Pengacara dan pelawak terkenal, Jihan Muse, selamat melahirkan anak ketiganya pada 15 Januari lalu di sebuah pusat perubatan di Shah Alam. Perkhabaran gembira ini dikongsikan oleh suaminya, Ungku Hariz, menerusi laman Instagram, mencuri perhatian ramai.
Pasangan ini menamakan bayi mereka sebagai Ungku Attufayl Adl, mengambil inspirasi daripada nama seorang sahabat Rasulullah SAW, At-Tufayl ibn Amr.
Selain itu, mereka turut mengekalkan tradisi memberi nama yang mengandungi Asmaul Husna, di mana kali ini mereka memilih ‘Adl’ yang membawa maksud keadilan.
Untuk rekod, Jihan dan Ungku Hariz telah mendirikan rumah tangga sejak 2016 dan kini dikurniakan tiga cahaya mata lelaki. Anak sulung mereka, Ungku Arsalan Haq kini berusia 7 tahun, manakala anak kedua, Ungku Altamis Barr, berusia 3 tahun.
Ads
Sebelum ini, Jihan sempat berkongsi bahawa beliau berharap untuk menimang cahaya mata perempuan bagi melengkapkan keluarga mereka. Namun, mereka tetap bersyukur dengan kehadiran seorang lagi ‘hero’ dalam keluarga kecil mereka.
Suasana Raya Ernie Zakri & Syamel membawa makna kebersamaan yang cukup mendalam pada Aidilfitri kali ini. Tahun ini, semangat itu dihidupkan dengan penuh emosi dan keceriaan menerusi kolaborasi istimewa dua figura kesayangan ramai, Ernie Zakri dan Syamel.
Menerusi single raya baharu mereka, Suasana Raya, pasangan vokal serasi ini mengajak pendengar merasai keindahan pagi Syawal daripada rasa syukur, nostalgia kenangan lama, hingga kegembiraan mencipta memori baharu bersama keluarga tersayang.
Lagu ini bukan sekadar hiburan perayaan, tetapi refleksi hubungan, emosi dan pengalaman hidup sebenar sesuatu yang sangat dekat dengan nilai kekeluargaan masyarakat hari ini. Inilah kekuatan utama Suasana Raya Ernie Zakri & Syamel yang menjadikannya lebih daripada sekadar lagu bermusim.
Dikenali dengan kekuatan vokal dan keupayaan menyampaikan emosi yang mendalam, Ernie Zakri melihat projek raya kali ini sebagai sesuatu yang berbeza daripada kebiasaannya. Jika sebelum ini beliau sering membawakan lagu yang sarat emosi, kali ini suasananya lebih santai, ceria dan penuh kegembiraan.
Namun bagi Ernie, lagu ceria tetap memerlukan kejujuran rasa kerana hanya emosi yang ikhlas benar-benar dapat menyentuh hati pendengar. Lebih bermakna, keseluruhan pengalaman menghasilkan karya ini bukan sekadar tentang muzik, tetapi juga tentang keluarga, dengan setiap detik sepanjang perjalanan menjadi kenangan indah yang ingin disimpan.
Bagi Syamel pula, kekuatan lagu raya ini terletak pada melodinya yang mudah diingati dan dipenuhi aura kegembiraan. Namun di sebalik keceriaan itu, beliau percaya rasa gembira perlu disampaikan dengan jujur sebab itu sepanjang rakaman, senyuman bukan sekadar ekspresi, tetapi cara untuk menghidupkan emosi dalam setiap bait lagu.
Yang paling berharga baginya adalah peluang berkongsi pengalaman ini bersama keluarga, menjadikan projek Suasana Raya Ernie Zakri & Syamel bukan sekadar produksi muzik, tetapi memori hidup yang penuh makna.
Apa yang menjadikan kolaborasi ini begitu istimewa ialah keserasian semula jadi antara mereka. Hubungan profesional yang telah lama terjalin memudahkan proses rakaman, malah membolehkan mereka benar-benar menikmati setiap detik bekerjasama.
Harmoni vokal mereka bukan sahaja kedengaran seimbang, tetapi juga terasa tulen — seolah-olah dua sahabat yang berkongsi cerita dan kenangan yang sama. Keserasian inilah yang menjadikan Suasana Raya Ernie Zakri & Syamel terasa hidup, bukan sekadar nyanyian, tetapi pengalaman emosi yang dikongsi bersama pendengar.
Projek ini turut menampilkan latar penggambaran di Hong Kong, memberi dimensi visual moden kepada karya mereka. Namun di sebalik latar antarabangsa itu, mesej utamanya kekal sama Raya adalah tentang keluarga, kenangan dan kebahagiaan yang dikongsi bersama.
Ernie dan Syamel berharap lagu ini akan terus menjadi teman setia setiap kali Syawal menjelang dimainkan di rumah, di perjalanan pulang ke kampung, atau ketika berkumpul bersama insan tersayang.
Kerana bagi mereka, muzik raya yang paling bermakna bukan sekadar didengar, tetapi dirasai bersama. Dengan keindahan melodi dan emosi yang tulus, Suasana Raya Ernie Zakri & Syamel berpotensi menjadi antara lagu raya yang terus dikenang dari tahun ke tahun.
Bedah Siasat Kedua Syamsul Haris Ada Kesan Kecederaan Mencurigakan. Bedah siasat kali kedua terhadap Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, mendedahkan wujud kecederaan mencurigakan yang menuntut siasatan lebih terperinci berkaitan kematian pelatih kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor pada 28 Julai lalu.
Prosedur di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur itu bermula sekitar jam 9 pagi dan berakhir kira-kira jam 4 petang, Sabtu.
Peguam keluarga Allahyarham, Datuk Naran Singh Ara Singh menjelaskan, sebelum proses dilakukan, pihaknya turut berbincang mengenai imbasan tomografi berkomputer (CT).
“Bedah siasat dilaksanakan secara teliti, setiap bahagian badan diperiksa dan dilihat, imbasan CT dibuat semula selepas habis bedah siasat.
“Keputusan bedah siasat mendapati kecederaan mencurigakan di badan yang mungkin dan perlu siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Hospital Kuala Lumpur, Sabtu.
Sehubungan itu, beliau menyeru campur tangan segera Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar serta Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.
“Kita juga berharap Peguam Negara mengadakan inkues dan Ketua Polis Negara mengambil berat kes ini.
“Kita mahu tahu punca serta bagaimana kecederaan di badan Syamsul Harris berlaku? Siapa yang bertanggungjawab terhadap kecederaan itu,” katanya.
Menurut beliau lagi, sekiranya Peguam Negara tidak berhasrat mengadakan inkues, pihak keluarga akan mengemukakan permohonan lain di mahkamah bagi mendesak perkara itu dijalankan.
“Kami berpuas hati dengan hasil bedah siasat kedua ini. Penemuannya menegaskan kepentingan inkues itu dilaksanakan,” katanya.
Terdahulu, pada Jumaat, jasad Allahyarham telah digali semula selepas Mahkamah membenarkan permohonan untuk dilakukan bedah siasat kedua. Proses penggalian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu bermula 8.45 pagi dan selesai kira-kira 9.22 pagi, sebelum mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
“Saya dah hilang kedua-dua anak lelaki saya, mereka pergi dalam kemalangan jalan raya.”
Ayah kepada Allahyarham Khairil Anwar Jamaludin meluahkan isi hatinya apabila kedua-duanya dijemput Ilahi dalam bulan dan keadaan yang sama.
“Saya betul-betul tak mampu terima kenyataan ini,” ujar Jamaludin Husin, 53, bapa kepada Allahyarham Khairil Anwar Jamaludin dalam nada sebak.
Begitulah yang dirasai kini perasaan seorang ayah setelah kehilangan anak akibat kemalangan tu, peritnya tak tergambar dengan kata-kata. Hati rasa kosong, rindu yang takkan pernah terubat. Tiap hari teringat senyum, suara, dan tawa dia, tapi hakikatnya, dia dah tak ada.
Memetik laporan Harian Metro, selepas tujuh tahun kehilangan anak sulung dalam kemalangan jalan raya, kini keluarga berkenaan kehilangan seorang lagi anak iaitu pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Khairil Anwar Jamaludin, 20, sekali lagi diuji dengan tragedi yang memilukan apabila anak bongsu pula pergi buat selamanya.
“Kehilangan yang sukar diterima” Apa yang lebih menyayat hati, pemergian kedua-dua anaknya terjadi pada bulan yang sama dan dalam keadaan yang hampir serupa, bagaikan takdir mengulangi detik pilu itu.
“Saya dah hilang kedua-dua anak lelaki saya, mereka pergi dalam kemalangan jalan raya. Lebih memeritkan, kedua-duanya dijemput Ilahi dalam bulan dan keadaan yang sama. Saya betul-betul tak mampu terima kenyataan ini,” ujar Jamaludin dalam nada yang penuh kesedihan.
Katanya lagi, telah menerima panggilan yang membawa berita malang itu sekitar jam 9 malam daripada seorang kakitangan UiTM, dan tanpa berlengah, dia bergegas ke Dungun. Dia tiba di sana pada 3.30 pagi dengan hati yang berat dan penuh resah.
“Kali terakhir kami berjumpa adalah pada 6 Oktober, ketika kami menghantarnya kembali ke kampus. Saya masih ingat dengan jelas, kami balik ke Ampang pada hari itu tanpa sebarang rasa curiga,” katanya sambil mengimbau kenangan bersama anak bongsunya yang merupakan anak kelima daripada lima beradik.
“Saya tak pernah sangka ini akan berlaku lagi. Tujuh tahun lalu, pada 3 Oktober 2017, anak sulung kami, Muhammad Khairul Izzudin, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya di Senawang, Negeri Sembilan. Kini, anak bongsu kami pula pergi pada 9 Oktober, hanya beberapa hari sahaja beza.”
Hilang dua anak lelaki dalam keadaan yang sama Khairil Anwar, penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM, maut dalam kemalangan yang berlaku berhampiran universiti di Kampung Sura Hujung sekitar jam 7 malam, bersama dua lagi rakan, Ku Adib Aizab Ku Azmi dan Muhammad Akmal Md Tukirin, yang juga pelajar universiti.
Rakan mereka, Mohd Ammar Danish Mohd Rodhuan, masih menerima rawatan di hospital akibat kecederaan parah.
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...