Benarlah jika sudah rezeki, ia datang tidak pernah salah alamat, bahkan tidak pernah salah waktu. Jika sudah ditakdirkan ianya menjadi milik kita, akhirnya ke tangan kita juga sampainya.
Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang surirumah mengenai impiannya untuk memiliki rumah sendiri.
Perkongsian kisah ini semoga turut dapat dijadikan inspirasi buat surirumah yang lain.
Impian SuriRumah nak ada rumah atas nama sendiri..
Rasanya semua org berkeinginan nk ade rumah sndiri kan.. Biarlah sekecil mana pun rumah tu, asalkan rumah sndiri bukan menyewa.. 10tahun kahwin, Alhamdulillah tahun 2020 Allah bagi rezeki dapat rumah sendiri di usia 31tahun..
Yaa,sy kahwin muda & menjadi surirumahtangga sepenuh masa.. Tahun 2015 sy baru mula berjinak2 dlm perniagaan.. Alahh, niaga jual keropok lekor frozen aje pun.. Bawak anak2 g cod sane sini..Sambil tu ada la jual2 online macam2 jugak,jd dropship barang2. 10 tahun menyewa rumah.,teringin sangat2 nak ada rumah sendiri.
One day, dengan muka tak malu si surirumah ni, sy tanye pegawai bank ape keperluan klau nak beli rumah? Dibaginya syarat2.. Bila difikir comfirm tak lepas punya. Dia nak penyata kewangan, pembayaran cukai dengan LHDN..
Hampir 6bulan jgk usaha lengkapkan dokumen yg bank nak. Bila dh lengkap sepenuhnya, sy & suami cari rumah subsale ikut budget. Rumah pertama loan bawah 150k tak lulus. Cari rumah lain, pun tak lulus jugak. Yela, pendapatan surirumah berapa la sangat..
Suatu hari tu sy & suami pergi tgk rumah contoh kat perumahan baru bina. Ada 30 unit rumah masih dlm pembinaan tp cuma ada 4 buah rumah yg belum di tempah…
Ads
Dlm hati berkenan sgt2 rumah tu cantik. Kami book rumah lot tengah & cuba masuk loan bank. Kadang2 rasa macam mustahil jgk. Surirumah buat loan beli rumah harga 200k+? Jauhh naww berangan..
Bila rumah dah hampir 70%siap,loan pertama dgn Bank A gagal.. Pendapatan sy kurang, xleh nk support byr bulanan..
Loan kedua dengan Bank B, juga Gagal.. Down habis, Kecewa, putus asa, hilang semangat, semua dah ada..
Mahu taknya, seminggu sekali sy, suami & anak2 g duk tengok2 rumah. Dari tapak kosong, smpaila dah naik rangka, ada bumbung. Semangat berkobar2 nak tgk rumah siap.
Ads
Bila rumah dah 90% siap, pemaju buat tawaran pd sy & suami. Katanya rumah end lot ada kosong sbb orang yg book dulu tak lulus loan & dia tolak rumah tu.
Whatt? Pemaju gila ke hapee? Rumah lot tengah pun tak lulus, inikan nk loan rumah end lot yg harganya lebih tinggi???
Suami bg semangat, takpe kite cuba loan dulu. Mana la tahu kot2 nak jadi rezeki..
Ok, kami cuba buat loan dgn Bank C pulak utk rumah end lot ni. Cantik perancangan Allah tu, seminggu je lepas loan, bank call cakap dh lulus & suruh datang bank utk sign segala jenis surat..
Ads
Bayangkan, setahun lebih pergi tgk pembinaan rumah lot tengah, bila dh 90% siap, dapat rumah lain pulak. Rasa macam terharu sgt2..
13 Mac (5hari sebelum PKP mula) ,hari yg ditunggu2 akhirnya kami dapat kunci rumah..
So, dah sebulan lebih dapat kunci rumah ni. Tapi masih tak boleh nak buat apa2.
Kami tak tahu nak mula dari mana & apa yang utama perlu dibuat sebelum pindah masuk? Boleh bg apa2 cadangan? Mana penting yg mesti buat dulu.. Jomm la kongsi deco2 rumah design mcm rumah sy ni.. Tak sabar rasanya nak deko cantik2 mcm rumah sahabat2 semua.
**Saya surirumahtangga, takde gaji bulanan tetap, takde kwsp soso, takde jadual waktu bekerja, takde uniform lengkap. Sy surirumah yg manjaga dan menguruskan persekolahan anak2.. Ayuhh semua surirumah, kita semua boleh berjaya walaupun hanya di rumah.
**Maaf tercerita panjang lebar, sy tak pandai melukis jalan cerita, pandai tulis je..
Bagi yang menggunakan sinki biasa, situasi ini mungkin pernah berlaku, lagi-lagi apabila diletakkan barangan yang berat menyebabkan sinki melengkung.
Jika nak keluar modal untuk upah orang pasti tidak berbaloi, lagi-lagi jika anda tinggal di rumah sewa kan.
Justeru, saudara Muhamad Amin Al-rashyid berkongsi pengalaman dan idea untuk DIY sinki baru di rumahnya.
Walaupun simple namun nampak kemas dan yang penting masalah sinki melengkung selesai.
Setelah mendapat idea dr group nie,,maka tercetus lah projek pkp nie yg asal nye singki dah pun melengkung.
Situasi tinggal di rumah sewa agak rugi nk buat table top.. so dpt idea buat temporary begini.. puashati sebab sendiri yg buat.. sendiri yg pakai.
Bermula dengan hanya sekadar suka-suka, atas sokongan ramai yang membantu perniagaan candy anak kepada selebriti Achey, Tiara Zinniriah, bapa penyayang itu menyumbangkan sebuah van jenazah untuk kegunaan semua.
Melalui Instagram, Achey memuat naik video ketika berkongsi hadiah itu yang merupakan hasil daripada sumbangan perniagaan Tiara.
Melalui perkongsian Achey, kereta jenis mpv yang dijadikan van jenazah itu adalah atas sumbangan semua orang yang membantu perniagaan anaknya di Tik Tok sehingga tular baru-baru ini.
“Seperti yang dijanjikan, belakang ini adalah achievement seorang anak yang bernama Nur Tiara Zinniriah Nasir.
“Alhamdulilah inilah adalah pencapaian atas sokongan anda semua yang sokong perniagaan candy Tiara untuk kita semua merasa.
“Sebuah mpv untuk kita semua,” kata Achey berkongsi.
Menerusi videonya kongsi Achey lagi, van jenazah itu tidaklah begitu memuaskan hati namun ia diberikan secara percuma sambil berharap dapat memudahkan urusan pada yang memerlukan.
Bukan itu sahaja, bahkan Achey sekeluarga juga turut menyediakan set kain kafan percuma buat keluarga waris yang kurang berkemampuan. Saham akhirat yang tinggi nilainya buat keluarga ini.
Meninjau diruangan komen, rata-rata peminat dan penyokong setia anak kecil itu turut mendoakan agar rezeki Tiara dan Achey sekeluarga merimpah luah.
Terdahulu, Achey melunaskan hasrat anaknya, Tiara untuk berniaga gula-gula di atas talian. Namun tanpa disangka-sangka perniagaan itu mendapat sambutan luar biasa dari orang ramai.
Mencipta gaya kediaman yang lebih nampak segar pasti akan terkesan andai diserikan bersama pokok hiasan. Kehijauan pokok, menyuntik gaya yang tersendiri.
Pun begitu, kita juga sedia maklum tentang harga untuk sepasu pokok hiasan boleh tahan mahal juga harganya. Jadi apa kata kita buat DIY dengan menggunakan material tertentu namun hasilnya nampak sempurna dan bergaya pada harga yang jauh lebih menjimatkan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Abby Saipol. Jom semak.
Cara-cara buat pokok ECO. Pokok yang saya dah buat Pokok Keladi dan Pokok Pisang. Cara-cara dia sama je. Cuma beza daun.
.
1. Daun keladi hari tu batang dia sama je. Tapi daun pisang ni bawah dia ada lebih. So kena potong lebihan tu.
.
2. Potong dawai untuk daun pertama kena lebih sikit sebab nak bagi tinggi jadi pucuk. Dawai Daun no 2 dan 3 potong bagi pendek sikit dari yang no 1. Daun no 4,5 dan 6 potong bagi pendek sikit dari daun no 2 dan 3. Daun no 7 dn 8 bagi pendek sikit dari daun no. 4,5 dn 6.
.
3. Letak dawai celah batang daun bagi lebih ke atas sikit. Balut dengan selotip hingga ke bawah. Bahagian batang yang dawai tu kalau nak sama besar dengan batang asal belit selotip bagi tebal. Habis balut dengan selotip balut pula dengan pembalut batang warna hijau. (Seperti di gambar)
.
4. Bahagi daun 3, 3 dan 2. Cantum tiga batang pertama balut dengan selotip di bahagin bawah sahaja. Kemudian tutup selotip dengan pembalut batang (seperti di gambar)
.
5. Cucuk daun-daun yang telah di cantum pada span dalam pasu. Saya letak batu untuk bagi berat. Kalau nak berat letak dalam pasu tanah liat atau tuang simen dalam pasu plastik. Lebih kemas dan stabil.
.
6. Kemudian buka daun dan lenturkan lembut-lembut macam lentur daun pokok pisang viral juga. Buka ikut cita rasa masing-masing.