Bersahur sebenarnya cukup dengan sajian yang ringkas dan apa yang lebih penting menu yang dipilih perlulah mampu membekalkan tenaga untuk tubuh sepanjang hari.
Umumnya, ibu-ibu akan memasak bagi memastikan hidangan yang disajikan berkhasiat dan segar kepada keluarga tercinta. Pun begitu, ini memerlukan ibu-ibu bangun lebih awal bagi menyediakan persiapan tersebut.
Untuk lebih memudahkan ibu-ibu, apa kata sediakan menu yang istimewa ini tanpa perlu dimasak. Cukup mudah, hanya perlu sediakan sebelum masuk tidur dengan hanya memakan masa 2 minit dan kemudian boleh dinikmati ketika bersahur.
Menariknya menu ini, ia kaya dengan khasiat dan mampu membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh anda dan seisi keluarga untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang berpuasa.
Ingin tahu resipinya, di sini telah dikongsikan oleh Tengku Asmadi yang cukup dikenali dengan program dietnya. Begitu juga resipi daripada Mitz Suez ini sesuai untuk dicuba.
Menu sahur ringkas sedap dan mudah 2 minit siap
Ini antara amalan saya bila berpuasa bersahur dengan menu yang ringkas tapi berkhasiat. Resepi pun campak-campak kisar telan, semudah itu anak-anak pun wajib suka.
Bahan-bahan
Ads
4 biji kurma bergantung pada jenis dan saiz kurma
Segelas susu segar dalam 200ml
3 sudu oat biasa saya guna rolled oat
1 biji pisang berangan atau pisang emas
Cara buat :
Ads
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
Kisar sahaja seperti biasa sampai sebati dan serasi bersama.
Mudahkan ini 30 saat pun siap. InsyaAllah boleh tahan seharian sebab serat dari kurma oat dan sumber protein dari susu segar.
Ini pula cara Mitz Suez menyediakan overbight oats yang tidak kurang lazat juga nampaknya. Penyediaannya juga cukup ringkas dan mudah. Jom semak.
“overnight oats” ni..sesuai utk yg nak sarapan ringkas, cepat, kenyang dan menyihatkan. Sesuai juga utk bersahur terutama yg nak kurangkan pengambilan nasi/makanan berat semasa bersahur nanti. Raya boleh pakai kebaya pinggang 18 inci”- Mitz Suez
Mungkin ada yang merasakan sarapan hanya diambil bila perut berasa lapar. Namun hakikatnya sarapan ini amat penting dan tidak boleh diambil sambil lewa. Apatah lagi buat anak-anak yang sedang membesar, mereka memerlukan lebih tenaga untuk kekal aktif melakukan aktiviti harian dan kekal fokus dalam pembelajaran.
Apa yang pasti apabila anak-anak bersarapan, mereka akan rasa cergas disebabkan oleh peningkatan semula paras glukosa badan setelah tidak mengambil sebarang makanan atau minuman selama lapan hingga dua belas jam selepas tidur. Glukosa yang dihasilkan ini sebenarnya merupakan sumber tenaga yang boleh digunakan untuk aktiviti harian.
Oleh itu, penting untuk ibu dan ayah untuk pastikan anak-anak anda mengambil sarapan sebagai permulaan aktiviti harian mereka.
Sarapan Berkhasiat Dengan Bijirin
‘Eat breakfast like a king’, istilah ini mungkin biasa kita dengar dan nyata sarapan itu menjadi hidangan yang penting untuk memulai hari yang hebat.
Bahkan menurut pakar, sarapan yang berkhasiat harus mengandungi makanan daripada tiga kumpulan makanan iaitu, kumpulan karbohidrat (contoh nasi, mee, roti atau bijirin), kumpulan protein (contoh susu, telur, ayam, daging atau kekacang) dan kumpulan buah-buahan/sayur-sayuran.
Menyentuh tentang sarapan berasaskan bijirin, diakui bukan sahaja mudah disediakan malah seakan dapat memberi satu kenikmatan buat seisi keluarga menikmati sarapan. Begitulah yang dapat dikecapi saat susu segar dituangkan ke dalam sebuah mangkuk bijirin rangup, bunyi yang terhasil sudah dapat dibayangkan kelazatan hidangan yang tersedia.
