
Indahnya menyambut kelahiran di bulan Ramadan. Nyata pelakon cantik jelita, Tasha Shilla bertuah bersalin di bulan Ramadan ini. Khabar berita gembira ini dikongsinya menerusi posting terbaru di laman Instagram dengan meluahkan rasa syukur dengan kelahiran anak sulung lelaki. Lebih manis lagi pada hari Ramadan ke-12.
Pelakon ini juga mengucapkan terima kasih yang membantunya dalam proses bersalin. Juga menghargai suaminya, Atiq Idris sentiasa berada disisi memberi semangat.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada hari Ramadhan ke-12, 1442 AH / hari Sabtu April 24, 2021.
Terima kasih pada semua yang telah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa.
Saya sangat hargai pada semua pihak yang telah membantu menyempurnakan proses bersalin ini terutamanya pihak keluarga, sahabat-sahabat, team medical di hospital dan yang paling special dalam hidup saya, Suami Atiq Idris, thank you so much berikan saya semangat, sentiasa membahagiakan saya dan menjadi suami yang soleh. I love you so much. ❤️
“Allahumma-la’ quluba aulaadinaa nuuron wa hik-matan wa ahlihim liqobuuli ni’matin wa ashlih-hum wa ashlih bihimul ummah.”
Arti lafaz di atas:
“Ya Allah, penuhilah hati anak-anak kami dengan cahaya serta hikmah, dan jadikan mereka hamba-hamba-Mu yang layak menerima nikmat, dan perbaikilah diri mereka dan umat ini melalui mereka.”
Sumber:tashashilla
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dapat Teguran Suruh Anak Kecil Bertudung, Ibu Ini Tenang Aje.

Bukan mudah untuk mendidik anak-anak tentang aurat.
Ia suatu cabaran untuk anak-anak memahami sesuatu perkara.
Dan cabaran juga untuk kita sebagai parent untuk mengajar, untuk menyebarkan dan menerapkan nilai-nilai agama dalam jiwa anak-anak.
Sebagaimana perkongsian seorang ibu ini, Khairunnisa Hamzah mengenai anak perempuan ditegur kerana tidak bertudung.

Semalam semasa solat raya,
Ada seorang nenek menegur Aiyraa,
“Kenapa tak pakai tudung, ni? Lain kali pakai tudung tau, berdosa!” kata nenek tersebut dengan tangan warning dan buat muka garang.
Aiyraa malu, tunduk, nyorokkan muka ke peha Mommy. Yelah, satu saf dekat situ menoleh ke arahnya. Terkejut juga Mommy.
Mommy senyum sahaja sambil belai rambut Aiyraa. Risau dia nangis pula, ganggu khutbah. Try urut belakang dia harap dia cepat ok. Dia ni kalau dah menangis, Bomba datang pun tak settle air mata dan meraung dia.
Tapi,
Sambil urut tu Mommy cakap juga,
“Hah, kan nenek tu dah marah”
Tahun 2018 dahulu masa kami pergi umrah anak beranak, Mommy sendiri terkejut melihat anak-anak orang Arab dihias cantik rambutnya.
Berambut panjang dan pakai baju dress yang lawa macam Princess.
Rasanya tak jumpa pula anak kecil perempuan yang bertudung sepanjang kami ke sana.
Puas juga mencari.
Ada seorang Arab yang mencuit pipi kakak Aisyah dan Aiyraa yang masing-masing katika itu berusia 9 tahun dan 1 tahun.
“MasyaAllah, MasyaAllah” katanya ketika melihat mereka bertudung.
Rupanya,
Mereka tidak memaksa anak-anak bertudung ketika kecil, sampailah sampai waktu mereka mula berakal dan ketika anak kecil itu sendiri punya kemahuan untuk memakai, baru dipakaikan.
Tetapi, apabila sampai waktu wajib pakai, yakni akal baligh, wajib pakai! Dah tak ada alasan atau pilihan. Sampaikan ketika itu, ada dah undang-undang Negara yang akan menangkap mereka yang membuka aurat di khalayak ramai. Sebab, sudah sampai perkiraan dosa pahala buat si anak.
Sememangnya betul lagi bagus kalau dapat diajar dari awal.
Macam kakak Aisyah dahulu, umur 4 tahun lagi kakak Aisyah sendiri yang mahu. Pakai tudung, mengaji, puasa dan solat penuh, dari kecil.
Tetapi Aiyraa lain
Penuh dengan soalan. Why, why, why,
Penerangan Mommy pun belum menusuk kalbu dia lagi.
Aiyraa masih kecil.
Tapi Mommy tetaplah dakwah dia. Belikan tudung yang comel dan selesa. Pergi school dia pakai tudung juga. Slow-slow.
Time dia tak mahu, moody, tak selesa, taklah nak marah atau berdosakan dia.
Ada seorang Wanita Arab pernah berkata pada Mommy, “Anak perempuan, layan dia seperti Puteri ketika kecilnya dia. Satu masa nanti, dia akan penuh terikat dengan aurat dan kebebasan dia”
Pernah juga ada seorang makcik menasihati Mommy. Katanya, “Biarlah kanak-kanak menjadi kanak-kanak di Zaman kanak-kanaknya. Apabila dia terlarang daripada perkara yang dia tidak terlarang, maka dia akan memberontak apabila dewasa”
Penting untuk berikan kefahaman dan keikhlasan ketika kecil sebanyaknya. Bukan memaksa tanpa mereka mengerti apa keperluannya. Risau sebaik dewasa dan sudah lepas daripada ibu bapa, terus nak rasa apa yang masa kecil tidak dirasa.
Yang telah jelas terhukum dosa pahala itu ialah kita yang dewasa, bukan mereka.
Sumber: Khairunnisa Hamzah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Encik Suami Tak Komplen, Upah Cuci Baju.” Wanita Ni Buat Tabung Mesin Basuh, 6 Bulan Dapat Lebih RM300 Tak Termasuk Syiling!

Banyajk kaedah nak menyimpan sebenarnya, tak semestinya kena simpan di bank sahaja. Suri rumah misalnya, boleh praktikkan tip yang dikongsikan oleh puan Huda Bahari ini.
Berbekalkan bekas yang dibeli dari eco, wanita ini berjaya mengumpul lebih RM300 hasil kutipan dari pakaian suaminya ketika dibasuh. Menarik kan idea ini.

‘Tabung Mesin Basuh’
Saya tak pasti pulak sumber dari mana idea ni, maybe dari grup ni jugak kot. Hasil ‘mengumpul’ selama 6 bulan, banyak jugak lah. Boleh cover duit sabun hehehe…
Sebelum ni tak pernah pikir nk kumpul. Tiap kali jumpa dalam mesin basuh, terus masuk poket/purse. Pastu buat belanja & habis macam tu jer.

Bermula Jan 2020, saya start buat tabung ni. Jan-Jun2020, tak banyak dalam RM300 lebih. July-Dec2020, Kali ni baru nampak ‘hasil’ dia hahaha. Untung sabut dapat note besar, untung batu dapat syiling 5 sen je. En hubby tak komplen, saya kata upah saya cuci baju hehehe.

Kredit: tuan punya idea.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Susah & Peritnya Isteri Nak Melahirkan Anak. Lelaki Power Macam Mana Pun, Belum Tentu Dapat Hadapi Proses Beranak Ni!

Kepayahan mengusung perut 9 bulan hanya yang bergelar ibu sahaja memahami situasi tersebut. Belum masuk bab menunggu masa untuk melahirkan, ibarat nyawa di hujung tanduk.Antara hidup dan mati, tetapi itulah pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan juga ibu.
Kerana itu, suami harus menghargai segala pengorbanan isteri. Tak salah tunjukkan penghargaan dengan memeluk isteri,ucap terima kasih kerana sanggup bertarung nyawa melahirkan zuriat dan juga berterima kasih sebab sabar menahan sakit.
Demikian yang ingin dikongsikan oleh seorang peguam Sivil & Jenayah yang juga penulis buku dan Usahawan, saudara Mufarwa Farid menerusi laman facebooknya.

Gugur air mata lelakinya tatkala melihat kesusahan dan pengorbanan isteri yang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat mereka.
Semoga menjadi teladan buat para suami di luar sana dalam menghargai isteri dan anak-anak.
12 Januari haritu, merupakan detik paling bersejarah bagi aku; zuriat pertama aku dilahirkan ke alam muka bumi ini.
Orang yang paling aku utama untok apresiasi ini, sudah tentulah ibunya, merangkap isteri aku iaitu Ainnur Afiffah.
Sepanjang mengandung, terlalu banyak kali Ainnur kata dia takut sakit. Katanya, sejak kecil lagi dia dah takut nak beranak. Dan tempoh 9 bulan itu ibarat bom jangka yang menunggu saja kesakitan itu datang.
11 Januari, waktu kami check-up, Dr Norintan terkejut melihat air ketuban sudah makin sedikit.

