Hubungan yang erat antara ibu bapa dan anak adalah antara sikap yang mesti ada dalam membentuk sebuah keluarga yang harmoni. Menyedari pentingya aspek ini dalam kekeluargaan, justeru, Majalah Keluarga menganjurkan aktiviti Superhero Jr Gader di Shah Alam Convention  Centre (SACC) 4 Ogos yang lalu. Penganjuran ini adalah sempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019 yang diadakan selama tiga hari bermula 2,3 dan 4 Ogos 2016.

Acara berlangsung dengan meriah apabila disertai oleh kanak-kanak yang berumur tiga hingga 12 tahun berpakaian watak-watak superhero antaranya Spiderman, Thor, Supergirl, Batman dan Hulk. Lebih manis, acara ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya majalah Keluarga setelah berjaya mengumpulkan kanak-kanak seramai 100 orang!

Setiap kanak-kanak di bahagikan menjadi 10 kumpulan untuk membentuk satu kumpulan yang dianggotai seramai 10 orang kanak-kanak. Kumpulan berkenaan diberi nama mengikut abjad seperti A,B,C,D,E,F,G,H,I dan J yang diketuai oleh seorang ketua kumpuan membantu kanak-kanak membuat aksi superhero secara serentak.

Superhero Jr Gader, Cipta Sejarah Himpun 100 Kanak-Kanak Berpakaian Superhero

Terdahulu sebelum acara, peserta perlu bergaya di booth Pa&Ma dengan sesi fotografi. Acara bermula dengan perarakan masuk kumpulan mengikut urutan abjad ke pentas utama. Kemudian disusuli juga perarakan dengan persembahan Percussion dari Kidzania, Kuala Lumpur yang diiringi oleh 10 orang kanak-kanak superhero. Acara seterusnya memperlihatkan 100 orang kanak-kanak naik ke atas pentas dengan gaya superhero tersendiri termasuk lebih 40 penyertaan kanak-kanak dari Tadika Brainy Bunch Caw. Bandar Puteri Klang dan Tadika Integrasi Genius Khalifah.

Dalam pada itu, acara menarik ialah persembahan silap mata dari Kidzania Kuala Lumpur, permainan paper dance dan tiup belon. Dalam pada itu, acara dimeriahkan dengan cabutan bertuah. Majlis meriah didiserikan dengan kehadiran Timbalan Pengurusan Nu Ideaktif, Puan Ani Nadila, Editor Pengurusan Wan Erni Liza tanda sokongan program kekeluargaan ini.

Superhero Jr Gader, Cipta Sejarah Himpun 100 Kanak-Kanak Berpakaian Superhero Superhero Jr Gader, Cipta Sejarah Himpun 100 Kanak-Kanak Berpakaian Superhero

Acara kemuncak program ini adalah penyampaian hadiah kepada pemenang Juara Superhero Jr Gader iaitu  dengan gelaran King dimenangi oleh Muhammad Rayyan Rifqi dan Queen: Delisya Dayana. Manakala 10 pemenang paling bergaya dan 10 pemenang paling sporting serta pemenang paper dance dan tiup belon.Majlis diserikan dengan acara potong kek Superhero dengan disusuli laungan ‘We Are The Superhero’.

Tidak lupa kepada kepada penaja seperti  Style Charming, Chewies, Dora The Movie, Homepop Corn, SuperPark Malaysia, Kidzania Kuala Lumpur, Restoran Hersha, Kek Lili Jamaluddin dan roti Gardenia yang memberi sokongan majlis berlangsung dengan meriah. Semoga berjumpa lagi di program Keluarga Gader seterusnya!

IKLAN

Superhero Jr Gader, Cipta Sejarah Himpun 100 Kanak-Kanak Berpakaian Superhero Superhero Jr Gader, Cipta Sejarah Himpun 100 Kanak-Kanak Berpakaian Superhero Superhero Jr Gader, Cipta Sejarah Himpun 100 Kanak-Kanak Berpakaian Superhero

 

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK

Superhero Jr Gader, Cipta Sejarah Himpun 100 Kanak-Kanak Berpakaian Superhero Superhero Jr Gader, Cipta Sejarah Himpun 100 Kanak-Kanak Berpakaian Superhero Superhero Jr Gader, Cipta Sejarah Himpun 100 Kanak-Kanak Berpakaian Superhero

Dalam pada itu, pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang tiga hari Pa&Ma Baby Fiesta ini berlangsung, pelbagai program telah dianjurkan antaranya Bengkel Penyusuan: Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu! dengan menampilkan barisan panel seperti Pakar Perbidanan Sakit Puan, Dato’ Dr Hamid Arshat, Pakar Perbidanan Sakit Puan, Hospital UPM, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Kanak-Kanak, Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital.

IKLAN

Selain itu, pada hari kedua fiesta pelancaran komuniti Pa&Ma Moms To Be khusus untuk ibu hamil juga telah berlangsung dengan jayanya dan pertandingan Merangkak Race yang mengumpulkan 60 bayi serentak dengan pelbagai aksi comel.

Pada hari terakhir fiesta dan sebagai tanda sokongan penggunaan kerusi keselamatan bayi dalam kenderaan persendirian, Pa&Ma juga telah melancarkan kempen Buckle Up untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa.

Apa yang pasti, pengajuran ini telah menjanjikan pengalaman membeli belah menyeronokkan kepada pengunjung dalam suasana yang selesa. Sebanyak 100 vendor dari jenama terkenal turut serta dan memberi diskaun lebih 50 peratus untuk setiap produk. Jumpa lagi tahun hadapan.

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI