Dalam keadaan situasi sekarang ini, ramai yang hilang pekerjaan akibat kesan pandemik. Namun hidup harus diteruskan demi rezeki buat diri dan keluarga.

Betapa strugglenya kehidupan apabila terpaksa berhujan panas demi memastikan mendapat upah untuk menampung kehidupan seharian.

Begitu dengan kisah menyentuh hati yang dikongsi oleh seorang doktor yang secara tidak sengaja berjumpa penghantar makanan yang kelihatan gigih mencari rezeki.

Lebih menyentuh hati apabila penghantar makanan ini mendedahkan bahawa waktu hujan adalah rezeki buatnya setelah ramai yang tidak keluar rumah sebaliknya hanya membuat tempahan penghantaran makanan ke rumah.

Seterusnya ikuti perkongsian ini yang dipaparkan menerusi facebook milik Dr Syazwani Drani

“Suka Time Hujan, Orang Tak Keluar, Order Banyak.” Rezeki Hujan Buat Penghantar Makanan, Struggle Itu Benar!

Sayu hati bila terjumpa bekas pelajar struggle dalam mencari sumber pendapatan. Saya tunggu sehingga habis dia makan.. Saya hanya memerhati dari dalam kereta. Suapan demi suapan saya perhatikan..tersentuh hati.. Mengalir juga air mata.. Masa nampak dia tengah buka bungkusan makanan. Terdetik dah nak panggil.. Tapi terlintas, nanti dia xjadi pula dia nak makan.. Sabar menanti sampai habis dia makan.. Bila dah selesai.. Saya panggil..

Waktu hujan ramai order makanan

“Suka Time Hujan, Orang Tak Keluar, Order Banyak.” Rezeki Hujan Buat Penghantar Makanan, Struggle Itu Benar!

Reaksi seperti yang saya jangka.. Teruja dan segan.. Sempat berkongsi kepayahan yang dialami.. Antara yang terkesan “saya suka time hujan Dr” masa tu orang ramai tak keluar.. Oder banyak time tu.. Ya Allah.. Kita dalam hujan di rumah.. Oder ja.. Mereka yang mencari pendapatan dengan cara ini bergadai nyawa yang semestinya ketika hujan pelbagai risiko ada. Ikhlasnya mereka membantu memudahkan urusan penghantaran makanan kepada kita.

Kehidupan yang ‘struggle’ 

Sedangkan mereka struggle macam-macam. Kalau makanan lewat sedikit sampai jangan la marah.. Bukan niat mereka untuk lambatkan penghantaran. Ucaplah terima kasih semasa terima makanan yang di hantar. Cukup untuk menghilangkan penat lelah..jangan dimaki.. Kalau nak cepat.. tahu nak maki dan marah ja sebab lewat.. Kenapa tak keluar sendiri.. Lebih cepat kan.. Terus dapat.. Jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita ada.. “Sekali sekala letak la kaki kita dalam kasut mereka”. Baru tahu selesa ka ketat ka.. Tak muat ka”.

Dengan keadaan sekarang ramai yang terkesan. Jangan tambah beban.
Pemberian saya di tolak.. Lepas beberapa kali saya nyatakan hasrat saya membantu.. Terlihat pada matanya berkaca.. Allah.. Betul-betul meruntun hati.. Ucapan terima kasih tak lekang dibibir.. Sehingga saya berlalu pergi. Mendung di luar.. Tapi hujan di dalam.. . Saya doakan awak sentiasa berjaya dan dipermudahkan setiap urusan serta dipelihara dari sebarang musibah. Dilindungi dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Sumber: Syazwani Drani

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI