Sambal antara menu yang paling digemari oleh seluruh rakyat Malaysia. Sambal juga selalunya dimasak dengan jumlah yang banyak untuk dibuat stok kerana boleh tahan agak lama jika disimpan di dalam peti sejuk.
Kali ini resipi sambal yang akan dikongsikan oleh Ina Abbas adalah sambal tempoyak daun kayu sememangnya tidak akan menghampakan. Tempoyak sangat sinonim dengan isi durian yang dimasak dijadikan sambal.
Di samping rasanya yang sangat unik dan sedap sambal ini juga antara menu yang sihat kerana menggunakan bahan-bahan organik seperti sayur dan ulam-ulaman.
Resipi Ayam Masak Merah sememangnya jadi menu kesukaan anak-anak kita di rumah. Kalau mak sediakan menu ini di hujung minggu, anak-anak melompat keriangan sambil tak sabar nak makan. Asyik jenguk ke dapur je. Suami pun macam tu juga. Begitu hebatnya penangan Ayam Masak Merah.
Bosan dengan resipi biasa, jom kita ikut resipi yang dikongsikan wanita bernama Rafiza Idayu. Rupanya nak rasa lebih menyengat kena letakkan serai dengan
kuantiti yang agak banyak. Katanya, resipi Ayam Masak Merah yang di’infused’ rasa serai yang wangi dan buka selera.Jom ikut caranya. Nampak mengiurkan.
Saya berkempatan belajar dengan seorang yang menyediakan Ayam Masak Merah yang sangat sedap ketika jamuan kenduri kahwin anak beliau. Pesannya, letak serai banyak dan maniskan sedikit masakan tersebut.
Jom kita lihat langkah demi langkah
Bahan bahannya:
Ayam seekor dipotong 12 bahagian
Serbuk Kunyit
Garam
30 biji lada kering
2 inci halia
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 batang kayu manis
5 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
7 biji cengkih
1 biji gula nisan (gula kerek @ gula nisse @ gula melaka @ gula perang)
4 ketul asam gelugur (asam keping)
2 biji tomato
10 sudu sos cili (brand Kimball)
10 sudu sos tomato (brand Kimball) 12 batang serai
* Rasa akan berubah mengikut bahan atau brand yang digunakan. Contohnya sos cili brand Maggi akan sedikit masam. Jadi kurangkan penggunaan asam keping
Caranya:
1. Setelah basuh dan toskan ayam, perap ayam sebentar dengan kunyit dan garam.
2. Goreng ayam tiga suku masak dan toskan. Jangan terlalu garing kerana ayam akan keras dan kurang juicy.
3. Ini tips yang penting untuk dapatkan aroma yang wangi dalam Ayam Masak Merah. Bawang besar hendaklah dihiris nipis. Jangan blender. Bawang besar yang
digoreng akan menerbitkan rasa manis dan wangi. Cili kering tadi direbus dan dikisar bersama bawang putih dan halia.
4. Panaskan minyak dan masukkan serai yang telah diketuk. Minyak masak akan beraroma serai yang wangi.
5. Kemudian masukkan bahan tumis.
Bahan tumis iaitu 4 sekawan :
+ Kayu manis
+ Bunga Lawang
+ Buah Pelaga
+ Cengkih
6. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dihiris nipis.
7. Tumis sehingga naik bau. Tips untuk mengetahui bagaimana naik bau adalah bawa tangan di atas tumisan dan bawa aroma ke hidung.Belajar cara nak tau bau bawang wangi apabila ditumis. Ops! Elakkan bawa hidung ke gigi kuali, kalau terpercik minyak di muka.. acik tak bertanggungjawap
tau!
8. Apabila dah naik bau, masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Pastikan minyak tidak terlalu sedikit agar bahan tumisan masak cantik sekata. Jangan bimbang dengan bawang besar yang dihiris tadi kerana ia akan hancur semasa proses menumis.
9. Masak bahan kisar tadi sehingga pecah minyak. Kenapa perlu pecah minyak? Ia indikasi bahawa bahan kisar telah masak sempurna. Jika lauk kenduri, masakan akan lebih tahan lama dan mengelakkan sakit perut jika bahan tidak dimasak sempurna. Apabila telah pecah minyak, masukkan gula nisan.
10. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato.
11. Masukkan air pada kepekatan yang diingini.
12. Apabila telah mendidih, masukkan potongan buah tomato.
13. Masukkan asam keping.
14. Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Hati hati semasa masukkan garam kerana sos sudah ada garam dan ayam goreng tadi juga telah diletakkan garam.
15.Apabila cukup rasa, masukkan ayam goreng tadi.
16. Gaul sebati ayam tersebut ke dalam kuah masak merah tadi. Alhamdulillah, cantik kejadian ayam masak merah kita. Sedia dihidang dengan daun ketumbar
atau kacang peas.
17. Ini papadom untuk makan bersama Nasi Tomato. Goreng papodom ini yang seperti di kedai mamak. Papodom bulat ini lebih sedap berbanding papodom yang berbentuk segiempat.
Nasi Tomato sedia dihidang bersama Ayam Masak Merah dan Kuah Dhal.
Selamat mencuba!
Sumber: Rafiza Idayu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang tengah berdiet, makan malam adalah waktu yang cukup mencabar terutama bagi ibu-ibu yang terpaksa masak untuk suami dan anak-anak. Melihat menu yang menyelerakan, membuatkan nafsu makan tidak mampu dibendung.
Usah bimbang, apa kata cuba praktikkan kaedah yang dilakukan oleh Nurul Moleek Cereprove dalam mengawal nafsu makan. Minuman campuran epal hijau, serbuk kayu manis, kurma dan susu ini dikongsikan oleh Nurul dalam laman facebooknya.
Selain membantu membuatkan perut kenyang, minuman ini juga sesuai buat mereka yang menghadapi masalah sembelit serta boleh mengurangkan berat badan. Ibu yang dalam berpantang juga boleh cuba minuman ini. Caranya mudah sahaja. Jom semak sama-sama.
Bahan-bahan yang diperlukan:
-1 biji epal hijau
-2 biji kurma
-1 sudu teh serbuk Kulit Kayu Manis Ceylon
-1 gelas susu
Cara menyediakan:
– Potong buah kurma dan epal dalam bentuk kepingan kecil dan pastikan kulit epal tidak dibuang kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.
– Masukkan susu dan potongan buah tadi. Jika mahu lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dalam ini saya tidak masukkan ais. Kemudian, masukkan Kayu Manis Ceylon tadi.
– Kisar hingga halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS . Minum semua sekali.
– Apabila siap dikisar, masukkan dalam gelas dan minum.
Sumber Nurul Moleek Cereprove
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasa kita dengar lebihan nasi yang disimpan malam tadi dipanaskan semula untuk mengelakkan daripada membazir.Lagi lagi kalau masih banyak nasi yang tidka habis dimakan.
Namun, tahukah anda, memanaskan semula makanan seperti nasi boleh mengundang keracunan pada makanan tersebut.
.
Menurut status yang dimuat naik oleh KKM Putrajaya hari ini mengenai nasi yang dipanaskan semula boleh menyebabkan keracunan serta cara penyimpanan yang betul untuk selamat di makan.
.
Ia menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun. Sebab itu penting untuk kita menitik beratkan penyimpanan makanan.
Makanan yang telah dimasak mesti disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang tertutup.
Tambah pihak KKM lagi, ini yang dinamakan langkah pencegahan awal yang ditekankan KKM. Beringat sebelum kena.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.