Siapa yang tak geram melihat wajah puteri kesayangan pasangan sama cantik sama padan, Nur Fazura dan Fattah Amin ini. Wajahnya yang comel dengan senyuman manis itu membuatkan ramai yang teruja.
Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Wajah comel Nur Fatima Aisya pastinya diwarisi oleh baka cantik dan kacak ibu bapanya.
Terbaru, gambar keluarga ini menjadi tumpuan peminat yang sememangnya tak sabar untuk melihat penampilan pertama Fatima Aisya bersama ayah dan mummy sempena hari raya.
Ads
Melihatkan senyuman manis yang dilemparkan si kecil ini membuatkan ramai yang geram dan cair. Pandainya dia melihat ke arah kamera sambil memberikan senyuman manis.
Ads
Dua keping gambar dimuat naik Fazura untuk penampilan mereka sekeluarga sempena hari raya. Tampak simple dengan pilihan rona merah jambu tetapi menyerlahkan penampilan.
Kebiasaannya bab membeli keperluan raya ini diletakkan di bahu kaum ibu. Kebanyakan mereka lah yang menentukan warna, corak, trend untuk keluarga manakala kaum bapa hanya menurut sahaja. Selain malas memikirkan hal remeh sebegini, ia juga satu cara mengelak dari berlaku sengketa antara suami isteri andai idea masing-masing tidak diterima.
Beberapa hari lepas, saya baru berkesempatan nak cari baju raya. Rancangnya nak beli puasa pertama, tapi disebabkan ada beberapa perkara perlu nak diselesaikan, maka baru ini ada masa untuk mencari.
Bini dah kabor awal-awal, tahun ini tema kami mesti warna hijau mint. Jadi bersandarkan kepada kenyataan bini tadi, maka saya pun setkan dalam fikiran saya,
“Hijau mint! Hijau mint! Suka atau tidak, aku akan cari hijau mint!”
Maka, bila tiba sahaja di kedai pertama, dengan tak toleh kiri kanan, pantas saya bertanya.
“Pakcik, warna hijau mint ada?”
Tenang je pakcik yang baca surat khabar tu menggelengkan kepala. Saya pun tunjuk jari good sambil mahu berlalu pergi.
Dari jauh lagi saya dah perasan bini tengah usha satu baju warna pink belacan.
“Ibu, ibu, jom. Kat sini tak ada” bagitahu saya kepada bini sambil menghulurkan isyarat untuk bergerak ke kedai lain.
Dengan perlahan dia menuruti.
Berlalu ke kedai nombor dua pun, masih tiada baju yang saya cari. Hinggalah kami tiba di kedai yang ke berapa belas entah, akhirnya.
“Yeah! Baju ni saya mahukan kak. Gigih saya mencari baju warna ni. Jenis pulak tak ada pesak, memang saya suka” beritahu saya teruja kepada akak yang berniaga tersebut.
Yela, mana tak happy, kau dah tawaf semua bazar tu hampir satu pusingan penuh dan kau jumpa apa yang kau cari, mahu tak melompat kan.
Namun, secara tiba-tiba,
Kedengaran satu suara, sayup-sayup je menerjah gegendang telinga saya.
“Bang, baby blue ni cantik juga”
“Omg” gumam saya sambil menelan air liur. Ia seolah-olah sudah berada di dalam jangkaan saya sebenarnya.
“Bang, hijau mint ni susah juga cari design latest baju perempuannya”
“Habisss”perlahan je saya bercakap dalam hati.
“Kalau baby blue ni, padan sikit dengan design baju yang saya nak beli. Abang rasa macam mana?
Saya masih kaku di situ. Tidak bergerak.
“Atau abang rasa pink belacan tadi okay? Yang itu saya pernah jumpa dekat satu kedai area kota tinggi. Warna tu ada design yang saya minat”
Saya yang bergetar badan masih lagi memegang baju hijau mint tadi. Perlahan sahaja saya panggil akak tu semula,
“Kak, akak pegang dulu sat. Saya nak bermusyawarah dengan bini saya kejap” hulur saya sambil tersenyum.
