Naluri ibu ini, penat macam mana pun tetap akan memberikan yang terbaik buat anak-anak. Kasih sayang kepada anak ibu sanggup lakukan apa sahaja.
Bagi ibu yang sibuk dengan jadual hariannya sama ada yang bekerja atau suri rumahtangga, masa adalah amat berharga buat mereka.
Begitulah yang dilakukan oleh isteri Johan iaitu Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn. Biarpun sibuk dengan dengan kariernya, beliau akan memastikan anak-anak merasa ‘air tangan’nya dengan pelbagai menu yang menarik.
Malah, cara beliau santuni anak-anaknya turut mendapat perhatian peminatnya termasuk menyuap makanan kepada anak-anak.
Terbaru menerusi satu posting di laman Instagramnya (IG) mendedahkan bahawa ada yang mempersoalkan caranya yang gemar berbuat demikian kepada anak-anaknya.
Baginya cara suap makan kepada anak adalah terbaik untuk menguruskan anak-anak dengan cepat dan mudah ketika makan.
“Selalu org tanya, suap anak-anak, dorang tak pandai makan sendiri ke? Dorg pandai makan sendiri.. cuma mak dorg ni malas nk buat 2-3 keje.. kang kelecah.. pastu kalau suap dorg mkn cpt, x memain n siap bertambah.. senang kan?”
Dinner mlm td dorg happy sb dh bape lama dorg request nak makan maggi.. tp papa dorg x kasi.. mlm td tetiba papa dorg ckp.. belanja la dorg.. haaa seronok sume.. licin 6 bungkus dorg 5 beradik makan.
Suap! Sbnrnya aku nih ada satu pangai yg x suka kelecah.. kalau bdk mkn sendiri.. slalu main lebih.. pastu x makan.. skalipon kat kedai makan..aku ttp akan suap.. lantak lah apa org nak ckp.. ariq pon aku suap.. walaupon sbnrnya aku dh nak kawin pon mak yg suap kan.. aku x pandai makan sendiri sb mak slalu suap.. so masa abah n mak pass baton jaga aku kat somi aku.. mak pesan siap dh.. aku nih makan bersuap nk tdo kena korek kan telinga dulu.. so somi aku gatai mulot say yes.. anything for her, mak.. haaaa.. smp skrg aku ungkit kalau dia mintak cuti. dan bila ada anak agak kekok nak suap mula2 dan smp skrg.. masih kekok.. tp x penting.. asalkan anak aku kenyang dan paling penting x kelecah.. kalau x nnt migrain aku.. huhu tu kira zahir lah yg batin nya aku nak anak aku sentiasa dekat dgn aku.. biar smp tua aku ttp akan suap dorg.. air tgn ibu sgt mahal.. sb tu aku x leh jauh ngan mak aku.. sb dia dh bagi “RASA” tu kat aku dr kecik smp besar.. harap anak2 aku pon dpt “rasa” tu dr aku..
Beras adalah makanan utama buat keluarga. Setiap hari akan memasak nasi untuk menjamu selera bersama keluarga.
Namun tahukah anda, sebenarnya membasuh beras juga adabnya menurut agama Islam agar beras yang dibasuh bersih dengan doanya sekali.
Nak tahu caranya ikuti petua ini untuk dijadikan amalan harian keluarga.
Ini caranya.
1. Semasa basuh beras, bacalah selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.
2. Bila anda sudah masukkan air untuk sukatan bacalah:
i) Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) – Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.
ii) Surat Al Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar) – Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.
iii) Surah Al-Qadr – ( Inna anzalna hufi lailatil qadr) – Ini pesanan yang saya baru dapat dari seorang ustazah di sekolah tahfiz anak saya. Surah ini akan memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.
iv) Zikirkan Ya Kareem , Ya Raheem- Beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini untuk menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
Buatlah puan-puan, InsyaAllah dengan beristiqamah kepada satu amalan, akan memberi kekuatan untuk beramal dengan amalan yang lain. Wallahua’lam
Berpuasa adalah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu melakukannya. Ini bermakna ada individu yang tidak dibenarkan untuk tidak berpuasa, tetapi menggantikannya pada hari yang lain atau membayar fidyah.
Kita juga mengetahui bahawa dengan berpuasa, kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Namun begitu bagi sesetengah individu, berpuasa akan menyebabkan rasa tidak selesa. Yang biasa saya menerima aduan pesakit ialah apabila berpuasa akan menyebabkan rasa pedih perut.
Cuba kita meneliti punca rasa pedih perut atau rasa sakit pada ulu hati.
Rasa sakit ulu hati ini biasanya dikaitkan dengan masalah dalam perut kita. Walaupun dikatakan “pedih ulu hati”, namun ia tidak ada kena mengena dengan ‘organ hati’ kita.
Masalah ini berlaku apabila kita menguba pola pemakanan kita. Biasanya kita makan bersarapan dan makan tengahari. Tetapi pada bulan puasa, kita ‘bersarapan’ lebih awal dan kita tidak makan waktu tenghari walaupun kita berasa lapar.
Jadi masalah yang mungkin timbul adalah:
1. Gastro-Esophagal Reflux Disease (GERD)
GERD berlaku apabila asid yang berada di dalam perut naik ke permukaan dalam esofagus, menyebabkan keradangan pada permukaan ini.
Ia bukan disebabkan kita tidak makan, tetapi disebabkan oleh lingkaran otot pada bagian bawah esofagus, (ia dikenali sebagai Lower Esophageal Sphinchter) tdak berfungsi dengan baik. Ia disebabkan oleh terlalu banyak asid dalam perut (terutama apabila kita makan makanan yang pedas, dan bergula) melimpah naik ke atas memasuki esofagus. Apatah lagi jika kita berbaring dan tidur selepas berbuka atau bersahur, disebabkan lebih mudah untuk asid dalam perut masuk ke esofagus.
Selain itu disebabkan oleh stress, masalah kerunsingan (anxiety disorder), kehamilan, dan obesiti.
Ini menyebabkan pesakit rasa panas dan pedih di bahagian ulu hati sehingga ke bahagian bawah dada. Oleh itu ia dikenali sebagai “heart burn”
2. Gastritis
Masalah gastritis adalah penyakit yang berkaitan dengan keradangan pada permukaan perut. Ia disebabkan oleh kepekatan asid yang tinggi dalam perut yang menyebabkan asid ini menghakis sel-sel pada lapisan perut.
Biasanya ia disebabkan cara pemakanan kita. Kita suka makan makanan yang pedas, makanan berproses banyak perasa, pewarna dan perasa yang menyebabkan asid dalam bertambah pekat.
Berpuasa tidak menyebabkan masalah ini. Ia mungkin berlaku di permulaan puasa. Tetapi apabila tubuh kita mengenalkan bahawa tiada makanan yang harus dicernakan di dalam perut, maka asid tidak akan dikeluarkan. Itu sebabnya rasa tidak selesa pada perut di minggu pertama puasa sahaja. Masuk minggu ke dua dan keempat, kita tiada masalah untuk berpuasa.
Jika kita masih mengalami masalah ini selepas minggu pertama, cuba semak semula pemakanan kita semasa berbuka dan bersahur. Ini sebenarnya punca pengeluaran asid yang lebih pekat.
3. Luka Perut (Gastrik Ulcer)
Masalah perut yang lebih serius adalah luka pada perut, sama ada betul-betul di dalam perut (gastric ulcer) atau luka pada saluaran usus kecil bersebelahan perut (duodenal ulcer). Rasa pedih perut begini selalunya tidak berkurangan apabila diberikan ubat merawat gastritis yang biasa didapati dari farmasi.
Saya mencadangkan agar jika telah mengambil ubat ini selama seminggu tetapi tidak sembuh dan belum mendapat kelegaan, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan skop (Oesohageal-Gastrtro-Duodenal Scope) akan mengesahkan masalah ini.
Punca utama masalah ini adalah disebabkan oleh jangkitanbakteri Helicobacter Pylori dan pengambilan ubat-ubatan penahan sakit seperti Ibuprofen, Diclofenac dan Aspirin. Luka pada perut boleh menyebabkan pendarahan, dan pesakit boleh muntah darah dan membuang najis yang bercampur darah.
Selain masalah yang berkaitan dengan organ perut, ada beberapa masalah lain yang berkaitan di kawasan ‘ulu hati’ tetapi disebabkan oleh masalah organ yang lain.
4. Keradangan Pankreas
Radang pankreas (atau diebut Pankreatitis) juga boleh menyebabkan rasa sakit ulu hati, dan mungkin kita menjangkakan ianya adalah masalah gastritis atau gastic ulcer.
Keradangan pada pankreas ini, sama ada acute pancreatitis dan chronic pancreatitis menyebabkan rasa sakit di bahagian ulu hati sehingga terasa menjalar ke belakang tubuh.
5. Hepatitis
Keradangan organ hati atau hepatitis juga menyebabkan rasa sakit di ulu hati. Selalunya ia menyebabkan rasa sakit sebelah kanan bahagian atas abdomen. Ia akan bertambah sakit apabila kita menarik nafas dalam.
Hepatitis selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Selain rasa sakit bahagian ulu hati, ia boleh menyebabkan rasa demam, terlalu letih dan bahagian mata putih bertukar menjadi kekuningan.
6. Masalah Pundi Hempedu
Pundi hempedu adalah pundi berukuran kecil terletak di bahagian bawah hati (liver). Ia menyimpan cecair hempedu, iaitu cecair yang membantu mencerna lemak.
Namun ada kalanya pundi hempedu ini mengalami keradangan akibat jangkitan kuman atau mengandungi banyak batu di dalamnya. Ia menyebabkan rasa sakit pada ulu hati, rasa loya, muntah, demam, dan perubahan warna pada najis.
Jadi bagi mereka yang mengalami masalah rasa sakit ulu hati, telah mendapat rawatan doktor atau mengambil ubatan di farmasi tetapi masih tidak sembuh dalam masa seminggu, datang berjumpa doktor yang merawat semula. Buat pemeriksaan yang lengkap kerana berkemungkinan masalah rasa sakit ulu hati, adalah masalah yang lebih serius.
BAGAIMANA UNTUK MENGURANGKAN RASA SAKIT ULU HATI KETIKA BERPUASA?
Seperti saya beritahu, berpuasa bukanlah punca utama masalah rasa sakit ulu hati. Secara amnya rasa sakit ulu hati hati ketika berpuasa mungkin dialami oleh beberapa individu, tetapi selalunya akan berkurangan setelah kita memasuki minggu kedua, ketiga dan keempat berpuasa.
Jika masalah berterusan, buatlah pemeriksaan lengkap. janganlah kita beranggapan ia hanya masalah ‘gastik” saja seperti mana yang selalu kita faham. Ia mungkin masalah yang lebih serius.
Bagi mereka yang mengalami masalah rasa sakit di bahagian ulu hati, saya mencadangkan periksa pola pemakanan kita.
1. Hindari Makanan Pedas, Masam dan Berlemak ketika sahur dan berbuka. Bukan tidak boleh langsung, tetapi berpada-pada (makan dalam kuantiti yang sederhana).
2. Hindari Makanan Karbohidrat Ringkas. Pada waktu sahur dan berbuka, eloklah mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti kurma, sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan makanan yang mengandungi banyak karbohidrat ringkas dan makanan berproses, seperti nasi putih. Boleh tukarkan kepada beras rebus dan beras perang.
