Tak Guna Mixer & Telur, Buat Pun Main Cubit-Cubit Je. Senang Sangat Buat Crunchy Cornflakes Chip!
Mungkin ada yang tercari-cari resipi biskut yang mudah dan sedap untuk dijadikan hidangan istimewa di Hari Raya nanti. Kalau dapat jenis biskut yang popular dan memang menjadi kegemaran ramai seperti biskut conflakes, alangkah bagusnya dan bertuahnya rasa.
Maklumlah terdapat banyak sangat versinya, namun perkongsian daripada cikgu masakan yang tak asing lagi Cik Dayang Zuhaila, mencuri tumpuan dan rugi jika tidak dicuba untuk membuatnya.
“Alhamdulillah. Resepi yang senang tapi super sedap. Tak payah guna mixer pon cek oii. Resepi simple sangat tanpa teloq. Hampa guna senduk kacau kacau kacau bagi sebati. Pastu cubit2 pakai tangan buleh terus bakaq. Senang yakmat. Cikdyg pernah share dah resepi ni dulu. Tapi ada yang mintak lagi,” tulisnya di salah satu group masakan.
Jadi usah tunggu lagi, jom sediakan bahan dan kita sediakan biskut ini
RESEPI CRUNCHY CORNFLAKES CHIP
BAHAN A :
250g butter
130g gula icing
1/4 tsp garam halus
1 tsp vanilla powder
Ads
BAHAN B :
90g tepung jagung
300g tepung gandum
100g cornflakes (diramas)
100g badam cincang
100g coklat cip
30g coklat rice
CARA-CARANYA
Ads
CARA-CARA :
1.Satukan BAHAN A dan kacau sehingga sebati.
2.Masukkan kesemua BAHAN B dan gaul rata sehingga adunan sebati.
3. Uli sehingga adunan sebati dan bersalut elok.
4.Kemudian sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat-bulatkan dan susukan di atas baking tray . Jarakkan kerana biskut akan mengembang.
4.Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150c selama 25 minit. Bergantung pada oven masing-masing
Ekstra Info
Bahan-bahan yang digunakan. Nak tukar butter lain boleh. Nak tukar kekecang lain boleh. Nak kurang kan manis kurangkan gula sikit tapi hati-hati, biskut akan jadi keras.
Kalau sebut pasal tempat makan best kat Shah Alam, memang tak sah kalau tak masukkan nama Restoran Sisik Medan Ikan Bakar dalam senarai ‘port’ makanan untuk keluarga. Terletak di Seksyen 13, restoran ini yang beroperasi pada tahun 2013 bukan sekadar tempat makan ikan bakar biasa.
Ia adalah simbol kejayaan dan usaha gigih seorang wanita, Puan Noralinda Norjaya, yang berjaya membawa cita rasa asli dari gabungan dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Pahang. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa di sebalik kejayaan hari ini, tersimpan satu kisah penuh keberanian dan pengorbanan.
Semuanya bermula apabila seorang sahabat kepada Puan Linda yang ketika itu mengusahakan restoran ini, terpaksa menghentikan operasinya selepas hanya enam bulan beroperasi. Atas dasar simpati dan persahabatan, Puan Linda yang masih bekerja sepenuh masa ketika itu, memberanikan diri mengambil alih restoran tersebut.
Walaupun hati dilanda keraguan dan bimbang jika tersalah percaturan, beliau tetap yakin dengan niat baik dan potensi yang ada. Dengan sokongan penuh daripada suami, serta semangat untuk mencuba sesuatu yang baru, Puan Linda nekad mengorak langkah. Siapa sangka, keputusan yang pada awalnya nampak berisiko itulah yang menjadi titik tolak kepada kejayaan besar hari ini.
“Sisik di buka tanpa dirancang. Pada awalnya untuk membantu kawan baik yang ketika dalam keadaan susah dan tidak dapat teruskan perniagaannya walaupun sudah beroperasi selama enam bulan,” jelasnya.
Dengan tindakan tersebut, Puan Linda mengakui beliau sememangnya dilanda kebimbangan, apatah lagi dunia perniagaan makanan bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila keputusan untuk mengambil alih restoran itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa, tanpa sempat berfikir panjang.
Namun berkat sokongan suami, keluarga dan kawan-kawan, restoran ini berjaya mengharungi cabaran sehingga dikenali ramai sebagai restoran ikan bakar yang menyediakan masakan melayu kampung.
Katanya lagi, nama “Sisik” dipilih bersempena dengan konsep utama restoran ini yang menampilkan pelbagai hidangan berasaskan makanan laut. Di sini, masakannya berteraskan masakan melayu yang membangkitkan selera, sekali gus mengingatkan rasa rindu masakan ibu di kampung.
DEKORASI ALA DEWAN PERKAHWINAN
Melangkah sahaja masuk ke Medan Selera Sisik, terasa seolah-olah menjejakkan kaki ke dalam sebuah dewan jamuan perkahwinan. Suasana begitu memukau dengan dekorasi bunga dan daun tiruan yang digantung indah dari siling, mencetuskan suasana ala-ala garden wedding yang romantik dan menenangkan. Laluan berkarpet yang membentang menuju ke barisan hidangan laut segar membuatkan mata terpaku dan hati terus teruja.
Bukan itu sahaja, susun atur meja dan kerusi yang kemas dan teratur menambah lagi keselesaan untuk pengunjung menjamu selera. Lebih menarik, makanan laut di sini dibakar secara live di hadapan pelanggan – panas-panas terus dari dapur ke pinggan! Aroma yang menusuk hidung dan suasana yang meriah membuatkan pengalaman makan di Sisik benar-benar luar biasa.
MENU PILIHAN RAMAI
Apabila ditanya mengenai keistimewaan restoran ini, yang membezakan dengan yang lain ialah penggunaan resipi turun-temurun yang diwarisi daripada keluarga Puan Linda yang berasal dari Negeri Sembilan dan suaminya dari Pahang. Gabungan dua negeri ini menjadikan setiap hidangan di sini unik dan kaya dengan pengaruh tradisi masakan mereka.
Antara menu yang menjadi kegemaran ramai ialah ikan patin bakar bersama tempoyak satu olahan istimewa yang jarang dijumpai. Bukan itu saja, pelbagai jenis ikan laut, sotong dan udang juga turut disediakan dengan kuah tempoyak yang pekat dibakar dan enak di makan panas-panas.
Nyata, restoran ini cukup terkenal dengan konsep makanan laut segar dan masakan kampung yang padu rasa. Hidangan seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, yang diternak sendiri di air bukit, menjadikan rasanya segar dan langsung tak hanyir. Menu signature lain yang buat pelanggan repeat berkali-kali termasuklah Siakap Bakar Tempoyak, Sotong Bakar Madu, Udang Goreng Berempah, dan Kambing Bakar yang juicy dan lembut. Bagi yang rindu rasa kampung, jangan risau sebab Sisik juga ada Daging Salai Masak Lemak, Gulai Kawah, Ikan Bakar dan Ulam Terung Pipit menambah selera.
RUANG ‘INTIMATE’
Apa yang lebih menarik, restoran ini kini berkembang bukan sahaja dari segi menu, tapi juga dari segi servis dan suasana. Mereka kini menyediakan ruang eksklusif yang intimate dan sangat sesuai untuk pelbagai majlis istimewa. Sama ada nak buat family gathering, majlis pertunangan, sambutan hari jadi, akad nikah atau event korporat,
Restoran ini menyediakan ruang intimate berhawa dingin yanga boleh memuatkan 100 orang. Ruang ini disediakan dengan dekorasi yang cantik, selesa dan penuh privasi. Suasana restoran yang tenang dan kemas memang cukup ideal untuk cipta kenangan indah bersama orang tersayang. Banyak pelanggan datang bukan sekadar nak makan, tapi nak menjadikan restoran ini sebagai tempat rasmi untuk moment penting dalam hidup mereka.
Melihat perkembangan restoran ini, jelas menunjukkan bahawa kejayaan bukan datang sekelip mata. Ia memerlukan kesungguhan, konsistensi dan semangat untuk terus belajar dan berkembang. Puan Linda berjaya membuktikan bahawa masakan warisan keluarga pun boleh jadi satu empayar makanan yang besar, asalkan kita tahu cara nak persembahkan pada dunia. Kini, Restoran Sisik bukan sahaja digemari pelanggan setempat, tapi turut menjadi pilihan ramai dari luar kawasan, malah dari negeri-negeri lain yang sanggup datang semata-mata nak rasa sendiri keenakan hidangan di sini.
Jadi buat yang tercari-cari tempat makan yang bukan sahaja sedap tapi juga selesa, sesuai untuk acara istimewa dan harga yang berbaloi dengan portion besar Sisik Medan Ikan Bakar adalah jawapannya. Datang sendiri dan alami sendiri suasana di sini yanga pastinya menjadi momen manis buat keluarga. Apa lagi jom singgah ke SISIK MEDAN IKAN BAKAR, KELAB SHAH ALAM (Dalam kelab), Section 13, Shah Alam Selangor.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Takyah Beli Serbuk Salted Egg Dah, Buat Sendiri Je!
“Ibu, terasa nak makan ayam salted egglah…”
Jika anak sudah cakap begitu, mestilah ibu akan menyediakan masakan mengikut citarasa anak-anak. Kebiasaannya, untuk masak masakan yang berperisa salted egg ini perlu menggunakan telur masin ataupun guna sahaja yang dalam bentuk serbuk. Kalau anda ingin berjimat, telur masin boleh buat sendiri sahaja dan tak perlu beli di kedai lagi.
Telur masin homemade ini pasti rasa lebih sedap dan berlemak daripada beli di kedai.
Bahan-bahan Telur Masin Homemade
Telur ayam 30biji
Garam kasar 1kg
Air secukupnya (agak-agak telur itu tenggelam)
Sedikit sahaja bahan yang anda perlukan dan tidak menggunakan jumlah wang yang banyak, cara nak membuatnya pun sangat mudah!
Cara-caranya
Pertama, masukkann garam kasar dan air dalam periuk.
Kedua, masak air di atas api sehingga garam larut.
Ketiga, sejukkan dahulu dan kemudian masukkan telur.
Setelah selesai, rendam telur dalam air garam itu dalam balang dan simpan di tempat yang gelap selama 14hari.
Selepas 14 hari, anda boleh tukar air rendaman dengan air biasa.
Anda juga boleh simpan telur masin homemade dalam peti sejuk.
Apabila terasa nak makan telur, baru rebuskan.
Kalau anda inginkan telur kuningnya menjadi warna yang lebih oren, petuanya adalah simpan di dalam tempat yang gelap. Lagi gelap, lagi bagus! Anda boleh simpan telur masin homemade dalam kabinet dapur juga.
Senang bukan? Telur masin boleh digunakan dalam pelbagai masakan Melayu mahupun Cina. Jadi selepas ini, tidak perlu berusah payah membeli telur masin atau serbuk telur masin di kedai. Ambil sahaja dari balang anda! Yang penting, anda boleh berjimat-cermat.
Setelah lebih seminggu kita berpuasa, tentu ada yang teringin nak makan di kedai. Itu memang kelaziman sekian lama kita amalkan sebelum PKP. Konsep mood makan diluar kini tak boleh dipratikskan pada waktu ini ketika penularan wabak covid-19.
Antara menu rare yang teringin adalah steamboat. Biasanya kita akan bersama keluarga di restoran berjenama. Sekali sekala tidak salah berbelanja berlebih sedikit meriakan bulan ramadan berbuka bersama keluarga. Namun sebaliknya setelah PKP.
Kepada yang teringin nak makan steamboa ala Johnny’s, ikuti resipi wanita ini yang dikongsi melalui laman Masak Apa Hari Ini.
IKUTI PERKONGSIANNYA
Puasa ni tekak teringin nak makan Johnny’s Steamboat pula.. teringat2 sos cili dia tu sedapnya.. pkp ni mana la buka shopping mall kan, so nak tak nak time2 macam ni semua benda kita kena usaha buat sendiri.. silap2 lepas abis je PKP ni nanti ramai ikut jejak langkah Pak Cik Salleh buka kedai makan sendiri.
Meh saya share bahan2 dan step2nya. Ini lagi berfaedah utk korang share dibulan Ramadhan ni dari post yg ajak membawanh tu kan
INI CARA PENYEDIAAN
Bahan untuk Sup Ayam
Bawang putih
Isi Ayam
Cube ayam
Ketumbar
Resepi Sauce Ala johnny’s steamboat
Bahan (A) Blender semua bahan ni
10 ke 15 biji cili merah
6 ke 10 biji bawang putih
Cili padi ikut tahap kepedasan msg2
Bahan B (dimasak bersama Bahan A)
5 sb minyak bijan
5 sb sos ikan
5 sb cuka
2 sb kicap
2 sb sos tiram
( garam gula secukupnya)
Daun ketumbar
bijan yg telah dsangai terlebih dahulu
And last sekali pilih la barang2 frozen, daging n sayur2 kegemaran korang
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.