
Siapa pernah menonton siri sinetron Bawang Merah Bawang Putih masa kecil dahulu mesti ingat dengan salah seorang watak kanak-kanak ini.
Siapa sangka, kanak-kanak kecil yang memegang watak olivia kini sudah semakin dewasa!
Ramai yang terkejut dengan penampilannya yang terkini, dulu masih kanak-kanak, sekarang bukan main jelita lagi..
Nak dijadikan cerita beberapa keping gambar Olivia yang dah besar telah viral di media sosial.
Memang tak dinafikan Olivia bila dah besar sangat cantik. Mukanya yang semasa kecilnya cantik masih tidak berubah walaupun sudah besar. Malah, ia nampak semakin cantik dan matang.
Kami berharap Olivia ni membesar menjadi anak yang baik. Semoga dia dapat teruskan dengan bidang yang dia ceburi selama ini.
Sedikit info, Bawang Merah Bawang Putih adalah sebuah sinetron dari Indonesia yang diangkat dari kisah Bawang Putih Bawang Merah, dongeng Nusantara yang popular. Bawang Merah Bawang Putih ditayangkan di RCTI pada tahun 2004 hingga 2006 . Sinetron sepanjang 108 episod ini juga popular di Malaysia yang ditayangkan TV3 sejak tahun 2006 hingga awal 2007.
Cerita ini mengisahkan dua gadis cantik mahasiswa SMA yang sama dan berjiran, Alya (Revalina binti Sayuthi Temat) siswa cerdas yang pernah berlakon sebagai BAWANG PUTIH dalam teater Bawang Merah Bawang Putih dan Siska (Nia Ramadhani) yang berlakon sebagai BAWANG MERAH dalam teater yang sama. Kejayaan besar teater itu, membuat nama Bawang Merah dan Bawang Putih melekat pada kedua-dua gadis tersebut dalam kehidupan seharian mereka di sekolah.
Siska hidup bersama ibunya, Rika, seorang janda kerana perceraian. Alya, hidup bahagia dalam kemewahan bersama kedua-dua orang tuanya. Ayahnya, Indra, adalah seorang usahawan berjaya dan selau ke luar negara, sementara Yasmin ibunya Alya, adalah seorang suri rumah tangga yang ramah dan baik hati. Lakonan Siska sebagai Bawang Merah dalam teater itu berlanjutan hingga ke dalam kehidupan mereka. Si Bawang merah dan Ibunya Rika, dalam diam-diam iri hati kepada keluarga Bawang Putih. Tetapi Rika, sangat pandai bersandiwara sehingga keluarga baik hati seperti Alya dan kedua-dua orang tuanya itu, tidak menyedari kebencian yang tersembunyi dan semakin membesar dalam hati Siska dan ibunya.
Ibu Bapa Pakai Baju Sekolah Rendah Hantar Anak Masuk Darjah Satu

Ibu bapa mana tak teruja untuk menghantar anak masuk ke sekolah. Pelbagai persediaan dilakukan untuk memberikan yang terbaik demi pembelajaran anak.
Namun ada juga anak-anak yang takut untuk memasuki fasa ini. Al-maklumlah, terpaksa duduk belajar dengan insan yang baru dikenali. Selain itu, suasana pembelajaran berlainan sedikit sewaktu di tadika.
Bagi pasangan ini, Mohd Fadzil Abu Naim dan isterinya Nurul Aini Mohd Alwa, mereka turut sama mengenakan pakaian sekolah rendah sewaktu menghantar anak mereka Muhammad Ishraq Aydan sebagai tanda sokongan bagi anaknya itu yang baru menjejaki alam persekolahan.
Lensa kamera akhbar Kosmo sempat merakamkan telatah keluarga ini sewaktu Fadzil dan Aini sedang membetulkan beg anak mereka.
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
Dari komen-komen yang ditinggalkan, ramai yang memuji pasangan ini yang tidak segan memakai pakaian seragam sekolah. Ini ada contoh terbaik didikan ibu bapa terhadap anak-anak.