Saya menarik bini ketepi. Kami mula berdiskusi dengan ilmiah. Agak lama juga kami berbincang sambil berdiri berhadapan dengan kedai tersebut.
Maka, selepas 10 minit perbincangan, disebabkan isteri berjaya meyakinkan saya untuk mencari di kedai-kedai yang dia dah listkan, maka kami pun berlalu pergi.
Sayang bini woi!
Kesimpulannya, kepada geng suami-suami yang nak beli baju melayu, silalah pastikan kalian membeli baju isteri terlebih dahulu.
Ya betul, warna akan menjadi keutamaan. Isteri boleh cakap semua warna yang terlintas di dalam pemikiran dia, akan tetapi di atas warna akan ada satu lagi faktor penentu sama ada baju itu dibeli atau tidak.
”Design”
Baju warna lawa tapi design tak menepati citatarasa dia pun, dia tak nak dah. Baju warnalah pastel elok macam mana sekalipun, kalau design dah tak ngam dengan jiwa dia pun, dia tak minat untuk membeli.
Dan minat dan mood ni saling berkait rapat. Percayalah, disebabkan baju yang dibeli tak seperti dia mahu, pagi raya tu akan sama je seperti hari-hari biasa. Berjaga-jaga!
Jadi, eloklah bagi dia beli dulu. Layan je. Raya ni setahun sekali kan.
*************
Sayup-sayup kedengaran lagu raya Sepahtu mengiringi pemergian kami,
“Pakat pilih kain apa, kain satin sutera, cantik juga kain rayon, tidak kurang kain chiffon”
Dalam kesibukan kita membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidliadha atau Raya Haji, usah lupa untuk mengambil peluang melakukan lebih amalan ibadat menjelang hari raya korban ini.
Biarpun ada antara kita belum berpeluang menunaikan ibadah haji, rukum Islam kelima pada tahun ini, namun kita masih tetap mampu mendapat manfaatnya iaitu berdoa waktu para jemaah haji wukuf di Arafah dan berpuasa Arafah.
Tinjauan daripada perkongsian beberapa media sosial, Majalah Keluarga nyatakan beberapa informasi yang berguna untuk kita siap sedia meraih pahala sempena hari wukuf pada hari ini.
Moga kita muhasabah diri menjadi mukmin terbaik.
Ikuti panduan ini:
WAKTU WUKUF, MUSTAJAB DOA
Hari ini (8/7.2022), jemaah haji wukuf di arafah lepas zuhur dan waktu di Malaysia bermula 5:27pm hingga 12:27malam.
Sila ambil kesempatan untuk berdoa untuk kejayaan dan kebaikan dunia dan akhirat.
31 PERMOHONAN DOA
Marilah kita sama-sama berdoa sempena Wukuf di Arafah In Shaa Allah
Allahhumma Shollialla Muhammad waalla’ali Muhammad
PUASA SUNAT ZULHIJJAH
PUASA TARWIYAH
(Hari Jumaat, 08 Zulhijjah / 8 Julai 2022)
PUASA ARAFAH
(Hari Sabtu, 09 Zulhijjah / 9 Julai 2022)
Puasa sunah Tarwiyah dan Arafah sangat digalakkan bagi umat muslim sedunia, agar kita dapat turut merasakan nikmatnya seperti yang dirasakan oleh para jemaah haji. Namun begitu, bagi jemaah haji sendiri haram hukumnya untuk berpuasa di hari Arafah 09 Zulhijjah.
Adapun yang dimaksudkan dengan puasa Arafah adalah (Mengetahui) puasa yang dilaksanakan pada hari Arafah yakni pada tanggal 09 Zulhijjah iaitu hari pada saat jemaah haji melakukan wukuf di padang Arafah.
Dan Puasa Tarwiyah adalah (merenung atau berfikir) puasa yang dilaksanakan pada hari tarwiyah yakni 08 Zulhijjah, hari sebelum hari wukuf.
