Perjalanan membesarkan anak-anak kita sememangnya cukup panjang. Sejak anak lahir, amanah dan tanggungjawab itu sebenarnya sudah bermula hingga anak-anak besar. Terlalu lama.
Disebabkan tempoh yang terlampau lama itulah kita jangan menjadikan perjalanan menjadi ibubapa ini sebagai perlumbaan buat anak-anak kita. Tak perlu memaksa tetapi nikmati sebaiknya perjalanan indah ini.
Itulah yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim menerusi facebooknya.
Dengan anak yang lebih tua, jadi senang nak rasa marah. Ada tu sampai rasa meluat tengok muka anak. Serius, ini memang ada.
Bukan salah anak, tapi selalunya salah kita juga. Waktu kita paling jahil sekali adalah waktu mula-mula jadi mak ayah, masa tu baru pertama kali merasa ada anak.
Ads
Waktu ni ilmu pun tak ada, pengalaman pun tak ada, main taram je besarkan anak. Kadang tingkah laku yang anak sulung & kedua tunjuk pada hari ini adalah hasil dari tingkah laku jahil kita waktu dulu.
Sebab tu ada yang rasa meluat & jelik tengok perangai anak sendiri bila mereka dah besar.
Yang dulu baik sekarang dah lain, yang dulu ikut je arahan sekarang dah melawan, yang dulu mudah tak banyak perangai sekarang melampau perangainya, banyak lagi la.
Ads
Makin besar, makin terserlah tingkahlaku yang banyak trigger kita. Nak buat macam mana? Saya selalu kongsikan 2 ayat ni jika nak capai ketenangan.
Childhood is a marathon, not race. Parenting is about gratitude, not result.
Enjoy & hargai parenting journey kerana journey ni panjang, sampai mati.
Dalam parenting, nak tenang fokus pada syukur dengan apa pun anak kita. Fokus pada result memang banyak la tak syukurnya. Bila tak syukur, mana mungkin datang tenangnya.
Suami adalah pelengkap kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Kebahagiaan dalam berumah tangga saling berkait antara satu sama lain.
Fasa pertama perkahwinan adalah masa yang terbaik untuk saling kenal mengenali, bersifat terbuka dan banyak bersabar sebelum terbentuk keserasian. Apapun adab, tanggung jawab dan doa untuk mendapat kebaikan dari Allah s.w.t perlu selalu diamalkan.
Hargai sifat positif pasangan dan selalulah memuji beliau. Kongsikan dengan pasangan apa aktiviti anda seharian ketika beliau di tempat kerja, dan dengarlah cerita beliau. Dengan cara ini, anda berdua sentiasa tahu perkembangan semasa sesama sendiri. Perkongsian dari puan Nor ini cukup menyentuh hati.
Pagi ini, menerima mesej dari seorang sahabat baik bahawa suaminya kemalangan sewaktu dalam perjalanan menjemputnya pulang. Alhamdulillah.. suaminya selamat namun.. dada saya sempat berdegup kencang. Bimbang.
Tengahari ini pula melihat status seorang isteri yang bakal menyambut Ramadhan dengan kerinduan yang tidak bertepi. Suami tercinta sudah lama ‘pulang’ mengadap janji Ilahi.
Allahu Akbar. Bergetar hati.. berlinang airmata ini membayangkan keributan ujian yang melanda sahabat2 yang ada. Semoga Allah mengirimkan ketabahan buat mereka.
Suami adalah pelengkap kehidupan seorang wanita. Ada yang sempat bergelar isteri, merasai nikmat dan ujian berumahtangga dari Allah. Ada yang ditangguhkan jodohnya hingga satu saat nanti di jannah.
Namun satu perkara yang pasti.. bak kata Imam al-Ghazali.. Cintailah sesiapa pun yang engkau mahu, namun ketahuilah suatu saat nanti, engkau pasti akan berpisah dengannya.
Suami.. lelaki itu yang kita kasihi.. yang kita cintai.. yang adakalanya buat kita kecewa. Ada kalanya kita marahi dan leteri bagai terlupa kita juga tidak sempurna.
Suami.. insan itu yang paling tahu susuk tubuh kita.. yang paling tahu buruk kerenah kita.. namun seringkali memilih untuk menerima seadanya.
Suami.. dia milik Ilahi. Dia akan pergi suatu hari nanti.. Adakah saat itu, kita akan tersenyum mengenang kebahagiaan kita mengharungi susah payah dengannya.. atau kita akan menangis mengenang kegagalan kita memanfaatkan masa-masa yang ada?
Hargailah seorang insan bernama suami. Biar siapa pun mereka.. terimalah seadanya. Mereka lubuk pahala kita.. setiap masa.
Nur Mawar.. gambar ini berkata2 kepada saya dengan seribu rasa.. berpesan dengan seribu bicara.. Allahu Akbar..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebelum ini tular keadaan Pelakon kanak-kanak, Puteri Rafasya yang sebelum ini mengalami kemalangan di lokasi penggambaran kini dikhabarkan tidak mampu berjalan mahupun berdiri.
Memetik laporan Harian Metro, keadaan terkini kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ini bertambah parah sehingga terpaksa menerima rawatan di wad pediatrik Hospital Tunku Azizah (HTA), akibat mengalami masalah saraf.
Bukan itu sahaja, Puteri sebelum ini juga pernah dikejarkan ke zon kuning Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami kebas kaki dan air kencing yang keluar secara tidak sedar pada jam 3 pagi
“Sekarang, Puteri ada masalah dengan pundi kencing dan kakinya kebas. Bila kaki kebas memang situasi agak merisaukan sebenarnya. Puteri perlu dikejarkan ke zon kuning pada awalnya.
“Ia juga berkait rapat dengan saraf. Selepas pemeriksaan, Puteri akhirnya perlu ditahan di wad pediatrik HTA sehingga keadaannya beransur pulih. Keadaan Puteri agak teruk juga sebab masih perlu memakai lampin pakai buang” katanya.
Sementara itu, menurut ibu Puteri, Fatin Aliza Salmi, 33, perkara ini menambah kesulitan buat mereka apabila pihak terlibat bersikap lepas tangan mengenai kemalangan itu.
“Kalau diikutkan laporan perubatan, Puteri dianggarkan sudah boleh berjalan ketika ini. Tapi, jangankan berjalan, berdiri pun Puteri tidak boleh.
“Jadi, bila keadaan dilihat semakin memburuk, saya rasa sangat tertekan dan kecewa. Sehingga hari ini, kami masih tidak menerima sebarang bantuan atau kata putus daripada pihak terbabit. Saya tertanya-tanya adakah mereka perlu lepas tangan seperti ini
“Ia menyebabkan tulang pinggulnya retak berikutan badan Puteri menghempap kaki besi tripod. Kesannya amat besar apabila Puteri terpaksa menanggung derita tidak mampu duduk dan berjalan tanpa bantuan keluarga akibat tulang pinggul retak.” jelasnya.
Tambah Fatin, Persatuan Seniman Malaysia ada menghubunginya bagi bertemu pihak produksi dan keluarga pelaku untuk membincangkan hal terbabit.
Walau bagaimanapun, Dia sedang melihat perkembangan lanjut dan bercadang untuk melancarkan tabung bantuan bagi memudahkan urusan perubatan anaknya sekiranya masih tiada tindakan seterusnya.
Terdahulu, nama Puteri tiba-tiba menjadi sebutan selepas mengalami kemalangan di lokasi penggambaran drama Jaga Aku Selamanya di Beranang, Selangor, hujung bulan lalu.
Kemalangan berpunca apabila kerusi ditarik akibat perbuatan seorang kanak-kanak yang tidak sepatutnya berada di lokasi penggambaran dengan niat untuk bergurau. Ia menyebabkan tulang pinggulnya retak berikutan badan Puteri menghempap kaki besi tripod.
Bercuti memang aktiviti yang disukai oleh semua golongan. Malah, percutian akan menjadi lebih menarik apabila membawa isteri dan anak-anak bersama. Lebih seronok jika destinasi adalah luar negara. Sebagaimana perkongsian oleh Muhammad Fadil Sulaiman begitu bermanfaat untuk dijadikan panduan bagi yang bercadang membawa keluarga bercuti ke Tokyo. Beliau mencatat perjalanannya dan bajetnya bagi percutian selama 8 hari 7 malam. Menarikkan! Moga jadi inspirasi untuk anda merancang membawa keluarga pergi bercuti ke Tokyo tahun ni sambil bermain salji!
Pengalaman backpakers bersama geng Blackpapers 8hari 7malam ke Osaka, Tokyo & Kyoto memberikan 1001 memori indah, pahit & manis di negara matahari terbit ni. Trip backpakers kali ni seramai 9 orang Muhammad Fadil Sulaiman Yaya Halim Muhammad Shahir Ibrahim Ezatul Wahida Zulhilmi Mustapa Hafiz Al Asad Muhammad Fazreeq Shin Shiro dan uwais yang paling kecil sekali 10bulan. Suhu di Jepun antara 0c ke 6c waktu kami pergi. Tak sabar dah nak pegang salji ni .
Terlalu banyak kenangan yang tak dapat dilupakan ada yang tertinggal train, ada yang hilang tiket, tidur gaya Japanese Stail, naik bas selama 10jam dan tukar pampers anak dalam bas pun ada tau. Bagi parent yang bawa anak kecil kena prepare mental & fizikal ok. Aku share sikit aktiviti & kos sepanjang kami mengembara di Jepun.
▪️Harga adalah untuk 1pax ▪️Currency : 1000 Yen= RM 38 (Jan2019)
?TOTAL COST = RM 2784 (8hari 7malam)
So dengan modal RM 2784 aku dapat bercuti di Jepun selama 8 hari. Yang menarik tentang Jepun ni public transport dia, serius Superb weyyy.. Tentunya aku akan merasa naik SHINKANSEN yang menjadi kebanggaan orang Jepun.
Itinerary
⛄️Day 1 (26/1/2019)⛄️
?KL – Osaka (Kansai Airport) 2.30pm – 9.45pm) by AirAsia X ? ?Lepas setel semua urusan imgresen geng Blackpapers terus naik train Jr Nangkai line ke Shin Imamiya (ambil masa 1jam). Turun2 train je memang akan jumpa Hotel Shin Imamiya. Suhu time ni 2c mak aii sejuknya.
? JR Nangkai Line (Kansai Airport- Imamiya Station)
?Setel checkin & renggankan badan, aku decide nak cari barang basah untuk Uwais. Sebelah station imamiya ada 1 kedai yang disyorkan di Fb RTJ Tamade Market. Memang murah kedai ni wajib pergi. ?Alhamdulillah rezeki kami agaknya salji ❄️ turun di imamiya. Apa lagi menjerit lah semua geng Blackpapers excited salji turun padahal jam dah pukul 2pagi.
⛄️Day 2 (27/1/2019)⛄️
?Jam 8 pagi geng Blackpapers semua dah ready untuk terjah Osaka. Kami mulakan dengan pergi ke Tsutentaku Tower di Shinsakei Street 5 minit je jalan kaki dari hotel. Actually kedai baru nak buka area Shinsakei Street ni tapi bolehlah untuk cuci mata. ?Habis di Shinsakei Street kami checkout jam 11 pagi untuk ke Umeda Sky Building. 1st thing we must drop luggage at coin locker tak larat wei nak pikul.
? Subway (Dobutsuen Mae Station – Umeda Station)via OAP
?Umeda Sky Building boleh tahan cantik bangunan dia. Kami naik ke Observation Deck via OAP untuk tengok view Osaka, Masyaallah cantik betul Osaka dari atas. Memang awesome! ?Tengah syok2 kami semua sibuk selfie kat atas dapat tahu Fazreq hilang pulak OAP pass aduhai. ?Acat tolong Fazreq cari pass dia kt bawah nak dijadikan cerita lagi pass Acat pulak tercicir haha memang kelakar betul. Puas mencari OAP tapi tak jumpa terpaksalah beli baru. ?Next kami ke Osaka Castle. Dalam 15 minit jalan kaki nak naik ke castle ni. Geng Blackpapers semua dah sayur tapi tetap gigih gak menapak. Sampai2 je semua hilang sebok ambil gambar, sangat cantik.
? Subway (Umeda Station – Tembabashi Station) via OAP.
?Fuhhh tarik nafas dulu baru teruskan perjalanan dalam jam 6 petang kami bergerak Dotombori untuk mengisi perut yang lapar.
? Subway (Tembabashi Station – Dotombori Station) via OAP
?Kami makan di Kenny Asia Cafe. Masih lagi selera melayu. Harga boleh tahanlah. ?Next kami mencari Glico Sign di Shinsaibashi Street. Punyalah ramai orang kebetulan hari ahad. Nak tangkap gambar pun kena selit2. ?Habis di Dotombori kami cepat2 ke Umeda Sky Building balik nak naik bas ke Tokyo.
? Subway (Dotombori Station – Umeda Station)via OAP
?Bas kami jam 11.30pm Willer Express. Agak selesa untuk perjalanan jauh. Saja nak bagitau Osaka ke Tokyo ambil masa 8 jam patah pinggang doww.
? Willer Express Bus (Umeda Sky Building – Shinjuku Station)
⛄️Day 3 (28/1/2019)⛄️
?Konichiwa Tokyo. Akhirnya sampai juga ke bandar pesat Tokyo ni. Agak2 dapat jumpa Doreamon tak? Bas berhenti di Shinjuku Station. ?Sampai2 station Yaya setelkan anak dulu, geng2 yang lain pulak pergi gosok gigi ? ?Shinjuku Station ada dua bangunan dan sangat besar aku pun confuse dah. 1st sekali kena cari kaunter JR East untuk beli Tokyo Wide Pass (TWP) valid 3 hari. Pass ini jugak kami akan guna untuk ke Fuji, Gala Yuzawa & Tokyo. ?Geng Blackpapers semua dah telan sandwish sementara tunggu aku setelkan tiket, aku je belum makan lagi. Takpe demi gunung Fuji tetap aku bersemangat. ?Untuk ke Fuji (Kawaguchiko) perlu ambil train ke Otsuki Station 1 jam. Dari Otsuki ke Kawaguchiko 1 jam.
? Train (Shinjuku Station – Otsuki Station – Kawaguchiko Station) via TWP
?Sepanjang perjalanan ke Kawaguchiko kami disajikan rumah2 comel di bandar Tokyo dan kemegahan gunung Fuji. ?Sampai je Kawaguchiko semua terpegun, Subhanallah indahnya gunung Fuji. ?Kami checkin di Koe House Kawaguchiko. Hostel stail jepun ala2 rumah nobita camtu. Pengalaman yang tak dapat dilupakanlah kat guest house ni dengan suhu 3c, heater manual, gas habis kena topup. Tapi itulah nak merasa macam mana kehidupan orang jepun diluar bandar. Abam bagi A+ lah untuk stay kat sini. ?Kami tak ambil sebarang pas pun dekat Kawaguchiko ni. Semua decide tak nak tour tasik just nak naik ropeway je. Dari guest house ke Kachi-Kachi Ropeway cuma 800 meter dalam 10 minit jalan kaki. ?Sampai je ropeway dah nak tutup so plan balik esok pagi2 je datang. Patahlah balik ke guest house dan pusing2 sekitar Station Kawaguchiko. ?Jam baru 5.30 petang tapi gelap macam pukul 7. Halo2 geng yang lain semua dah tidur haha penatlah tu perjalanan hampir 10 jam dari Osaka ke Fuji ni. ?Seriusly nak cakap kat area Fuji ni memang sejuk betul. Padahal 3c je pun gigil dia kemain. Tapi si kecik uwais rilek je nak ajak main alahai anak, papa dah pisang ni ?
⛄️Day 4 (29/1/2019)⛄️
?Jam 10 pagi kami checkout siap2 dan terus ke Kachi-Kachi Ropeway. Naik ke puncak gunung ni dalam 10 minit dengan cable car. Pagi ni tak ramai sangat orang so beratur pun sekejap je. ?Gile cantik wei gunung Fuji. Tak terkata keindahan ciptaan yang Maha Esa. Geng Blackpapers mulakan aksi gaya che ta diketuai oleh Zul 1 2 3 selfei ? ?Habis di Kachi-Kachi Ropeway maka bermulalah episod drama Zul tertinggal train di Fuji. ?Dalam syok jalan kaki ke Kawaguchiko Station ni aku terjumpa vending machine coke. Botol coke Special Edition Fuji 2019. Aku belilah dan tunjukkan kat semua orang. Masing2 nak lah 1 buat kenangan. ?Nak dijadikan cerita train ke Otsuki jam 2 petang, geng2 lain semua duk borong botol coke tu jam 1.50 petang. Lagi 2 minit nak pukul 2 petang apa lagi semua berlarilah masuk train tapi Zul masih lagi kat kedai. ?Gelabah semua orang siap kene marah dengan Officer Station ‘Get off from your train’ train pun jalan, Zul masih tak nampak bayang lagi. Nasib baik sel2 otak Zul berkembang time tu dia pandai cari wifi. Dapat contact Zul mintak dia tunggu kat station kami patah balik. ?Patah balik ambil Zul dan teruskan perjalanan ke Tokyo.
? Train ( Kawaguchiko Station – Otsuki Station – Shinjuku Station) via TWP
?Sampai Shinjuku terus gerak ke hotel Empire Inn Shinjuku. Puas hati beb dengan hotel ni. Lokasi dekat dengan Okubo Station & Shin Okubo Station. Kedai makan halal pun dekat. 5 star untuk stay sini.
? Train (Shinjuku Station – Okubo Station) via TWP
?Jam 6.30 petang semua siap2 nak pergi ke Shibuya Crossing. Pehhh beribu orang lintas jalan kt sini. Perfect!
? Train (Okubo Station – Shibuya Station) via TWP
?Drama baru muncul lagi, TWP Acat tercicir pulak. Mahal wei pass tu. Jenuh mencari kt Shibuya masih tak jumpa. Last sekali pergi tanya kaunter JR. Alhamdulillah ada orang jumpa. Salute dengan budaya orang jepun apa barang hilang pun insyaallah mesti jumpa punya. ?Next kami ke Harajuku. Takeshita Street tempat shopping yang happening tapi dah nak jam 9 malam kedai pun nak tutup dah. Semptlah makan aiskrim waffle sedap ooo.
? Train (Shibuya Station – Harajuku Station)
⛄️Day 5 (30/1/2019)⛄️
?Harini kami plan ke Gala Yuzawa. Dari Tokyo Station ke Gala Yuzawa dalam 2 jam perjalanan naik shinkansen bedesup lajunya.
? Shinkansen ( Okubo Station – Shinjuku Station – Tokyo Station – Gala Yuzawa Station) via TWP
?Subhanallah cantiknya view gunung ganang semua memutih. Rezeki kami tiada snow shower di Yuzawa dapatlah main salji dengan gembiranya. ?Di Gala Yuzawa ni kena ambil pakej untuk main salji atau main sled atau main ski termasuk tiket gondola. ?Geng Blackpapers ada yang nak main sled je dan ada yang nk pergi ladang strawberi. Strawberi dia memang sedap wajib makan kalau sampai sini. Dorang cakap jalan nak ke ladang strawberi ni salji tebal 5kaki amboi tinggi betul. ?Acat dan Fazreq mulakan aktiviti gila2 dorang. Naik skylift sampai puncak gunung pastu melompat sakan. Dorang cakap lagi cantik view kat atas. Aku macam biasalah gilir2 jaga anak. Anak bangun je terus ‘lets go papa we want play a snow ⛄️’ ?Uwais baru 10bulan tapi tahap confident dia pegang salji memang A tak takut langsung. ?Disini ada Onsen (hot spring) kalau berani trylah sebab wajib naked ok! ? ?1 hari di Gala Yuzawa memang tak cukup kalau boleh nak stay lagi. Jam 5 petang kami balik ke Tokyo.
? Shinkansen ( Gala Yuzawa Station – Tokyo Station – Shinjuku Station – Okubo Station) via TWP
⛄️Day 6 (31/1/2019)⛄️
?Jam 10pagi kitorang siap2 untuk checkout, drop beg kat hotel je tanpa charge. Kami nak pusing Akihabara sebab harini last day kat Tokyo. TWP dah habis pakai so belilah tiket kat mesin. Nak beli IC Card macam tak berbaloi sebab pakai kejap je.
? Train (Shin Okubo – Akihabara)
?Macam biasa pasti ada drama punya, Acat pulak terlepas station. Dalam train dia sebok tengok awek jepun je haha. fazreq pergi cari Acat Alhamdulillah dorg berdua otai boleh patah balik dengan jayanya ?Akihabara tempat barang2 elektronik, gajet dan macam2 lagi lah. Semua borong jam GShock harga murah beb kalau nak compare dengan KL. ?Aku pergi ke Bic Camera beli Tamiya. Kereta mainan idaman masa kecil dulu. Untuk uwais mama dia belikan Tomica. ?Kami semua shopping di Akihabara, Acat dengan Fazreq teruskan langkah ke Odaiba nak tengok Gundam. Kemain seronok dorang beli Gundam. ?Habis di Akihabara kami semua ke balik hotel untuk ambil beg dan terus ke Tokyo Station untuk naik bas ke Kyoto.
? Train (Akihabara Station – Shin Okubo Station)
?Dari hotel kami pergi ke Tokyo Station untuk ke Kajibashi Parking Lot untuk naik bas.
? Train (Okubo Station – Tokyo Station) ? Walk (Tokyo Station – Kajibashi Parking Lot)
?Bas ke Kyoto jam 10.30 malam so kami semua rehat dulu di station bas. Tak sangka2 hujan turun dengan lebatnya di Tokyo dan diselangi salji. Wah bestnya lah hai. Makin lama makin sejuk memang seksa betul kalau Tokyo hujan lebat & salji. Tokyo agak susah untuk terima salji tapi rezeki kami dapat merasa salji di Tokyo. ?Akhirnya bas pun sampai, perjalanan diteruskan lagi ke Kyoto selama 10jam.
? Willer Express Bus (Kajibashi – Kyoto Station)
⛄️Day 7 (1/2/2019)⛄️
?Ketibaan kami di Kyoto disambut dengan salji lagi. Memang rezeki geng Blackpapers la merasa salji kat semua tempat. ?Kami bersihkan diri dulu dan cari coin locker untuk simpan beg dan teruskan perjalanan ke Fushimi Inari. Kami decide lepas habis disini nak terus balik ke Osaka.
? Train (Kyoto Station – Inari Station)
?Fushimi Inari Shrine ni salah satu tokong yang terkenal di Kyoto. Dengan warna oren kemerahan memang menarik perhatian semua pelancong. Harini agak ramai yang datang, ada yang melancong ada juga datang untuk melakukan upacara keagamaan masing2. ?Berbalik pada kecantikan Fushimi Inari Shrine ni geng Blackpapers tak melepaskan peluang untuk selfie aksi gaya che ta disini. ?Setel di Fushimi Inari kami singgah dulu Bic Camera Kyoto. Ada yang nak borong Gshock lagi
? Train (Inari Station – Kyoto Station)
?Jam pukul 2 petang masing2 nak balik Osaka dah penat 10jam dalam bas tak hilang lagi. Hotel terakhir kami di Osaka hotel Sun Plaza bersebelahan Station Imamiya dan disebelah hotel Shin Imamiya. ?Geng Blackpaper cakap hotel Sun Plaza lagi better dari hotel Shin Imamiya. Ikut selera masing2 la kan i no komen ?Hotel Sun Plaza ni boleh naik ke roof top ditingkat 11 so bolehlah tengok view sekitar Tsutenkaku Tower. ?Jam 7malam kami semua keluar cari makanan di Seyhan Kebab. Ramai jugak orang melayu kat kedai ni. ?Last shopping di Don Quijote Osaka. Agak murah jugak barang2 dekat mall ni. Dapatkah sambar 1 beg guess & Outdoor untuk susu uwais.
⛄️Day 8 (2/2/2019)⛄️
?Hari ke 8 hari terakhir kami di negara Jepun. Pukul 10 checkout & drop beg di lobi dan tak kena charge ok. ?Kami ke Universal Studio Japan untuk jalan2 & window shopping.
? Train (Imamiya Station – Universal City Station)
?Ingatkan last day semua dah habis duit rupanya geng Blackpapers tak puas shopping. Hard Rock Osaka jadi tumpuan, habis segala merchandise disapunya. ?Dah jejak USJ memang wajiblah bergambar dengan Universal Globe kan. ?Otw balik ke hotel train stuck 1jam tak tahu kenapa. Risau jugak kalau lambat sebab nak rushing ke airport pulak. Alhamdulillah semua ok. ?Jam 6 petang kami semua di Airport Kansai.
? Train (Imamiya Station – Kansai Airport)
?Selamat tinggal Osaka, selamat tinggal Tokyo, selamat tinggal Kyoto dan paling dirindukan keindahan gunung Fuji. ?Alhamdulillah sampai di Klia2 jam 4 pagi
*Special thanks to Jack S Adli & Fb RTJ yang banyak beri tunjuk ajar. Walaupun tidak pernah bersua tapi aku tahu bro memang terbaik
Antara koleksi gambar ketika bercuti di Tokyo
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.