Makanan segera antara makanan yang mudah dan paling pantas untuk disediakan oleh ibu bekerja buat anak-anak. Biarpun begitu, amalan memberi anak makan
makanan segera seperti sosej, nugget dan sebagainya di rumah sebenarnya amatlah tidak sihat.
Selain kita tidak tahu apakah kandungan bahan di dalamnya, banyak juga bahan perasa yang keterlaluan digunakan untuk menjadikan ia lebih sedap. Nak
selamat ada baiknya mak-mak cuba buat sendiri di rumah. Tak susah pun sebenarnya.
Kredit Foto: Nurul Izzaty
Perkongsian Nurul Izzaty buat warga Makan Apa Hari Ini (MAHN) di facebooknya boleh kita cuba. Siap ada langkah demi langkah lagi. Jom cuba.
Salam semua warga MAHN. Minggu lepas ada buatkan sosej homemade untuk anak-anak. Tak adalah 100 % sama macam beli yang frozen tu. Jadi siapa-siapa nak cuba buat, Zaty sertakan resepi di bawah. Resepi agak-agak saja, semua main campak tak ada sukatan.
Bahan-bahan:
1 keping dada isi ayam
1 ulas bawang putih
Bawang besar Holland
1 biji telur
Sedikit mix herbs
Secubit chili flakes (ikut kepedasan)
Sedikit lobak merah
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam / lada sulah
2 sudu makan tepung ubi /jagung
Sedikit air
Caranya:
Ads
1. Campurkan semua bahan di atas (kecuali tepung ubi) dan kisar sampai hancur.
2. Dah siap, tuangkan adunan ke dalam bekas dan masukkan tepung ubi.
3. Gaulkan sebati dan rasa dah ok, masukkan dalam piping bag dan boleh start paipkan adunan dalam plastik ais krim atau apa-apa plastik. Ikut kreativiti
masing-masing.
Ads
4. Kukus dalam 20-30 minit ikut suhu api masing-masing. Dah siap kukus terus rendam sosej yang siap tu ke dalam air ais selama 5 minit untuk bagi dia
pejal-pejal. Dah siap tu, boleh la nak makan terus, nak goreng atau nak frozenkan.
Kreativiti dan minat mendekorasi kediaman hasilnya cukup memuaskan hati. Biarpun sekadar rumah biasa, namun yang penting nampak kemas dan selesa seisi keluarga.
Demikian juga dengan kediaman milik Emma Aziz sekeluarga. Cantik, kemas dan menarik. Itulah yang boleh diungkapkan apabila melihat dekorasi kediaman ini. Walaupun ia berupa rumah kayu namun dengan kreativiti suami isteri ini membolehkan ruang dalam kediaman berubah wajah.
Hasil kerja sy dan suami . Deko sikit2 jelah sebab xpandai nk deko sangat😬 Thankyou en.suami membantu.
#sekadarshare #rumahkayuponboleh
Itu perkongsian Puan Emma menerusi laman facebooknya. Penggunaan wallpaper mengubah landskap kediaman pasangan ini. Tranfomasi yang dilakukan tampak menyerlah.
Rumah asalnya seperti rumah felda dulu-dulu tapi usaha suami isteri ini DIY cukup dikagumi. Pilihan warna cukup sesuai menampakkan ruang lebih luas.
Cantik dan kemas selain selasa buat seisi keluarga.
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sapa yang tak kenal dengan figura dalam bidang perubatan ini. Siapa lagi kalau bukan Dr. Amalina Bakri. Dahulu, belliau pernah mengharumkan nama negara dan buat rakyat Malaysia bangga dengan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004.
Kini berjaya mengapai cita-citanya menjadi seorang doktor pakar bedah. Bahkan, beliau merupakan antara individu yang terlibat secara langsung dalam pembedahan membuang ketumbuhan dalam mulut adik Ainul Mardhiah yang kini semakin sihat.
Jika anda ikuti Dr. Amalina di Twitter, dia gemar berkongsi pelbagai jenis petua, malah dia juga rajin membalas Tweet dari pengikutnya. Beliau juga tidak lokek untuk berkongsi petua.
Antaranya termasuklah membantu mengajar bagaimana cara untuk berkomunikasi dalam English kepada masyarakat.
Menurut Amalina, tip yang beliau kongsikan itu boleh dipraktikkan. Malah beliau menasihati supaya tidak malu jika ada kesalahan, janji kita belajar. Betul tak?
A lot of you asked me about how to become fluent in English. This is my thread (based on my experience as a kid). @thealphafoxtrot feel free to add, you’re the English teacher!
mainly because a lot of my friends back then were Chinese and Indians and we would be talking in English in class most of the time at school, and of course you could guess that some people didn’t like that. 🤷🏻♀️
2. Ok back in the days, we had MSN messenger, Yahoo messenger, MIRC, I used those platforms to communicate with my friends from the UK and the US (like having penpals),
I even wrote letters to them! I joined some educational groups online (I couldn’t remember what they were). I started doing all these things when I was 12. You all should feel lucky that there are lots of online resources that you can use nowadays!
4. Finally, practice practice practice! I can’t say enough. Surround yourself with people who can speak fluent English so that they can correct you when you make mistakes, but just don’t get annoyed Ok? Hehe good luck! 😊
1. Yakin semasa bercakap. Biarpun mempunyai kesalahan dari segi tatabahasa dan struktur penggunaan ayat dalam English, hiraukan saja. Seperti juga kalau kawan ejek kita ‘acah-acah’ nak bercakap dalam English. Pekakkan saja telinga. 2. Kemudahan internet. Tidak dapat dinafikan, terdapat banyak kemudahan internet yang sangat membantu kita belajar dalam English. Beliau juga menyarankan agar menyertai mana-mana education group online di interne 3. Lihat dan dengar. Sumber radio dan rancangan TV berbahasa English juga penting dalam membiasakan diri kita tahu untuk menyusun struktur ayat. Malah ianya juga mengajar kita perkara yang baru. 4. Belajar dari kesilapan. Dia juga menyarankan untuk sentiasa berkomunikasi berbahasa English jika mahu ada penambahbaikkan dalam pergaulan seharian. Tidak perlu juga berasa malu apabila ditegur kesalahan ayat.
Perkongsian tersebut mendapat pujian ramai, ada yang berterima kasih dengan tip yang dikongsikan tersebut.
Thanks for the tips, Dr.! 😀 I actually have some troubles when speaking in English with people from UK, US and other countries, but I’m sure the thread will help me and others to improve our English as our second language. Thanks again! 😘
Me too..when i was in school i could speak english with Chinese friends, also Indian friends and my english teacher..biasa laa apabila saya berbahasa inggeris budak2 melayu ni akan kata cakap laa melayu xyah berlagak sngat..so thanks for your tips doc😘
I learned how to speak English because I read a lot of English comic books when I was 8 (Archie, superhero etc.) and everytime I talk to some people in English, they think I’m “berlagak”, so I had to speak in ‘broken English’ because I don’t want to get called out as a show off.
Mendirikan rumah tangga dengan aktor kacak kegilaan ramai 20 tahun lalu membawa wanita ini ke dunia rumah tangga yang penuh kasih sayang.
Dalam tempoh bergelar suami isteri, hubungan mereka kian utuh dan tetap romantik biarpun sudah memiliki empat cahaya mata, iaitu Sabella Qawiema, Aulia Qayyiem, Salsabil Qur’ani dan Naqli Qaddiem.
Siapa sangka pasangan ini rupa-rupanya sudah memiliki anak yang sudah besar. Lihat sahaja perkongsian Susan Manen di ruangan instagramnya, wajah dan susuk tubuh si anak hampir menyamai ibunya.
Tidak hairanlah ramai yang mengatakan mereka tak nampak seperti ibu dan anak sebaliknya lebih kepada adik-beradik.
Ternyata si anak perempuan Susan yang dikenali sebagai Sabella mewarisi kecantikan yang dimiliki ibunya. Apabuila bergambar kedua-duanya nampak manis.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.