Alangkah banyak keberkatan dan kebahagiaan yang Allah SWT berikan bagi orang yang menjalankan puasa Tarwiyah dan Arafah.
Semoga kita termasuk di dalamnya.
NIAT Doa Niat Puasa Tarwiyah
ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﺗﺮﻭﻳﻪ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ
“ Saya niat puasa Tarwiyah, sunat kerana Allah SWT Ta’ala.”
Do’a Niat Puasa Arafah
ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﻋﺮﻓﺔ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ
“ Saya niat puasa Arafah, sunat kerana Allah SWT Ta’ala.”
Semoga amalan yang dikerjakan akan dapat keberkatan dan kebahagiaan dunia mahupun akhirat. Insya Allah.
Sumber: FB Perkongsian beberapa warganet & Zakat Malaysia
Jika betul caranya melayan suami, memang boleh mencairkan hati suami sehingga ke kamar. Ramai wanita menganggap untuk sentiasa cantik di hadapan suami adalah menerusi solekan dan kebijaksanaan dalam bergaya walhal dari sudut lain juga boleh menjadikan anda tetap cantik biarpun tanpa solekan. Tak percaya?
Masakan dari air tangan
Walau sesibuk mana pun anda sebagai seorang wanita yang bekerjaya, jangan lupa menghidangkan makanan hasil air tangan sendiri.
Bukan apa, kesibukan anda di dapur menyiapkan hidangan untuk keluarga membuatkan anda kelihatan ‘seksi’ di mata suami biarpun hanya melipat lengan baju!
Kesungguhan anda menyediakan makanan untuk suami bukan saja menunjukkan anda mahu makanan yang berkhasiat dan bersih tetapi secara tidak langsung air tangan seorang isteri mempunyai zat yang membolehkan suami semakin sayang.
Layanan setiap hari
Percakapan yang lembut, tutur kata yang perlahan dan layanan yang baik boleh membuatkan sang suami selesa berada di rumah berbanding lepak di luar bersama teman mahupun berada di pejabat lewat malam. Bayangkan jika anda bersikap garang dan bercakap kasar, sudah tentu raut wajah anda kelihatan lebih tua dan kurang cantik untuk menjadi tatapan suami.
Biarpun anda tidak mengenakan sebarang solekan, tetapi berbekalkan layanan yang cukup baik boleh membuatkan suami senang hati dan cantik dimatanya.
Sikap berdikari
Pernahkah anda terfikir bahawa anda terpilih menjadi suri hatinya kerana sikap anda yang berdikari? Seorang lelaki gemarkan wanita yang pandai berdikari ketika ketiadaan mereka. Ini terbukti apabila suami menyerahkan semua perkara kepada isteri bermula dari urusan anak-anak sehinggalah membantu mencari kunci kereta yang hilang! Jika anda pandai berdikari ketika ketiadaan suami kerana tugasan luar, suami tidak lagi perlu risau sebaliknya lebih menyayangi anda kerana pandai menjaga maruah diri dan keluarga.
Bijak urus rumah tangga
Menguruskan rumah tangga tidak hanya terhad kepada mengemas rumah, membasuh pakaian, tidurkan anak dan memasak. Anda masih boleh kelihatan menarik biarpun sudah mempunyai anak yang ramai dengan memenuhi keperluan suami. Tidak semestinya anak menjadi keutamaan sehingga mengabaikan suami. Tidak ada salahnya jika sesekali anda melakukan kejutan untuk suami. Misalnya, mengadakan makan malam berdua, menjadikan bilik tidur lebih romantis dan menyediakan bekalan untuk suami ke pejabat.
Cantik tidak semestinya dilihat dari segi luaran tetapi cantiknya seorang isteri boleh dinilai oleh suami dari banyak segi. Biarpun berkain batik, jika masakan sedap, layanan baik dan romantik juga boleh mencairkan hati suami sehingga ke kamar! Setuju?