Suami mana tak sayang isteri dan isteri mana tak sayangkan suami dia. Dalam sesebuah perhubungan suami isteri, pelukkan adalah sesuatu perbuatan yang penuh makna dan mempunyai kekuatan sendiri. Kebanyakkan isteri tidak tahu apa disebalik pelukan yang diberikan suami.. haha betul tak?. Takkan tiba-tiba suami peluk tanpa sebab mesti ada makna tersirat tersurat.
Tahukah anda, kesan apabila suami anda memeluk anda dan ini menurut kajian pakar perhubungan. Pelukan suami sebenarnya dapat mengurangkan tahad kalestrol dan meningkatkan kesihatan isteri.
Walaupun pelukan yang diberi itu lembut, kita boleh rasai sendiri gentaran hangat dalam jiwa raga kita. Suami yang ingin Isterinya menurunkan berat badan digalakkan untuk peluk isterinya lebih kerap.
Namun pelukan bukan hanya pelukan. Anda perlu tahu apa yang si suami ingin sampaikan melalui pelukan. Berikut adalah 5 jenis pelukan suami dan maknanya.
1. Pelukan Merangkul Seluruh Tubuh Anda
Biasanya pelukan ini terjadi ketika ada ketegangan ataupun masalah pada anda berdua. Pelukan ini bermakna untuk menenangkan anda. Pelukan ini juga beerti pasangan anda ingin meminta maaf.
2. Memeluk Sambil Meletakan Kepalanya Di Bahu
Pelukan ini dilakukan suami ketika memerlukan anda. Ada beberapa perkara ini menyebabkan pelukan ini terjadi seperti rindu, penat dan sebagainya. Jika suami anda meninggalakn ciuman dibahu anda, ia bermakna dia tidak mahu kehilangan anda.
3. Pelukan Merangkul Dari Belakang
Pelukan dari belakang menandakan adanya rasa bahagia, rasa ingin melindungi, rasa cinta dan kemesraan.
4. Pelukan Merangkul Dari Tepi
Pelukan ini sangat friendly, dilakukan atas sebab support atau sokongan yang tidak keterlaluan kemesraannya.
5. Pelukan Memeluk Dari Pinggang
Pelukan ini menunjukan perpaduan antara cinta dan ghairah. Boleh jadi suami ingin melakukan hubungan intim dengan anda. Boleh jadi juga ianya sebuah foreplay. Pelukan ini juga boleh menjadi pelukan harian yang mampu memberikan anda semangat kepada anda.
Lepas ni kalau suami peluk tu, faham-faham la maksudnya especialy no.5 jangan pula buat tak tahu ye. So suami yang dah habis baca tu apa lagi nak ditunggunya peluk laa isteri anda ketat-ketat conform kurus lepas ni.
Pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida teruja apabila anak sulungnya, Mohd Danial Firdaus selamat bergelar suami kepada wanita pilihan dikenali Haniz Zahira, 28.
Majlis akad nikah yang serba sederhana itu diadakan di sebuah masjid di ibu kota yang dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja. Dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri.
Danial yang juga pemain keyboard kumpulan Neon Band sebelum ini melangsungkan majlis pertunangan dengan Haniz yang juga Pegawai Pemasaran pada 22 Jun yang lalu. Selain Danial, Umie Aida juga memiliki dua lagi anak angkat iaitu Mohd Dzulhelmy, 26, dan Aisyah Humaira yang kini berusia setahun.
Tahniah diucapkan buat Umie Aida dan suami. Semoga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Orang hanya nampak luaran namun yang mengalaminya tahu betapa masalah kemurungan memberi impak yang cukup mendalam. Bukan pada diri sendiri bahkan turut membabitkan orang sekeliling.
Kisah wanita yang terjun bangunan, mengelar sehingga menyebabkan kematian anak sendiri dan sebagainya sering kita dengar sejak akhir-akhir ini.
Kerana itu orang sekeliling terutama ahli keluarga perlu peka dengan masalah ini. Jangan ambil ringan kerana ia boleh mengundang masalah yang lebih besar.
Berikut adalah perkongsian dari Puan Zarina Shahrin yang pernah melalui saat-saat sukar apabila diri dilanda kemurungan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua dalam menghadapi situasi ahli keluarga atau orang terdekat mengalami masalah kemurungan.
Kemurungan.
Sejujurnya dahulu semasa berperang dengan penyakit ini, saya tidak tahu saya sedang menghadapi kemurungan. Setiap hari bergelut dengan “benda gila” yang mengganggu emosi dan fikiran yang mana akhirnya dilepaskan kepada anak-anak melalui jeritan dan pukulan. Tapi bila suami ada di rumah, dan “berfungsi” sebagai housemate dan “another parent” bagi anak-anak, perasaan itu hilang. Diri rasa tenang.
Pernah, saya rasa nak buat-buat terjatuhkan anak (dari tingkat 6) semasa suami tengah kunci pintu rumah, bila kami nak keluar ke mana-mana. Saya fikir masa tu, akan kurang satu beban bila anak kurang seorang.. (astaghfirullahalazim) ..Syukurlah perasaan waras yang tinggal entah 10-20 peratus masih ada untuk menghalang niat gila saya ketika itu.
Pernah, bila bawak kereta dan berhenti di lampu isyarat yang mana kebetulan kereta saya di depan sekali. Bila perhatikan lori besar dari arah kiri/kanan yang sedang mengejar lampu hijau, saya geram dan rasa sungguh-sungguh nak memecut dan rempuh lori-lori ini… Biar mati. Habis cerita. Sebab hidup rasa tiada makna. Rasa tak diperlukan. Rasanya kalau saya hidup pun, anak-anak asyik kena marah kena pukul, baik saya mati sahaja. Again, tahap sedar yg tinggal 10-20 peratus itu menghalang saya daripada melakukannya.
Hidup saya kucar-kacir.. basuh pinggan di dapur, anak menangis di depan saya tinggalkan pinggan penuh di sinki dengan air terpasang. Lepas anak berhenti nangis, tengok pula kain baju belum dilipat, lipat dulu.. bila tengah lipat baju, perasan air bunyi kat dapur, baru sedar tadi tergopoh-gapah tinggalkan benda kat dapur.
Tinggalkan baju yang tengah dilipat pegi dapur pulak sambung basuh pinggan periuk, lepas tu sidai baju dalam mesin basuh.. bila pergi semula ke depan, masyaallah ternampak kain baju yang sedang dilipat tadi tertinggal begitu sahaja. Pakej dengan anak2 dah tolong sepahkan. Selalu juga terasa aku ni gila ke apa.. Otak aku ni dah jem ke buat kerja separuh tinggal sana-sini.. perkara kecik sebegitu pun buat saya tertekan.
Mengapa tak share dengan suami? Selalu. Ya, jawapannya selalu. Tapi selaku makhluk yang fikirannya lebih ringkas, jawapan suami saya hanyalah “rileks, buat apa nak stress. Siapkan satu-satu..” — jawapan tidak membantu. Pernah saya kata padanya, “sayang rasa sayang dah gila la abang” ..dengan airmata yang baru nak bergenang sebab nak mengadu betapa penatnya dan saratnya perasaan yang sedang saya tanggung… Dia sambil ketawa menjawab, “la gila kenapa pulak sayang..” Sekarang saya tahu dia tak bermaksud mentertawakan saya, tapi pada ketika itu saya sungguh-sungguh rasa diketawakan. Airmata yang tadinya mula bergenang jadi kering. Lantas saya jawab la begitu-begitu sahaja.. Dan perasaan tertekan pun semakin terpendam menjadi semakin sarat..
Setahun lebih berperang dengan diri sendiri yang gila. Sehingga kemuncaknya bila saya tahu yang rupa-rupanya saya sedang mengandungkan anak ketiga sudah hampir 10 minggu. Saya menangis semahu-mahunya kerana sungguh-sungguh belum mahu dengar berita tentang kehamilan lagi. Anak sulung setahun lapan bulan dan anak kedua baru 8 bulan.. Rasa nak digugurkan sahaja anak dalam kandungan pada waktu itu. Mujur Allah temukan dengan rakan2 yg membantu. Gugur airmata keibuan saya bila seorang rakan berkata “sedih baby kalau dia tau ibu dia nak buang dia..”
Penyelesaiannya datang bila seorang lagi kawan mencadangkan cuti setahun tanpa gaji. Ya, cuti. Dan cuti itu haruslah benar-benar cuti, yang mana anak-anak ke taska dan saya dirumah bersendirian. Berehat. Ketika berpantang, anak-anak ke taska, suami kerja, saya dengan baby bersendirian. Lepas baby 2 bulan, Baby pun pegi taska bersama kakak-kakaknya.. saya dirumah sorang-sorang. Pada awalnya hanya tidur, tidur, dan tidur…
Saya boleh tidur sampai pukul berapa saya nak tidur. Baju blonggok biarkan. Ada mood basuh, takda mood biarkan nanti suami akan bawa ke dobi. Saya mula mencari penyelesaian untuk memudahkan kerja saya. Beli bakul – satu anak satu bakul baju supaya saya tak payah lipat baju. Untuk pemakanan anak-anak, saya dah mula gunakan konsep – asalkan makan kenyang dan bukan kenyang dengan makanan ringan. Tak kisahlah kalau 3-3 orang nak makan bubur kosong pun takpa. Nasi dengan kicap sahaja pun takpa asalkan makan. Kalau dulu mesti ada protein dan sayur.
Menjelang bulan ke enam selepas anak ketiga join ke taska. Saya terperasan yang emosi sudah stabil. Kerana. Enam bulan masa yang saya dapat untuk bersendirian. Berehat, dan buat ikut suka hati saya. Saya akui suami kadang rasa marah sebab saya dah la cuti tapi rumah tak terurus sama macam hari kerja. Tapi saya abaikan. Saya abaikan sahaja semua benda. Sebab saya nak berehat. Dengan rehat itulah saya telah menjadi diri saya semula, biarpun ada rakan2 lama yang datang bertanya mengapa saya sudah tidak seperti dulu.
Dan hari ini, dengan izin Allah selama lebih kurang setahun kebelakangan ini saya telah confirmkan yang saya bebas daripada penyakit gila ini. Rasa dah tak mahu ingat lagi..
Dan betapa sedihnya rasa hati saya bila hari ini seorang rakan menunjukkan hasil ujian mentalnya. Dan keadaannya lebih teruk daripada saya.. I know she needs help. But her husband did not know. Doaku supaya Allah pelihara kamu sekeluarga.
Sekian, ZarinaShahrin. RakanFacebookAnda.
**Jangan ada komen mengecam suami saya hanya kerana kurang penglibatan beliau dalam post ni ok. ?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seorang Wanita lahirkan bayi seberat 5 kilogram iaitu sama berat dengan saiz sebiji bola boling.
Memetik berita dalam Mirror, wanita yang dikenali sebagai Helen Sellers, 34, berkata beliau sudah diberi amaran tentang fizikal bayi yang agak besar semasa hamil dahulu tetapi tetap terkejut apabila sudah melahirkannya.
Bahkan di kalangan keluarganya juga turut bertaruh untuk meneka berat bayi dalam kandungannya dan salah seorang sepupunya meneka berat bayi Helen lebih kurang 5 kilogram. Namun bagi Helen tekaan tersebut agak ‘nakal’.
Bagaimanapun bila bayi yang diberi nama Celia dilahirkan, doktor dan jururawat terkejut semasa menimbang bayi tersebut yang mencecah berat 5 kilogram lebih.
Helen yang berasal dari Leeds, Yorkshire bersama suaminya, Carl turut mempunyai seorang lagi anak bernama Roman yang juga mempunyai berat badan berlebihan iaitu 4 kilogram semasa dilahirkan.
Katanya, Carl mempunyai ketinggian 6 kaki 7 inci, tetapi dia bukanlah seorang bayi besar, jadi kami tidak pasti kenapa Celia boleh mempunyai berat berlebihan.
Semasa hamil, saya dimaklumkan bahawa bayi ini berkemungkinan besar tetapi tidak sebesar Roman.
“Saya tidak menyangka Celia seberat itu dan tekaan sepupu saya ternyata betul ketika kami bermain tekaan berat badan bayi dalam perut saya,” katanya, lapor Mirror.
Oleh kerana berat yang berlebihan, Celia terpaksa memakai pakaian untuk bayi berusia tiga ke enam bulan sebaik dilahirkan kerana tiada pakaian yang sesuai untuk bayi yang mempunyai berat sepertinya.
Menurut Helen dia telah membeli beberapa pakaian dan barangan bayi dari usia kosong hingga tiga bulan dan kini Celia sudah memakai pakaian bayi berusia 3 hingga 6 bulan.
Helen turut mendedahkan bahawa bidan hospital memberikan reaksi lucu terhadap saiz Celia semasa lahir.
“Bidan ketawa sedikit dan mengatakan dia betul-betul besar. Celia menjadi topik perbualan di wad, dan mereka semua mahu datang melihatnya kerana saiznya sangat besar.”
Untuk melahirkan Celia, Helen terpaksa menjalani pembedahan dan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkannya. Sejujurnya, dia mahu melahirkan bayi secara normal, tetap berasa lega tidak melakukannya kerana tak pasti bayinya boleh keluar atau tidak katanya seperti dilaporkan Mirror.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.