Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama rakyat yang menjadi tradisi baginda di masjid seluruh negeri pada Ramadan tidak dianjurkan tahun ini.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam kenyataan pada Rabu, berkata baginda dengan berat hati memutuskan sedemikian setelah mengambil kira faktor keselamatan rakyat susulan penularan wabak COVID-19 yang belum dapat dibendung sepenuhnya.
“Telah menjadi tradisi Sultan Selangor pada setiap bulan Ramadan baginda akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama rakyat di semua daerah di negeri dan menyampaikan sumbangan hari raya daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada asnaf dan fakir miskin.
Ads
“Namun pada bulan Ramadan tahun ini, Sultan Selangor dengan berat hati telah memutuskan untuk tidak mengadakan majlis berbuka puasa dan solat terwaih bersama rakyat di masjid di seluruh negeri ini,” katanya.
Bagaimanapun, kata beliau, sumbangan duit raya dan agihan zakat kepada asnaf serta golongan memerlukan seperti yang disampaikan pada majlis berbuka puasa sebelum ini tetap akan disalurkan.
LZS akan mengagihkan zakat dan bantuan hari raya berjumlah RM500 kepada setiap golongan berkenaan menerusi kaedah yang lebih selamat dan efisen iaitu secara pengkreditan terus ke akaun bank penerima.
Ads
“Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, LZS akan memberikan baucer tunai untuk dikeluarkan di mana-mana cawangan Bank Islam,” katanya.
Ads
Mohamad Munir berkata Sultan Sharafuddin turut menasihatkan umat Islam supaya menyambut bulan Ramadan tahun ini dengan menumpukan sepenuhnya kepada amal ibadah selain sentiasa berwaspada serta mematuhi panduan dan arahan terkini dikeluarkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Baginda juga mendoakan seluruh rakyat dijauhi daripada bencana serta dilindungi Allah S.W.T dan berharap semoga wabak COVID-19 dapat segera berakhir supaya masyarakat dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa dalam keadaan sihat serta aman dan sentosa,” katanya.
Sumber: Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai seorang ibu, tentunya kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Namun sering juga terjadi kerana kurangnya ilmu menyebabkan kita mengundang bahaya pada anak tersebut. Walau dalam hal pemilihan makanan yang diberikan kepada anak-anak kita.
Hal ini telah dikongsikan oleh Puan Widyana Ali, yang tersilap langkah suatu ketika dulu dalam memberikan makanan untuk anak sulungnya Bashir hingga menjadikan anaknya itu seorang yang dikatakan memilih makanan.
Namun, ibunya setelah menyedari hal tersebut mencuba pelbagai usaha dengan berbekalkan ilmu untuk memperbetulkan habib pemakanan anaknya itu dan Alhamdulillah kini, Bashir yang berumur 11 tahun sangat suka makan masakan mama dia masak dan sudah tidak suka makan processed food lagi.
Untuk itu, ketahui apa yang telah dilakukan ibu ini dalam merubah selera anaknya itu.
Maafkan mama, Bashir.
Dulu Bashir tak suka makan. Hanya suka benda manis, junk food dan makanan rapu. Bila mama masak dia akan rasa sikit dan cakap “Macam tak sedap je” atau buat muka nak muntah.Kadang-kadang dia tengok sahaja,tak nak rasa pun masakan mama sebab memang dia tak suka “real food”.
Bashir jadi macam tu sebab salah mama. Mama tak masak untuk dia masa baby dulu.
Bashir start solid food dengan ready made bijirin bayi yang dimomokkan sihat tu, terpengaruh dengan iklan. Setiap hari minum air berkultur yang penuh gula tambahan masa umur belum mencecah setahun. Dalam peti ais penuh stok air manis tu khas untuk dia.
Nasib baik sempat sedar kesilapan dan usaha cari ilmu untuk pemakanan sihat anak-anak.
Alhamdulillah atas ilmu Allah.
————-
Ini saya nak kongsi pengalaman bagaimana saya berjuang untuk ‘revert’ supaya Bashir tidak membesar sebagai picky eater.
Bashir sejak umur tiga bulan saya dah start bagi bijirin bayi sebab masa ni tak tahu baby bawah enam bulan tak boleh bagi apa-apa makanan selain susu ibu.
Bahaya sangat kan.
Dulu tiada kesedaran
Tiada kesedaran untuk homemade food atau healthy food dan tak pernah buat puree.Semua saya sumbat Bashir makan.
