Tiada  sebarang kontroversi antara mereka, bahkan hubungan merpati sejoli ini tidak dapat dihidu oleh sesiapa termasuk media.

Hari ni tanggal 19 September 2021, pasangan ini selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah.

Dengan sekali lafaz Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, sah bergelar isteri kepada Yusuf Bahrin, 29.

“Tak Perlu Nak Tunggu Lama-Lama.” 2 Bulan Kenal & Telefon Jadi Penghubung, Kini Zizi Kirana Sah Isteri Yusuf Bahrin!Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid, Murshidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil.

Majlis pernikahan diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Penyanyi lagu Eh ini menerima mas kahwin senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran pula tidak didedahkan.

“Tak Perlu Nak Tunggu Lama-Lama.” 2 Bulan Kenal & Telefon Jadi Penghubung, Kini Zizi Kirana Sah Isteri Yusuf Bahrin!Anggun dalam persalinan Hitam klasik rekaan Shanell Harun, Zizi ditatarias oleh jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa.

Usai pernikahan, pasangan pengantin meluahkan rasa syukur majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar… kalau nak tahu hari Jumaat lepas baru kami dapat tarikh dan lokasi nikah.

IKLAN

“Semuanya dilakukan saat-saat akhir! Syukur pernikahan kami ini dipermudahkan… doakan semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal sampai ke Jannah.

“InsyaAllah kami merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan kampung halaman Yusuf di Melaka pada Disember depan,” kata Zizi kepada mStar.

“Tak Perlu Nak Tunggu Lama-Lama.” 2 Bulan Kenal & Telefon Jadi Penghubung, Kini Zizi Kirana Sah Isteri Yusuf Bahrin!

Berkongsi mengenai perkenalan mereka, Zizi berkata dia mula mengenali Yusuf ketika rakaman program All Together Now Malaysia (ATNMY) awal tahun ini.

Mereka mula serius mengenali hati budi masing-masing kira-kira dua bulan lalu sebelum mengambil keputusan meneruskan fasa hubungan ke alam perkahwinan.

IKLAN

“Pertama kali jumpa kenal Yusuf semasa rakaman program ATNMY, masa tu kami tak bertegur pun, masih belum ada perasaan… sehinggalah selepas raya Aidilfitri lalu, dia menghubungi saya dan kami mula berkawan.

“Tak Perlu Nak Tunggu Lama-Lama.” 2 Bulan Kenal & Telefon Jadi Penghubung, Kini Zizi Kirana Sah Isteri Yusuf Bahrin!

“Saya selesa berkawan dengannya dan nampak dia ikhlas dalam perhubungan ini… hujung bulan Ogos kami rancang untuk terus berkahwin. Alhamdulillah keluarga pun merestui hubungan kami ini, jadi rasanya tak perlulah nak tunggu lama-lama!

“Sejujurnya sepanjang perkenalan ini, kami hanya berjumpa beberapa kali sahaja kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Kami lebih banyak berkomunikasi menerusi telefon bimbit dan media sosial,” ujarnya.

“Tak Perlu Nak Tunggu Lama-Lama.” 2 Bulan Kenal & Telefon Jadi Penghubung, Kini Zizi Kirana Sah Isteri Yusuf Bahrin!

IKLAN

Ditanya mengenai cahaya mata, Zizi berkata dia dan Yusuf bersedia menerima zuriat dalam masa terdekat.

“Kalau ada rezeki anak, kami terima seadanya. Kalau ada dua anak pun dah cukup!

“Tiada perancangan bulan madu sebab Isnin ini saya dah bekerja macam biasa… cuma kita ada rancang untuk tunaikan umrah bersama selepas sempadan negara dibuka,” katanya.

“Tak Perlu Nak Tunggu Lama-Lama.” 2 Bulan Kenal & Telefon Jadi Penghubung, Kini Zizi Kirana Sah Isteri Yusuf Bahrin!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI