Meniti akhir-akhir ramadan, semua orang bersiap sedia melakukan persediaan untuk menyambut Syawal tidak kira dari aspek persiapan dari sudut juadah ataupun kelengkapan raya seperti baju baru, perhiasan rumah dan sebagainya. Yang paling gembira menantikan bulan penuh kemuliaan itu semestinya anak-anak kecil sama ada yang mengerti maksud sebenar bulan kemenangan itu atau tidak.
Dalam persiapan yang melebihi keperluan itu, perlu diingatkan ada insan lain di luar sana yang tetap bersyukur sama-sama membuat persiapan meskipun dalam keadaan serba kekurangan. Seperti yang dikongsian oleh Tuan Abd Ghani Haron di laman sosial Facebook, tentang pasangan suami isteri dan anak mereka yang sedang memilih baju terpakai untuk anak-anak mereka.
Sebuah kisah akhir Ramadhan buat renungan
Petang menjelang 1 syawal yang lalu, kami menerima kunjungan sebuah keluarga kecil yang datang untuk memilih pakaian terpakai yang digantung di bawah bumbung di luar pagar. Pasangan suami isteri itu tampak berpakaian lusuh, si suami mengendong anak lelaki yang tidak berbaju, manakala si isteri memegang tangan anak perempuan lingkungan usia 8 tahun.
Mereka begitu tekun membelek helaian baju yang digantung. Sekejap-sekejap kedengaran tawa riang anak perempuan kecil itu bila ibunya mengacu baju ke badannya..barangkali gembira beroleh pakaian baru yang sesuai. Saya dan isteri kebetulan berada di luar rumah selepas melawat ibu kami. Isteri saya menegur mereka dan bertanya dari mana mereka datang. Nyata mereka datang dari sebuah kawasan perumahan flat di sungai petani yang jaraknya hampir 20km dari rumah kami. Bila ditanya kenapa datang begitu jauh, jawapan si ayah membuat saya bungkam.
“Kak, saya tak mampu nak beli pakaian baru untuk anak-anak sempena hari raya ini. Cukuplah saya dapatkan pakaian terpakai ni untuk gembirakan hati anak kami, lagipun baju-baju di sini nampak masih elok untuk dipakai”.
Ads
Kata- kata ini membuat saya merenung betapa seringkali kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan, meminta-minta untuk mendapatkan yang lebih, sedang ada manusia yang serba kekurangan memanjatkan syukur yang amat pada rezeki yang tidak seberapa di mata kita. Sedang kita asyik mendongak memandang ke langit, cemburu melihat apa yang tidak mampu dicapai, kita lupa menunduk ke bawah merenung apa yang di bumi, mensyukuri apa yang telah dikecapi.
Ketika kita merungut tidak boleh beraya dan bergaya sakan dengan baju raya tahun ini dek kerana pkp, keluarga ini cukup bahagia memilih gantungan pakaian terpakai untuk menyambut hari raya. Seolah tiada gundah di hati mereka pada riak wajah yang gembira melayan anak-anak memilih baju terpakai. Demikianlah rasa cukup apa yang ada yang melahirkan ketenangan pada jiwa-jiwa yang bersyukur.
Allah berfirman dalam Surat Ibrahim ayat 7 berikut:
Ertinya: Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhan kalian memaklumkan, “Sesungguhnya jika kalian bersyukur (atas nikmat-Ku), pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian; dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.”
Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pandanglah orang yang berada dibawah kalian, jangan memandang yang ada di atas kalian, itu lebih baik membuat kalian tidak mengkufuri nikmat Allah” (HR. Muslim)
Ads
Ingatlah pesan Rasulullah SAW kepada umatnya: “Kekayaan (yang hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yang hakiki) adalah hati yang sentiasa berasa cukup.” ( hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Ayuh kita muhasabah diri, sudahkah kita melafazkan syukur hari ini kepada Allah, atas nikmat nafas yang dihela, nikmat mata yang boleh melihat, nikmat tangan yang boleh memegang, nikmat kaki yang boleh berjalan, nikmat pakaian yang menyamankan, nikmat kereta yang memudahkan pergerakan, nikmat rumah untuk perlindungan. Berhentilah merungut pada perkara yang tidak dimiliki, mulalah menghitung nikmat yang lupa untuk disyukuri.
Untuk makluman, Projek sedekah pakaian terpakai ini telah berlangsung hampir 9 tahun. Ia telah menjadi saksi beribu-ribu pakaian bertukar tangan. Beribu-ribu hati yang gembira dan berbunga menyarung pakaian hasil sumbangan anda para dermawan. Sehingga kini, kami masih menerima sumbangan pakaian terpakai untuk disedekahkan. Malah ada juga yang menyumbangkan periuk, pinggan mangkuk, kasut, buku cerita dan kelengkapan bayi seperti stroller dan child car seat. Sumbangan boleh disampaikan dengan datang sendiri ke rumah Cikgu Ghani ( sebelum jam 6petang) di Tikam Batu atau poskan ke alamat 318B, Kg Masjid, 08600, Tikam Batu, Kedah. Semoga sumbangan kecil kita ini terus dapat menggembirakan hati mereka yang memerlukan. InsyaAllah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hari ini merupakan hari lahir pelawak dan penyampai radio terkenal, Jep Sepahtu. Dalam satu perkongsian di dalam instagramnya, Sari Yanti menitipkan ucapan hari lahir buat suaminya yang tersayang.
Selamat hari lahir buat suamiku @jepsepahtu . Banyak cerita datang dan pergi tapi kisah kita kekal dalam hati. Semoga Sayang jadi insan yang Allah sayang dan rahmati dia dunia dan di akhirat. Semoga selalu punya hati yang tenang dan bahagia. Sihat dan sejahtera ❤
Buat hati yang pernah tergeletek, bibir yang pernah tersenyum dan ketawa dek gelagat suami saya. Tolong Doakan Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin agar dijaga Allah swt imannya.. diuruskan Allah urusannya, di rahmati dari dunia hingga akhirat. Terima Kasih semua . 🤗 semoga yang lebih baik untuk kalian semua. Insyaallah 🤲
Dalam pada itu Sari dan anak-anak turut membuat sendiri kek hari jadi untuk Jep memandangkan tidak boleh keluar kerana PKP. Bertuah Jep kerana cukup disayangi oleh anak-anak tirinya.
LOVE.
3 beradik buat cake untuk Abah punya 35th birthday. we love you so much @jepsepahtu
.
agak agak jadi tak cake 3 beradik ni buat? 🤪
liani_ahmad Kalau x jadi pun, x kira abah kena makan juga😜. Happy birthday Jep. Moga dipanjangkan usia yg bermanfaat, dilimpahkurniakan rezeki yang berpanjangan, hidup bahagia bersama keluarga tercinta & senantiasa dlm lindungan Allah swt. – Yani.
nurizzattina eeeee shoooooooshoo sweett 3bradik ni 🥰🥰🥰… Aamiin yra 🤲🏻
hidayahnor90 Kak @sariyanti Ada smbungan x video ni… Suka tgok barr n bassit wish utk papa jep tu… Sygnya mrka dkt papa jep kn… Moga mnjdi kluarga yg bhgia sakinah warahmah utk u olls
haesrinSuch a lovely children. Nampak abang-abangnya syg sgt kat Dariya tu. Happy birthday @jepsepahtu Happy family till jannah InsyaAllah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan Kes positif baharu hari ini (7,857) adalah tertinggi pernah direkodkan.
Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ketika ini sebanyak 541,224 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, negeri Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi dengan sebanyak 2,675 kes dilaporkan dan ini diikuti Sarawak, 772 kes, dan Kuala Lumpur, 561 kes.
Pelbagai reaksi orang ramai apabila mengetahui apabila kes harian terus meningkat.
Menerusi ciapan di twitter Noor Hisham Abdullah, emosi warganet ramai yang meluahkan rasa sedih. Apatah lagi bimbang situasi kadar jangkitan yang semakin ‘mengganas’.
Apa pun, dinasihati lebih berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 ketika mengunjungi kawasan tumpuan umum dan juga di tempat kerja.
Sehingga 27 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,857 kes (541,224 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor – 2,675 (177,450) Sabah – 217 (61,274) Johor – 549 (56,231) WPKL – 561 (56,032) Sarawak – 772 (44,738) Pulau Pinang – 365 (27,284) pic.twitter.com/W0TlmD6KGO
Keputusan sama ada aktiviti di masjid dan surau dibenarkan adalah bergantung kepada garis panduan yang disediakan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama).
Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata garis panduan tersebut telah pun siap dan sudah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 30 April (Khamis) yang lalu.
Menurut Dr Zulkifli, garis panduan berkenaan telah disediakan oleh Unit Penyelidikan Ilmiah JPM (Hal Ehwal Agama) dan Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pertimbangan utama kerajaan adalah melihat kepada kesiapsiagaan dan persediaan teknikal di tahap optimum semua pihak iaitu Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri sebagai badan berautoriti dan pihak berkuasa utama negeri dalam hal ehwal pentadbiran agama serta persediaan masjid dan surau di tahap terbaik.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
Sementara itu, Dr Zulkifli turut memberitahu bahawa pembukaan masjid dan surau kemungkinan akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini tetapi ianya tertakluk kepada keputusan kerajaan terhadap garis panduan yang disediakan. Tetapi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini berlangsung, segala aktiviti di masjid dan surau masih lagi tidak dibenarkan.
Bagi menjawab pertanyaan adakah wujud kemungkinan ia dilaksanakan dalam masa terdekat, ini jawapan Dr Zulkifli.
Ya, jika kerajaan berpuas hati dengan garis panduan disediakan, juga tahap kerjasama dan keprihatinan rakyat secara umumnya sepanjang PKPB disamping mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Bukan itu sahaja, kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sangat penting sebelum membenarkan pembukaan semula rumah ibadat ini. Menurut Dr Zulkifli, sekiranya garis panduan ini diluluskan oleh kerajaan tetapi ianya masih perlu pertimbangan oleh pihak berkuasa di setiap negeri.