
Perasaan sedih pilu tentunya akan menyelubungi setiap individu yang kehilangan orang yang disayangi. Kehilangan yang akan menjadi kerinduan yang tidak berpenghujung.
Pelawak Shuib yang kehilangan isteri tercinta Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pernah berkata bahawa soal jodoh bukanlah keutamannya dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah S.W,T.
Dia lebih selesa untuk memberi tumpuan kepada empat anaknya yang maih kecil teritama Ayash Affan yang kini berusia 4 bulan.
Namun siapa sangka anak perempuannya Dzahira Talita Zahra atau lebih dikenali sebagai Talita menyuarakan hasrat untuk punya ‘ibu’ baru.
Muat naik video yang dipaparan di Instagram milik arwah ini menunjukan bahawa ibu kepada Shuib sedang melihat permintaan itu dalam video di telefon miliknya.
Lantas bertanya kepada Talita untuk kepastian, namun mengejutkan bahawa dia mengatakan dengan yakin untuk memiliki ibu tiri
Malah ibu Suib juga meletakkan syarat bahawa calon menantu pilihan itu seorang yang pandai masak.
“Kalau nak jadi isteri @shuibsepahtu kena….” Dekta minta yang bukan-bukan lah Nak adik perempuan pulak haihhhhh..Tapi mama @amy_salmi dah bagi hint tu nak menantu macam mana.”
Saksikan video ini lanjut.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, pelbagai komen diluahkan oleh peminat arwah Siti Sarah. Ada yang setuju dan sebaliknya. Apa pun kita doakan yang terbaik buat keluarga ini.


Untuk rekod Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Arwah meninggalkan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 4 bulan.
Umum mengetahui, Siti Sarah, 37, meninggal dunia pada 9 ogos akibat Covid19. Allahyarham menjalani pembedahan untuk mengeluarkan anak ke empatnya ketika kandungan berusia lapan bulan 6 ogos lalu. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang soleh, dicucuri rahmat ALLAH SWT serta dikurniakan husnul khatimah
Sumber: sitisarahraissuddin
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kemas, Teratur Dan Cantik! Dekorasi Bajet Dapur Rumah Sewa Tanpa Kabinet Dapur Dan Table Top.

Dapur merupakan ruangan yang wajib ada di setiap rumah kerana dapur mempunyai fungsi sebagai tempat atau ruangan untuk memasak dan menyediakan hidangan.
Penggunaan warna-warna cerah pasti memukau untuk diaplikasikan pada dekorasi dapur cantik. Manakala perkakasan yang ringkas dan serba guna serta susun atur yang kemas akan dapat memberikan kesan luas pada dapur sempit.
Ikuti perkongsian puan, Nur Diyana ini barangkali menjadi inspirasi untuk anda dekorasi dapur tahun 2021 Ini!
Saya akan kongsikan susun atur dapur di rumah sewa saya yang juga tidak ada kitchen cabinet apatah lagi table top yang bertemakan dekorasi bajet ala ala farmhouse pula.
Setiap penerangan insyaAllah ada saya sertakan di caption gambar jadi saya mohon kawan kawan luangkan masa untuk baca dan fahamkan. Maaf sekiranya saya tak selalu ada masa untuk jawab soalan berulang. Semoga perkongsian & penulisan ini bermanfaat untuk semua terutama pada kawan kawan yang masih menyewa juga.

.
Dengan kawalan bajet yang ketat, saya yakin saya mampu siapkan keperluan dapur ini dengan bajet kurang dari RM 500 ! ‘’Biar betul ko ni dik bajet RM 500 satu dapur ni ?’’- mungkin itu lah yang ada di dalam fikiran acik acik dan akak akak sekalian. Sungguh, itulah anggaran yang hangus untuk peralatan utama yang saya gunakan :
• 2 Unit gas stove rack ( RM 70/each @ Shoppe)
• 4 Unit rak penstoran Hyllis saiz besar ( RM 49.90/each @ Ikea)
• 2 Unit rak penstoran Hyllis saiz kecil ( RM 39.90/each @ Ikea)
• Cat yang digunakan pula adalah cat lebihan dari ruang tamu
TOTAL : RM 419.40
Jadi misi perbelanjaan barangan asas saya berjaya !
*Tambahan lain seperti keperluan untuk membeli balang makanan di dapur, hiasan dinding, troli, para, skirting, kuali & periuk serta pinggan mangkuk berbeza bagi setiap isi rumah jadi, jadi bajet tambahan itu terpulang pada anda.

• tempat memasak yang luas
• preparation area bersebelahan sinki
• rak susunan makanan kering
• rak khas untuk kitchen appliance
• rak khas untuk alatan mandian & cucian
• ruang khas untuk susunan pinggan mangkuk harian
• ruang khas untuk stok inventori makanan yang belum dibuka
• ruang khas untuk kuali & periuk
Bahkan beberapa perincian ringkas bagi menghidupkan mood ‘’farmhouse’’ di dapur. Meskipun tidaklah mewah, saya sudah cukup gembira dengan keadaan ruang dapur saya sekarang. Segala keperluan mencukupi dan terlihat sempurna bagi keperluan kami berdua.
DINDING DAPUR


Untuk hidupkan lagi konsep ala ala ‘’farmhouse’’ kononnya,saya tampal kepingan vinyl dari Eco Shop sahaja di atas table top supaya ada finishing rustic looks seakan kayu.Gam extra diperlukan agar kepingan vinyl tak lekang kerana air dan haba. Setakat yang saya guna, ianya tidak licin dan mesti dibersihkan terus selepas memasak.Option ini terpulang pada pilihan masing-masing, kalau nak plain besi sahaja tak ada masalah.
Rug tebal di lantai pula tidak digunapakai secara harian – hanya sesekali apabila tetamu datang berkunjung. Saya beli di lambakan bundle Pasar Rabu Ayer Hitam Johor, harganya cuma RM 40.00 dan sangat sesuai dengan tema dapur saya. Kainnya yang tebal, tidak licin dan saiznya juga besar. Info tambahan: Gunakan anti slippery pad tambahan sekiranya perlu pada bahagian bawah supaya rug setiasa kemas dan terletak elok, sentiasa pilih material yang tepat bagi mengelakkan risiko kemalangan & kecederaan di dapur.


Saya secara individu bersetuju dengan fakta ini kerana ianya melibatkan keselamatan seisi rumah. Suka saya suggestkan pada Tuan/Puan, pemilihan wallpaper yang lebih sesuai digunakan di bahagian backsplash biarlah sekurang-kurangnya dari material jenis PVC kerana ianya bersifat waterproof, oilproof dan heat resistance. Sekiranya mempunyai budget lebih dan masih mahu menggunakan wallpaper kerana tertarik dengan coraknya yang pelbagai, ada pilihan tempered glass di pasaran yang boleh dipasang pada backsplash namun kerja pemasangannya agak rumit dan memerlukan alatan khas seperti silicone glass sealent. Apa pun akhirnya,terpulanglah pada bajet dan pemikiran rasional anda.
Ketiadaan gas hood pula tidak menjadikan dapur saya berbau hapak kerana pengudaraanya baik. Tambahan pokok indoor jenis ‘Spider Plants’ (chlorophytum) di kawasan memasak pula sangat baik bagi ‘’air circulation’’ sesuatu ruang. Oleh itu, ianya sengaja disangkut sebagai ‘’air cleanser’’ semulajadi di dapur. Pasu tembikar berukir ringkas siap dengan tali yang menampung tumbuhan semulajadi ini saya beli di Bundle Serbaneka, harganya hanya RM 10.00. Berbaloi kan?



Keadaan Bahagian dinding yang bertentangan dengan pintu.
TAK ADA KABINET DAPUR PUN, TETAP KEMAS SUSUN ATUR

‘’Elehh ko belum ada anak kecik boleh la dik, kalau anak akak habis terbalik dikerjakannya nanti’’—taip Kak A bukan nama sebenar pada ruangan komen. Mari saya beritahu, sebelum saya beli, saya akan study material ni kukuh ke tidak, di mana saya akan letak andai kata saya berpindah ke rumah sendiri nanti? Untuk makluman Tuan/Puan, Hyllis ni ketahanannya boleh menampung sehingga 25 KG setiap unit.Direka khas untuk kegunaan dalam dan luar rumah pula. Material jenis galvanized steel yang digunakan memang berkualiti dari review dalam dan luar negara yang saya baca. Di belakang Hyllis juga terdapat lubang kecil yang boleh di drill pada dinding misal kata takut rak ini terbalik.
Kak B pun menambah di ruangan komen,katanya : ‘’Macam mana kalau budak budak selongkar barang tu,kan dah berterabur ?’’— jangan risau, Ikea datangkan juga Hyllis ni dengan sarung (seakan baju) yang boleh dibeli berasingan sekiranya dirasakan perlu. Fuh penat explain. Okay mulai hari ini saya mohon semua undi saya sebagai jurucakap baru pada produk Ikea hahaha.
Pokok pangkalnya, cara sebegini mungkin tidak sesuai pada semua keadaan rumah. Suka saya ambil semula kata kata seorang ibu anak lima di group sebelah ” bila kita create rumah kita,ia sesuai dengan kita.Apa pulak buat rumah sesuai dengan org lain.” – jadi apa yang kita rasa sesuai, boleh buat. Tak sesuai, tinggal saja dan tak perlu buat.

Di setiap tingkat rak Hyllis ini saya tambahkan lampu viral yang harganya cuma RM 2.10. Ianya akan melekat kukuh kerana ada alat penggantung (magnet& double sided pelekat Velcro) di belakang lampu. Beginilah keadaan rak di open pantry saya apabila semua lampu ditutup pada waktu malam. Terang kan ?
Ini satu idea yang pasti memudahkan kebanyakkan ibu-ibu di rumah. Meskipun tidak ada built in cabinet downlight, kita tak perlu lagi berdepan dengan masalah gelap dalam dalam kabinet bila malam,nak bancuh air pun tak nampak.
PERKAKASAN MASAKAN





TARIKH LUPUT

Seperti yang kita sedia maklum, tarikh luput makanan adalah salah satu elemen penting yang perlu dilihat pada pembungkus makanan. Walaupun rempah ratus dan bahan kering kebiasaanya mempunyai tarikh luput yang panjang, kita tidak boleh sesekali mengambil mudah untuk membuang terus tarikh luput tersebut. Antara yang saya lakukan pada botol rempah ratus saya adalah :
– Gunting tarikh luput pada pembungkus makanan dan tampalkan semula pada bahagian bawah balang dengan salotep jernih kalis air.
– Amalkan prinsip FIFO (First In,First Out) di dapur, selagi serbuk rempah ratus atau stok makanan kering sedia ada di dalam balang belum habis, jangan sesekali melakukan isian semula(refill) balang berkenaan kerana ini akan menyebabkan makanan yang berbeza tarikh luput bercampur di dalam bekas yang sama. Ini sangat tidak digalakkan.
-Sentiasa praktiskan amalan Lihat,Hidu & Rasa sebelum gunakan apa apa sahaja produk makanan
PS: Selain tarikh luput, sila baca semua perkara penting yang ada pada label pembungkusan makanan seperti :arahan penyimpanan yang betul,fungsi produk,label kelulusan seperti tanda halal,label alergi,kandungan serta fakta nutrisi sebelum menukar makanan anda ke dalam bekas lain. Harus diingatkan ya, keselamatan makanan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah walaupun dalam mood “berdeko”





SINKI SEBELUM


Baiklah, balik kepada cerita asal,kalau kawan kawan perhatikan dengan teliti,padanan rug di lantai saya samaratakan dengan warna langsir yang dibeli di Daiso sebanyak tiga helai, jadi harganya hanya RM 17.70.Di belakangnya ada dua keping day curtain yang dibeli di jualan longgok bundle berharga RM 2.00 sahaja. Jadilah tu tingkap ala-ala farmhouse versi bajet ciput. Pastikan juga langsir yang digunakan di dapur tidak dekat dengan kawasan memasak (sumber api), membolehkan pengudaraan serta pencahayaan yang baik dengan menggunakan material yang betul bahkan dilaraskan dengan labuh yang sesuai.
PS : Sekiranya ada bajet lebih/tinggal di rumah sendiri, pemilihan “blind curtain” lebih praktikal berbanding kain langsir untuk digunakan di dapur.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Diyana
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumah Pusaka Atuk. Generasi Cucu Pula Kini Terus Sepakat Jaga Amanah, Buat Yang Terbaik. Hebat Keluarga Ni!

Rumah pusaka, alangkah ruginya bilamana ada anak-anak tidak tahu menilai dan menghargai kewujudan rumah tersebut hingga ada yang sanggup membiarkan terbiar usang tanpa dijaga. Lebih sedih lagi andai dirobohkan! Bila ini berlaku, tentu sahaja tiada lagi yang boleh dijadikan kenangan untuk adik beradik imbau saat bahagia hidup bersama ibu ayah di rumah tersebut.
Namun sebaliknya bagi keluarga puan Samira yang sepakat untuk terus memegang amanah untuk menjaga rumah pusaka datuknya hingga kini masih berdiri teguh dan cantik dijaga. Hal ini dikongsikan olehnya di media sosial dan mendapat komen yang cukup positif dan rata-rata memuji usaha yang dilakukannya.
Ini perkongsiannya.
Nak share rumah pusaka atuk saya. Haji Taib bin Abdulldullah. Gambar atas tahun 1937, bawah tahun 2017.

80 tahun kemudian, waris semakin berkembang. Ayah saya adalah budak yang memakai kain sampin di depan gambar atas. Masa tu dia budak-budak lagi.
Sekarang rumah ini didiami oleh adik saya sekeluarga. Malangnya baru-baru ini ada kejadian ribut telah melanda kampung kami. Habis atap-atap pecah di hentam oleh objek yang melayang ketika Itu. Doakan bantuan bagi membaiki rumah ini dipermudahkan dan disegerakan. Aamiin.
Melihat posting sebuah keluarga yang berjaya mempertahankan rumah pusaka seperti ini wajar diberi pujian dan tidak tentunya kita juga turut tumpang berasa bangga dengan Puan Samira Ramli dan seluruh adik beradiknya atas usaha yang dilakukan untuk mempertahankan rumah pusaka ini agar kekal elok dan teguh strukturnya.

Malah tidak sahaja berkongsi kenangan rumah pusaka tersebut, Puan Samira turut berkongsi pada posting berlainan tentang amanahnya untuk menjaga bekas kuih peninggalan arwah ibunya yang kini telah pun berusia 50 tahun.

Peninggalan Arwah Mak kepada saya. Usianya hampir 50 tahun rasanya. Umur saya pun dah 46. Saya anak ke7. Bekas ni dah wujud sebelum kewujudan saya. Sebelum ni ada 12 beradik. Sekarang tinggal 9 beradik. Menunjukkan kami masa kecik, nakal jugak la. Hehe..
Tapi Alhamdulillah sejak saya diamanahkan jaga 9 beradik ni hampir 15 tahun masih dalam keadaan baik Dan digunakan setiap Kali raya. Ada tak yang masih punya bekas kuih raya arcoroc France ini?
sumber : Samira Ramli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Ambil 1 Saat Tatap Wajah Pasangan & Tanya, ‘Awak Okay?” Suami & Isteri Dua-Dua Penat, Sebab Tu Pentingnya Komunikasi!

Untuk menjadi pasangan yang terbaik dalam rumah tangga, perlu ada sikap memberi dan menerima. Tidak hanya sebelah pihak yang memainkan peranan sebaliknya suami isteri kena saling bekerjasama barulah rumah tangga bahagia.
Nak beli jiwa isteri bukannya susah, hargainya selalu. Simple tapi percayalah, isteri amat menghargainya.

Demikian juga suami, penat mana sekalipun bila pulang ke rumah disambut senyuman manis dan layanan baik sang isteri pasti hilang segala masalah.
Setenang mana seorang manusia, mesti akan ada hari extra letih, extra tekanan, extra beban dan segala macam ujian. Begitu jugalah dengan pasangan kita.
Oleh itu, ayat sesederhana ‘Awak okay ke?’ pun sudah cukup menenangkan hati sebenarnya. Itu yang dikongsikan oleh puan Intan Dzulkefli.

Ada orang, dia keluar mencari nafkah waktu pagi, pulangnya pula apabila sudah tengah malam. Masuk rumah, disambut dengan wajah isteri yang juga keletihan.
Ya, kita penat. Jangan lupa isteri pun penat. Begitu juga dengan isteri, jangan sewenangnya meremehkan pengorbanan dan kepayahan yang suami hadapi.

Percayalah, kita masing-masing ada struggle dan battle kita setiap hari – baik sebagai suami dan bapa juga sebagai isteri dan ibu. Jadi, jangan lupa berlapang dada dan bersifat ehsan terhadap pasangan kita.
Bila lihat pasangan, sentiasa fikir, banyaknyalah hak-hak mereka yang masih belum kita tunaikan. Barulah dapat timbul rasa keinsafan, rahmah dan belas kasihan.
Lihat isteri nampak lain macam, jangan lupa tanya dia, ‘ayang okay ke?’ ‘ayang dah makan?’ ‘ayang dah solat?’

Ada mulut, bertanyalah. Pujilah.
Ada mata, lihatlah kepayahan dan pengorbanan pasangan.
Ada hati, jangan lupa bersyukur dengan nikmat pasangan dan anak-anak.
Ada tangan, jangan lupa peluk dan belai pasangan. Ada masanya mereka sangat memerlukan sentuhan kita.
Benda-benda basic yang kadang selalu sangat dilupakan.
Ya, memang kadang kita seharian sangatlah sibuk dengan tugasan masing-masing. Namun, ambillah 1 saat untuk tatap wajah pasangan dan tanya dia, ‘awak okay tak?‘
Pertanyaan simple ini mungkin bakal menyelamatkan nyawa seseorang yang telah ‘lost’ jauh dalam depresi.
Ambil berat kepada pasangan kita. Please.
#intandzulkefli
#randomthoughts
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

