Kasih sayang yang diterima daripada ibubapa teramat bernilai dan tiada tolok bandingan bagi seorang anak.  Tanpa mereka ini, kita tidak mungkin ada di dunia. Sejak dilahirkan sehinggalah kita dewasa, banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan.

Kehilangan mereka pasti dirasai kerana tak mungkin kita akan dapat kasih sayang yang sama seperti yang ibubapa berikan.  Jasa mereka sungguh tidak ternilai dan tak mungkin dapat dibayar dengan wang ringgit.

Tapi bagi seorang anak, pasti kita berusaha untuk membalas jasa mereka terutamanya apabila sudah bekerja namun sebaliknya jika hajat tidak kesampaian, perasaan hampa dan terkilan yang tidak berpenghujung akan dirasai seumur hidup.

Begitulah yang cuba terjadi pada Sri Hajarul Kharyani Hamidan, gadis berusia 25 tahun yang sejak kecil dijaga oleh bapanya, Hamidan Kermin selepas ibu bapabya bercerai namun tidak kesampaian kerana arwah meninggal dunia akibat menghidapi kanser pada Januari 2019.

Bagi mengubat rasa rindu, baru-baru ini Sri berkongsi satu video lama memaparkan momen istimewa dia bersama arwah ketika hayatnya.

Terang Sri, video lama tersebut disunting dan dimuat naik ke media sosial disebabkan bimbang jikalau rakaman itu hilang daripada telefon miliknya.

Sudah lama saya edit video tu. Tapi tiba-tiba rasa nak post sebab takut rakaman yang jelas kedengaran suara ayah tu hilang dalam simpanan.

“Rakaman tu diambil masa raya 2019 di mana tahun terakhir Sri dan adik beraya dengan dia. Kalau tengok dalam video tu pun nampak ayah ni penyayang sangat.

“Cumanya apabila tengok balik video tu rasa terkesan sebab Sri dah berjanji dengan arwah nak ‘ganti’ balik dengan sediakan semuanya untuk dia. Tapi tak sempat sebab ayah pergi sebelum Sri habis belajar.”

IKLAN

Menurut Sri yang merupakan anak keenam daripada tujuh beradik, ibu dan bapanya berpisah sejak 12 tahun lalu. Setelah penceraian terjadi, Sri dan adik bongsunya dibesarkan oleh bapa mereka sendirian kerana memilih untuk tidak berkahwin lagi.

Jelas wanita yang mengusahakan perniagaan dalam talian itu lagi, bapanya disifatkan sebagai lelaki yang sangat penyayang dan cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

“Ayah tak pernah terfikir pun nak kahwin lain. Sri sangat kagum dekat arwah sebab sejujurnya tak semua lelaki boleh besarkan anak-anak kecil sendiri dan uruskan rumah bertahun-tahun

“Dia seorang yang penyayang dan tak pernah pukul anak-anaknya. Walaupun saya sudah besar, dia masih peluk dan cium depan orang ramai. Dia selalu cakap yang dia sayangkan anak-anak.

@sri.hajarulAyah is a single father for 12 years until his last breath. He done a great job for raising us without any complaints ALONE. He the one do laundry, cooking and EVERYTHING. I made a promise to him utk “ganti” semua sbb banyak dia spend money for me especially for my studies. Tapi Allah lebih sayang ayah, he passed away before “rasa” my first income 💔 kita jumpa nanti ya ayah 💝♬ Ayah – Seventeen

“Masa saya berterima kasih dekat dia dalam video tu, ayah ada cakap ‘asalkan Yani happy’ (panggilan ayah kepada Sri),” ujarnya.

IKLAN

Ujar Sri yang sudah menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang keusahawanan, dia berasa cukup terkesan dengan pemergiaan bapanya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya untuk berjaya.

Tambahnya, dia cukup rapat dan manja dengan bapanya yang selalu menjadi pemangkin semangat setiap kali dia rasa mahu berputus asa.

Saya anak perempuan bongsu dan boleh dikatakan saya memang manja dengan ibu dan ayah.

“Saya terlalu rapat dengan arwah ayah. Saya anak perempuan bongsu dan boleh dikatakan saya memang manja dengan ibu dan ayah

Apabila ayah dah tak ada ni sejak hampir tiga tahun lalu, rutin kehidupan sudah berubah. Saya akan melawat kubur dia setiap minggu untuk lepaskan rindu.

IKLAN

“Saya berada dalam fasa in denial lepas ayah tak ada. Bukan sebab tak terima takdir atau reda tapi terkejut kerana terlalu cepat.

Sri mengusahakan perniagaannya sendiri selepas tamat pengajian dalam bidang keusahawanan.

“Kalau ayah ada sekarang, saya akan balas jasa dia dengan tunaikan keinginan dia pergi jalan-jalan setiap bulan. Tapi niat paling utama pastinya nak bawa mereka tunaikan haji.

Tapi lepas ayah tak ada, saya cuma bole upah badal haji saja atas nama dia.

Video yang dikongsikan di Tiktok miliknya mengundang rasa sebak dari netizen dan ramai yang memberikan kata-kata semangat untuknya.

Mesti Baca :

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Terkilan Tak Sempat Balas Jasa Arwah Ayah Yang Sanggup Menduda Untuk Membesarkan Anak-anak. Video Sebagai Pengubat Rindu

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI