Seperti yang umum maklum, artis Emma Maembong telah pun melahirkan cahaya mata kedua pada bulan Mei lalu. Dikurniakan seorang lagi bayi lelaki, Shakil Aryan Shah menjadi pilihan Emma dan suaminya, Shazli Azhar. Seperti abangnya Shariq Arshan Gabriel, Shakil juga mempunyai warna kulit yang putih gebu.
Melalui akaun Instagram Shakil Aryan Shah dan Emma Maembong, telah dikongsikan satu video terbaru Shakil ketika berada bersama bapanya. Shazli mengalunkan bacaan ayat suci Al – Quran buat Shakil sama seperti yang dilakukan kepada Shariq sebelum ini.
Alunan mengaji Shazli itu menyebabkan Shakil begitu tenang sahaja dalam pangkuan bapanya. Khusyuk sungguh, ekspresi mukanya yang merenung wahaj Shazli membuatkan warganet menjadi geram. Shakil turut sama memberikan senyuman kepada bapanya.
Cara Shazli yang membacakan bacaan ayaty Al – Quran itu mendapat pujian daripada warganet. Selain itu, wajah comel shakil juga menjadi perhatian ramai. Jika Arshan Nampak lebih iras dengan Ibunya, Emma. Shakil ini pula dikatakan lebih kelihatan seperti wajah bapanya.
Ads
Perkongsian ini mendapat tumpuan sehingga meraih lebih 27 ribu tanda suka daripada warganet. Rata – rata warganet komen bahawa mereka suka dengan cara didikan Emma dan suami.
Untuk rekod, Emma maembong dan Shazli Azhar telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang Putera bernama Shariq Arshan Gabriel dan Shakil Aryan Shah.
Sudah tentu kita pernah dengan kata-kata ini, ‘Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.
Namun, diharap kita bukan dari golongan itu. Kita perlu menghargai dan membalas jasa ibu bapa kerana mendidik dan membesarkan kita dari kecil hingga ke dewasa.
Jangan sikap kita itu mengakibatkan doa ibu terhenti buat kita. Sebagaimana perkongsian ini. Moga jadi iktibar bersama.
Jagalah hati ibumu. Kerana di situ terletak segala keajaiban.
Bila hati ibu gembira, segala nikmat dunia akan kita rasa. Nikmat akhirat tak usah nak cerita la. Itu dah tentu lebih hebat dan tiada taranya.
Bila hati ibu sedih sebab kita, hidup kita pasti akan jadi susah. Buat apa pun serba tak kena. Kita akan hilang banyak perkara, sama ada yang kita nampak atau pun tak nampak.
Tapi ibu ni memang manusia istimewa.
Walau macamana sedih pun dia dengan kita, dia tak akan sesekali buang kita dari doanya. Bahkan dia akan tetap akui kita anaknya, walau seluruh dunia mungkin membenci kita.
Di depan kita mungkin dia akan ignore kita. Tapi di belakang kita dia angkat tangannya kepada Allah. Dia akan sebut bahawa dia redha dan maafkan kita.
Dia halalkan segala makan minum kita. Dia nak hidup kita bahagia dunia dan akhirat.
Kalau kita bernasib baik, ibu kita akan layan kita macam biasa. Dia tak akan tunjuk yang dia terasa hati dengan kita. Tapi dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.
Jangan sombong dengan ibu kita. Jangan celupar mulut kita dengan ibu kita. Tak ada kita tanpa ibu. Tak ada manusia sehebat ibu.
Kita nak dibandingkan dengan ibu, kita ni sangat hina. Tak payah sembang bagus la. Kita memang hina, ibu sangat mulia.
Walaupun kita kadang-kadang kita rasa tak suka dengan ibu kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa tak setuju dengan ibu kita.
Walaupun kadang-kadang kita terasa hati dengan ibu kita. Telan sajalah. Anggap saja itu ujian dan godaan syaitan untuk jauhkan kita dari rahmat seorang ibu.
IBU KORBAN SEGALA
Sejak dari hari pertama ibu jadi isteri ayah kita, sejak dari hari itulah ibu akan berkorban untuk kita.
Kendong kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan. Ibu tak akan mengeluh dan buang kita.
Waktu bersalin, sakitnya ibu rasa. Darah banyak yang keluar. Urat banyak yang putus. Ibu tak akan merungut dan benci kita.
Semua tu bagai tak ada sebaik saja dengar bunyi tangisan kita. Segala sakit, susah dan penat hilang dalam sekelip mata.
Masa kita kecil, ibu jaga kita lebih dari jaga nyawa dia sendiri. Malam tak tidur kalau kita tak tidur. Siang ambil cuti kalau kita sakit.
Selagi kita tak kenyang, ibu tak akan makan. Selagi kita tak tidur, ibu tak akan habis urusannya di dapur.
