun dah dalam tv. berjuta org dengar dan ikut bacaan dia”-tulis MHJ

“Terima kasih bang… aku hafal doa nie… betul2 dari kau punya bacaan nie… terima kasih….”-komen Ariyo8423

“Umr 32 ini kali pertama tengok muka.. Semoga allah panjang kan usia dia’-komen Anas pula.

Tokok Amy pula, “Byk pahala abang. Sy belajar dan baca ikut bacaan abg kt tv. Sy yakin ramai lg mcm sy.”

IKLAN

“Subhanallah suara yg hari² degar d tv😁,” tulis Jazimin

ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!

Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang, segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster atau klik DI SINI