Penyanyi Syura Badron berdepan detik cemas apabila suaminya, Muhammad Farizat, mengalami kecederaan melecur teruk akibat insiden letupan gas yang berlaku pada Jumaat lepas.
Penyanyi lagu Nazam Berkasih ini berkongsi berita tersebut menerusi Instagram miliknya.
“Assalammualaikum, dengan berat hati saya ingin maklumkan suami saya, Farizat telah dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk.
“Melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak yang berlaku di tempat penginapan kami di Perlis pada hari jumaat malam yang lepas,”
Ads
Jauh di sudut hati, Syura yakin Allah Maha Baik dan mendoakan agar ada sinar kebaikan di sebalik kesukaran ini.
“Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami dan diberikan kekuatan menghadapi ujian Allah ini.
Ads
“Semoga ada hikmah yang baik disebalik ujian ini. Allah Maha Baik.”
Syura juga berkongsi momen penuh emosi di Insta Stories dengan memuat naik gambar tangannya menggenggam tangan suami, sebagai simbol kasih sayang dan sokongan tidak berbelah bahagi.
Ads
“Kuat sangat sayang saya ini. Saya yang tak kuat tengok keadaan awak.
“Ya Allah, berikanlah kesembuhan buat suamiku.”
Untuk info, Syura dan Farizat mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 serta dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Umar Eussof yang kini berusia satu tahun.
“Bergurau melampau juga satu bentuk buli” – Dr Asyraf Wajdi Tular video pelajar dihayun alat sulit ke tiang papan tanda. Polis digesa mengambil tindakan segera terhadap sekumpulan pelajar sebuah institusi pengajian yang melakukan gurauan keterlaluan terhadap rakan mereka sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, tindakan bergurau secara melampau juga termasuk dalam kategori buli yang tidak boleh dibiarkan berleluasa.
Menurut beliau, kesemua individu terlibat mesti dihadapkan ke muka pengadilan supaya menjadi iktibar kepada pelajar lain.
“Harap pihak polis dapat segera bertindak. Perbuatan seperti ini tidak boleh sesekali dikompromikan atau didiamkan atas alasan gurauan.
“Apakah kita hendak menunggu sehingga kecederaan kekal mahupun kematian baru hendak bertindak?” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Dalam perkongsian sama, Asyraf turut memuat naik sebuah video yang memaparkan lima pelajar memegang tangan serta kaki seorang pelajar lain sebelum sengaja ‘menghayunkan’ bahagian kelangkangnya ke tiang papan tanda.
Lebih menyedihkan, kejadian itu disaksikan oleh sekumpulan pelajar lain yang hanya ketawa selepas perbuatan tersebut dilakukan tanpa cuba menghalang.
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.
Dalam siaran terakhirnya hari ini, Fizz yang kelihatan sebak, mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan Suria FM atas peluang yang diberikan sepanjang perkhidmatannya sebagai penyampai.
“Hari ini adalah hari terakhir saya di Suria FM. Terima kasih banyak kepada seluruh pasukan, minta maaf atas setiap silap dan salah saya selama saya di sini, saya pula seorang yang terlalu sempurna mungkin ada orang sukar ikut dan sebaliknya,” katanya penuh emosi.
Menurut Fizz, kerjaya sebagai penyampai radio merupakan antara impiannya sejak dahulu dan dia bersyukur dapat merealisasikan cita-cita itu.
“Terima kasih banyak sebab beri peluang untuk saya merasa dan realisasikan impian untuk menjadi penyampai radio. Saya sudah jadi pengarah, pelakon dan kini di radio. Saya jadi penyampai radio ini pun saya minat termasuk suka melakukan drama radio.
Akhirnya tercapailah impian saya untuk jadi penyampai radio,” katanya lagi.
Dalam ucapan perpisahannya, Fizz turut menitipkan amanat istimewa kepada rakan penyampainya, Ajak Shiro dan Kai Hassan agar meneruskan rutin yang dekat di hatinya – mengingatkan pendengar agar tidak melupakan solat Subuh.
