Perkahwinan merupakan satu perjalanan yang indah jika kedua suami dan isteri saling berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi dalam rumah tangga yang dibina.

Oleh itu terima seadanya pasangan walaupun dia bukan seorang yang romantik.

Sebagaimana perkongsian ini.

Tak Perlu Minta Suami Romantik, Memadai Tahu Tanggungjawab. Ikut Cara Wanita Ini. Itulah Bahagia!

When You Married A Simple Man
———————————
Seperti biasa, tajuk sahaja dalam Bahasa Inggeris. Gempak sikit kononnya.

Ya. Suami saya seorang yang simple. Baik dari tutur kata sehinggalah perbuatannya. Simple.

Dan saya yakin ramai suami diluar sama ‘simple’ macam suami saya.

Simple 1
——–
Tak payah nak expect kata-kata romantis dari dia. Tak payah nak sedih dia tak cakap ‘I love you’ kat kita. Cukuplah tengok dia santuni kita dan anak-anak. Itu bukti dia sayang. Kalau dah kepingin sangat, cakap je terus terang, tak perlu buat-buat merajuk sebab suami kita bukan hero hindustan (itupun dalam movie je) yang sentiasa rajin menunjukan sikap romantis. Nehi kabi nehi.

“Bang, I love you. Cakap balik kat sayang I love you.”

“Lebiu.” Ringkas. Dan saya puas hati, bahagia gila. Contented.

Tak payah nak mengada-ngada, “Betul ke abang sayang kat sayang ni?” Memang mencari kesedihan.

Simple 2
———
Beli baju raya. Seperti biasa, kita ni isteri apa pun nak tanya suami.

“Abang, ok tak baju ni?”

“Ok.” Sepatah

“Abang tahun ni nak pakai warna apa?”

“Ikut sayang.” Sempoi.

Sakit hati? Buang masa. Saya anggapkan jawapan ini endorsement dari encik Hubby. Takde masa saya nak banding-banding dengan suami orang.

Bahagiakan diri.

“Bang, tahun ni sayang nak kita pakai baju kaler ni. Abang pakai kurta tau.”

“Ok.”

“Yey!!!”

IKLAN

Mudahkan. Gi shopping, asal muka encik hubby manis, hakak ok. 

Simple 3
———
‘Seronoknya tengok suami dia anak dah ramai pun dok pegang tangan bini dia.’

Tak payah. Tak payah la mengundang stress untuk diri sendiri. Pegang tangan anak-anak tu. Perhatikan apa encik hubby pegang.

Kalau pergi membeli belah, dia offer nak dukungkan anak kecil, itu cukup romantis pada saya.

Logik. Simple. Anak 4, kecil-kecil, dah kalau nak berpegang tangan laki bini sapa nak pimpin anak-anak.

Balik rumah dalam bilik pimpin la puas-puas.

Settle.

Simple 4
———
Time kita demam, kalau sayalah, selagi boleh buat sendiri, memang saya buat sendiri. Makan ubat, mandikan anak-anak, apa sahaja.

Susah, susah sekali dapat dengar Encik Suami tanya, “Sayang ok?”

Kecil hati? Buang masa.

Cukuplah kita tengok dia ambil alih urusan kita waktu kita sakit. Terutamanya menguruskan anak-anak.

Hulurkan ubat apatah lagi. Memang takla. Terukkah suami saya? Tak langsung. Simple. Dia tengok saya masih ok walaupun demam panas, jadi semuanya berjalan seperti biasa.

Pernah demam dan pergi kerja. Kalau kitalah, jika suami kita demam dan keluar bekerja, agak-agak berapa puluh kali kita text?

“Abang ok?”

IKLAN

“Abang dah makan ubat?”

“Abang lalu ke makan?”

Suami simple kita jawab,

“Ok.”

“Dah.”

“Ok je.”

Geram? Takda makna. Dia reply message pun besar rahmat dah.

Dan bila kita demam, haram sekalipun nak tanya khabar kita time kerja. Tak payah nak majuk-majuk. Chill. Text dia.

“Abang, since abang lupa bini abang tengah demam, dan haram sekali bertanya khabar, sayang nak buat laporanlah bahawa sayang ok.”

” lupa sayang tengaj demam.” Jujurkan.

Kecil hati? Takde makna. Dia bersikap jujur pun rahmat besar dah. Balik rumah nanti cubit manja la sikit lepaskan geram.

Simple 5
———
You tak cakap, I tak tau.

Simple principle.

Jadi rugi besar kalau kita kecil hati hanya sebab dia tak respon ‘bisikan’ hati kita.

IKLAN

Apa kau ingat laki kau wali boleh baca kata-kata dalam hati?!

Jangan hint. Kelak kita yang kecewa.

Mudah sangat berkomunikasi dengan orang simple. Jangan buat ayat complicated, nanti tak sampai.

Ayat Salah – “Abang, dah lama kita tak makan tomyam
kedai tu kan. Sedap kan. Kedai tu punya tomyam paling sedap.”

Suami simple jawab,”Ha ah.” Then bye bye.

Ayat yang betul,

“Abang, balik kerja nanti kita terus singgah kedai siam tu sayang nak beli tomyam.”

Done. Tomyam dapat, hati tak sakit.

LELAKI SEORANG YANG SIMPLE

Tak Perlu Minta Suami Romantik, Memadai Tahu Tanggungjawab. Ikut Cara Wanita Ini. Itulah Bahagia!

Dan, saya bahagia melayari bahtera dengan lelaki simple ini. Saya belajar untuk tidak menjadi terlalu ‘perempuan’. Yang suka mengungkit, yang suka membesarkan perkara yang kecil, yang suka kecil hati atas perkara remeh, yang suka mengidolakan suami orang, yang suka merasa kita sahaja teraniaya.

Ni nak tanya, agak-agak mudah ke suami kita nak hidup dengan manusia complicated bernama ‘PEREMPUAN’ ni?

Dan berapa kali kita dengar mereka mengeluh dan membebel kerana tidak puas hati dengan kita?

Bandingkan. Nak buat kira-kira atas kertas pun boleh. Lihatlah siapa lebih redha dalam sebuah perkahwinan.

Kita atau suami?

Sayangilah dan cintailah suami kita kerana Allah. Terimalah dia seadanya bagaimana dia sentiasa menerima kita seadanya.

P/s status ini bersifat general. Adapun dikalangan kita ada juga yang suasana rumahtangganya jauh berbeza dari kebanyakan kita. Itu tidak termasuk dalam penceritaan saya ini. Harap maklum.

‘Sebarkan Cinta’

Kredit: Nurul Huda Ariza

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI