Tidak dinafikan ada segelintir ibubapa menghadapi anaknya tidak suka berkongsi. Terutama barang mainannya, meskipun dengan ibubapa atau adik beradik mereka sendiri. Perkara ini bukanlah masalah pokok tetapi ia boleh menjadi serius apabila anak tersebut mempunyai masalah pertuturan atau lambat bercakap.
Kenapa boleh jadi begitu? Selain eye contact, berkongsi juga adalah sebahagian elemen asas pra-komunikasi. Contohnya; sekarang kita berkongsi cerita yang sama, topik yang sama, membaca artikel yang sama dan berkongsi masalah yang sama. Iaitu topik anak sukar berkongsi. Begitulah juga dengan anak-anak kita, sekiranya mereka sukar berkongsi, tiada komunikasi 2 hala yang sihat bakal berlaku.
Bukan sahaja komunikasi, malah perkembangan vocab, perkembangan interaksi sosial, dan emosi juga boleh menjadi terhad dan terganggu. Kanak-kanak perlu bermain dengan rakan sebaya untuk rangsang perkembangannya. Secara tidak langsung idea dan kebijaksanaan mereka bertambah.
Bagaimana hendak atasi masalah ini? Di sini saya sertakan 5 teknik yang mungkin berguna buat ibubapa dirumah.
Pilih Mainan yang Betul
Pilih permainan yang mempunyai ciri-ciri berkongsi atau memerlukan 2 orang pemain ataupun memerlukan bantuan orang dewasa. Contohnya seperti congkak dan lego . Pasti untuk siapkan satu lego anak perlukan bantuan ibubapa. Disinilah peluang berkongsi dan bermain bersama digunakan sebaik mungkin.
Jadikan Diri Anda Sebagai Contoh
Mainkan peranan anda sebagai contoh terbaik. Ibubapa mesti menunjukkan tauladan berkongsi. Kerana anak-anak adalah peniru terbaik. Sekiranya bermain dengan mereka, pastikan mengikut giliran bermain. Contohnya permainan, baling bola masuk ke dalam bakul. Boleh dilakukan mengikut giliran, mula papa baling, kemudian mama dan kemudian si anak. Cakap dengan dia “Papa baling pula” dengan ini anak faham kosep berkongsi dan main bersama.
Saya pernah didatangi oleh anak yang sangat pandai berkongsi. Inilah teknik yang beliau suami isteri lakukan.
Puji dan Galakkan Mereka
Puji mereka apabila mereka sudi berkongsi dengan rakan. Dengan cara ini mereka suka lakukannya dengan kerap. Jika boleh, pujilah mereka di hadapan orang yang beliau sayangi.
Si ibu boleh kata begini, “Tengahari tadikan papa, Imran kongsi permainan dia dengan Aiman. Bagus dia main sama-sama” Papa pula sampuklah dengan penuh minat “Ohh ye ke, baguslah Imran pandai kongsi dan main sama-sama”
Bincang & Pujuk
Kadang-kala anak tidak mahu berkongsi sebab permainan tersebut permainan kesayangan mereka. Atau mungkin juga ada sejarah silam yang membuat mereka tidak mahu berkongsi. Permainan mereka dirosakkan atau dihilangkan.
Tanya mereka; “Kenapa Imran tak nak kongsi kereta tu?”
Mungkin Imran akan menjawab; “Dulu Aiman main kereta Imran sampai rosak” . Pujuk dan bincang dengan mereka; “ Mama faham, tapi dulu tu Imran tak sengaja , kesian dia nak main dengan Imran. Kalau rosak papa betulkan nanti”. Guna kebijaksaan anda untuk pujuk mereka. Ibubapa pastinya lebih mengenali anak mereka dengan lebih dekat.
Kuatkuasakan Undang-undang
Setiap barang mainan yang baru dibeli, letakkan satu undang-undang. “Ini papa punya mainan, Imran nak main, boleh. Tapi kena main dengan papa.”Jangan berikan kuasa milik mutlak pada mereka. Tegur sikap mereka yang terus merampas barang yang mereka mahukan. Simpan barangan tersebut setelah bermain bersama. Undang-undang ini tidak semestinya dikuatkuasa pada semua mainan, cuma sesetengah permainan sahaja.
Ia mampu mengubah sikap dan cara anak bermain. Matlamat kita adalah untuk mereka terus boleh berkongsi dan berkomunikasi. Sebagai ibubapa kita perlu sabar dan berdoa. Tiada apa yang berlaku sekelip mata. InsyaAllah semua usaha ini ada balasan dariNya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pemberian surat cinta dikaitkan dengan zaman cinta monyet, terutama sekali ketika sekolah rendah lagi.
Waktu ini surat-surat diutus sebagai satu cara meluahkan perasaan. Ada yang ajak bercinta, tak kurang yang Ingin menjadi abang, kakak atau adik angkat.
Tidak salah jika hanya sekadar nak berkawan tetapi usah sampai keterlaluan dan terbawa-bawa emosi sehingga menimbulkan rasa kurang senang. Malah boleh mengundang isu sensitif.
Sepertimana yangdikongsikan seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @ammi.miazill_kaklong. Dia meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan rakan sebaya anaknya yang masih di darjah 3 susulan memberikan surat cinta dengan beberapa lukisan yang agak tidak senonoh.
“Jd aku pun cepat2 bgtau guru kelas anak aku dgn harapan cikgu dpt pantau & nasihat bdk tu. & yes aku minta ckgu beritau jg parents bdk tu. Sbb kita xtau apa yg dia nmpak atau tgk di rumah.
Menurutnya lagi, Sejak kecil anak perempuannya telah dididik tentang batas pergaulan. Malah,setiap apa yang berlaku di sekolah akan dikongsikan kepada ibu dan bapa.
Mia mmg da dididik setiap masa ttg batas pergaulan ni dri tadika lagi. Dia mmg akan report kat mummy dia klu ada benda2 pelik camni. Aishhh la bdk2 zmn skrg ni risau btul. Ye btul Mia cantik mcm mummy dia sbb ramai peminat 😅
Susulan daripada itu, pengguna TikTok berkenaan segera melaporkan hal tersebut kepada guru dan memintanya menasihati pelajar terbabit serta memaklumkan kepada ibu dan bapanya.
Dia turut menyuarakan kebimbangan dengan apa yang dilihat oleh pelajar lelaki itu di rumah sehingga dia boleh berimaginasi dengan melukis sebegitu dan memberinya kepada pelajar perempuan di sekolah.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata bersetuju dengan tindakannya melaporkan kepada pihak sekolah. Mereka turut bimbang situasi berkenaan boleh mengundang masalah jika ia tidak ditangani segera.
Kanak-kanak seusia itu sudah pandai melukis sesuatu yang tidak baik dan memberikannya kepada orang lain sedangkan mereka masih di bawah umur lagi, sepatutnya ibu bapa perlu mengambil berat isu ini supaya tidak melarat kepada perkara yang lebih buruk lagi.
Tarikh 16 Mei sememangnya telah ditetapkan menjadi hari istimewa buat guru-guru di seluruh dunia bagi setiap tahun. Rata-rata orang ramai akan membuat ucapan khas pada hari guru ini meskipun sudah lama meninggalkan zaman persekolahan. Untuk anak-anak yang masih bersekolah, sudah menjadi adat untuk membawa hadiah ke sekolah untuk diberikan kepada guru mereka.
Tidak terkecuali, pelawak, pelakon dan DJ radio, Ajak Shiro turut memuat naik ucapan khas sempena hari guru, tetapi yang menariknya ucapan yang dibuat turut ditujukan khas buat isteri tersayang yang juga seorang cikgu.
Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak dalam perkongsian berbentuk video tersebut berkongsi detik awal bercinta dengan isterinya, Afifah yang dikatakan ‘dari tak ada rupa orang, sampailah menjadi manusia’ di mana isterinya banyak membantu dalam perjalanan hidupnya sejak belajar hingga berjaya.
“Dari tingkatan 1, Kawan nilah Girlpren saya, kawan nilah jadi Isteri saya dan kawan saya ni jugalah Guru saya..
“Terima kasih jadi Cikgu dalam semua subjek dalam hidup saya..Semoga awak terus diberikan kesihatan untuk mendidik anak2 didik yg lain pula🤲” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, isteri tampil meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih buat ucapan tersebut dan memberi gelaran ‘nak murid paling nakal dan suami penyayang’ untuk suaminya. Dalam pada itu, pengikutnya dan juga selebriti turut mendoakan kebahagiaan mereka hingga Jannah.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.