“Kena induce macam ni. Tak boleh tunggu sampai 15 haribulan. Kalau boleh, beranak hari ni juga.”
Jujurnya, aku tak tahu induce tu mende. Aku fikir, induce tu nama lain bagi caesar. Jadi, aku dok fikir, alahai kesiannya Ainnur, kena bedah perut.
Kami pulang ke rumah, makan siap-siap, kemas yang apa yang patut, solat Zuhur, dan pergi semula ke hospital. Terus ke Labour Room.
Apabila proses Induce itu berlaku, baru aku tahu Induce tu apa. Diorang masukkan pil ubat dalam rahim, dan membantu bayi untok keluar daripada rahim itu.
Daripada jam 3 petang, sampailah 12 malam, tak keluar-keluar. Sepanjang waktu tu, Ainnur mengadu sakit yang amat, cuma boleh ditahan. Malam tu, Doktor suruh kami berjalan-jalan sekitar kawasan hospital.
Keluarga Ainnur daripada Batu Gajah dah lama tiba. Mak dan Abah serta adik-adik aku semua dah stanby sejak petang lagi. Pakcik dan makcik Ainnur pun datang dari Kajang.
Aku pula, kalau boleh, nak dia beranak haritu juga. Tarikh sedap, 11.1.2020. Namun begitu, jam 11 malam pun takda tanda-tanda anak nak keluar.
Hampir sejam berjalan, kesakitan Ainnur makin berkurang. Maka, kata aku, tak apalah, tunggu saja esok.
Esoknya, Doktor check, air ketuban dah nak kritikal. Doktor ambil keputusan, pecahkan air ketuban, lepas tu Induce kali kedua. Kali ni, Induce masukkan ubat air dalam tangan, dan effect nya lebih kuat berbanding pil.
Jam 11 pagi, Doktor dah masukkan cecair tu dalam tangan Ainnur. Ketuban pun dah dipecahkan.
Beberapa minit kemudian, Ainnur rasa sakit yang amat sangat kat perutnya. Berguling-guling, berpeluh-peluh dan tak mampu nak berbual lagi.
Kau bayangkan, sakit berguling dia tu, yang dinamakan sebagai contraction, berlaku selama 4 jam. Ini pun, ramai yang kata, agak kejap. Ada orang tu sampai 7 jam.
Waktu ni, memang habis semua ayat yang aku hapal, dibacakan kat telinga Ainnur. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan tu, entah berapa ribu kali aku bacakan. Aku siap baca ayat-ayat baru sambil menjenguk ayat tersebut dari Internet.

Ainnur ditawarkan pelbagai ubat dan gas untok tahan sakit, tapi awalnya Ainnur menolak. Dah masuk jam 12.30, Ainnur minta untok dapatkan gas. Setiap kali sakit, tarik nafas kat satu tiub yang menghubungkan dengan satu tong gas.
Jam 2 petang, bukaan pintu dah 9cm. Normalnya, 10cm tu tanda untok melahirkan anak.
Nurse dah siap-siap barang. Diletakkan lampu, pekakas, ruang katil baby, tempat letak kaki Ainnur dan minta aku sign beberapa borang.
This is real shit, man. Kata aku dalam hati.
5 minit kemudian, Doktor datang balik, dia check guna jari dia. “Dah 10cm. Ok Ainnur, push. Letakkan dagu atas dada tiap kali nak push.
Doktor dah duduk depan antara celah kaki Ainnur.
Hanya Tuhan yang tahu bertapa seksanya Ainnur push push dan push. Aku tak sanggup tengok, tapi aku kena ada situ.
Aku tak boleh tulis bertapa gilanya situasi dalam labour room tu. Memang tak boleh. Ia ibarat sesebuah peperangan yang bermatian-matian dilakukan oleh dua-dua pihak.
Ainnur push dengan amat-amat-amat gila. Dia menangis, tapi tetap kuat untok tolak kandungan gunakan sepenuh kudrat yang ada. Sementelah, semua Nurse menjerit kata-kata semangat dan menolak perut Ainnur ke arah celah kakinya.
Aku pula, sambil ajar Ainnur dah tolakkan kepala dia ke dada, mengintai tengok kat celah kaki Ainnur.
Aku rasa nak menangis bila tengok ada seketul kepala berambut keluar daripada rahim dia. Aku jerit pada Ainnur ‘Sikit lagi! Sikit lagi!’ supaya dia percepatkan tolakan dia untok tubuh seterusnya.
Hampir 5minit Ainnur push setelah aku nampak kepala tersebut, dan Doktor pun terus jerit, ‘Alhamdulillah.’

Dia meletakkan sekujur tubuh kecil ke atas dada Ainnur. Senyap saja dan menutup mata. Debar gila aku waktu ni. Tapi debaran aku hilang apabila melihat dia membuka mata, tengok sekeliling, dan terus menangis.
Syukur. Terus keluar air mata jantan aku weh. Doktor hulur gunting suruh potong tali pusat dia pun menggigil aku dibuatnya.
Anak aku sudahpun selamat dilahirkan.

Kami disuruh keluar untok Doktor menjahit rahim Ainnur. Di luar, anak aku dibersihkan seringkas mungkin.
Nurse tu terus serahkan pada aku, ‘Encik boleh azan kat dia sekarang.’ Kagum lah aku kejap, sebab nurse tu Cina.
Aku azan dan lepas tu iqamat, hampir tak keluar suara. Menang tacink habis moment tu. Manusia kat tangan aku waktu tu, seolah ada magic, yang buatkan waktu tu, terus buatkan hidup aku ada hala tuju.
Habis azan, nurse bawa anak aku keluar pintu bilik labour. Mak, Abah dan Ibu mertua, adik-adik ipar dan adik-adik aku semuanya dah menanti. Itu yang aku share gambar ‘terujeee’ haritu. Memang moment 5 minit lepas beranak.

Maka itulah, dia. Aku dah jadi seorang ayah. Benda paling aku tak boleh lupa, bagaimana kesusahan dan keperitan isteri aku nak melahirkan anak ini. Memang amat perit.
Lelaki kata lelaki power macam mana pun, belum tentu lagi dapat hadapi proses nak beranak ni.
Terima kasih berbanyak, Ainnur. Lahirkan puteri yang akan menjadi kesayangan buat selama-lamanya ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