Ramai yang terhibur melihat keluarga ini namun disebaliknya ada juga yang mengatakan hanya ibu bapa sahaja yang memahami perasaan menghantar anak sekolah darjah satu.
‘Sebak, teruja, gembira ..Semuanya bercampur baur. Tak sangka sekejap je anak dah besar.’ – Netizen
‘Maknya nampak kuat tapi dalam hati, sedih nak tinggalkan anak ke sekolah.’
[ARTIKEL PANAS]
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
āPengorbanan Tidak Terbalas.ā Tak Sanggup Lihat Adik Derita, Kakak Derma Buah Pinggang, Tapi Ini Jadinya⦠Kisah Yang Sangat Berinspirasi!

Kisah kegigihan lelaki yang berasal dari kampung Raja Besut, Terengganu ini sememangnya harus dijadikan contoh dan inspirasi buat bakal graduan di luar sana untuk menempa kecemerlangan biarpun dibebani dengan masalah kesihatan diri.
Menghidap penyakit buah pinggang tahap empat bagaimana pun tidak menghalang Muhammad Khairuzzaman Abdul Manan @ Abdul Munin, 24, menggenggam segulung ijazah dengan keputusan cemerlang pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Ke-16 yang lalu.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) ini mula dikesan menghidap penyakit buah pinggang tahap empat pada 2013 iaitu setahun sebelum dia mendaftar diri di UMT.
“Peringkat awal disahkan menghidap penyakit tersebut ia bagaikan satu tamparan buat saya dan keluarga. Seolah-olah dunia ini sudah gelap dan tiada ertinya lagi.Namun, berkat kekuatan yang diberikan ibu bapa serta keluarga menyebabkan saya terus bangkit dan berazam untuk belajar dengan tekun dan menghabiskan pembelajarannya di UMT dengan cemerlang.
Pengobanan tidak terbalas
Ditanya mengenai pengorbanan kakaknya, Nor Fadhila yang sanggup mendermakan buah pinggang, jelas Khairul itu adalah pengorbanan yang tidak terbalas.
“Kalau diikutkan semuanya ok, sebab saya dan kakak memang serasi, mungkin bukan rezeki saya. Sebab workout transplant kami buat hampir 2 tahun semuanya ok. Namun, rezeki tidak berpihak kepada kami apabila pemindahan tersebut gagal selepas tiga hari,” imbasnya.
Berbekalkan semangat dan dorongan keluarga serta bantuan pensyarah dan rakan-rakan, dia kembali menyambung pengajian dalam keadaan yang sangat mencabar. Memandangkan kesihatannya sentiasa berubah-ubah serta terpaksa menjalani dialisis 10 jam setiap malam dengan mesin yang disewa khas di rumah sewanya bersama rakan di sekitar UMT. Kos sewaan peralatan dialisis mencecah RM3,200 sebulan itu ditanggung oleh ibu, ayah dan dibantu adik beradiknya.
“Saya terpaksa menangguhkan pengajian pada semester empat kerana perlu menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang. Selama hampir 3 tahun (2013-2016) saya bertahan tanpa dialisis, tapi banyak jaga makan dan ubat yang doktor bagi. Apabila dekat dengan operation tranplant tahun 2016 saya baru on dialisis.
“Sebelum dialisis saya memang sangat penat, rasa tak boleh fokus pun ada. Memang tak dinafikan memang awal-awal tahun selalu rasa give up. Tapi sokongan keluarga buatkan saya kuat balik. Bila tranplant saya gagal, saya on dialisis APD, iaitu cucian air melalui perut. Saya kena sewa mesin APD RM3200 sebulan. Bila dah start dialisis pelajaran saya sangat terganggu, masa saya terhad sebab kena dialisis 10 jam pada setiap malam,” jelas Khairul lagi.
Anugerah Dekan
Dengan keadaan kewangan dan kesihatan yang terhad beliau telah berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang. Amat membanggakan keputusan pada semester akhir pengajiannya di UMT adalah dengan memperoleh Anugerah Dekan.
