Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dibayar kepada 5.4 juta penerima bermula 1 April. Kerajaaan Madani mengumumkan perluasan pelaksanaan ini meningkat hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada.
Bantuan ini memberi manfaat besar kepada rakyat sekali gus membantu penerima membeli barangan makanan dan keperluan asas.
Pada sidang media mingguan di sini hari ini, Jurucakap Kerajaan MADANI yang juga Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata jumlah yang akan diterima ialah antara RM50 hingga RM200 sebulan bagi tempoh yang telah dinyatakan.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan penerima yang layak akan menerima bantuan sehingga RM2,100, meningkat sebanyak 75 peratus berbanding RMI,200 pada 2024.
Ads
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata SARA merupakan pendekatan bantuan secara bersasar, dengan sebahagian pertambahan hasil negara serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi diagihkan semula bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.
Menteri Kewangan itu berkata penyaluran SARA melalui MyKad juga bersasar kerana kaedah tersebut memastikan golongan sasar menerima manfaatnya dalam bentuk barangan asas.
Ads
“Kita boleh muat turun soalan lazim yang telah disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri yang turut mengandungi kesemua 3,500 premis yang boleh dilawati untuk membuat pembelian menggunakan MyKad di seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata SARA yang dikreditkan secara bulanan dalam MyKad boleh digunakan hingga 31 Dis ini.
Ads
“la adalah untuk kegunaan membeli barang-barang makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat dan peralatan persekolahan,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kosmetik murah ‘beracun’ ancam kanak-kanak, mak ayah jangan pandang ringan. Dalam usaha mencari produk kecantikan yang murah dan mudah didapati, ramai pengguna tidak menyedari bahaya tersembunyi yang terkandung dalam sesetengah kosmetik yang tidak berdaftar atau tidak diuji secara klinikal.
Lebih membimbangkan, produk-produk ini kini menjadi ancaman serius kepada kanak-kanak, sama ada melalui penggunaan langsung atau pendedahan tidak sengaja.
Kandungan Berbahaya Dalam Kosmetik Murah
Kosmetik murah sering mengandungi bahan kimia yang berbahaya seperti merkuri, plumbum, hidrokuinon, dan steroid. Bahan-bahan ini digunakan bagi memberikan kesan pantas seperti mencerahkan kulit atau menutup cela wajah. Namun, penggunaannya boleh menyebabkan alahan kulit, kerosakan organ dalaman, dan lebih parah, risiko kanser.
Bagi kanak-kanak, risiko ini lebih tinggi kerana kulit mereka lebih nipis dan mudah menyerap bahan toksik. Selain itu, sesetengah kanak-kanak mungkin terdedah kepada bahan kimia ini apabila bersentuhan dengan ahli keluarga yang menggunakan produk kosmetik beracun atau melalui peralatan rumah seperti tuala atau tilam yang tercemar.
Tanda-Tanda Bahaya
Antara tanda-tanda awal keracunan akibat penggunaan kosmetik beracun termasuk:
*Kerengsaan kulit -Ruam, kemerahan, atau kulit mengelupas.
*Masalah pernafasan – Terhidu bahan kimia boleh menyebabkan sesak nafas atau batuk.
*Kesihatan umum terganggu – Keletihan, pening, atau muntah tanpa sebab jelas.
Jika tanda-tanda ini muncul, pengguna disarankan untuk segera berhenti menggunakan produk tersebut dan mendapatkan rawatan perubatan.
Langkah-langkah Pencegahan
1.Pilih produk berdaftar – Pastikan kosmetik yang dibeli mempunyai nombor pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
2.Baca label – Semak senarai bahan dan elakkan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya.
3.Elakkan produk terlalu murah – Harga yang terlalu rendah mungkin menunjukkan kualiti yang diragui.
4.Pendidikan pengguna – Didik diri dan ahli keluarga, terutamanya remaja, tentang bahaya produk kosmetik tidak berdaftar.
Tanggungjawab Bersama
Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam melindungi kanak-kanak daripada pendedahan kepada kosmetik beracun. Pemantauan produk yang digunakan di rumah serta memastikan kebersihan persekitaran adalah langkah asas yang perlu dilakukan.
Pihak berkuasa juga perlu memperketatkan kawalan terhadap penjualan produk kosmetik haram. Kempen kesedaran masyarakat mengenai bahaya kosmetik beracun perlu diperhebatkan bagi mencegah lebih ramai mangsa.
Dengan kerjasama semua pihak, kita dapat melindungi generasi muda daripada ancaman ini dan memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang lebih selamat dan sihat.
Kesimpulannya, kosmetik murah beracun bukan sahaja mengancam pengguna dewasa tetapi juga kanak-kanak yang tidak berdosa. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita mesti mengambil tindakan tegas untuk mengekang penyebaran produk ini dan melindungi kesihatan kita serta keluarga. Jangan biarkan harga murah menjadi punca kerosakan kesihatan jangka panjang.
Pengawal keselamatan pelihara enam anak yatim piatu dengan gaji RM1,500, oercaya rezeki Allah. “Percaya dengan rezeki Allah SWT,” itu pegangan pengawal keselamatan Che Hanapi Che Hassan, 44, yang sanggup berdepan cabaran apabila berkorban menjaga enam anak yatim piatu yang juga anak saudaranya.
Bapa kepada tiga anak dari Kampung Padang Rumbia, Pekan, Pahang, itu berkata kehidupan dia bersama isteri, Kamilah Yaakob, 48, dan anak-anaknya bahagia dan ceria.
“Jika diikutkan dengan pendapatan RM1,500 sebulan tidak termasuk kerja lebih masa, ia seakan tidak cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.
“Tetapi saya percaya kepada rezeki Allah SWT dan Alhamdulillah, sejak menjaga mereka pada 2007 lagi, kehidupan kami sekeluarga okay.
“Dengan rezeki diterima ini, saya dan isteri dapat memberikan pendidikan kepada mereka dan syukur di atas ketentuan Allah,” katanya.
Menceritakan kehidupan di awal perkahwinan, Che Hanapi berkata, dia bersedia menjaga enam anak yatim piatu itu untuk memastikan mereka tidak terpisah dan kekal bersama sehingga dewasa.
Menurutnya, segalanya bermula apabila Che Hanapi dan Kamilah berkahwin pada Ogos 2007 yang ketika itu isterinya sudah menjaga tiga anak saudaranya selepas ibu bapa mereka meninggal dunia.
Katanya, pada 2011, mereka membuat keputusan mengambil tiga lagi anak saudaranya yang kematian ibu bapa untuk memastikan hubungan dan keakraban dalam kalangan adik-beradik kekal terjalin.
“Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila melihat enam anak yatim piatu ini yang juga anak saudara isteri gembira dan tidak terpisah.
“Sebenarnya, jika ada yang mengambilnya, biarlah mereka kekal bersama dan bukannya hanya seorang yang menyebabkan hubungan mereka akan menjadi jauh.
“Saya tidak sanggup melihat mereka terpisah lalu menjaga mereka sehingga dewasa sedangkan mempunyai tiga anak berusia lapan hingga 16 tahun dan yang tinggal bersama kami ketika ini ialah tiga orang.
“Alhamdulillah, kami gembira seorang daripadanya sudah berkahwin dan kami kini mempunyai seorang cucu, manakala dua lagi sudah bekerja di Bentong, Pahang dan Klang, Selangor,” katanya.
Che Hanapi yang tinggal di rumah asnaf Projek Rumah Bersepadu Kampung Padang Rumbia, Pekan turut mengakui gembira melihat anak saudaranya membesar di depan mata kerana memberi kepuasan serta bersyukur di atas segalanya.
Maryam Durian Kimchi Sebak Tak Dapat Dukung Rina, “Omma Boleh Dukung Rina Ke? Baby Tak Sakit Ke?” Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi kini sarat hamil lapan bulan. Isteri kepada selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim ini hamil anak kedua. Usia kandungan sudah memasuki 33 minggu.
Seperti ibu hamil yang lain, ketika hamil ramai yang mengelak untuk mengangkat benda berat termasuk mendukung anak. Tidak terkecuali dengan Maryam. Sejak hamil anak kedua, dia tidak lagi ‘berani’ mendukung anak sulungnya, Rina. Situasi ini membuatkan Maryam tersentuh hati.
Hantaran Maryam mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk info, Maryam sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Mei 2023 ketika usia kandungan baharu tiga minggu.
Terdahulu, bekas ahli fisioterapi itu memeluk Islam pada 11 Julai 2019 sebelum mengahwini Ryzal pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.