Apatah lagi jika ditambah pula dengan sedikit buah-buahan, badam, walnut dan sebagainya tiada siapa mampu menolak untuk menjamah menu sarapan yang terhidang. Memang menyelerakan!
Mengapa Memilih Bijirin Sarapan Biasa Sedangkan Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA Kan Ada!
Sebagai ibu bapa yang prihatin dalam pemilihan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak, pastinya kita ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak.
Begitu juga dalam pemilihan bijirin sebagai sarapan. Meskipun banyak yang bagus di pasaran, namun Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA adalah bijirin pertama yang mengandungi DHA bagi memberikan kebaikan nutrisi untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak yang sedang membesar. (Sumber dari Mintel, GNDP Report Ogos 2021)
Kebaikan gandum penuh dan serat, DHA, vitamin B dan zat besi, serta mewah dengan rasa koko yang lazat, sekali gus menjadikan sarapan ini berkhasiat dan digemari anak-anak, dan yang penting, ianya hanya mengandungi 1 sudu teh gula (~5g) dalam satu hidangan.
Apakah itu DHA?
DHA adalah sejenis asid lemak omega 3. Ia adalah asid lemak yang perlu diperoleh daripada makanan seharian kerana badan kita tidak boleh menghasilkannya.
Tahukah anda bahawa kepentingan DHA berperanan penting untuk tumbesaran dan perkembangan anak-anak dan sumber DHA pula boleh didapati daripada ikan berlemak seperti ikan salmon.
Suasana Pagi Lebih Ceria
Tidak dinafikan bagi kanak-kanak, setiap saat yang diluangkan untuk bermain adalah masa yang cukup istimewa bagi mereka. Bahkan daripada bermain anak-anak ini dapat mempelajari mengenai dunia di sekeliling mereka sambil menyuntik imaginasi dan kreativiti yang tiada hadnya.
Hal yang sama juga boleh berlaku bila anak-anak menikmati sarapan bersama Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA ini. Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA bukan sahaja berkhasiat malah Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA didatangkan dalam bentuk abjad.
Jadi sebelum Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA disuap ke mulut, anak-anak seakan dapat ‘bermain’ dengan huruf-huruf yang ada di dalam mangkuk bijirin. Cara ini pastinya cukup meriangkan dan memberi mood keceriaan dalam pembelajaran anak-anak dalam mengenal huruf dan dalam masa yang sama menikmati hidangan yang menyelerakan di setiap pagi.
Oleh itu, usah tunggu lagi. Rasai sendiri keenakan dan manfaat sarapan Koko Krunch DHA sekarang dan untuk lebih mudah beli sahaja secara dalam talian dengan klik link ini
Pada musim durian dilihat begitu banyak dijual di pasaran dan ketika ini bukan sahaja masa yang ditunggu-tunggu buat peminat durian untuk menikmati keenakan rasa buah secara segar. Malah ketika inilah juga pelbagai menu dapat dihasilkan dengan menggunakan buah durian bagi memberi variasi untuk seisi keluarga menikmati keenakan buah durian yang umumnya ketahui hanya ada pada musim-musim tertentu.
Salah satunya yang cukup digemari ramai adalah kuih Seri Muka Durian, warna keemasan dan keenakan rasanya memang tidak terkata. Jadi untuk anda yang ingin mencuba menyediakan kuih seri muka durian bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan ini.
Bahkan daripada perkongsian Puan Nor Al Fatihah turut diberikan tip dan trik untuk pastikan kuih yang dimasak elok kejadiannya dan bila dipotong nampak sempurna. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
SERIMUKA DURIAN Lapisan Bawah (Pulut)
2 cawan beras pulut – di rendam di dalam air selama 4 jam & toskan
2 cawan santan
2 sudu teh garam halus Lapisan Atas (Durian)
1 cawan isi durian
2 cawan santan
1 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 sudu besar tepung beras
2 biji telur gred B
1/2 sudu teh garam halus
Pewarna kuning
Cara-cara Membuatnya
1.Lapisan Bawah (Pulut) Sapu loyang saiz 10″ dengan minyak dan alas plastik wrap. Satukan beras pulut, santan & garam. Kacau rata. Kukus selama 30 minit di atas api sederhana
2.Setelah pulut masak, gembur-gemburkan. Kemudian ratakan dan tekan pulut hingga padat
3.Lapisan Atas (Durian) Satukan semua bahan. Blend hingga halus. Kemudian masak di atas api kecil hingga naik wap saja
4.Tuang adunan durian ke atas pulut perlahan-lahan. Kukus semula selama 30 minit di atas api sederhana kecil. Balut penutup pengukus dengan tuala untuk elakkan wap air menitik di atas kuih. Lepas tu, kukus 5 minit lagi tanpa penutup supaya permukaannya licin dan kering daripada air.
5.Sejukkan 3-4 jam di dalam peti ais. Keluarkan daripada loyang dan potong dengan pisau plastik yang di sapu sikit minyak untuk dapatkan potongan yang kemas.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Ibu bapa tiada galang gantinya, berbaktilah kepada mereka selagi hayat masih ada. Usah terlalu mengejar kejayaan, kekayaan kerana perginya mereka, maka hilanglah keredhaan Dia.
Kisah ini cukup menyentuh hati. Bagaimana rajuk seorang anak menyebabkan dia akhirnya menyesal. Namun menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudia tiada gunanya. Semoga kita semua mengambil iktibar daripada kisah yang dikongsikan oleh Nomie Mat Lias ini.
Balik dari kantin tadi, terserempak dengan staf yang dalam gambar tu.
Terus saya sebak teringatkan berita dari seorang kenalan.
“Kakkkkk.. Mak saya dah takde.”
Hiba dan sayu suara Ina dalam telefon.
Saya kenal Ina sejak 2018, tika itu menunggu emak kami sama² masuk di wad di Hospital Temerloh.
Sedikit tentang Ina.
Ina lewat 30an, masih single. Ramah Wanita bekerjaya, korporat – Lady Boss. Ibunya pula pesara guru, sekitar 68thn. Ayah telah meninggal dunia. Punya 1 orang Abang & 1 orang adik perempuan.
Abang & adik telah berumahtangga.
Dalam sendu, dia bercerita:-
“Saya tak sangka kak, ingat Mak tak teruk sangat. Rupanya Mak menanggung sakit dia. Abang dan Adik tahu, patutlah diaorang suruh sangat saya ambil cuti.
Saya kesal sangat. Saya memang degil kak. Saya keras hati. Punca dia, saya dulu berkenalan dengan seorang lelaki. Boleh tahan lah rupanya.
Kami berkawan 2-3 tahun, tapi Mak kurang setuju. Bila saya balik rumah, Mak selalu cakap,
“Saya merajuk. Saya sibukkan diri dengan kerja, kerna saya tahu Abang & Adik ada di kampung. Saya tak perlu risau nak hulur duit belanja Mak, sebab Mak ada pencen.
Saya teruskan hubungan dengan A. Cumanya yang saya sendiri tak tahan, A ni jenis baran. Mudah naik tangan. Kerja bertukar². Tak pernah kekal lama di satu² syarikat. Macam² saya belanja, yang paling besar, minta saya bayarkan deposit kereta dia.
Dalam setahun, rasanya 10x kot saya yang kena bayar installment kereta tu.
Kemuncak yang saya naik hangin, 2016, ada pulak budak pompuan call. Katanya Mira, budak KL. Dia kata A ni tunang dia, nak nikah bulan 6. Saya memang terkejut sangat!
Saya nekad stop dengan A. Dan saya fokus pada kerja saja. Oh kereta A, kena tarik dek bank sebab tak mampu bayor. Padan muka dia! Padan muka saya juga. Duit habis membazir. “
Bila Ina fokus kerja, saya memang jarang² balik jumpa Mak. Banyak trip ke luar negara dan mesyuarat sana sini.
“Lagipun Mak seakan merajuk hati dengan saya. Hanya sesekali kami bersembang dalam telefon.
Awal tahun ni, Mak ada call saya. Mak ajak saya balik kg, nak buat tahlil sikit di rumah. Dah lama tak kenduri. “
Saya pun cakap, “Alah Mak, hantar jela lauk pauk ke Masjid. Tak payah kalut di rumah. Nanti nak kemas umah lagi, nak layan orang lagi. Sape nak buat?!”
Lama Mak diam. Satu ayat Mak yang masih terngiang², lembut bicaranya:-
“Mak tak suruh Akak buat kerja, Mak minta balik saja. Abang, Adik dan sedara mara kita insyaallah ada nak tolong. Diaorang dah setuju.
Takpelah Kak, kalau dapat balik, Akak balik. Tak dapat, tak apa. Mak faham, anak Mak orang besar, sibuk.”
Saya tika itu serabut sedang urus satu program besar anjuran syarikat. Jemputan orang² besar negara. Jadi saya abaikan permintaan Mak.
Dalam hati, Iblis berbisik, “Sikit je, tahlil arwah je pun. Bila² pun boleh doa”.
Dan ya, saya kejam. Saya pentingkan diri. Saya tak balik kenduri.
Seingat saya, memang saya takde berhubung dengan Mak selepas itu.
Awal bulan Feb, Adik call, Mak masuk wad.
“Balik lah Kak. Mak sebut nama Akak tu.”
Saya balik, tapi hanya sebentar – balik hari. Ada mesyuarat penting esoknya.
Muka Mak tika itu pucat. Kata Adik doktor yang merawat kata Mak lemah sebab tak cukup darah. Tambahan pulak Mak ada menghidapi sakit Lelah.
Saya tak pasti kenapa saya terlalu bodoh hari tu Kak. Saya tinggalkan Mak, walaupun saya nampak Mak memang lemah.
Abang & Adik tak kata apa. Yelah, mana mungkin diaorang sanggup tahan saya, saya kan sibuk.
Saya tetap dengan kesibukan kerja rutin.
Selepas 2 minggu, waktu itu Mak di rumah. Jam 11malam, Adik call lagi kata, ” Akak, Mak nak cakap dengan akak ni.”
Perlahan suara Mak berbisik, “Akak, jaga diri ya. Jangan lupa balik kampung, tengok Abang & Adik. Tolong diaorang, diaorang susah. Mak sayang Akak.”
Saya terdiam, terasa panas kolam mata.
“Ye Mak, Akak balik. Akak sayang Mak juga”
Saat itu, saya tarik 2-3 helai baju dari almari, terus pecut balik kampung. Sebaik tiba tol Gombak, Abang call. Saya tergamam, tak berani nak angkat. Bimbang berita buruk.
“Akak, Mak dah takde. Baru sangat ni. Akak balik ya.”
Terputus² suara Abang dek kerana sedih.
Innalilahiwainnailaihirojiun. Saya berhentikan kereta di tepi jalan dan saya menangis sepuas²nya.
Masa tu, hanya Allah yang tahu perasaan saya :- kecewa, sedih, sayu, sebak, kosong.
Saya gagahkan juga drive balik.
Sampai dirumah, ramai saudara mara berkumpul.
Esoknya, jenazah Mak selamat dikebumikan.
Selepas Mak meninggal, saya terus ambil cuti sebulan untuk tenangkan hati. Saya duduk di rumah Mak seorang diri. Banyak benda yang saya fikir dalam tempoh tu. Saya marah pada diri sendiri kerana terlalu pentingkan diri.
Sekarang, saya akan cari masa untuk balik kampung. Rumah Mak kami sepakat Adik yang jaga dan menetap di situ.
Walaupun saya alhamdullilah ada kerjaya, ada kehidupan, tapi kak, jiwa saya kosong, sekosong kosongnya.
1. Kejar lah impian walau setinggi mana pun, jadilah orang yang berjaya. Tetapi jangan pernah lupa pada mak & ayah kita.
2. Cari masa dan jalan untuk melayan dan gembirakan mak dan ayah.
3. Bila mak dan ayah dah tiada, separuh jiwa seorang anak itu sebenarnya sudah hilang. Saat ini, tiada guna lagi penyesalan. Hanya doa, doa dan doa sebanyak² untuk roh mereka.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.