Sesunggunya kasih ayah sepanjang masa kepada anak-anak ketika hidupnya. Demi anak, sanggup berjuang demi mencari rezeki, berhujan panas supaya dapat menyara keluarga dan membesarkan anak-anak.
Namun, usia ayah semakin meningkat, anak pula semakin dewasa. Jika dulu, ayah gagah perkasa mencari rezeki untuk keluarga, sebaliknya apabila usia meningkat. Kesihatan pula semakin merosot. Namun kasih sayang antara anak dan ayah tetap mekar dan subur tanpa culas sesaat pun.
Kegembiraan hidup bersama saban tahun, akhirnya bertukar duka apabila ayah tersayang kembali kepada Sang Penciptanya. Kita sebagai hambanya tiada hak untuk menghalangya. Ayah adalah pinjaman buat sementara waktu, namun kasih dan momen ayah tetap tersemat di hati.
Seorang anak ini Allif Afza telah berkongsi cerita kisah yang ringkas namun gambar yang dipaparkan penuh makna yang menyentuh hati.
Gambar yang dirakamkan bermula 2014 sehingga 2018, menyaksikan beliau mendukung ayahnya setiap hari raya. Namun sebaliknya tahun 2019 tiada rakaman riak wajah gembira, sebaliknya sekujur tubuh arwah ayahnya. Ayah telah kembali ke rahmatullah pada hari jumaat 24.8.2018.
Perkongsian ini telah mendapat lebih 8 ribu share serta netizen turut berkongsi kisah duka yang dialami sama.
Ads
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Tahun ni pertama kali beraya tanpa Ayah.. Tak dapat dah nak angkat Ayah macam raya sebelum-sebelum ni..
Ads
Doaku Semoga Arwah Ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman & soleh..
Menjadi seorang ibu bukan mudah, bahkan menjadi ibu juga bukanlah suatu beban. Begitulah apa yang dirasakan oleh wanita ini bilamana menggalas tanggungjawab menjaga seorang kanak-kanak OKU yang kini telah pun berusia 13 tahun. Kasih sayang dan layanan yang diberikan sama seperti menjaga anak sendiri.
Ikuti kisah sepenuhnya tentang kemurniaan hati wanita bergelar ibu ini sebagaimana dikongsikan oleh Sinar Harian.
“Selagi masih bernyawa, saya akan jaga dia”
“Selagi masih bernyawa, saya akan jaga dia,” itu luahan seorang ibu yang kini menggalas tanggungjawab menjaga seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU), Muhammad Danish Iskandar Abdullah, 13, yang ditinggalkan kepadanya sejak berusia empat bulan.
Noraini Muda, 43, dari Kampung Laut, di sini, berkata, biarpun pada mulanya agak berat hati untuk menerima ‘kehadiran’ anak istimewa itu, belas kasihan yang timbul kini telah menumbuhkan rasa kasih yang tidak berbelah bahagi.
“Saya agak berat hati untuk terima dan menjaga sepenuhnya anak ini disebabkan faktor ekonomi. Saya tak bekerja dan hanya mengharapkan wang daripada suami yang bekerja turun ke laut untuk tampung perbelanjaan kami sekeluarga.
“Lagipun, masa tu dua anak saya masih kecil dan bersekolah. Namun, apabila mengenangkan nasib, saya lapangkan dada, buka hati untuk reda dan terima sepenuhnya kehadiran dia di dalam hidup saya.
“Sehinggalah kini, kasih sayang terhadapnya tidak berbelah bahagi. Begitu juga suami (Rozmi Awang), 50 dan dua lagi anak saya (Muhammad Afifruddin) 25 dan (Muhammad Hasrol Hizam) 21,” katanya.
Anggap Anak Sendiri
Noraini berkata, dia juga telah menganggap kanak-kanak itu sebagai anaknya sendiri dan tidak mungkin akan pulangkan semula ke pangkuan keluarganya.
“Sayang… memang saya sayangkan Muhammad Danish. Saya tak akan bagi kepada orang lain. Kalau saya mati pun, anak ini akan diserahkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Saya tak harapkan orang lain menjaga dia kerana tidak sama dengan saya menjaganya terutama dari segi makan dan minum dia yang memerlukan penjagaan teliti,” katanya.
10 tahun ditinggalkan tanpa khabar berita
Mengimbau kisah bagaimana Muhammad Danish Iskandar boleh berada di bawah jagaannya, Noraini tidak menyangka permintaan ibu kanak-kanak itu supaya dia mengasuh selama sebulan sekadar ‘penyedap kata’.
“Mulanya dia hanya minta saya jaga anak dia selama sebulan saja dengan menjanjikan bayaran RM300. Saya terus terima sebab mahu tambah pendapatan keluarga dengan mengasuh anak orang.
“Tetapi, sangkaan saya meleset kerana daripada sebulan… jadi dua bulan, dan seterusnya, malah dalam masa dua tahun, dia hanya datang untuk membawa lampin pakai buang dan susu anaknya saja.
“Selepas tempoh itu, selama 10 tahun Muhammad Danish Iskandar di bawah jagaan saya, tak ada khabar berita dari dia. Saya juga gagal menghubunginya,” katanya.Muhammad Danish Iskandar hidap ‘celebral palsy’
Bercerita mengenai tahap kesihatan Muhammad Danish Iskandar, kata Noraini anaknya itu kerap mengalami sawan ketika berusia enam tahun.
“Masa tu kali pertama dia kena sawan ketika dalam jagaan dan saya terus bawa dia ke hospital.
“Dia kena tahan dan doktor ada maklumkan kepada saya penyakit yang dihidapinya.
“Sebelum itu saya tak tahu anak ini anak istimewa kerana ibunya hanya bagi tahu dia ada mengalami sawan dan lemas ketika dilahirkan.
“Tapi, saya dah boleh jangka sebab tumbesaran dia tak sama dengan kanak-kanak lain,” katanya.Bertemu ibu sebenar awal tahun lalu
Terbaharu, dia bertemu ibu kepada anak angkatnya itu ketika proses penukaran hak penjagaan ke atas kanak-kanak terbabit.
“Nak dijadikan cerita, masa nak buat MyKad Muhammad Danish ketika dia tahun lepas, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) minta saya bawa ibunya sekiranya masih ada.
“Saya beritahu dah lama tak ada khabar berita daripada ibunya. Selepas itu, JPN berjaya menghubungi ibu kepada anak ini menerusi maklumat MyKad ibunya yang tertera pada surat beranak.
“Jadi, secara kebetulan, kami bertemu dan terus berbincang untuk urusan penukaran hak jagaan ke atas Muhammad Danish,” katanya.
Nora Danish bimbang penampilan berhijab dihakimi, dilabel munafik – “Tidaklah sempurna tapi lebih baik.” Pelakon Nora Danish seperti yang kita ketahui sudah berhijab. Wanita ini tampil berhijab dengan penampilan yang sopan setiap kali menghadiri pelbagai majlis.
“Dalam proses penghijrahan ini, saya tidak mahu orang melihat saya sebagai seorang yang suci atau terlalu alim. Itu yang paling saya takutkan, kerana apabila saya melakukan kesilapan, orang akan menilai saya sebagai munafik dan sebagainya.
“Saya juga sedang berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik. Tidaklah sempurna, tetapi sekurang-kurangnya lebih baik. Itulah yang sangat saya inginkan,” katanya.
Wanita berusia 43 tahun itu kerap dilihat menghadiri majlis-majlis ilmu agama, mengakui dirinya sedang berusaha untuk memperbaiki diri menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
Pelakon Bukan Cinta Malaikat itu mula berhijab sekitar Jun tahun lalu. Menurutnya, niat untuk berhijrah sudah lama disimpan, dan dia memohon doa orang ramai agar dirinya kekal istiqamah.
“Saya membuat keputusan ini tanpa desakan atau paksaan sesiapa. Saya sendiri yang memilih untuk berhijab kerana saya sedar usia saya juga sudah tidak muda lagi.
“Saya percaya setiap wanita yang belum berhijab pasti ada keinginan yang sama. Apapun, terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan saya,” katanya.
Baru-baru ini perkongsian dari pelakon jelita, Anzalna Nasir mencuri tumpuan warganet iaitu video yang memaparkan dia sedang membeli belah bersama seorang bapa tunggal yang memerlukan barangan keperluan bayi.
Lebih bermakna, individu tersebut turut membawa anak kecilnya bersama ketika bertemu dengan Anzalna.
Video tersebut memaparkan bapa tunggal tersebut sedang membuat pilihan produk bayi seperti alatan permainan, makanan bayi, cucian bayi dan pakaian.
Di akhir video turut menyaksikan anak sulung Anzalna, Mohamad Eidrees memegang dan mencium tangan bayi tersebut dengan teruja.
“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan.
“Kali ini Anzalna bawa single daddy bersama anak kesayangan shopping di tempat kegemaran Anzalna,” tulisnya.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, dia menyatakan akan membawa keluarga yang memerlukan keperluan bayi untuk membeli-belah.
“Insya-Allah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah shopping. Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang bayi,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, ramai meluahkan rasa terharu dan sebak melihat video tersebut. Malah ramai juga berterima kasih kepada Anzalna kerana membantu mereka yang memerlukan.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.