“Jangan lupa, segmen saya sebelum ini pada pukul 6 pagi ialah mengingatkan pendengar agar tunaikan solat subuh. Beritahu kepada mereka (pendengar). Sejadah yang saya gunakan itu, saya tinggalkan di sini, gunalah,” ujar Fizz.
Menjelaskan keputusannya untuk tidak menyambung kontrak, Fizz berkata fokusnya kini lebih terarah kepada keluarga, terutamanya anak-anak yang masih kecil dan isterinya, pelakon Almy Nadia, yang sebelum ini terpaksa menguruskan mereka seorang diri setiap pagi.
“Saya rasa cukup rasanya untuk tempoh satu tahun enam bulan ini sebab anak saya masih kecil. Saya juga mahu uruskan anak-anak, kasihan kepada isteri yang terlalu sibuk.
Saya ambil pendekatan untuk sama-sama berkorban, Insya-Allah rezeki itu ada di mana-mana. Jadi saya mahu kembali dalam dunia seni untuk berlakon drama dan filem,” katanya.
Fizz mula menyertai Suria FM secara rasmi pada 21 Januari 2024 dengan kontrak awal selama setahun, dan kemudian diteruskan beberapa bulan lagi sebelum beliau membuat keputusan untuk berundur.
Dalam pada itu, Almy Nadia menerusi InstaStory menyatakan sokongan dan doa buat suaminya, mendoakan agar kehidupan mereka dilimpahi keberkatan serta dijauhkan daripada individu berniat tidak baik.
“Permulaan yang baik, di hari Jumaat yang baik, ditemukan dengan orang yang baik, dijauhi dengan orang yang hati busuk dan suka aniaya orang. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah. Love you sayang, i always love you. Mama sentiasa ada dengan sayang,” tulis Almy.
Dalam satu lagi hantaran, Almy merakam detik gembira melihat Fizz pulang ke rumah selepas menamatkan tugasan terakhirnya sebagai penyampai radio.
“Yeay, dia sudah pulang. Kereta yang dipandunya itu akan jadi milik saya, hantar anak-anak ke sekolah,” katanya sambil menyambut kepulangan suaminya dengan ceria.
Tragedi pelajar UPSI, Nur Ain Najwa tak boleh tengok bas, dengar bunyi enjin dari jalan raya boleh buat sesak dada. Gadis berusia 23 tahun yang merupakan salah seorang mangsa yang cedera dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), dekat Gerik, Perak pada 9 Jun lepas itu juga masih tidak dapat melihat video atau gambar mana-mana bas di dalam telefon bimbitnya.
Nahas Pelajar UPSI, Nur Ain Najwa Tak Boleh Tengok Bas, Dengar Bunyi Enjin Dari Jalan Raya Pun Boleh Buat Sesak Dada
Bukan sahaja melihat bas, malah mendengar bunyi enjin bas dari jalan raya yang terletak tidak sampai 100 meter dari rumahnya pun sudah cukup membuatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Ain Najwa Mohd Ilias, berasa sesak di dada.
“Apatah lagi untuk saya menonton video kemalangan tersebut yang tular di media sosial. Memang sampai sekarang saya tak boleh tengok video tu. Rasa sesak dada.
“Jadi saya memang elak dari tengok apa sahaja yang berkaitan bas dan kemalangan itu. Kaunselor yang sedang merawat saya pun cakap kalau terlihat atau terdengar benda yang saya takut, saya perlu cepat alihkan perhatian dan selawat banyak-banyak serta buat aktiviti yang saya suka,” katanya sambil menyeka air mata.
Nur Ain Najwa Mohd Ilias merupakan antara pelajar yang terselamat dalam nahas bas yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat dan meragut 15 nyawa pelajar UPSI.
Dalam kejadian pada Isnin lalu kira-kira jam 1 pagi itu, 15 pelajar disahkan maut manakala 27 lagi cedera dan menerima rawatan di Hospital Gerik serta Hospital Baling, Kedah. Turut cedera ialah pemandu bas berusia 40 tahun dan kelindannya yang berusia 54 tahun.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.