Bila dah umur setahun lebih,mama ada juga masak bubur-bubur sikit tapi memang Bashir reject dan nampak macam tak selera.
Masa nak wean off,saya tersilap langkah lagi dengan bagi minuman berkultur tinggi yang penuh dengan gula sebagai ganti susu ibu.
Jadi dalam fridge di rumah memang penuh dengan stok air tersebut untuk Bashir.Sampai satu tahap Bashir tidak lagi mahu consume plain water,ini sangat bahaya sebab boleh menyebabkan kencing manis dan merosakkan buah pinggang.
Kemudian saya beri susu formula perisa coklat kepada Bashir kerana bimbang tak cukup kalsium yang pada hakikatnya susu tersebut penuh dengan gula.
Sampai Bashir berumur lebih kurang empat tahun,dia langsung tak nak makan makanan yang mama masak kerana terlampau suka dengan benda-benda yang manis.Rasa sangat bersalah dengan Bashir sebab tak jadi mama yang baik.Mama dah insaf.
Untuk adik kembar Bashir, masa twins dah berumur enam bulan ke atas mama dah start masak untuk twins dan berazam nak ubah pemakanan anak.Sebab mama dah lihat sendiri kesan buruk kepada Bashir.
Berubah Untuk Kebaikan
So twins mama jaga betul-betul pemakanan sejak umur enam bulan smpai dua tahun memang without garam,gula or even kicap (seminima mungkin).Setiap hari pergi nursery tak pernah tak bawa bekal breakfast,lunch dan snack homemade.
Bila Bashir tengok mama masak untuk twins, Bashir sikit pun tak heran nak makan. Malah bila suruh rasa dia akan buat muka nak muntah.Entah-entah mama perasan masak sedap.
Tapi mama tahu memang dia tak dibiasakan sejak baby untuk makan masakan di rumah, apalagi yang sihat tanpa garam gula atau ajino****.
Paling mama tak boleh lupa,satu hari mama masak bubur pulut hitam favourite Bashir kalau pergi rumah nenda.Mama masak memang sama sebijik nenda buatla,cukup rasa sedap kot tapi bila Bashir rasa dia cakap:
“Emm..macam tak sedap sangat je”
Hahahaha aduilah.
Itu bubur yang manis, kalau masak nasi goreng lagilah Bashir tak pandang.Dia lebih suka makan or**,biskut t*g** dan sebagainya daripada makan nasi. Even kalau makan di luar atau mana-mana pun memang Bashir tak sentuh sangat nasi atau makanan berat.
Tapi mama tak pernah putus asa.Mama terus masak dan masak. Sampai satu tahap mama dapat detect yang bashir suka bila mama masak mee hailam, atau pasta dengan soup. Jadi mama pelbagaikan lagi menu,bila masak selalu fikir apa yang Bashir suka nak makan.
Cukup sekadar rasa
Salah satu cara untuk handle anak picky eater ni kita jangan paksa dia untuk makan apalagi suruh habiskan makanan.Cukup suruh dia sekadar rasa. Bashir sebenarnya memang saya tahu dia tak nak rasa dulu.Bila dah rasa haaaaa baru tahu sedap sebenarnya mama masak kan hehe.
Saya ada terbaca dalam buku “French Kids Eat Everything” cara orang French mengajar anak-anak makan ialah dengan santai tanpa paksa.Bila anak enggan makan contohnya,ibu bapa akan cakap:
“Its okay..You don’t need to eat it..you just need to taste it”
Jadi bila anak dengar oh tak perlu makan pun hanya rasa je.Sekali dah rasa makanan tu macam sedap kan terus makan habis. Dari situ, anak-anak akan biasa dengan real food dan jadi tak memilih makanan.
Usaha Berhasil
Alhamdulillah, syukur sebab sekarang Bashir dah tak memilih dan sukarela makan sayur.Apa yang mama masak semua Bashir makan walaupun tanpa perisa tambahan.
Ajino**** diharamkan di rumah saya.
Apa yang Bashir suka semua Bashir suruh mama buat contoh donut,Bashir suruh mama belajar buat sebab dia nak makan yang mama buat.
So inilah sedikit pengalaman membesarkan anak picky eater.Saya tidak pernah bagi dia makan suppliment untuk tambah selera.
Saya hanya pegang konsep;
“He needs real & healthy food”
Sebenarnya anak-anak kecil telan sahaja semua makanan sihat yang kita buat.
Semuanya sedap bagi mereka.Kita jangan introduce makanan manis dan berperisa.
Malah kita sendiri pun jangan beli junk food. Kena kurangkan pengambilan gula.Ingat, kebanyakan penyakit adalah hasil dari apa yang kita makan.
Alhamdulillah suami saya, Mohd Yazid Ismail support usaha saya untuk bagi yang terbaik pada anak-anak.Saya tahu ada kawan-kawan yang kurang dapat sokongan dari suami, mungkin sebab suami tak nak tengok isteri penat serta mereka pun rasa kurang perhatian dari isteri.
Padahal ini untuk kebahagiaan suami jugak sebab jika anak-anak hidup sihat ceria,hati suami isteri akan tenang dan bahagia.Para suami kena support isteri tau?
Kawan-kawan,jom kita cari ilmu pasal pemakanan sihat untuk anak-anak dan keluarga.
Kalau boleh kita kurangkan beli processed food seperti nugget,sosej,burger,bebola dan lain-lain untuk anak-anak.Saya pun belajar buat sendiri dan frozenkan.
Sekarang saya juga dah gunakan himalayan pink rock salt dan organic raw cane sugar untuk masakan dan minuman.Masih belajar untuk buat sourdough dan gluten free.
Cegah sebelum terlambat.
Kita sama-sama kongsi ilmu.Saya akan selalu share di FB artikel yang saya baca,tips-tips dan resepi pemakanan sihat Insha Allah.
Siapa sahaja yang tidak suka melihat bayi perempuan yang lengkap digayakan dengan pakaian yang cantik. Bahkan andai tengah lena, ingin sahaja ‘dikacau’ agar terjaga dan dapatlah peluang bermain dengannya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Namun lain pula kisahnya bagi dua kanak-kanak lelaki ini yang teruja memiliki adik perempuan hingga berebut untuk mendapatkannya.
Tular perkongsian di aplikasi Tiktok daripada perkongsian Puan Syara Othman mengenai kisah anak lelaki sulungnya berebut dengan seorang kanak-kanak yang hampir sebaya usianya untuk mendapatkan bayi perempuan yang dilihat sedang lena.
Difahamkan abang bayi perempuan tersebut adalah yang memakai baju hijau, manakala anak puan Syara pula adalah yang mengenakan pakaian merah, manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki yang berbaju sama adalah merupakan adiknya.
Ragam kedua-dua mereka yang berebut baby tersebut cukup mencuit hati warganet.
“Baby Abang”
“Baby umar”
Ucapan kedua-dua kanak-kanak tersebut mencuit hati warganet. Bahkan apa yang lucunya, anaknya sanggup memberikan adik lelakinya itu kepada budak lelaki tersebut dek kerana mahukan bayi perempuan tersebut.
bapak nye kene jadi orang tengah
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dan akui begitulah ragam anak-anak dan menyarankan agar video ini kelak ditunjukkan kepada mereka bila dewasa kelak untuk dijadikan antara momen yang indah buat mereka yang sayangkan dan sanggup berebut adik perempuan.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isteri selalu komplen, semut selalu naik atas meja. Buka tudung saji, tengok semut tengah kendurikan makanan. Terus tak de mood nak makan then ajak kita makan kat luar. Selalu makan kat luar tak elok tuan-tuan, tak sihat, poket suami demam nanti.
Memang tuhan buat orang lelaki ni pantang dengar masalah, mesti otak berputar mencari penyelesaiannya. Bercampur pulak darah patent dalam diri, lagi lah laju (sebenarnya dah tak larat nak dengar hehe).
Caranya:
1. Mula-mula cari stokin yang kau sendiri dah menyampah nak pakai. Atau kau dah jadi pengikut tegar Wak Doyok yang memang tak pakai stokin lagi senang, ambik je mana stokin kau suka.
2. Pastu potong 4. Lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja kau 6, potong 6 lah. 3. Sarungkan kat kaki meja, pastu spray perfume. Ikutlah jenama apa yang isteri kau suka, Ridsect pun boleh, Baygon pun boleh. Jangan guna Versace sudah lah. Spray keliling untuk kesan yang lebih efektif. Ok sekarang bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun dah malas nak panjat meja makan tu.
Selamat mencuba. “Happy Wife, Happy Life” Dah settle satu masalah, sekarang aku dah boleh fokus kerja.
Sumber : Faizal Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.