Hari sahaja pada 5 oktober rekod kadar jangkitan meningkat kepada 432 kes. Kadar yang agak membimbangkan.
Dalam tempoh kita menjaga SOP dan mengelak jangkitan, siapa sangka kita dijangkiti wabak yang bahaya ini.
Begitulah situasi yang dilalu oleh saudara Azrul Affandi Sobry HM yang disahkan positif dijangkiti virus ini. Beliau yang merupakan wartawan berkongsi coretan bergelar pesakit covid-19.
Moga kisahnya menjadi pengajaran buat kita semua tentang penularan wabak ini.
5/10/2020
Pagi pertama di wad Covid, Sungai Buloh.
Serius aku masih macam tak percaya. Selama ini aku yang paling lantang berbicara mengenai Covid dan hari ini aku menjadi mangsa tentera virus ini. Tapi aku redha kerana mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan pada aku.
Ads
Wad Isolasi
Ward isolasi ini bukan macam ward biasa. Ia lebih kepada satu bilik yang mengasingkan pesakit covid sebelum dipastikan samada perlu dipindahkan ke wad rawatan jika sangat memerlukan. Ramai dalam wad ni. Adalah lebih 50 orang. Muda-muda semuanya. Adalah sorang dua yang aku rasa berusia 50an. Mungkin warga emas diletak di wad lain.
Ada juga adik beradik dalam wad yang sama. Budak tu mungkin dalam 10 tahun usianya. Mujur abangnya ada sekali. Dapatlah juga dia berteman. Abangnya selalu mengusiknya, mungkin nak hilangkan kebosanan mereka. Aku pun tak tau macamana nak habiskan 14 hari di sini kerana memang tiada apa yang boleh dibuat kecuali baring, ke tandas, surau dan baring semula.
Pagi ini darah diambil. Petang ni xray pula. Semoga tak ada apa2 masalah besar. Kalian doakan saya ya. Orang dalam wad ni pun baik2 belaka.
5 Oktober 2020
2 petang
Katil 33, wad 43
Baru beberapa jam dalam wad ini, banyak sekali kisah menarik rakan senasib, mangsa tentera Covid yang dapat aku kutip. Ramai juga sebenarnya senasib denganku yang mana dijangkiti C19 ketika berada di Sabah. Boleh dikatakan, daripada 5 kes yang aku dengar, 4 dari Sabah.
Ads
Paling sadis, ada yang tidak sedar mereka dijangkiti, sudah masuk kerja sebab swab test negatif tapi tiba-tiba bergejala dan selepas saringan semula, positif pula. Tuan badan bercerita dengan sedikit kecewa kerana dia risau apa pula nasib rakan sekerja. Tapi bukan salah dia. Keputusan awal memang negatif.
Ada pula yang hanya sehari di Sabah, cover event Menteri, dah dijangkiti. Sempat lagi dia bergurau dengan aku. Katanya, kalau abang tak kena, tak aci sebab abang dekat sabah 20 hari. Saya ni sehari je di Sabah pun dah positif. Ketawa saja aku mendengarnya.
Ada pula satu keluarga kena. Pulang dari bercuti di Sampoerna. Ada sebahagian ahli keluarga di ward lain kerana bergejala.
Apapun cerita mereka, aku respek dengan pesakit covid ni. Mereka memahami setiap masalah rakan dalam wad yang sama sebab mereka pernah laluinya. Antaranya, ramai yang tegur aku masa makan tadi.
Ads
“Sedap tak makanannya? Sure abang rasa tak sedap kan? Tapi untuk makluman abang, makanan di sini sangat sedap tapi abang tak rasa sebab awal-awal kena covid memang deria rasa abang akan hilang.”
Ya memang betul. Aku tak rasa apa-apa. Tawar dan payau. Tapi mereka kata, tunggu lagi 3 hari, aku akan rasa sedap sangat. Mungkin juga sebab aku tengok mereka makan dengan sangat berselera.
Di wad Covid ni, tak boleh sombong sebab inilah saja keluarga yang kami ada untuk 2 minggu ini. Kami tak terkurung. Masih boleh keluar tengok matahari sebab ada ruang kecil sebelah bilik air yang menjadi tempat ramai pesakit di sini lepaskan rindu buat videocall dengan keluarga. Aku pun sama.
Stop dulu. Nanti aku update lagi. Petang ni aku kena xray. Kalau ada masalah, aku kena masuk wad lain. Sebab nafas aku masih lemah. Masih mengah. Doakan aku…
Kredit: Azrul Affandi Sobry HM
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak seminggu lalu, digemparkan dengan berita yang mengejutkan satu Malaysia apabila adik Ainul mardhiah dikejarkan ke hospital dan dalam keadaan kritikal
Buat yang tertanya-tanya keadaan terkini, setakat ini keadaan adik Ainul Mardhiah (6 Ogos 2022)
Alhamdulillah, Ainul semakin baik. Dia dah sedar 100%. Bacaan darah dia hampir normal semuanya. Ventilator dah off, ubatan pun banyak dah diberhentikan. Cuma Kuman masih ada lagi dan perlu teruskan antibiotik. Sehingga bila, itu terpulang pada Doktor. Doktor lebih tahu.
Asalkan Ainul sihat je.
Hari ini Ainul kena tambah darah, terima kasih penderma-penderma darah. Orang seperti Ainul ni sangat perlukan darah tambahan, beruntung orang yang suka menderma darah ni.
Pahala anda sentiasa mengalir sebab telah berbuat ihsan sesama manusia.
Kalau tak ada yang ingin menderma darah, di mana lah hospital nak cari darah-darah untuk pesakit ni.
Semoga Allah swt lapangkan rezeki kalian dan dicukupkan semuanya.
Azam lepas ni kita derma darah ramai ramai ya. Nampak macam remeh temeh, tapi percaya lah besar pahalanya sebab dapat bantu orang yang memerlukan.
Membantu dan memberi pertolongan tidak semestinya dengan wang ringgit.
Ramai yang terkejut membaca kenyataan seorang guru terhadap SOP yang bakal dilaksanakan ketika murid mula bersekolah nanti.
1. Alah bisa tegal biasa
Jika kita belum lagi berkorban dan berjuang, usah kita bayangkan keperitannya. Taqdir Allah Belum tentu sama dengan apa yang kita fikirkan. Harungi dulu, rasa sendiri dengan batang tubuh, kemudian buatlah pertimbangan.
Susuli setiap tindakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Suburkan semangat ingin membantu, memudahkan urusan orang lain dan meringankan beban “Abah”, bukan kerana memenuhi arahan majikan semata-mata.
2. Kita tidak berbeza dengan profesion yang lain
Sijil yang berjela-jela dan pangkat yang bertingkat-tingkat bukan ukuran ilmu yang kita ada. Jangan terlalu bangga kita belajar lebih tinggi dari orang lain, jangan rasa kita lebih hebat kerana miliki kepakaran yang pelbagai, jangan rasa sombong dan angkuh dengan anugerah yang berderet-deret…ia seperti fatamorgana, ada tetapi sebenarnya tidak bermakna jika ia menjadi penyebab rosaknya amal dan kerja buat kita.
Terimalah hakikat, ilmu yang paling bermakna dan mahal dalam hidup kita ialah pengalaman.
Rebut peluang, ruang dan kepercayaan yang diberikan. Tunjukkan Kematangan kita dalam setiap tindakan atau kata-kata. Jangan emosional dan hilang pertimbangan terutama apabila membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan tanggungjawab seorang guru. Ia terlalu berat dan apa yang kita sumbangkan hari ini tidak setanding dengan pengorbanan rakan-rakan yang berada di P1, P2 dan P3.
3. Out Spoken biar berilmiah
Ruang untuk kita bercakap dan meluahkan di sosial media memang terbuka luas, tidak ada jawatankuasa yang dapat menapis dan menolak pernyataan kita. Berhati-hatilah, jangan sampai tersingkap kedangkalan ilmu, pemikiran, adab dan akhlak yang kita miliki.
” kita jaga sesama kita” semua guru mewakili institusi, guru juga adalah duta dan cerminan generasi akan datang. Guru yang terdidik melahirkan generasi yang menghargai dan tinggi sifat Ketaatannya.
4. Public figure
Menyandang title guru automatically kita menjadi public figure. Apa yang kita cakap, kita buat, kita luahkan, kita bahaskan, kita pertahankan, semuanya akan diambil serius oleh pelbagai pihak terutamanya Kementerian, profesional pelbagai bidang, murid, bekas murid dan ibu ayah mereka. Walaupun kita hanya guru biasa.
Tiada yang membahagiakan bagi pasangan suami isteri apabila dikurniakan zuriat. Enam tahun berusaha untuk menambah ahli baru dalam keluarga, akhirnya Allah makbulkan doa pasangan ini.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Shuib mengumumkan isterinya Siti Sarah Raissuddin kini hamil anak keempat mereka. Sarah dikatakan sudah melepasi trimester pertama kehamilan.
Menerusi Instagram TV penyanyi lagu Semakin itu, satu video yang dirakamkan pada 15 Februari lalu menunjukkan suaminya, Shuib Sepahtu memegang alat ujian kehamilan sekali gus mengesahkan yang dia hamil.
“Saya akan buat pemeriksaan doktor minggu depan untuk mengesahkan lebih tepat sudah berapa bulan kehamilan ini.
“Namun dalam kerendahan hati, saya memanjat kesyukuran kerana ini hadiah paling bermakna dikirimkan Allah untuk kami sekeluarga.
“Sebelum ini ada yang nampak perubahan saiz badan saya. Termasuk di kalangan wartawan sendiri. Tapi saya meminta mereka mengunci dulu mulut bab ini. Biar saya umumkan sendiri kepada semua,” kata Sarah yang ketika itu belum berani berkongsi berita kehamilannya.
Menurut Sarah selepas enam tahun melahirkan anak ketiga, Ariq Matin, dia tidak menyangka akan hamil lagi.
“Jujur, selepas enam tahun, saya tak menyangka akan merasai lagi pengalaman berbadan dua. Tapi saya dapat ulangi momen itu lagi.
“Sekarang pun orang kata kandungan sudah kuat, barulah saya berani bercerita lebih. Saya pun sebelum ini ada berdepan situasi kebimbangan, jadi memilih untuk tidak tertekan masa awal kehamilan.
“Doakan kandungan saya baik baik saja. Saya juga doakan buat semua ibu di luar sana yang mahu merasai saat kehamilan lagi, moga Allah murahkan rezeki kalian,” katanya.
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.