Mudah letih dan mengantuk di awal kehamilan adalah perkara biasa dalam kalangan ibu hamil. Kadang kala ada bakal ibu yang mengalami mengantuk berlebihan sehingga tidak dapat dikawal dan perlu melelapkan mata seketika walaupun ketika itu sedang bekerja di pejabat.
Jika dibiarkan ia sedikit sebanyak boleh mengganggu produktiviti anda di pejabat. Jadi, apa langkah terbaik yang mesti dilakukan?
Sebelum itu anda perlu memahami apa yang berlaku pada badan ketika proses awal kehamilan berlaku.
Ads
Tugas utama badan adalah membentuk sistem penyokong hidup bayi dalam kandungan iaitu plasenta. Seterusnya, hormon progesteron yang biasanya mengatur kitaran reproduksi wanita, mengalir lebih pantas dalam badan wanita sehingga membuatkan wanita hamil mudah berasa pening.
Metabolisme juga berubah dengan cepat, kadar gula menjadi lebih rendah, begitu juga dengan tekanan darah. Ini yang mengakibatkan bakal ibu mudah berasa letih di awal kehamilan.
Ads
Tentu memalukan jika setiap hari anda keletihan hingga pernah tertidur di atas meja kerja kerana rasa mengantuk yang tidak dapat ditahan lagi.
Oleh itu anda memerlukan strategi khas untuk berhadapan dengan rasa letih dan mengantuk ini supaya tidak mengganggu produktiviti kerja di pejabat. Cuba praktiskan beberapa tip berikut:
Ads
Sudah tentu anda tidak boleh tidur di waktu siang pada hari bekerja, jadi sebaiknya masuk tidur lebih awal daripada biasa pada waktu malam. Jika anda dihantar oleh suami ke pejabat, anda boleh ambila peluang masa dalam perjalanan ke tempat kerja atau pulang ke rumah untuk melelapkan masa seketika. Ia membantu anda berasa lebih segar.
Amalkan pengambilan makanan sihat. Sayur-sayuran, buah-buahan serta daging tanpa lemak boleh memberi tenaga tambahan. Makanan ringan hanya membuatkan tenaga anda cepat berkurangan. Jika tiada selera makan, biasakan makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap. Jangan lewatkan waktu makan. Sentiasa bawa snek berkhasiat yang boleh dimakan pada bila-bila masa.
Banyak minum air. Apabila badankekurangan air, anda akan semakin mudah letih dan tidak bertenaga. Oleh itu pastikan sentiasa membawa botol air masak ke mana sahaja anda pergi. Ia membantu melancarkan pengaliran darah dan baik untuk kesihatan janin serta keadaan air ketuban dalam rahim.
Jika berasa mengantuk ketika di pejabat, cuba berjalan seketika atau buat senaman ringan di meja sambil mengatur pernafasan. Kalau di rumah, anda boleh berehat dalam mandian air suam di tab mandi (jika ada) yang airnya dicampur dengan sedikit minyak aromaterapi.
Air rebusan sireh jika diminum telah lama diketahui manfaat oleh kita orang wanita. Lebih-lebih lagi buat ibu yang beranak ramai. Selain diminum, air rebusan sireh juga jika dijadikan bahan untuk bertangas memang tidak akan menghampakan kesan yang dapat dirasai.
Jika masih ada yang belum pernah mencuba dan tidak tahu caranya, jom kita fahami sebagaimana yang dikongsikan oleh Norliza Mohd Salleh, dan beliau merupakan antara yang aktif berkongsi posting dalam laman sosial berkenaan jamu tradisional ini.
REBUSAN AIR UNTUK BERTANGAS
BAHAN-BAHAN
Beberapa helai daun sireh (lagi byk lagi bagus)
1sudu kecil garam kasar
Beberapa keping Asam gelugor
5biji manjakani
CARA BUAT :
Rebus dengan air. Ikut suka korang lah nak air banyak mana.Rebus sampai naik bau dan sampai manjakani lembik ye. Baru ummphh oh la la giteww.Khasiat bertangas1) sirih bersifat antiseptik dan berupaya membunuh fungus. Dan rawat kputihan.
2) kecutkan buasir
3) buang toksin melalui proses bertangas
4) lancarkan perjalanan darah
5) merawat masalah kencing tak lawas
6) merawat faraj dan rahim
7) merawat masalah faraj kering
Selain itu, sireh boleh juga dijadikan sebagai minuman untuk membantu menyegarkan badan dan jika rajin diamalkan masalah bau badan dan keputihan juga dapat diatasi.
Ini perlu buat!
BAHAN-BAHAN
5 helai daun sireh
3 kuntum bunga cengkih
3 gelas air
Cara2 :
Rebus semua bahan sehingga jadi 1 gelas Air.
Siap. Amalkan seminggu 1x saja.
Sumber : Norliza Mohd Salleh
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelbagai cara dan resipi yang dikongsikan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan atau nak kempiskan perut.
Salah satunya menggunakan bahan yang ada di dapur sahaja. angara bahan tersebut adalah epal hijau dan serai.
Jom baca resipi yang diberikan ini.
Kali ni Cik Lat nak share tips kempiskan perut yang sangat berkesan. Tips ni Cik Lat dapat dari pembantu rumah Cik Lat. Orang Indonesia. Sebulan dia hilang 5Kg dengan minum air ni aje.? banyak tu! So sila buat kalau nak selim raya ni?
Bahan-bahannya :
3 biji epal hijau 5 batang serai diketuk 1.5liter air
Cara-caranya:
Epal tu dipotong 6 macam biasa kita makan tu.
Serai 5 batang diketuk. Tuang air 1.5liter.
Masak sehingga epal lembik. Siap. Minum ketika suam-suam ok.
Khasiatnya:
?Keluarkan angin dalam badan. ?Kempiskan perut. ?Menurunkan berat badan. ?Cepat kenyang ?Awet muda ?Kulit cerah ?Mengurangkan kolestrol ?Menhilangkan sakit badan/sakit urat ?Sesuai untuk orang sakit lutut ?Menghilangkan sakit tumit. ?Meringankan tubuh badan
SILA #SHARE DAN #FOLLOW FB CIK LAT UNTUK TIPS-TIPS LEBIH BEST!
Kredit : latifah abu bakar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan memang membahayakan kesihatan. Sebab itu kita kena kawal kolesterol dalam badan sejak awal kecil lagi bagi mengelakkan masalah obesiti, sakit jantung, kencing manis dan lain-lain lagi.
Bagi yang mempunyai masalah kolestrol dalam badan, bolehlah cuba petua yang mudah ini. Petua ini dikongsikan oleh Puan Razzyatt Urutan Tradisional. Selamat mencuba!
PETUA TURUNKAN KOLESTEROL . Skg ni tiap²pg kak yatt blend epal hijau dan setengah biji timun..pastu perah suku biji lemon dan 1 sudu besar madu.
Alhamdulillah..badan rasa ringan..buang toksin dalam badan..turunkan kolestrol.. Kulit pun cantek..😍 Moh cubaaa…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di