Bunga kantan yang selalu kita gunakan untuk membuat kuah laksa atau asam pedas ini ada waktunya begitu sukar untuk dicari di pasar. Jadi apa kata beli sahaja lebih untuk simpanan stok di rumah.
Pun begitu menyimpan terlalu lama membuatkan bunga kantan menjadi busuk dan tidak elok lagi untuk dimakan. Petua yang dikongsikan ini wajar anda cuba. Bunga kantan mampu bertahan sehingga enam bulan.
Sekadar share untuk penyimpanan bunga kantan. Cara ini, bunga kantan tetap dalam keadaan baik, cantik dan tidak ada birat hitam.
Ini hasilnya selepas 6 bulan lebih saya simpan dalam tempat beku. Bila masak, aromanya tetap sama. Alhamdulillah.
1.Basuh terlebih dahulu bunga kantan.
Ads
2.Potong ikut suka kita, nak kecil boleh nak besar pun boleh.
3.Letak dalam plastik / bekas yang bersesuaian bunga kantan tersebut.
4.Letak air kosong dalam bekas bunga kantan tersebut.
Ads
5.Kemudian bolehlah disimpan dalam frezer/tempat beku.
Macam saya, letak dalam bekas untuk sekali masak, mudahkan kerja. Menariknya, bunga kantan ini boleh digunakan ketika beku atau dicairkan terlebih dahulu.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Kuih popia antara kuih yang digemari di bulan puasa ini. Selain rasanya yang tidak muak, isi dalamnya juga sedap dan rangup di makan bersama keluarga.
Ada waktunya popia terburai isinya Ketika di goreng. Petua mudah ini boleh anda cuba supaya cantik kejadiannya. Ikuti perkongsian dari Ida Zaida ini.
Bahan-bahan inti
1 tin cendawan
1 cawan hirisan ayam
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 paket isi ketam
1/2 batang lobak merah
Garam, gula, perasa
1 botol sos Prego carbonara/2 tin sos Prego
1 sudu makan minyak masak
Kulit popia (jenama KG)
Bancuhan tepung gandum & sedikit air supaya kulit popia melekat tidak terburai.
Cara membuat
1. Potong dadu semua bahan ini.
2. Tumis bawang putih,bawang merah dengan minyak masak.
3. Seterusnya masukkan isi ayam, sos Prego, isi ketam, cendawan,lobak merah. Kacau rata.
4. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa. Masak sampai pekat.
5. Bila sudah masak sejukkan dalam peti ais kemudian barulah digulung.
6. Ambil sehelai kulit popia letakkan inti tapi jangan banyak sangat supaya kulit popia tak basah.
7. Lipat dan gulung, letak bancuhan tepung gandum dan air hujung popia supaya melekat.
8. Untuk menggoreng, guna minyak yang banyak dan panas tapi api mesti perlahan supaya cantik bila digoreng.
INFO: Inti popia boleh ikut cita rasa dan bajet boleh juga guna gunakan sosej, isi ayam dan lobak saja.
Bagi mengelakkan inti tak terburai ketika menggoreng, pastikan terus sahaja digoreng sebaik dikeluarkan dari peti sejuk. Tidak perlu tunggu sehingga popia lembut dahulu jika dibuat frozen.
Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak keterlaluan bila dikatakan di antara banyak-banyak buah ada satu buah ini boleh dikatakan cukup nampak menyelerakan bila dihidang di bulan puasa. Warnanya yang merah berseri dan rasanya manis berair, nampak cukup menyegarkan. Buah apakah itu?
Lain tidak bukan adalah buah tembikai. Cukup ramai menggemarinya apatah lagi bila dimakan sejuk. Pun begitu, tahukah anda selain buah tembikai ini digemari kerana keenakan rasanya sebenarnya buah tembikai sangat bermanfaat dimakan ketika berbuka.
Ini dijelaskan sendiri oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad dan bolehlah dimanfaatkan info yang dikongsikan olehnya.
MANFAAT MENGAMBIL TEMBIKAI KETIKA BERBUKA (IFTAR)
Ramai di antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengambil tembikai ketika berbuka puasa (Iftar). Sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai. Tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini.
Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan.
Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya.
Mengikut kajian sains pula, buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. Satu atau dua ulas tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa.
Tembikai mempunyai Glycemic Index yang tinggi, bermakna penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan pantas. Oleh kerana kita hanya mengambil beberapa ulas saja, ia tidak memudaratkan.
• Nasi putih GI: 72 (tinggi) 150 kalori/100g
• Tembikai GI :72 (tinggi) 30 kalori/100g
• Kurma GI: 42 (rendah) 282 kalori/100g
Semasa menjalankan ibadah puasa, beberapa perubahan fisiologi dalam tubuh akan berlaku. Antaranya enzim yang berada dalam tubuh dikeluarkan secara perlahan-lahan disebabkan kita tidak makan sepanjang hari. Lapisan lendiran yang menyelaputi dinding dalam saluran penghadaman (perut dan usus) menipis. Oleh itu apabila kita berbuka puasa, mulakanlah dengan makanan yang bersifat mudah (simple real food). Antaranya buah-buahan seperti tembikai, anggur, pisang dan betik.
Tembikai mengandungi Vitamin A, C, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6 dan folate. Vitamin-vitamin ini membantu menstabilkan mood dan menguatkan ingatan. Berbuka puasa dengan tembikai dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Ia mengandungi 92% air dan nutrisi yang tinggi, sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa dan menggalakkan perpeluhan ketika musim panas.
Tembikai juga mengandungi sebatian lycopene iaitu sebatian antioksida yang boleh didapati dari buah-buahan berwrna merah seperti tomato. Satu gelas tebikai mengandungi 10mg lycopene, sementara satu gelas tomato mengandungi 5-6 mg lycopene. Lycopenen sangat baik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit jantung dan osteoporosis, juga membantu mengelakkan penyakit kanser pada payudara dan prostat.
Lycopene juga merupakan antioksida yang bagus diamalkan bagi pesakit diabetes, katarak, kulit dan juga membantu dalam masalah kesuburan.
Tembikai juga mengandungi sebatian citrulline, yang merangsangkan pengeluaran bahan nitric oxide, yang berfungsi sebagai merehatkan, melembutkan dan mengembangkan saluran darah yang sangat sesuai diamalkan oleh pesakit yang mengalami mati pucuk (erectile dysfunction) dan tekanan darah tinggi. Bila salur darah mengembang ia mengekalkan perjalanan darah dalam saluran koronari pada jantung.