Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail, 66, atau lebih dikenali sebagai Chef Wan tidak dapat menahan sebak apabila lagu Kasihnya Ibu diputarkan di satu konti radio baru-baru ini.
Ia selepas Chef Wan berkongsi cerita mengenai pemergian arwah ibunya, Allahyarham Noraini Abdullah yang meninggal dunia, pada 12 Januari lalu.
Dan keadan bertukar pilu apabila lagu nyanyian Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini diputarkan.
Hantaran itu di kongsi menerusi Instagram Buletin FM ketika program Catch Up Bicara Petang Close Up Bersama Datuk Chef Wan di aplikasi Audio plus.
Ketika temu bual berlangsung, Chef Wan mengakui bukan mudah untuk seseorang itu berdepan dengan kehilangan insan yang tersayang, namun sebagai manusia itu adalah lumrah dalam kehidupan yang perlu diterima.
Ads
“Dalam hidup ini, memang ada saat kita gembira dan bersedih dan itu adalah lumrah dalam kehidupan. Sama ada kita suka mahupun tidak.
”Apa yang penting ialah pengajaran yang kita dapat dari hidup ini untuk menjadi orang yang baik dan bertanggungjawab.
Ads
“Dalam kehidupan ni kita hanya ada satu mak dan satu ayah, dan sebab itu ketika pengebumian orang tengok saya tenang, rilek je. Dah balik tu barulah saya rasa sangat sampai hari ni kan?
“Sebab saya tahu macam mana kita sedih pun, saya akan kata dekat diri saya sendiri, yang saya dah jaga mak saya sehabis baik. Jadi saya fikir daripada saya sedih, tertekan dan selalu menangis kerana apa sahaja yang saya buat macam makan lontong dan sebagainya, itu secara tidak langsung membuatkan saya teringat dekat mak saya,” katanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet di luar sana turut berdukacita melihat Chef Wan, malah ada yang dapat merasai kesedihan yang dialami akibat kehilangan insan tersayang.
“Perjuangan Anak Istimewa.” Ke Pusat Penamaan Calon Tolak Kerusi Roda Anak
Semalam, 5 November 2022 Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dibuka di 222 pusat seluruh negara.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula hari ini selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding dan akan berakhir pada 11.59 malam, 18 November.
Sementelah itu, siapa sangka Dr Ahmad Idham yang juga pelakon dan pengarah terkenal, merupakan Calon Gerakan Tanah Air (GTA) kerusi Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan.
Beliau menggariskan lima agenda meningkatkan tahap kehidupan penduduk di lokasi percutian popular itu jika menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
DIIRINGI ANAK KE PUSAT PENAMAAN CALON
Lebih manis, Dr Ahmad Idham hadir ke pusat penamaan calon diiringi anak istimewanya, Ahmad Firdaus, 22, yang berkerusi roda. Beliau kelihatan bersemangat sambil menolak kerusi roda anaknya turut memperjuangkan anak-anak istimewa dalam menifesto kempennya.
“Kami memperjuangkan anak-anak istimewa, perjuangan untuk semua.”
Idham sebelum ini giat menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah untuk Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus yang ditubuhkan sempena nama anaknya itu.
Dia juga komited mewujudkan sistem sokongan komuniti dalam kalangan keluarga anak-anak istimewa sebagai lima agenda bagi meningkatkan tahap kehidupan penduduk di lokasi percutian popular itu jika menang pada PRU15.
Turut mengiringi beliau di Kompleks Pentadbiran Port Dickson adalah isterinya, Jameah Abdul Aziz serta ibu tercinta. Selain Firdaus, pelakon dan pengarah itu turut dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Ahmad Aydeel, 18, Kintan Myra, 16, dan Ahmad Khaliff, 12.
Jika sebelum ini kita selalu terbaca dan mendengar nasihat daripada Doktor Pakar Sakit Puan yang terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat tentang tips dan info kesihatan. Apa yang dikongsikan olehnya, cukup bermanfaat.
Begitu juga bila mana Doktor Hamid Arshat ini menulis berkaitan tips kewangan, ada formulanya yang tersendiri dan ada baiknya kita fahami perkongsiannya ini. Semoga dengan bijaknya kita mengurus kewangan keluarga, akan menjadikan keluarga kita senang dan tiada menanggung beban kewangan.
Jom semak.
BIJAK MENGURUS KEWANGAN
Bila kita kaji faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu berjaya dan jadi kaya, faktor terpenting sekali ialah pengurusan kewangan yang bijak. Formula untuk capai kebebasan kewangan (financial freedom) ialah dengan kurangkan perbelanjaan dan tingkatkan pendapatan.
1. Disiplinkan diri, kawal nafsu. Buku catitan kewangan
Untuk mencapai tujuan ini, kita perlu disiplinkan diri, pandai kawal nafsu dan naluri. Nafsu mengajak kita, hendak ini dan itu, beli itu dan beli ini, sedangkan kita tidak memerlukan nya.
Jadikan satu tabiat untuk mencatit semua perbelanjaan dan juga pendapatan untuk kita pantau status kewangan kita setiap masa.
2. Antara kemahuan dan keperluan
Kita mudah terpengaruh dengan kemewahan orang lain sedangkan kita munkin tidak mampu. Melihat kereta kawan model baru dan cantik, kita pun teringin membeli. Munkin kita tidak perlu.
Tentukan kita perlu sesuatu barang sebelum kita beli. Bila teringin beli yang melibatkan belanja besar, saperti beli kereta, beli rumah, bercuti keluar negara, tangguh keputusan dan fikir betul-betul dan analisa segala implikasa kos dan cara pembiayaan.
3. Sinaraikan barangan untuk dibeli
Sering kita berbelanja ikut impulse bukan ikut perancangan, munkin barangan itu ada sale atau discount. Jauhkan amalan ini, ia sangat merosakkan pengurusan kewangan kita.
Terbaik kita bawa sinarai barangan untuk dibeli. Buat perancangan bagi setiap perbelanjaan serta anggaran kos.
4. Guna wang tunai
Tabiat berbelanja gunakan credit card juga boleh bawa padah. Kita sering tidak sedar jumlah wang yang kita telah belanjakan. Kalau kita guna wang tunai untuk bayar , kita akan berasa gerun sedikit. Jika kita tidak selesai hutang credit card, kita akan dikenakan bayaran faedah antara 1.5 – 2% setiap bulan. Memang boleh jadi parah kedudukan kewangan kita.
5. Jauhkan dibelenggu hutang
Mudah untuk kita ambil hutang, tapi amat berat hendak membayar. Berhutang untuk beli aset hartanah memang amalan biasa, aset meningkat nilai.
Beli kereta jadi liability kerana cepat susut nilai. Jadi satu amalan orang yang sedang bina kekayaan untuk beli kereta terpakai 2 atau 3 tahun.
Selesaikan semua hutang2 sebelum bersara, umor 60 tahun. Lagi awal selesai hutang lagi lapang fikiran.
6. Kukuhkan tabiat menyimpan dan melabur
Buka akaun Tabung Haji dan pelaburan ASB secepat munkin. Cadangan saya setiap bayi yang dilahirkan patut dihadiahkan kedua akaun tabungan tersebut.
Sebaiknya setiap orang yang berkerja perlu menyimpan dalam 10% dari gajinya setiap bulan dalam Tabung Haji dan/atau ASB. Bila gaji atau pendapatan meningkat, tambah simpanan dan pelaburan.
Simpanan dalam Tabung Haji tidak dikenakan cukai dan zakat telah dibayar. Memang sangat sesuai untuk umat Islam.
Kunci tabungan ini untuk keperluan tunai fardu haji dan umrah. Juga untuk kegunaan lepas bersara, untuk kecemasan atau lain-lain yang amat perlu.
7. Berkorban dan nikmati kepuasan jangka panjang
Demi untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, kita perlu bijak mengurus kewangan serta banyak buat pengorbanan. Untuk jadi kaya tidak semestinya kita berpendatan tinggi, tetapi lebih penting lagi kita boleh kawal perbelanjaan dan lebih menyimpan.
Mithalnya kita boleh kurangkan belanja dengan bawa bekal untuk makan tengah hari dan kurangkan makan diluar rumah. Banyak lagi perkara-perkara yang boleh kita buat kawal perbelanjaan. Tiada jalan pintas untuk jadi kaya. Jauhkan sama sekali mana-mana Skim Cepat Kaya.
8. Kebebasan kewangan (Financial Freedom)
Apabila simpanan, pelaburan dan sewaan hartanah atau keuntungan bisnes kita melebihi dari kos untuk keperluan sara hidup, kita dianggap telah berjaya mencapai tahap”Kebebasan kewangan” atau Financial Freedom.
Masih ramai lagi dikalangan kita yang belum capai ketahap tersebut walau pun telah sampai umur bersara.
Untuk mencapai tahap Kebebasan kewangan, langkah terbaik ialah untuk menjadi “self employed’ atau menjadi usahawan. Mulakan bisnes sendiri dengan kecilan dan kembangkan beransur-beransur ikut kemampuan.
Malangnya kebanyakkan umat Islam Malayasia lebih suka berkerja makan gaji. Ramai dikalangan kita masih dikongkong dengan subsidy mentality. Kita perlu buka minda
Semoga kita berjaya dan bahagia dunia akhirat.
Membaca kisah anak keempat Shuib yang pramatang dan kini masih berada di hospital, membuatkan ramai yang meluahkan rasa sedih dan bersimpati.
Dalam usia sekecil itu, Ayash Affan belum sempat melihat wajah ibunya, apatah lagi berpeluang merasai titisan susu ibu.
Inilah dilema yang dihadapi Shuib apabila doktor menyarankan bayinya itu diberikan susu ibu untuk memastikan perkembangan kesihatannya. walaupun ramai yang menawarkan untuk memberi Ayash susu, namun Shuib mahu memastikan kesahihan dari sudut agama terlebih dahulu.
Dalam pada itu, bukan soal susu ibu sahaja yang perlu dititikberatkan, malah penjagaan Ayash juga sangat penting. Lebih-lebih lagi dia bukanlah seperti bayi lain yang lahir normal.
Sepertimana yang dikongsikan oleh Zeana Ramli, yang merupakan isteri kepada penyanyi Ezad Lazim yang pernah melalui situasi anak sulung nya dilahirkan pramatang.
“Sebelum bersalinkan anak sulung, saya bekerja dan dalam masa yang sama ikut suami buat persembahan waktu hujung minggu. Waktu itu siap berduet dengan suami. Lepas tu, air ketuban pecah padahal kandungan waktu itu baru 7 bulan.Hampir sebulan saya tinggal di hospital kerana anak pramatang.
“Anak pramatang ni kena Jaga lebih. Macam Tu la saya kena duduk Di NICU. Saya juga pernah duduk Di ICU. Jaga bayi pramatang kena lebih skin to skin.(Kangaroo Mother Care),Letak Kan Di dada Ibu sekerap Yang mungkin.
Maknanya Ibu nak bagi anak cepat sihat kena buat mcm ni.Berat 1.9kg insyaAllah boleh keluar hospital dah.Susu ibu teramat terbaik. Doctor tak galakkan susu tepung. Untuk kes Shuib kena rujuk Ustaz.
Lepas keluar hospital kena bagi makan ubat sebanyak 5 jenis. Masa mula2 saya pun takut nak peluk anak sebab kecil sangat. Tapi Ezad Lazim kata kesian kat Yayang.
Lepas saya dah peluk Yayang, dia menyusu saya dah berani. Semoga tabah Shuib. Sebagai ibu, saya dok pikir pasal si Ayash tu. Sapa-sapa yang jadi ibu susuan tu, kena bersih senantiasa. Kena berjaga lebih dari anak normal.
Susu tepung terbaik untuk pra matang, doktor boleh suggest. Susu Soya. Mahal sikit dari Susu tepung biasa. 6 Bulan ja. Lepas tu ok dah.