Dia yang mengakui tiada cara tertentu dalam belajar, sebaliknya masa yang ada digunakan sebaik-baiknya untuk belajar, banyakkan tanya pensyarah, kawan-kawan kalau tak faham.
“Yang penting selalu dekatkan diri dengan Allah, banyak lakukan solat sunat dan buat kebajikan. Bagi saya peluang untuk melanjutkan pelajaran di UMT sudah menjadi nikmat besar, sebab mungkin ramai lagi yang mahu belajar di sini tapi tak dapat. Ini juga menjadi penguat saya untuk sentiasa bersyukur walaupun sakit ketika di universiti,”ujarnya sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Boleh Ke Amalkan ‘Bad Marketing Is Good Marketing’? Rujuk Jawapan Mufti Dari Sudut Syarak!

Zaman sekarang ni, dalam perniagaan kebanyakan dah terapkan prinsip ‘bad marketing is good marketing’ sehingga boleh menjadikan aib pada diri sendiri. Tapi, boleh ke sebenarnya guna kaedah begini untuk mendapatkan rezeki? Adakah dibenarkan dalam Islam? Jom kita rujuk persoalan ini dari pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan
Assalamualaikum ustaz, dalam perniagaan zaman sekarang ada satu istilah iaitu Bad Marketing Is Good Marketing. Maknanya peniaga akan menggunakan apa sahaja cara yang biasanya mencetuskan kontroversi, sensasi, lantas mencetuskan perhatian dan kemarahan orang ramai lalu menjadi viral. Kesannya, peniaga tersebut akan mendapat publisiti atas kontroversi yang dicetuskan tadi, maka produknya makin laris, jenamanya makin dikenali orang ramai. Adakah perkara ini dibenarkan dalam Islam? Mohon pandangan pejabat mufti.
Jawapan Ringkas
Islam mengharuskan apa jua kaedah pemasaran yang ingin dilakukan peniaga untuk meraih keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan selagi tidak bertentangan dengan prinsip syarak. Kaedah pemasaran dengan cara “bad marketing” dapat memberi liputan luas kepada sesebuah perniagaan. Namun begitu, kaedah pemasaran itu mestilah selari dengan kehendak syarak seperti tidak melakukan perkara-perkara yang haram, menimbulkan fitnah kepada Islam dan imej muslim dan sebagainya. Justeru, kaedah pemasaran sebegini tidak boleh dilakukan kerana bercanggah dengan prinsip-prinsip syarak.
Para peniaga dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam memilih kaedah pemasaran yang tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip syarak. Dapatkan juga nasihat daripada pihak-pihak berautoriti tentang kaedah dan batas-batas pemasaran yang ingin dilakukan. Moga-moga perniagaan yang dijalankan meraih keuntungan dan keberkatan di dunia dan di akhirat.
Huraian Jawapan
Pemasaran merupakan salah satu komponen penting dalam perniagaan. Ini adalah kerana pemasaran akan menyebabkan sesuatu jenama atau produk dikenali ramai dan seterusnya meningkatkan jualan syarikat. Oleh kerana itu, terdapat pelbagai kaedah pemasaran yang digunakan para peniaga untuk meraih hasil jualan yang banyak.
Dalam masa yang sama, terdapat beberapa pihak yang bersikap melampau dalam melakukan aktiviti pemasaran mereka. Sebagai contoh, menghina dan memaki hamun orang lain, provokasi, membuat kenyataan dan aksi kurang sopan, lucah, melakukan pemasaran dengan cara yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan lain-lain. Walaupun perbuatan-perbuatan tersebut diketahui tidak elok, namun mereka beranggapan bahawa ianya masih satu bentuk pemasaran untuk perniagaan mereka kerana perbuatan tersebut akan memberi publisiti kepada mereka. Inilah yang menjadi tanggapan mereka, bad marketing is good marketing.
