Bertemakan ‘garden wedding’ atau taman bunga, Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar hari ini tampil manis sedondon dalam persalinan biru lembut rekaan pereka fesyen terkenal tempatan, Rico Rinaldi.
Pasangan sama cantik sama padan itu kelihatan ceria menyambut kehadiran tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak dalam majlis resepsi kedua mereka yang berlangsung di A-Park Puchong pagi tadi.
Ads
Mira Filzah sah bergelar isteri kepada Wan Emir yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.
Majlis akad nikah berlangsung pada khamis malam minggu lepas manakala majlis resepsi pertama pada Jumaat lalu.
Siapa sangka, melalui mesej langsung (DM) berunsur kerohanian yang dilayang tetapi tidak dilayan Mira pada mulanya, membawa pasangan merpati dua sejoli ini ke gerbang perkahwinan.
Ads
Bertemu buat kali pertama, Oktober lalu, akhirnya, selepas dua bulan mengenali hati budi, Mira dan Emir memilih malam ini untuk disatukan sebagai suami isteri.
Disember lalu, Emir menghantar rombongan keluarga untuk merisik pelakon Pujaan Hati Kanda itu sebagai suri hidupnya.
Ads
Jom kita cuci mata melihat majlis resepsi pasangan ini . Dari pemilihan busana, lokasi dan tema, sememangnya majlis Mira dan Emir ini layak dianggap wedding of the year. Tahniah sekali lagi pada pasangan sama cantik sama padan ini. Moga kekal hingga ke jannah.
Kisah penderaan anak-anak oleh pengasuh bukan kes baru berlaku, Saban masa ada sahaja berita tentang ini dikongsikan baik oleh keluarga mangsa mahupun orang terdekat. Terbaru, seorang ibu bernama Fatin Zulhaq memuat naik satu status mendakwa anaknya telah didera ketika berada di bawah jagaan pengasuh tersebut.
Kronologi Pengasuh Lufya Daleesha☹️ Pertama, nak cerita pasal mula2 nak dapatkan baby sitter sebelum masuk kerja . Fatin dapat BS ni dari KELAB BABYSITTER KUALA LUMPUR & SELANGOR . Pada malam tu Fatin start text die , tnya smua lah pasal anak dan bs tu . BS tu sendiri mengaku die dah 18 tahun pengalaman mengasuh, ade sijil dan kalau boleh nak limit jaga anak tu 2 org shj kalau keluarga die ta kesah katenye.
6 hari selepas cari BS selain die , saya dan mak pergi ke rumah BS ni untk suai kenal dan turut bawa si Lufya habis berbincang dan kami tetapkan utk hantar Lufya lepas 9/9/19. Sebab masih cuti dan nak hantar mak balik kampung 😊.BS terima dan minta bayar awal bulan mungkin takut parents tak jujur.. So saya bayar sesiap awal bulan tu , tapi baby tak hantar lg tau . . Masa 1st hantar baby Lufya terkejut ramai sangat anak asuhan yg BS jaga , lebih 8 orang waktu tu, bs cakap ramai yg transit baby ade 3 org termasuk Lufya ☹️ , bulan pertama hantar memang tak susah hati lagi . Walaupun bulan pertama hantar hanya 8 hari , kami still bayar full . Sebab kami sangat percaya pada BS ni 🥺
Mata bengkak macam baru lepas nangis Bulan kedua , Fatin & suami sudah rase tak sedap bila hantar Lufya . Bila letak dalam carseat je menyebek nak menangis. Asal balik dari rumah BS mata bengkak macam baru lepas menangis yg lama, Naluri parents memang kuat. Jujur Fatin sebagai ibu, Fatin tahu anak Fatin mcm mana die bukan jenis high demand gila2 pun . Die sgt mudah di jaga . Fatin kerja shift so kalau hantar pagi pukul10am Fatin akan mandikan Lufya sesiap, dan kalau hantar pukul 2 petang sepatut kena ambil pukul10 malam . Tapi selama hantar Lufya dgn BS ,1 hari sahaja kami pernah tinggal Lufya sampai pukul 10pm tu pun sebab Fatin shift petang dan Suami ade operasi waktu tu 😞. Tapi still sama hantar 11 hari bayar full.. . Pernah sehari tu Fatin tanya BS kenapa dekat leher Lufya macam ade lebam , kena semut ke? Tp BS ckp itu tahi lalat ☺️ tapi lepas 3 hari yg die cakap “tahi lalat” tu hilang 🤦🏻♀️ lepas dari pada tanya ni , pergi ambil Lufya BS nak naikkan harga upah 😟 tak terkejut pun sebab tahu die jaga sebab duit 😌 bincang dengan suami keesokkanya , kami bersetuju untuk bayar seperti yg BS nak . Sambil tu Fatin try jgk lagi cari bs lain dalam group tu jgk 😭
