Tak Ada Guna Mesin, Senang Aje Buat Mee Ni, Gerenti Jadi!

Share

Setiap kali bulan puasa beli makanan di bazar Ramadan tu wajib tapi sekali-sekala mesti nak masak sendiri di rumah kan? Chinese Handmade Noodles resipi paling mudah dan sedap yang boleh buat sendiri.

Makan tanpa nasi pun boleh kenyang. Jadi, apa kata anda cuba resipi ini yang pastinya meningkatkan selera dan memberi tenaga selepas seharian berpuasa.

Resipi Lain:

Resipi Ayam Goreng Garing Diluar Tapi Juicy Di Dalam. Masukkan 3 Bahan Ini Sahaja

Soto Ayam Kuah Pekat Dan Rasa Berempah, Begini Resipi & Tip Nak Buatnya!

Sup Wantan Homamade, Dah Boleh Buat Sendiri Ikut Resipi Wanita Ni Kongsikan!

Chinese Handmade Noodles

Bahan-bahan:

  1. 300 gram tepung roti (aku guna tepung gandum biasa je. Buat 500 gram)
  2. 1/4 sudu garam
  3. 150 ml water (air agak-agak)

Pakai mixer pun boleh. Ikut suka. Aku pakai tangan je uli.

Bahan untuk goreng mi:

  1. Ayam
  2. Cili kisar (siap segala rempah)
  3. Daun limau purut
  4. Sos tiram
  5. Light soy sauce
  6. Gula
  7. Garam
  8. Telur

Cara Penyediaan:

– Uli tangan sehingga sebati semua bahan untuk buat doh dan rehatkan ia selama 30 minit.

– Gelek doh secara memanjang dan lipatkan macamni. Tepung kena tabur-tabur tau tak nak bagi melekat.

– Lepastu baru potong, lebar ikut suka.

– Masuk dalam mangkuk. Ni pun tabur-tabur tepung jugak supaya tak bergumpal dan melekat.

– Rebus dalam air yang mendidih. Bila terapung, angkat dan toskan.

– Dah boleh goreng macam biasa.

Sumber: Ryu Watanabe

IKLAN