Setiap wanita punya cara tersendiri untuk menjaga penampilan diri. Baik diet secara biasa mahupunekstrem bergantung kepada kemampuan masing-masing.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Datin Eina Azman menerusi lama instagramnya. Beliau menggunakan kaedah mengehadkan pengambilan nasi iaitu sebanyak dua kali dalam masa sebulan. Ini bagi mengekalkan berat badan dan saiz pinggang yang diidamkan.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi ruangan Ask Me A Question di laman Instagram selepas menjawab beberapa pertanyaan pengikutnya mengenai tips diet yang diamalkan.
Ads
Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman memberitahu yang dia sememangnya menggemari nasi tetapi berat badannya akan bertambah ‘berkilo-kilo’. Disebabkan itu, dia harus mengawal pengambilan nasi.
Dalam masa yang sama juga, Eina turut mengamalkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran untuk kekal kenyang sepanjang hari sekali gus mempunyai banyak nutrisi dalam membantu proses diet harian.
Ads
“Jadi sekarang ni saya cuma akan makan nasi dalam sebulan dua kali sebab nak kekalkan berat dan pinggang idaman saya.
Ads
“Saya banyakkan makan buah-buahan dan sayuran. insya-Allah ok akan kenyang,”kongsi Eina lagi.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Apa yang pasti, orang yang berjaya sentiasa akan melakukan perubahan dan penghijrahan diri untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.
Begitu juga dalam melakukan perubahan positif dalam diri untuk tahun 2021 dan sekali gus berhenti menjadi toksik dalam diri.
Ini dijelaskan lagi usaha-usaha yang boleh dilakukan melalui perkongsian daripada Khairul Hakimin Muhammad.
Tahun 2021 ini kita boleh paksa dan ajar diri kita sendiri untuk cakap baik, buat baik, fikir baik dengan cara ini:
1. Sekiranya membeli sesuatu barang, kemudian ia tak kena dengan selera sendiri, jika tahun-tahun lalu kita cepat marah, cuba tahun ini kita cakap “benda ini ok ja, cuma tekak aku yang tak kena citarasa.”
– ia akan buat kita bersyukur yang tekak kita, lidah kita, mulut kita masih berfungsi sepenuhnya.
– perbuatan bersyukur akan buat kita kurang rasa nak merungut.
2. Sekiranya kita ke pasar tani, pekan sehari, pasar, atau pasar malam, kita berusaha nak tawar menawar harga kepada mereka yang sudah berusia hingga akhirnya buat mereka serba salah, kita boleh cuba hentikan hal tersebut.
– tahun ini, jika ada nampak atok uwan berniaga, beli lebih atau beli semua dan jangan tawar harga. Mereka berniaga dari hasil tepi rumah untuk membeli beras dan bahan keperluan sendiri di rumah, jadi kita bantu mereka.
– yang banyak-banyak kita beli, kita sedekahkan kepada keluarga dan jiran. Tambah lagi pahala.
3. Sekiranya kita beli dari keluarga atau kawan, kemudian kita ada benda nak baiki produk dia, tahan diri jangan buat begitu. Mereka sudah berusaha sedaya upaya membuat produk. Sekiranya mereka bertanya barulah kita buat, kalau tak, diamkan sahaja.
– tak semua orang yang baru berniaga boleh terima rungutan. Mereka sudah habis duit simpanan membuat produk, berusaha buat itu buat ini, hanya kerana kita tak berkenan sesuatu hal, kita cepat sangat beritahu akan buat mereka down dan sedih.
– belajar untuk sabar dan tak cepat kasi feedback. Apabila diminta sahaja berbuat demikian.
Kawan-kawan,
Merungut, percuma.
Maklumbalas, percuma.
Kritik, kutuk, semua percuma.
Kita sangat suka berbuat demikian kerana kita fikir kita dah keluarkan duit untuk bantu mereka.
Jika biskut Oreo yang sedia manis, kita tak pernah merungut kata biskut itu super manis. Kita akan cakap, “sedap je manis-manis. Dah nama biskut kenalah manis.”
Namun sedara kita buat biskut, kita pun cakap “eh manis sangatlah! Sorry tak makan!”
Itu semua akan buat mereka kecewa. Mereka sangat berusaha menyediakan dari membeli barang hinggalah produk itu sampai ke tekak kita.
Belajar untuk support dengan fikir baik, rasa baik, sangka baik, dan buat baik. Bukannya mencampur adukkan dengan ayat “aku beli ni sebab support, aku komplen kau kena dengar.”
Tak boleh begitu kawan-kawan, sabar-sabar. Jika benar kita kawan, kita akan cakap baik-baik begini “sedap biskut kau ni, cuma aku tengah kawal gula, sehari bolehlah makan 2-3 keping. Kahkah. Tapi sedap, serius sedap! Boleh pergi jauh! Tahniah wehhh.”
Beza kan?
Kawan-kawan, tahun ini berhenti jadi toksik kepada diri sendiri. Orang kuat merungut tandanya banyak benda dia tak bersyukur apa yang dia ada.
Berhati-hati bimbang diuji yang berat-berat. Kita ini sama sahaja manusia, perjalanan kita dengan orang lain itu yang membezakan kita.
Hargai setiap usaha orang lain, maka orang itu juga akan hargai kita.
Begitulah.
Sumber : Khairul Hakimin Muhammad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah yang cukup meruntun jiwa, si anak kecil yang kehilangan ibu buat selamanya akibat Covid-19.
Dalam satu perkongsian menerusi video yang dimuat naik lelaki bernama Amin di akaun TikToknya, kelihatan beberapa orang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sebuah pusat kuarantin menyampaikan berita duka bahawa ibunya telah meninggal dunia.
Apa yang memilukan kanak-kanak dikenali sebagai Aliff kelihatan terpaku dan duduk termenung apabila mendengar berita tersebut sambil ditenangkan oleh petugas KKM.
Lebih memeritkan lagi apabila ayahnya masih lagi bergantung kepada oksigen kerana dijangkiti wabak yang sama.
Malam ni dapat khabar berita sedih. Adik ni dapat khabar berita yang ibunya telah kembali ke rahmatullah. Kami cuba tenangkan adik ni walaupun kami tahu betapa besarnya ujian buat dirinya.
Baru je lepas attend ayahnya yang desat. Tak berapa lama lepas tu adik ni dapat berita yang ibunya baru meninggal dunia sebab COVID-19.
Dalam pada itu, seorang lagi lelaki dikenali sebagai @kerol505, memaklumkan ibu kepada kanak-kanak tersebut adalah kakaknya dan telah memuat naik video momen bersama wanita itu sebelum allahyarham meninggal dunia.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai yang terkesan dan berasa pilu atas ujian yang dilakui kanak-kanak tersebut.
Pernah tak ketagih coklat ketika datang bulan. Nak tahu lebih lanjut, ikuti penjelasan doktor ini.
Ikuti soal jawab ini.
“Salam doctor. Saya berusia 22 tahun dan berlum berkahwin. Saya mengalami masalah senggugut dan cuba mengelakkan makan Panadol dan ponstan. Masalah saya ialah saya memakan coklat untuk mengelakkan rasa sakit dan kini sangat ketagihan terhadap coklat. Saya memakan sekurang-kurangnya 5 bar coklat sehari dan pada waktu haid saya mengambil 10-12 bar coklat sehari. Untuk mengetahuan doctor berat saya agak berlebihan. Mohon pencerahan doctor untuk mengurangkan ketagihan ini. Terima kasih”
.
WA ALAIKUM MUS SALAM.
.
PMS (Premenstrual Syndrome, PMS) adalah gejala-gejala yang menyebabkan seorang wanita merasa tidak selesa atau berkelakuan agak pelik beberapa hari sebelum kedatangan haid. Malah ada yang merasa perasaan ini 7-10 hari sebelum haid. Gejala-gejala ini berbeza-beza dari seorang wanita dengan seorang wanita yang lain.
.
Jadi tidak hairanlah jika saudari mengalami perasaan pelik untuk memakan coklat secara berlebihan. Ia mungkin disebabkan apabila seorang wanita mengalami haid, beliau memerlukan beberapa mineral dan zat yang boleh digunakan untuk meredakan tekanan dan perubahan hormon pada masa itu.
.
Coklat pula adalah makanan ringan yang mengandungi beberapa bahan semulajadi yang baik untuk kesihatan. Coklat dapat merangsangkan pengeluaran bahan biokimia semulajadi seperti serotonin dan dopamin di dalam otak. Ini dapat mengurangkan rasa sakit tanpa perlu memakan apa-apa ubat.
.
Wanita yang sedang haid juga mengalami kekurangan mineral magnesium atau zat besi (iron), makan coklat pula dapat menambahkan kandungan mineral-mineral ini dalam badan.
Selain itu coklat mempunyai rasa yang sedap, apabila ia cair dalam mulut, kerana kandungan lemak dan gula di dalamnya merangsangkan deria perasa pada lidah pada tahap maksima.
.
Oleh itu banyak saintis mengatakan bahawa seorang wanita yang sedang datang haid memakan coklat bukan disebabkan tubuh memberitahu otak bahawa ia kekurangan mineral, tetapi kerana ketagihan terhadap rasa coklat yang sungguh nikmat itu. Seorang wanita apabila mula mengambil coklat sebelum haid, berkemungkinan besar beliau akan mengambil coklat pada bulan-bulan berikutnya akibat ketagihan psychology ini.
Bagi yang telah menjadi pengambilan coklat sebagai amalan, berkemungkinan besar beliau akan menambah bilangan atau kuantiti coklat yang diambil.
.
Pengambilan coklat sebagai makanan ringan sangat baik. Namun mengambilnya dalam kuantiti yang banyak boleh memudaratkan kerana coklat mempunyai kandungan kalori dan lemak yang banyak. Seorang wanita boleh manambah berat badannya dalam masa sebulan dengan mengambil coklat secara berlebihan (lebih kurang 6 bar coklat sehari).
.
Jika saudari mengalami masalah berat badan dan tidak dapat meninggalkan coklat, saya mencadangkan :
.
1. Makan coklat dalam jumlah yang sedikit
.
2. Ambil coklat yang berkualiti tinggi. Coklat gelap lebih tinggi kualiti dan rendah kalorinya berbanding dengan coklat susu
.
3. Mengambil buah-buahan sebagai ganti mengurangkan pengambilan coklat
.
4. Apabila ada rasa keinginan untuk makan coklat, cuba tunggu 15-30 minit. Jika masih tidak dapat menahan keinginan, boleh makan potongan kecil coklat gelap.
.
5. Ambil suplemen multivitamin setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sebelum kedatangan haid.
.
Selain itu kurang garam, kafein dan gula dalam pemakanan dan melakukan senaman ringan. Ia membantu saudari mengurangkan rasa sakit senggugut dan gejala PMS yang lain.