Seorang peniaga muslim mestilah mengamalkan cara hidup hidup Islam yang menyeluruh termasuklah dalam perkara yang melibatkan pemasaran produk mereka. Hal ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT berikut:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Surah al-Baqarah (208)
Para ulama menerangkan ayat di atas menuntut seorang muslim untuk sentiasa mengamalkan cara hidup islam yang menyeluruh, melakukan segala suruhan Allah dan tidak meninggalkan perkara yang dilarang. Dalam konteks permasalahan ini, seorang peniaga perlu berhati-hati dalam memastikan pemasaran yang ingin dilakukan mestilah mengikut apa yang telah digariskan syarak. (Rujuk Tafsir al-Razi 352/5[1]; Tafsir Ibn Kathir 422/1[2])
Asal hukum bagi muamalat adalah harus selagi tidak melibatkan perkara-perkara yang haram. Ini adalah berdasarkan kaedah berikut:
الأصل في المعاملات الإباحة إلا ما قام الدليل المعتبر شرعًا على تحريمه
Maksudnya: Hukum asal bagi perkara berkaitan muamalat adalah harus kecuali ada dalil atau perkara diharamkan syarak. (Rujuk Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami 892/5)
Antara perkara yang perlu diambil perhatian ketika melakukan aktiviti pemasaran adalah peniaga perlu elakkan daripada mengaibkan atau melaknat orang lain, mencarut serta menjaga setiap percakapan daripada perkataan yang buruk dan keji. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW:
ليس المؤمن بالطعان, ولا اللعان, ولا الفاحش, ولا البذيء
Maksudnya: Seseorang yang beriman itu bukanlah daripada golongan yang suka mengaibkan orang lain, bukan daripada golongan yang melaknat orang lain, bukan daripada golongan yang suka mencarut, dan bukan juga daripada golongan yang suka yang suka berkata-kata keji dan buruk.
Riwayat Tirmizi (1977)
Selain itu, peniaga juga dituntut untuk menjaga kehormatan diri dengan tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah diri seperti menuturkan serta menggayakan aksi dan pakaian tidak sopandan seumpamanya. Ini adalah kerana perbuatan tersebut amat dilarang dalam Islam. Rujuk juga artikel lepas kami dalam Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-575:Hukum Mempromosikan Barangan Di Media Sosial Dengan Cara Memalukan.
Kesimpulan
Islam tidak menghalang apa-apa daya kreativiti peniaga untuk melakukan pelbagai kaedah pemasaran bagi meraih keuntungan. Namun begitu, kreativiti itu mestilah dalam rangka yang dibenarkan syarak. Asal hukum berkaitan pemasaran adalah harus selagi tidak melibatkan atau melakukan perkara yang haram. Justeru, konsep bad marketing is good marketing adalah tidak wajar untuk dilakukan seorang peniaga muslim kerana tidak bertepatan dengan syarak.
Wallahualam.
[1] أَيْ دُومُوا عَلَى الْإِسْلَامِ فِيمَا تَسْتَأْنِفُونَهُ مِنَ الْعُمُرِ وَلَا تَخْرُجُوا عَنْهُ وَلَا عَنْ شَيْءٍ مِنْ شَرَائِعِهِ وَلا تَتَّبِعُوا خُطُواتِ، الشَّيْطانِ أَيْ وَلَا تَلْتَفِتُوا إِلَى الشُّبُهَاتِ الَّتِي تُلْقِيهَا إِلَيْكُمْ أَصْحَابُ الضَّلَالَةِ وَالْغَوَايَةِ
[2] يقول الله تَعَالَى آمِرًا عِبَادَهُ الْمُؤْمِنِينَ بِهِ الْمُصَدِّقِينَ بِرَسُولِهِ أَنْ يَأْخُذُوا بِجَمِيعِ عُرَى الْإِسْلَامِ وَشَرَائِعِهِ، وَالْعَمَلِ بِجَمِيعِ أَوَامِرِهِ، وَتَرْكِ جَمِيعِ زَوَاجِرِهِ، مَا اسْتَطَاعُوا مِنْ ذَلِكَ
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan