Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.
Menurut Pengasas dan Presiden RichWorks Academy Sdn. Bhd., Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman, ramai orang menyangka mereka perlu tunggu ‘masa sesuai’ untuk berubah namun hakikatnya, masa sesuai tidak akan datang kecuali mereka yang ciptakan.
Tak Keseorangan, Ramai Yang Alami Tekanan Kewangan
Katanya, mereka sedang bergelut dalam diam dengan tekanan kewangan pasca Aidilfitri, emosi yang tidak stabil, hidup yang terasa ‘stuck’ tanpa arah.
“Jika anda sedang melalui semua ini sekarang, ketahuilah anda tidak keseorangan. Kami terima banyak mesej daripada usahawan mahupun mereka bekerja yang berdepan pelbagai cabaran.
Ads
“Rasa penat mencuba tetapi tetap gagal, mungkin bukan usaha mereka yang salah, tetapi hala tuju dan cara fikir yang belum betul.
Transformasi360 Mahu Membantu
“Transformasi360 hadir untuk bantu mereka betulkan asas ini dari dalam. Ramai orang ada ilmu, ada kemahiran, tapi gagal kerana tidak menguasai sikap dan cara berfikir yang betul. Tanpa sikap positif, tindakan akan salah. Tanpa disiplin dan kejelasan, kejayaan hanya akan jadi angan-angan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Ads
Transformasi360 merupakan versi ditambah baik daripada program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan Nak Ubah Hidup bakal diadakan pada 10 hingga 12 Mei depan .
Tambah Azizan, peserta akan dibimbing untuk membina keyakinan dalaman, mengurus emosi, memecahkan kepercayaan lama yang membataskan diri, dan menggantikan ia dengan mindset baru yang lebih kuat, realistik dan membina.
Guna Teknologi AI Untuk Kenali Potensi
“Teknologi AI juga digunakan dalam Transformasi360 yang akan membantu peserta mengenal pasti kekuatan dan potensi diri mereka secara lebih mendalam.
Ads
“Ramai tidak sedar bahawa mereka sebenarnya memiliki kelebihan tersendiri, tetapi tidak pernah tahu cara untuk manfaatkan sepenuhnya,” jelasnya.
Azizan memberitahu, mereka yang bakal hadir dapat menyelami diri sendiri, mengkaji semula arah hidup dan mempersiapkan diri dengan pelan tindakan yang jelas untuk masa depan.
“Nasihat saya, jangan tunggu sehingga hidup memaksa anda berubah. Bertindak sebelum semuanya terlambat. Masa depan anda tidak ditentukan oleh semalam, tetapi oleh keputusan yang anda buat hari ini.
“Sama ada anda usahawan yang hilang arah, individu yang sedang bergelut dengan kewangan, atau seseorang yang mahu keluar daripada tekanan hidup, Transformasi360 adalah pintunya,” ujarnya.
Cuaca sekarang terasa membahang sekali walaupun ketika berada di dalam rumah. Kalau lah ada penghawa dingin di rumah, tentu selesa rasanya bukan? Tapi sekiranya tiada, apa boleh buat?
Hendak pasang penghawa dingin, mahal pula kos yang perlu ditanggung. Jadi untuk itu elok kiranya mengambil idea yang dikongsikan oleh Oyeasaari Nordin yang dipraktikkan untuk kediamannya.
Ini perkongsiannya;
Selamat tengahari semua..
Terima kasih kepada yang share ilmu. Moga dimurahkan rezeki selalu..maaf saya bukan tukang atau kontraktor. DIY sebab budget pon tak seberapa.
Dok survey-survey cara nak sejukkan rumah sebelum pasang aircond dan ventilation fan. Ni 1st step letak aluminum foil (beli dekat shoppe).
Tapi style rumah lama, bahagian bilik, bawah genting terus siling so tak ada ruang nak masuk macam kebiasaan.
Survey ada 3 cara :1-bukak bumbung 2-bukak siling 3-tampal je kt siling.. Tapi semua cara ni tak suai.
So dok fikir punya fikir, last dapat lah idea macam ini nak buat. Guna pvc pipe. Macam jolok buah mangga.. Hahahaha..jolok sampai ke papan manis dekat luar.
Pastu stapler je.. Kene buat pagi-pagi kalau matahari naik baru buat mau berkicap dekat atas tu.
Keadaan bilik masa tengah hari lebih 40° (anggran saya gune temprecre biase je) memang tak selesa.
So sekarang suhu dah normal suhu bilik, next baru pasang aircond baru la jimat letrik.
Selagi kita hidup selagi itulah kita diuji kerana hidup itu merupakan sebuah ujian. Kerap kali kita menamakan ujian ini sebagai masalah yang menyedihkan hati dan membuatkan hati tidak tenang.
Melalui fasa tersebut, ada amalan yang boleh dilakukan dan bolehlah diamalkan.
PETUA BAGI YANG RUNSING & BERSEDIH
Amalkan surah Alam Nashrah, amalkanlah dengan seikhlas hati dan berharap sepenuhnya kepada ALLAH. Berserah diri kepada ALLAH akan segala urusan hidup akan membuatkan diri kita rasa tenang, walaupun ada beberapa masalah timbul. Mari kita fahamkan tafsiran surah ini dulu..
1.Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad)
2. Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu.
7.Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal saleh),maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal saleh yang lain);
8.Dan hanya kepada Tuhanmu sahajalah, hendaknya engkau berharap
CARANYA:..
1. Pada ayat 1, baca dan tiup di tapak tangan dan sapulah di dada (bacalah doa – YA ALLAH, KAU LAPANGKAN DADAKU INI )- untuk melapangkan dada kita)
2. Ayat ke 2 Baca dan tiuplah di tapak tangan dan sapu di bahu (bacalah doa – YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH BEBANAN DI BAHUKU INI…)untuk rasa berat tanggungan kita berkurangan…(masalah la )
3. Ayat ke 3, Baca dan tiuplah tapak tangan, lepas tu tapak tangan sapulah di belakang pinggang hingga sempadan punggung – sapulah 3 x… (doalah – YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH PEKERJAAN YANG AKU NAK BUAT INI…) bila buat kerja tu rasa ringan je)
4. Ayat ke 4, baca dan tiup pada tapak tangan dan semasa sapu dari muka hingga belakang kepala…sedut tapak tangan apabila sampai ke muka… buat 3 x (doalah – YA ALLAH, KAU JADIKANLAH SESIAPA SAHAJA YANG MEMANDANG AKU, MEREKA AKAN HORMAT DAN SAYANG PADAKU…) yang ni dikatakan untuk penyeri wajah…dan supaya orang hormat dan sayang…kalau yang ada suami tu elok sangat la amalkan…) pastikan, bacalah ayat seterusnya sampai habis.
Jangan lupa dekatkan diri kita kepada ALLAH dan serahkan diri kita seikhlas hati semasa bersolat, seluruh jiwa raga hanya untuk ALLAH
Setiap orang mengimpikan hubungan yang berkekalan bersama pasangan hingga ke Syurga. Namun, siapalah kita nak menidakkan takdir jika hubungan yang dibina rupanya terputus di tengah jalan.
Bila putusnya hubungan suami isteri, maka berpecahlah juga hubungan kekeluargaan yang dibina bagi kedua-dua pihak. Tetapi tidak bagi individu ini dikurniakan ibu mentua yang baik dan menerimanya seadanya meskipun sudah berpisah hubungan dengan suami.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh individu tersebut di akaun Tiktoknya yang dikenali sebagai Sha pernah diuji rumah tangga yang dibina dengan bekas suami tidak bertahan lama.
Meskipun gelaran isterinya sudah lenyap, namun tetap disayangi sebagai menantu. Paling menyentuh hati, dia bahkan turut ditemani oleh ibu mentua semasa hadir ke mahkamah syariah bagi selesaikan urusan perpisahan.
Walaupun jodoh dengan bekas suami terhenti setakat di situ saja, namun jalinan hubungan antara Sha dengan keluarga mentuanya tetap akrab. Bukan setakat terus bercuti di Genting Highlands untuk pulihkan kembali semangatnya, malah sehingga kini dia sering diajak untuk pergi berjalan serta raikan perayaan bersama-sama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terinspirasi dengan ikatan silaturahim antara mentua dan menantu yang tak pernah terlerai khususnya demi anak-anak kecil. Bukan setakat susah ingin jumpa keluarga yang sangat baik dan penyayang seperti ini, mereka turut akui kisah Sha seakan hampir sama dengan artis Puteri Sarah Liyana.