3. Minum air secukupya selepas makan, tetapi jangan terlalu banyak. Minum air secukupnya dapat mengurangkan kepekatan asid yang berlebihan. Jika diambil terlalu banyak, boleh menyebabkan masalah penghadaman kerana asid menjadi terlalu cair. Elakkan juga minuman yang terlalu manis (bergula) atau bergas.
4. Jangan Makan Terlalu Kenyang. Apabila makan dalam jumlah banyak, perut akan terpaksa bekerja keras dalam jangka masa yang lebih lama untuk menghadamkan makanan yang diambil. Ini merangsangkan pengeluaran asid yang lebih banyak ke dalam perut. Makan dengan jumlah yang banyak, juga menyebabkan kita menjadi letih dan mengantuk.
5. Hindari Rokok dan Alkohol. Rasa pedih ulu hati boleh disebabkan dari aktiviti merokok dan pengambilan minuman yang berlakohol (sama ada dalah kuantiti yang tinggi atau rendah). Hentikan tabiaat merokok sepanjang Ramadan. Insya Allah akan mudah menghentikannya di luar Ramadan.
6. Menurunkan Berat Badan. Menurunkan berat badan sehingga berat badan yang sepatutnya dapat mengurangkan masalah rasa sakit ulu hati terutamanya masalah GERD. Ini kerana apabila terlalu banyak lemak (terutama lemak vesceral) dalam abdomen, secara tidak langsung memudahkan asid masuk ke dalam esofagus.
7. Mengamalkan minyak zaitun ketika perut kosong sebaik selepas bangun pagi untuk bersahur atau ketika bersahur. Minyak zaitun adalah minyak sihat yang melindungi dan merawat luka dan keradangan pada permukaan dalam perut.
8. Ambil ubat Untuk Meredakan Sakit Ulu Hati. Ubat yang selalu diberikan oleh doktor adalah ubat seperti:
1. Antasid: Berfungsi untuk meneutralkan asid dalam perut.
2. Antagonis Reseptor H-2 (H2RAs): Berfungsi menurunkan kepekatan dan kauntiti asid dalam perut.
3. Penghalang Pump Proton(PPI): berfungsi seperti H2RAs untuk menurunkan kepekatan dan kuantiti asid dalam perut.
Namun begitu jika masih berasa sakit selepas seminggu, saya mencadangkan kembali berjumpa doktor yang bertugas agar pemeriksaan yang lebih lengkap dapat dijalankan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika dahulu, kehidupan kanak-kanak begitu aktif tanpa adanya gajet. Mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti yang dapat merangsang kemahiran motor kasar dan halus di persekitarannya.
Namun ekoran kecanggihan teknologi, segelintir ibu bapa alpa mengenai impak negatif apabila membiarkan anak-anak terlalu lama terdedah dengan persekitaran begitu. Perkongsian Penggiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Nik Eliani Nik Nawi begitu manfaat bagi mendidik anak-anak dengan persekitaran yang sihat.
GAYA HIDUP KITA SEKARANG BANYAK MENYEBABKAN PERKEMBANGAN FIZIKAL ANAK KITA DELAY.
Banyak masa anak kita habiskan dalam car seat, dalam stroller, depan skrin tv, tab dan fon.
Rumah kita di atas langit. Taska tadika anak kita di dalam shop lot.
Tak puas anak nak berlari!
Maka sekarang banyak kanak-kanak yang ‘clumsy’ ( cemerkap ) dan mudah penat untuk fokus belajar kerana tidak banyak bergerak aktif pada tahap 0 hingga 6 tahun.
Ibu ayah yang bijak, walaupun life style kita moden canggih, kita WAJIB pastikan anak kita mendapat peluang untuk aktif fizikal. Nah saya kongsi idea untuk anak-anak kita bermain aktif di dalam rumah.
No excuse anak kita tak ada tempat untuk bermain di rumah.
Seminggu sekali bermainlah di luar untuk anak kenal dan mesra alam.
IDEA AKTIVITI DI RUMAH
Semoga dapat mendidik anak secara natural agar seimbang kehidupan anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...