Anak kena cakar Masuk bulan ketiga pada 12/11/19, Fatin sepatut kerja petang tapi Fatin hantar anak awal sebab nak ke rumah anak2 yatim di Ampang, (activist di sana). Fatin sempat text bs sebab nak hantar anak awal, depan rumah bs pukul 10.30 pagi hantar Lufya. Bagi salam 5 kali gais tak di jawab dengar budak2 gelak main mainan , call baru bs sedar . Rupanya die tidur 😞 pastu letakkan Lufya baik2 dekat tilam die , sebab mata die dh lali nak tido. Dalam perjalanan nak ke Ampang tu , dalam hati ni memang gundah gulana, siap gtau suami suruh cari BS lain 😭 petang pukul 6 ,suami pergi ambil Lufya kat BS tengok muka anak berbirat ☹️ suami tanya BS, BS cakap kene cakar dengan anak asuhan lain 😭 suami ambil beg Lufya terus keluar dr rumah bs tu. Waktu tu Fatin kerja , suami sempat send pic Lufya seperti di bawah 😭 hati ibu mana tak runtun tengok muka anak sampai mcm ni ☹️ Bila tanya BS die suruh kite plak pergi settel dengan mak budak asuhan (budak perempuan) yg cakar Lufya tu , ya Allah… mana tanggungjawab awak sebagai BS ? Mak budak tu call la Fatin mintak maaf semua… padahal bukan salah die , anak die pun tah betul ke tidak anak die pukul, sebab anak die baru 1tahun 6bulan 🤦🏻♀️
Minta maaf sambil mengalirkan air mata Keesokkan hari, Fatin dan suami pergi jumpe bs dan niat kami memang nak tahu cerita sebenar . Sebab waktu ibu budak (Sue) yg kononnya bs cakap die cakar Lufya tu ade call dan bgtahu Fatin , BS cakap anaknya telah tampar Lufya 😅 nampak tak dah bercanggah 🤦🏻♀️ kami pergi dan kebetulan Sue ade kat situ, kami bersembang secara professional .
Pada awalnya, bs minta maaf sambil mengalirkan air mata , dan Sue sekali lagi minta maaf . Untuk pengetahuan semua Sue follow up Fatin pasal kes Lufya ni pada malam kejadian tersebut & bs hanya buat keras je . Macam bukan salah die walaupun sebenarnya die dah cuai☹️ suami tanya pasal kkm, katenye die ade, Kami suami isteri tanya baik2 dan still tak percaya , pada awalnya die cakap dengan Fatin, Lufya kena cakar dengan Sue die cakap anak Sue tampar dan berdepan dengan bs sdri die ckp anak kene permainan letgo 🤦🏻♀️ dan yg paling latest suami die cakap anak asuhan lain jatuh dan tertampar Lufya 🥺 ya Rabb , mana yang betulnya Ya Allah.
Kalau mereka benar Fatin pasti jawapan akan jd sama tp kenape mesti lain2. Bs siap tanya ape feedback still nak hntar tak , keputusan Fatin memang tidak dan kami datang untuk ambik tilam dan barang2 Lufya , dalam kami berbincang dan nak tahu cerita tu saya luahkan semua pada bs yg pada awalnya die dah tipu saya, dan die cakap anak asuhan die hanya ank fatin dan anak Sue shj , selebihnya dalam 8 orang mcm tu adalah anak asuhan ibu die yg berumur 50an. Korang percaya? Saya tidak kesah die nak jaga berapa orang pun tapi mampukah die ? 🥺
Suami bgthu smlm pergi HKL doc tak cek lg dh ckp itu kesan penampar , tp dalam surat DOC ckp Lufya disyaki didera . Mereka ade jugak tnye still nak buat report ke, Fatin keluarkan surat report yg dibuat oleh suami smlm dari beg dan tunjuk pada mereka dan sekarang hanya tunggu pihak polis jalankan tugas . Waktu ni muka resah bs memang nampak , Lufya sampai tertido di pangkuan ayahlah sambil duk tgu kami berdebat 😅 dah tanya tapi still jawab benda lain so kami berangkat sebab nak jumpe io pukul 10 . Saya sempat salam dan berterima kasih dgn bs.
Dia dalam tekanan Dan skrg saya dapat tahu , BS cakap saya lempang die di balai die beri saya RM1200( utk apa?) Die kene tido balai dlm keadaan preggy (mase bila die preggy, tak nampak perut) Dan yg “paling baik”saya hina perkerjaan bs die (kerja Fatin pun tak perfect , mana mahu Fatin nak hina kerja org) Ya Allah , patut ke BS ni jaga anak korg? Die dlm tekanan , kesian budak2 yg die asuh skrg 😭 harap dorg tak apa2 . Kenyataan kat atas tu semuanya tak betul , pada masa ni IO tak inform apa2 takkan dorg terus sergah je . Kalau ikutkan nak lempang dari 1st hari Lufya kene tu die dah kene teruk, tapi saya tahu undang2 , fatin respect lagi die sebab tua dr fatin😟 Sekarang kite tunggu JKM jalan tugas . Harap sangat budak2 yg bs jage sekarang selamat 🥺 . Korang yang area Wangsa Maju, Taman Desa Setapak , Keramat semua . Kalau nak ambil BS tanya kawan dulu atau ahli keluarga yg kenal dhlu. Jangan ambil yg tak kenal tanpa selidik dahulu. Sekarang Fatin kena .. harap tiada lagi kes macam ni berlaku … sy tak nak mention fb dia tp nama BS Linda/Hasrinda ,ddk area taman desa setapak… korang hati2…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hari ni nak kongsi cara semai dan tanam pokok kari yang betul, yang mana rasa nak tanam pokok kari kat rumah tu boleh baca and ikut je cara ni..boleh jimat duit sikit nak masak kat rumah.. InsyaAllah dengan izin-Nya tumbuh la pokok tu.
Senangnye je sebenarnya nak tanam pokok kari ni, semua orang boleh buat, step by step saya kongsikan ya..
Pertama
Apa yang kita perlu adalah anak benih pokok kari atau keratan batang anak pokok yang tumbuh dari pokok kari dewasa (diambil bersama akar)
Kedua
Sediakan polibeg kecil saiz 6×6 atau guna je apa yang yang ada, keratan botol, pasu kecil dan lain-lain mengikut cita rasa sendiri. Kemudian isikan tanah ke dalam polibeg.
Ketiga
Buatkan lubang di tanah dalam polibeg dan masukkan anak benih/keratan anak pokok ke dalam polibeg/pasu kemudian siram dengan air agar tanah akan menjadi padat.
*Tips Ekstra*
Tanah tu jangan tekan dengan tangan ye, ini untuk menggalakkan pertumbuhan akar dalam tanah, kalau tekan dengan tangan nanti tanah tu jadi terlalu padat susah untuk akar membesar.
Jangan lupa siram pokok tau, 2 kali sehari pagi dan petang, dan tunggu dalam 2-3 minggu dah boleh nampak hasil di mana akan nampak tumbuhnya anak pucuk muda berwarna hijau pucuk muda.
Kelima
Setelah anak pokok kari sudah berusia sebulan, boleh lah kita pindahkan anak pokok tu ke atas tanah atau pasu yang lebih besar agar pokok membesar dengan baik.
*Tips ekstra*Pindahkan anak pokok di waktu petang untuk meminimakan pencahayaan supaya pokok tidak menjadi kelayuaan dan memudahkan proses baik pulih selepas pemindahan.
Kelibatnya dalam acara papan selaju di Sukan Asia 2018 mencuri tumpuan. Apa tidaknya, dia merupakan atlet paling muda kontinjen Malaysia kerana baru berusia 11 tahun.
Malah, pakaiannya yang luar biasa apabila mengenakan seluar sekolah dan tali pinggang Kikilala turut menjadi bualan netizen.
Rupa-rupanya bukan hanya itu sahaja. Ada kisah lain yang sungguh mengharukan. Ayahnya yang juga pengurusnya terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk datang ke Palembang dan melihat anaknya bertanding.
Sungguh menyedihkan bila membaca kisah adik cilik ini.