Sampai kita tua, ibu tetap pandang kita macam anaknya yang masih kecil. Dijaganya kita. Dimasaknya untuk kita. Dinasihatnya kita. Dibebelnya kita.
Hebatnya seorang ibu.
Jangan sampai terhenti doa ibu untuk kita. Susah hidup kita nanti. Sebab itu kita kena selalu gembirakan hati ibu. Usaha untuk penuhi permintaannya. Dengar dan ikut cakap ibu.
Kena selalu minta ibu doakan kita. Doa ibu mustajab. Tidak ada hijab antara ibu dengan Allah SWT.
Beruntunglah orang yang masih ada ibu. Jagalah hati ibu baik-baik.
Berhati-hati bila bercakap. Mulut jangan celupar. Pilih perkataan bila kita bercakap. Jangan ikut perasaan.
Nada suara mesti rendah. Jangan angkat suara dengan ibu. Jangan sampai perasaannya terguris. Semakin ibu tua, semakin sensitif hatinya.
Kena selalu beringat. Apa layanan kita terhadap ini kita, begitulah nanti layanan anak kita terhadap kita.
Bagi yang ibunya telah tiada, jangan lupa untuk terus doakan ibu setiap masa. Walau telah hilang 1 sumber doa dan kekuatan, jangan pula kebaktian kita terhenti bersama nyawa ibu. Teruskan berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa ibu.
Selamat pagi semua.
Ingatlah ibu kita. Akan ada 1 masa kita rasa sangat susah, tak ada siapa pun yang akan sanggup tolong kita dunia akhirat lebih dari ibu kita.
Ya Allah, ampunkan dosa ibuku. Rahmatilah hidupnya dunia dan akhirat. Masukkan dia ke dalam syurgaMu tanpa hisab!
Teruja menanti kehadiran insan baharu sebagai penyeri rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu, pasangan ini teruja bakal menimang cahaya mata perempuan. Pengumuman berkenaan jantina anak Amar Baharin dan Amyra Rosli dibuat semalam oleh pasangan ini dalam satu majlis ‘Baby Shower. Dalam majlis tersebut, Amar mengakui terkejut kerana menyangka akan menerima anak lelaki. Menurutnya lagi, Amyra terlebih dahulu mengetahui jantina anak mereka. Manakala dia memilih untuk menanti sehingga majlis ‘baby shower’ untuk mengetahui jantina anaknya.
"Saya betul-betul terkejut sebab ingatkan bakal timang anak lelaki tapi rupanya Amyra sengaja nak buat kejutan.
"Selama ini saya teman Amyra ke kedai buku dia selalu beli buku mengenai lelaki.
"Malah kalau ke klinik untuk membuat pemeriksaan pun dia tak bagi saya teman untuk masuk ke dalam bilik untuk berjumpa doktor.
"Jujur saya gembira dengan pengumuman ini kerana saya bakal menerima cahaya mata perempuan dan cukup la sepasang dalam keluarga kami," katanya lagi.
Sementara itu, Amyra memohon doa agar segala proses berjalan dengan lancar dan selamat.
"Anak pun masih dalam kandungan lagi dan dijangka lahir pada Februari tahun depan.
"Tolong doakan semoga urusan bersalin saya dipermudahkan," katanya lagi.
Terdahulu, sempena ulang tahun Amar yang ke-34 Ogos lalu, Amyra membuat kejutan terindah apabila dia mengumumkan berita kehamilannya.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahniah diucapkan buat penyanyi terkenal Indonesia, Lesti Kejora yang mengumumkan kini dirinya hamil anak kedua.
Perkhabaran gembira itu turut diumumkan sendiri oleh Lesti dan suaminya, Rizky Billar dalam satu majlis yang disiarkan oleh televisyen Indonesia baru-baru ini.
Lesti kini difahamkan sedang hamil 12 minggu iaitu kira-kira tiga bulan.
“Kita ada satu perkara istimewa yang ingin disampaikan untuk saudara Leslar Lovers,” ujar Lesti.
Lesti awalnya membuat kejutan buat suami dengan menghadiahkan seutas jam tangan disertakan dengan kotak berisi alat ujian kehamilan.
“Kamu hamil? Dapat tahu dari mana? Sejak bila?
“Ini berita paling bahagia yang sudah lama kita nantikan ternyata saya dapat hadiah ini.
“Ya Allah, semoga kehamilan kali ini berjalan lancar, bayinya sihat. Terima kasih,” kata Rizky Billar.
Khabarnya Lesti sengaja menyimpan rahsia tersebut kerana mahu membuat kejutan sempena ulang tahun keempat perkahwinan mereka.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 19 Ogos 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Levian Al Fatih Billar yang kini berusia dua tahun.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.