Setiap kali sang suami Shuib, berkongsi cerita tentang arwah Sarah, pasti membuatkan ramai tidak dapat menahan sebak.

Terbaru bapa kepada empat cahaya mata ini memuatnaik perbualan terakhir bersama arwah Isteri,sebelum dia ditidurkan.

“Sumpah I Sayang You.” Lagu Tinggalkan Diriku & Perbualan Terakhir Arwah Sarah Sebelum ‘Ditidurkan’, Bikin Ramai Sebak!“You jangan nangis…daddy jangan sedih. Ampunkan dosa-dosa I ya. Love you!”. Itulah antara kata-kata terakhir  Siti Sarah sebelum ditidurkan kerana jangkitan Covid-19 pada 6 Ogos lalu.

Malah,  Shuib turut meminta Siti Sarah untuk kuatkan diri untuk melawan virus covid tersebut.

“Sumpah I Sayang You.” Lagu Tinggalkan Diriku & Perbualan Terakhir Arwah Sarah Sebelum ‘Ditidurkan’, Bikin Ramai Sebak!

“Ibu..satu step ni je you kena lepaskan..you minta dengan Allah kuatkan semangat you, InsyAllah lepas ni kita tengok baby kita.

“Ibu..sumpah I sayang you sangat,” kata Shuib dalam rakaman tersebut.

Perbualan terakhir tersebut diselitkan menerusi video muzik (MV) lagu Tinggalkan Diriku yang dimuat naik di laman Youtube.

“Sumpah I Sayang You.” Lagu Tinggalkan Diriku & Perbualan Terakhir Arwah Sarah Sebelum ‘Ditidurkan’, Bikin Ramai Sebak!

“Enam hari selepas pemergian arwah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakam ketika sesi latihan untuk showcase Siti Sarah pada tahun 2018.

“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir menerpa jiwa sepanjang mendengar semula lagu tersebut.

“Cara penyampaian arwah sangat berbeza dan istimewa sekali, seperti sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti. Bait-bait lirik yang cukup indah sangat meninggalkan kesan kepada pendengar,” ujar Shuib atau Nama sebenarnya Shahmira Muhamad.

“Sumpah I Sayang You.” Lagu Tinggalkan Diriku & Perbualan Terakhir Arwah Sarah Sebelum ‘Ditidurkan’, Bikin Ramai Sebak!

IKLAN

“Menerusi MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah ketika memberikan kata-kata semangat bagi memujuk arwah untuk ‘ditidurkan’.

“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak.

“Sumpah I Sayang You.” Lagu Tinggalkan Diriku & Perbualan Terakhir Arwah Sarah Sebelum ‘Ditidurkan’, Bikin Ramai Sebak!

“Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak,” ujarnya.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur akibat Covid19.

Sebelum itu, arwah telah  menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki yang diberi nama Ayash Affan ketika kandungannya berusia 8 bulan pada 6 Ogos lalu.

“Sumpah I Sayang You.” Lagu Tinggalkan Diriku & Perbualan Terakhir Arwah Sarah Sebelum ‘Ditidurkan’, Bikin Ramai Sebak!Selain Ayash, tiga lagi anak arwah iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Siti Sarah dan menempatkan dia dikalangan orang beriman. Al-Fatihah.

IKLAN

ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!

Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!

IKLAN

“Sumpah I Sayang You.” Lagu Tinggalkan Diriku & Perbualan Terakhir Arwah Sarah Sebelum ‘Ditidurkan’, Bikin Ramai Sebak!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI