Apabila menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa bukanlah mudah buat sesetengah kita. Pada masa yang sama perlu mendidik anak mengenai erti tanggungjawab dalam sebuah keluarga.
Salah satunya mengajar anak untuk melibatkan diri hal urusan rumah termasuk membasuh pakaian, mop lantai, memasak, basuh pinggan dan cuci tandas. Cara ini bagus dilakukan sejak awal lagi supaya besar nanti mereka tidak kekok melakukan kerja rumah.
Berkongsi tip bermanfaat daripada seorang ibu menerusi facebook miliknya, Kasih Aireen mengenai giliran kerja rumah buat anak-anaknya.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Setiap anak ada giliran tugasan rumah
Malam ni saje nk kongsi dengan suri kisah anak bujang saya 4 hero,1heroin (ikut kelebihan masing-masing) dan saya ibu g malas..
Anak no1,heroin 14 thun..tugas dia kemas-kemas rumah,sapu sampah..hari rabu giliran dia basuh,sidai,angkat baju (setiap anak ada giliran)
Ads
Anak no2,14thun-tugas dia pergi kedai beli barang yang saya perlukan…dia mmg dah expert tentang tentang barang2 kedai ni. setiap hari selasa giliran dia membasuh.
Anak No3,13 tahun..tugas dia masak yang simple..megi ke,buat air ke.sbb asal masuk dapo je petik api.ada je benda dia nk buat. Kadang tgh mlm pun masih g ke dapo..tpi sy pesan klu sy xd jgn pandai2 masak sendri.bhaya!turn membasuh hari isnin.
Anak No 4,13thn gak…yg ni tugas dia..ikut suke say nak suruh ape.basuh pinggan ke,isi air dalam botol,kadng tolong yang lain2 je..turn membasuh rabu.
Ads
Anak No5,12 tahun.sebab dia suke main je.. keluar masuk rumah,saya tugaskan dia buang sampah,sapu-sapu bahagian luar rumah. Jumaat turn dia pulak ye mmbasuh.
Habis ibu buat ape….sume anak yg buat?..hahaha..pe lagi..? layan suami je la…wah..wah…xad la…dalam masa yang sama tolong gak.tapi hari ahad say basuh baju ye..5 hari dah ckup collum…hahhaa..baju pun lipat sendri punya je..
Malam ni saya suh masak sardin n telor dadar…(sume akan masuk dapo.tapi sellunye dorg kerjasama) dengar la riuh nye tu. Sampai tirai dapo tu pun jatuh di buatnye. Opss.lupe lak…kalau saya masak,potong2 bawang,blender,bahan2 suh dorg sume siapkan..saya tinggal masak je.ikan ayam saya la yang potong..kang terpotong jari,saya gak yang ssh nnti kan..
Haha..maaf ye suri2..pnjang skit story saya malam ni….suri2 jangan kecam saya tau.komen murni je.. #pdpr sesi ptg ye.
Sungguh inspirasi cara ibu ini kongsikan untuk mendidik anak-anak tentang tanggungjawan dan kerjasama dalam sebuah keluarga.
Dalam kesibukan hidup harian, dengan kerja tak habis-habis, nak kejar dateline, urus rumah tangga lagi, kita mungkin ada terlepas pandang saat-saat kecil yang sebenarnya sangat besar maknanya untuk anak.
Sebenarnya kan, momen bonding tak semestinya perlukan percutian mahal atau aktiviti luar biasa. Kadang-kadang tu cukup sekadar luang masa duduk sama-sama depan TV, layan Didi and Friends. Suara gelak anak-anak bila Didi buat lawak, nyanyi ramai-ramai lagu yang sama, itulah semua kenangan yang akan menjadi kenangan sampai dewasa.
Bantu Anak Belajar Tanpa Tekanan, Hanya Dengan Lagu
Ramai tak sedar, Didi and Friends ni sebenarnya ‘kelas belajar’ versi santai. Dalam setiap lagu yang catchy dan animasi yang ceria, anak-anak belajar perkataan baru secara tak langsung.
Bukan saja mereka tangkap sebutan, tapi mereka faham maksud dan cara guna. Ini sangat membantu terutama anak yang tengah belajar bercakap, mereka lebih berani menyebut, lebih cepat tangkap, dan lebih enjoy belajar. Belajar jadi proses yang fun, bukan membebankan.
Penuh Nilai Positif, Bukan Hiburan Kosong
Kenapa ramai ibu bapa yakin dengan Didi and Friends? Sebab setiap episod bukan setakat hiburan, tapi sarat dengan nilai murni. Anak-anak diajar tentang kejujuran, tolong kawan, hormat orang tua, kongsi rezeki dan macam-macam lagi.
Dalam dunia sekarang yang serba mencabar ni, kita perlukan lebih banyak cerita macam ni untuk bantu anak jadi manusia yang baik dari luar dan dalam. Siri ni memang sesuai untuk ‘tanam benih’ akhlak sejak kecil lagi.
Musim Baharu, Lebih Banyak Cerita Hebat Untuk Keluarga
Sekarang ni, Didi and Friends dah pun sampai ke musim ke-8. Didi & Friends : Story Time akan membawa kita mengembara sambil layan pelbagai cerita yang menarik. Memang sesuai untuk jadi rancangan keluarga waktu rehat. Duduk sama-sama, popcorn di tangan sambil mengukir senyuman, inilah momen yang akan dikenang oleh anak-anak bila mereka dah besar nanti. Simple, tapi sangat bermakna.
Layan Tanpa Gangguan Dengan Astro Fibre
Nak momen bonding lebih smooth tanpa sangkut-sangkut? Kena pastikan internet pun tip-top. Langganlah Astro Fibre, sebab dengan kelajuan 500Mbps hanya RM90 sebulan, semua jadi lebih mudah.
Strim lancar, tak ada buffering atau masalah loading. Bila line stabil, semua orang pun happy! Anak tenang, mak ayah pun boleh chill sambil join sekali!
Didi and Friends Anytime, Anywhere Di Astro One & sooka
Dah ada internet power? Terus strim Didi and Friends di Astro One dan sooka. Bila-bila masa, kat mana pun boleh buka. Sesuai sangat untuk hujung minggu santai, malam sebelum tidur atau waktu bonding spontan yang tak dirancang. Yang penting, masa bersama tu tetap jadi memori paling manis. Jadi tunggu apa lagi, langgan sekarang dan enjoy keterujaan menonton bersama anak-anak tersayang!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bayangkan seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur lima tahun, yang masih comot dengan peluh, dengan tangan kecil yang memegang cawan air kelapa serta matanya yang bersinar setiap kali ada pelanggan berhenti di hadapan gerai, siapa sangka kini telah mencapai kejayaan yang sangat membanggakan!
Inilah kisah Aiman Ong bin Osman atau lebih mesra disapa sebagai Aiman. Bukan sekadar berniaga, tetapi murid tahun tiga di Dwi Emas International School ini sedang belajar tentang kehidupan dengan cara unik dan diluar jangkaan.
Pada usia ketika kebanyakan kanak-kanak sibuk bermain bola atau menonton kartun, Aiman sudah mula faham satu perkara penting. Rezeki datang bersama usaha dan ia perlu dilakukan secara berterusan dan penuh disiplin bagi menggapai kejayaan.
Aiman lahir dalam keluarga yang mengusahakan perniagaan buah-buahan segar dan inilah yang menjadi pemangkin semangat kanak-kanak ini. Apabila melihat keluarganya begitu rajin, komited dan bersungguh-sungguh untuk memajukan perniagaan menjadi penyuntik semangat kepada kanak-kanak yang lahir pada bulan Jun 2017 ini.
Melihat rutin harian keluarganya membuatkan Aiman juga seronok untuk berniaga dan siapa sangka hari ini telah menjadi minatnya yang paling utama untuk terus memajukan diri ke hadapan. Tiada paksaan, tiada skrip. Hanya pemerhatian dan rasa ingin tahu seorang kanak-kanak yang melihat orang dewasa bekerja dengan penuh dedikasi.
Selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ketika usianya baru sahaja lima tahun, dia mula turun ke Taman Tugu. Bukan untuk bermain semata-mata, tapi untuk membantu aktiviti pensampelan dan jualan buah. Dari situlah Aiman belajar bercakap dengan orang yang tak dikenali, belajar menunggu giliran serta bersikap terbuka apabila orang menolak untuk membeli jualannya.
Pengalaman kecil ini mungkin nampak remeh bagi orang dewasa, tapi bagi seorang kanak-kanak, ia adalah kelas keyakinan diri yang paling real.
Ayat ringkas itu keluar ketika Aiman berusia enam tahun. Impian yang mungkin buat sesetengah orang dewasa senyum sinis, tapi keluarganya memilih untuk percaya. Dengan sokongan penuh, Aiman mula berniaga di pasar hujung minggu dan bazar.
Dari situlah dia belajar bangun awal, jaga adab dengan pelanggan, dan faham bahawa kejujuran lebih penting daripada keuntungan cepat. Siapa sangka dengan hanya berniaga air kelapa telah menjadikan Aiman lebih matang dari usianya dan sangat mementingkan kredibiliti apabila berniaga.
Tahun 2024 menjadi detik penting buat kanak-kanak hebat ini. Pada usia tujuh tahun, Aiman memperkenalkan air kelapa dalam bentuk pek pasteurised blast freeze. Bukan sekadar idea comel, tetapi satu langkah berani yang selari dengan keperluan pasaran moden.
Pada usia muda, dia telah mencipta Aiman Pandan Coconut, air kelapa pandan pertama di Malaysia tanpa pengawet yang tahan sehingga setahun, serta menggunakan mesin layan diri (vending machine) berkuasa AI.
Prouknya adalah air kelapa yang disuntik dengan pandan, menggunakan kaedah pembekuan untuk mengekalkan kesegaran tanpa bahan pengawet.
Apabila produknya dibawa ke MAHA Expo, Aiman bukan sahaja belajar tentang jualan, tetapi juga tentang dunia sebenar yang lebih luas dan mencabar. Ketika itu, bukan saja produknya mendapat sambutan yang menggalakkan namun dirinya juga menjadi perhatian ramai apabila menjadi pengusaha termuda yang sama-sama mengambil bahagian di ekspo tersebut.
Sokongan daripada Dwi Emas International School yang diasaskan oleh Anne Tham dan diketuai oleh Ivan Se Hoo menjadi bukti bahawa potensi tidak mengenal usia. Mereka melihat sesuatu pada Aiman yang jarang dimiliki, keberanian untuk mencuba dan kesungguhan untuk belajar.
Benarlah kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan memberi sokongan serta menghargai minat Aiman, Anne dan Ivan percaya segala usaha Aiman pasti akan mendatangkan hasil yang lumayan sekiranya kanak-kanak itu terus komited dan bersungguh-sungguh dengan usahanya itu.
Sebenarnya, sokongan dari keluarga dan sekolah memainkan peranan yang sangat penting bagi menyerlahkan potensi seorang kanak-kanak yang sedang membesar dan paling penting, sudah tahu apa yang diinginkan dalam hidup.
Tahun 2025 menjadi momen yang sukar dilupakan apabila Aiman dinobatkan sebagai juara YEX Jakarta bagi kategori usia lapan hingga lima belas tahun, walaupun usianya ketika itu baru sahaja tujuh setengah tahun!
Namanya turut terpampang di MARDI Showtech dan produk Eco Nut tersenarai dalam sepuluh terbaik program SAY Aspire Selangor Export Ready. Semua ini bukan sekadar pencapaian, tetapi pengalaman yang membina jiwa.
Di sebalik kesibukan berniaga dan menyertai program, sekolah tetap menjadi tunjang penting. Persekitaran yang menyokong dan terbuka memberi ruang kepada Aiman untuk berkembang tanpa rasa tertekan.
Pengiktirafan seperti Young Pioneer Award dan jemputan sebagai penceramah jemputan oleh Gamuda bukan sekadar sijil, tetapi tanda bahawa potensi kanak-kanak wajar diraikan.
Memasuki tahun 2026, Aiman mahu melangkah lebih jauh. Daripada menjual produk, dia mula membangunkan platform yang menghubungkan pengguna terus kepada petani, pengeluar dan pengimport.
Startup ini lahir daripada keinginan untuk memudahkan rantaian bekalan hasil segar. Versi MVP telah dilancarkan dan kini diuji sepanjang musim Tahun Baharu Cina. Satu langkah yang besar untuk seorang kanak-kanak kecil. Hebat Aiman!
Kisah Aiman bukan tentang seorang kanak-kanak hebat semata-mata. Ia tentang keluarga yang percaya, sekolah yang menyokong, komuniti yang membuka ruang, dan industri yang sudi membimbing.
Ia mengingatkan kita bahawa pendidikan sebenar berlaku bila kanak-kanak diberi peluang untuk mencuba, gagal, belajar dan bangkit semula. Dan kadang-kadang, impian besar memang bermula dari tangan yang kecil.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bergelar ibu bapa adalah momen yang cukup indah dan paling berharga dari segalanya. Namun, memegang status ini bukanlah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi bagi anda yang bekerja, pelbagai karenah terpaksa dilalui terutama bagi anda yang memiliki anak ramai.
Karekter setiap anak tidak sama, jadi ada yang membuatkan kita naik angin. Namun mereka cepat mengambil jiwa dan kembali menghiburkan hati. Baik anak perempuan mahupun lelaki ada kelebihan masing-masing. Justeru, tidak sepatutnya ada yang membezakan antara anak lelaki dan perempuan. Lebih-lebih lagi dalam soal pendidikan.
Menerusi satu perkongsian oleh ibu bernama Nik Asma Nmr mungkin dapat membantu ibu bapa di luar sana untuk lebih memahami anak-anak terutama anak lelaki.
Minggu lepas pegi seminar technic reading by Founder Little Caliph, Teacher Fari. Dia ajar technic cepat membaca dan ajar juga perbezaan anak lelaki dan perempuan.
Sedikit tips nak kongsi untuk kita para ibu ayah yang ada anak laki.
Jangan sekali-kali bezakan anak lelaki dan anak perempuan. Beza dari segi kepandaian ke, cara belajar ke, mana lagi pandai ke anak laki ke anak pompuan ke, no no. Jangan bezakan. Cara anak laki belajar pun tak sama macam cara anak pompuan belajar. Totally different.
Meh kita baca kat bawah cara anak laki dengan anak pompuan belajar cemana.
1. Anak perempuan bila balik sekolah, kita tanya dia, belajar apa kat skolah, dia boleh jawab belajar lukis bunga, belajar abc, sekian-sekian.
Anak laki kalau kita tanya, dia pun jawab entah. Tak pun dia jawab solat. Semalam tanya jawab solat jugak, kemarin pon solat jugak. Memang takde belajar benda lain ke, haha. Aku try tanya Hamzah, belajar apa kat sekolah, dia jawab belajar makan. Laaaa patutla besar, belajar makan je kat skolah ye. Hahahaha
2. Anak laki lebih kepada mechanical function. Tu yg kalau tengok budak2 lelaki, suka melompat, bergerak, berlari. Kadang kita panggil dia suruh duduk sebelah kita sekejap, dia datang duduk, lepas 5 saat dia hilang. Ini memang nature budak lelaki. Jangan expect dia macam anak perempuan, duduk diam2, baik2, no no. Boys will always be boys. Masa bergerak tulah dia belajar. Perempuan, masa duduk diam tulah dia belajar. Boys oh boys..
3. Anak yang lahir bulan 1 dan bulan 12, atau awal tahun dengan akhir tahun, kita tak boleh compare tahap pembelajaran dia, kerana semestinya yang lahir bulan 1 tu dah banyak progress dari yang lahir bulan 12.
Yang lahir bulan 1 tu by the time bulan 12, dia dah boleh berlari dah, yang bulan 12, baru keluar dari perut maknya, terkebil2 pandang syiling. Botol susu pun tak reti pegang lagi takkan nak compare yang dah berlari dengan yang tak pandai pegang botol susu lagi. Haha
4. Sebenarnya anak laki ni bila belajar dia suka benda bergerak, dia suka hands-on(pegang2, experiencing benda tu), suka eksperimen. Xmacam girl, girl ni kita bagi latih tubi pun dia boleh siapkan. Boy kita bagi latih tubi, selalunya tak siap. Tapi endingnya, latih tubi tak siap pun last jadi jugak orang, keje jugak kat sirim, eh sirim tetiba. Haha kesimpulannya, anak laki ni die bukan tak pandai. Dia pandai, tapi learning method dan teaching method untuk anak laki berbeza dengan anak perempuan. Patutla hanzalah tu suka betul main2 pasir, kalo mandi dalam bilik air tu, habis dia campur ubat gigi dengan sabun shampoo sume(habes duit mami nakkkk???). Pak dia kata nak jadi ahli kimia kot. Suka main campur2 semua benda. Eksperimen kuat sangat. Mainan elok2 pun dibukaknya sebab nak amik magnet kat dalam mainan. Takpelah hanzalah, dulu mami ayah tak paham. Dah pegi seminar, barulah paham. Patutlah hanzalah macam tu.
Pengajaran no 4 ni, kita nak didik anak kena ada ilmu. Kalu takde ilmu, tu yang jadi nak marah2 anak, tak paham anak, suka melabel anak nakal, padahal sebab ilmu tak cukup.
Hari2 doa kat Allah mintak nak anak pandai, nak anak pandai bukan Allah bagi *ting* magic. Terus pandai. Tak, tak, tak. Nak anak pandai, terimalah segala macam eksperimen, cubaan itu ini yang dia akan buat, dan main dalam proses Allah nak jadikan dia anak yang pandai seperti doa yang kita minta. *insaf mok?
5. Masa belajar, anak perempuan duduk tepi tingkap takpe. Anak laki, jangan bagi duduk tepi tingkap. Ingat tak tadi, anak laki ni dia suka benda bergerak. Tu yang bila cikgu ajar, dia tak boleh fokus, pasal banyak gangguan tepi tingkap, kucing lalu dia pandang, burung terbang dia pandang, lipas, cicak segala jenis binatang dan manusia yg lalu dia pandang. Tu yg masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Make sure anak laki kita, bila belajar suruh cikgu letak dia kat depan. Tengah2. Haha skema gitu. *kena make sure sg
6. Ada tak kejadian bila kita menjerit panggil anak laki, dia macam buat2 tak dengar? Sebenarnya, bukan dia buat2 tak dengar. Dia memang tak dengar. Rasa macam eh tipu takkan tak dengar. Kuat kot bunyi takkanla tak dengar. Ye mmg dia tak dengar.
Kajian menunjukkan anak laki tak boleh dengar bunyi yang berfrekuensi tinggi. Jeritan mak tu frekuensi tinggi la tu. Kalau suara bapak dia yang garau tu, tak yah jerit pun, laju je dia dengar. Macam mencabar keimanan mak je tau, ingatkan pura2 tak dengar. So mak2 kalau nak panggil anak laki, memang kena pegi dekat dia, lalu panggillah baik2, nescaya dia akan dengar. Tak caye boleh buat eksperimen. Anak pompuan, rasanya dua2 dia dengar. Hahahah jerit pun dia dengar, pelan2 pun dia dengar.
*Girls can hear 10x better than boys. Oh no wonder.?
Contoh lagi, kalo anak nangis, lagi2 yg suara nak dekat sama tu, (laki dan perempuan). Mak2 boleh tau yang nangis tu yg mana. Ptutlah, aku boleh tau suara maira ke uzair yg nangis. Dengar suara sekilas sudah ku tahu uzair yg nangis. Tanya suami kito, dia ada ‘kot2’ maira kot, uzair kot. Haha xpe yang, sy paham dah. ???
7. Bila kita marah boys suruh keep quite and sit down. Cuba perati berapa lama boleh keep quite tu. Mesti kejap je, tiba2 5 saat dia start cuit kawan dia. Teacher fari kata tu memang nature dia. Tak boleh duduk diam. Memang macam tu.
Penah tengok tak budak laki hafal quran macam mana, sambil hafal sambil bergerak, makin lama makin nak tunduk, macam nak sujud dah gayanya ke depan ke belakang.??? Oh patutla…. kadang tengok sampai heran, semua duk menghafal gaya gitu. Sape penah nampak mesti boleh recall. Hahahaha ???
Ada lagi, penah tengok tak budak laki solat? Kejap cuit kawan, pastu sambung solat, main tolak2 guna punggungla, tolak kawan sebelah kiri, tolak kawan sebelah kanan. Sampai rasa eh tak leh solat diam2 ke. Budak perempuan elok je solat diam2. Pakai telekong elok2, ikot setiap step. Budak laki, boring jap klua saf main lari2 jap, rakaat nak abes, baru dia masuk saf balik. Takut kena rotan ngn ayah lettew.???
Kalau girls, masa makan pun duduk elok2 je, masa rehat, rehat ngan kawan sama2, buka bekal, sit down, lepastu TALK, and TALK, and TALK and TALK seperti tiada hari esok.. haha ??♀️Sebab tula para suami, korang kena layan isteri bercakap, sebab yeah, girls memang suka bercakap. Thats their nature like forever. ??♀️??♀️??♀️ Kalau korang tak layan isteri bercakap, tu yg dorang bercakap di fb tu. ??? KRT dan segala jenis mak nenek tu u name it.
Ok sekian, saja share untuk para ibu yang anak boys ramai macam kita ni. Tc Fari pun anaknya 4boys, patutlah dia paham sangat. ?
Lepas seminar, aku telah menjadi ibu yang baru. Hahhaha. Yg lebih paham nature anak2. Tiba2 anak bising dalam kereta, suruh diam. Diam 5 saat, tiba2 dengar dorang gelak terkekek2 tengah main cuit2. Laaaa memang betol tak boleh duk diam hahahahhaha sabo jela.. Allah hantar anak2 untuk tarbiah mak ayah apa itu erti sabar sebenar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.