Rumah tanpa diserikan dengan hiasan dinding tentu nampak kosong dan kurang menarik.
Tidak dinafikan juga, adanya hiasan dinding dapat mencipta mood dan identiti tersendiri buat ruang kediaman.
Pilihan hiasan dinding juga tidak terbatas, boleh menggunakan cat, lukisan, jam,aksesori dan gantungan frame umpamanya.
Oleh yang demikian, buat anda yang ingin lebih kreatif menggantung hiasan dinding tanpa menggunakan paku boleh cuba cara yang dikongsikan oleh wanita ini.
Cuma perlu diingat jika menggunakan kaedah ini, hiasan dinding tersebut tidak boleh terlalu berat.
Ads
“Smlm saya ada post kan “handmate” just nk share TIPS bagai mana nk gantung frame ni sbb ramai yang berminat.
“Benda ringan x kan nk paku dinding byk2 kann.. x berbaloi rosak dinding tau kalau bubuh penyangkut lekat tu pun x nampak cantik. Tapi yang mana nk gantung dgn papan potong daging tu wajib drill dinding.”-Eqen
BAHAN-BAHANNYA:
Ads
Gam tembak dan butang baju
CARA BUAT :
1. Letakkan gam di bahagian dinding yang ingin digantungkan frame tersebut.
Ads
2. Kemudian ambil butang baju dan gamkan di situ.
3. Setelah gam kering bolehlah gantungkan hiasan dinding tersebut.
EKSTRA INFO
“Saya bubuh gam tembak tempek terus di dinding sbb ringan je kan untuk nk bg nampak real boleh guna botton baju dan gam di situ. if nk tanggal just guna hair dryer mode panas untuk cairkan gam.”
Sumber : Eqen Azmi via Kelab Kaki Deko
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidur adalah waktu untuk semua manusia berehat seketika tanpa melakukan sebarang aktiviti. Waktu inilah tubuh akan kembali bertenaga setelah seharian melakukan pelbagai urusan.
Menerusi facebook, Akhtar Syamir, menjelaskan sebab bahawa seorang isteri itu kena rehat dan tidur. Peringatan ini penting bagi memberi kebahagian buat sebuah keluarga.Apabila isteri tidak tertekan pastinya rumahtangga bahagia.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Isteri ialah orang yang paling tidak cukup tidurnya.
Jika anda ada isteri yang sedang menyusukan anak, saya nasihatkan anda tidur lambat sedikit. Biarkan isteri dan anak tidur dahulu. Kemudian perhatikan berapa kali anak bangun untuk menyusu.
Dalam satu malam, bukan sekali dua anak bangun nak susu, tetapi berkali-kali. Si ibu bukan boleh beri sahaja dan sambung tidur. Ada anak yang tidak duduk diam, terpusing sana-sini mencari posisi yang selesa. Ditambah dengan bertukar punca susu dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri sesuka hati.
Semasa proses menyusu juga si ibu tidak dapat tidur dengan lena. Jika terlelap sebentar, pasti akan terjaga apabila anak bergerak. Hanya bayangkan sahaja jika ada jari yang mencubit dada anda semasa anda tidur dan cubitan itu bergerak-gerak dan bertukar-tukar tempat. Adakah anda boleh tidur lena? Pasti tidak.
Apabila malamnya begitu, adakah mereka dapat tidur yang cukup? Pastinya tidak. Apa yang mereka perlukan? Tidur yang cukup. Apa yang orang lain kena buat? Beri mereka tidur. Itu sahaja. Bukan susah pun nak faham. Orang yang tidak cukup tidur ialah orang yang tidak boleh berfungsi dengan baik.
Badan jadi lesu, kepala jadi serabut. Hasilnya, kepenatan dan perasaan negatif itu akan mempengaruhi keadaan sekeliling, keluarga sendiri khususnya.
Jadi, janganlah berkira dengan tidur si isteri. Biarkan mereka tidur dengan cukup. Jangan diperli-perli jika mereka bangun lambat dan jangan pula memarahi kerana ia sangat mengecewakan. Sudahlah tidak faham keadaan, marah pulak. Sudahlah mengantuk, kena marah pulak.
Yang tak menyusu anak juga sama. Isteri atau ibu pasti sibuk dengan kerja-kerja di rumah. Jika kita sibuk di pejabat dari 8 pagi sampai 5 petang, mereka sibuk dari buka mata sampailah tutup mata.
Hargai apa yang mereka lakukan. Tak perlu sampai beli itu ini untuk beli jiwa isteri, bagi mereka tidur yang cukup pun sudah memadai.
Orang luar seperti adik beradik, ipar duai, kawan-kawan dan mentua, janganlah menyibuk. Setiap keluarga itu unik dan ada keperluan masing-masing. Pandailah si suami dan isteri tolak ansur dan saling lengkap melengkapi. Kita mungkin rasa kita tahu apa yang sesebuah keluarga itu perlu. Sebenarnya kita hanya tahu apa yang keluarga kita sendiri perlukan, bukan keluarga orang lain.
Beri isteri tidur yang cukup juga adalah sebagai salah satu tanda kita menghormati isteri. Hormat itu datang apabila kita memahami dan saya yakin isteri amat menghargainya.
Semoga dapat mendetikkan sesuatu. Kongsikan penulisan ini supaya lebih ramai yang memahami. Tidur itu sangat penting. Jangan ambil mudah ya?
Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Melihat bil elektrik bulan-bulan memang sakit hati dibuatnya. Apa tidaknya, saban bulan bukan turun sebaliknya makin naik. Maklum sahaja seluruh kehidupan kita kini banyak bergantung pada elektrik. Namun sebenarnya kita tidak perlu susah hati kerana banyak cara boleh kita lakukan untuk menjimatkan bil elektrik. Anda kena semak semula apakah selama ini cara menggunakan elektrik salah menyebabkan bil melambung setiap bulan.
Kaedah di bawah ini mungkin boleh membantu menjimatkan elektrik. Selamat mencuba!
9 langkah wajib buat :
1. Menggunakan lampu jenis LED menggantikan lampu kalimantang. Walaupun lampu ini agak mahal harganya, namun ia lebih tahan lama dan jimat. Contohnya, 8W lampu ini bersamaan dengan kecerahan lampu filament (kalimantang) 40W. ia sangat-sangat menjimatkan.
2. Nyalakan lampu hanya di ruang yang diperlukan. Bunyinya mungkin seperti kedekut. Tetapi mengapa perlu memasang lampu di ruang makan, jika anda sedang menonton atau duduk bersantai di ruang tamu?
3. Banyak barangan elektrik yang kita gunakan tidak mempunyai teknologi `inverter’. Misalnya seterika. Oleh itu untuk menjimatkan kos, gosoklah baju dengan mengumpul baju yang perlu digosok dengan kuantiti banyak. Ini dapat mengurangkan penggunaan elektrik. Menggosok sehelai dua baju adalah satu pembaziran dan menggunakan elektrik yang tinggi.
4. Tidak meninggalkan barangan elektrik di dalam` mode sleep’ atau `standby’. Walaupun barangan elektrik seperti televisyen, komputer riba dan sebagainya diletakkan dalam `mode sleep’ atau `standby’, ia masih lagi menggunakan jumlah elektrik biarpun pada jumlah yang kecil. Dinasihatkan menutup terus untuk memberhentikan pembaziran elektrik.
5. Aktiviti membasuh dengan muatan penuh dapat mengurangkan kekerapan membasuh berbanding dengan membasuh pada kuantiti sedikit. Ini jauh lebih menjimatkan.
6. Pastikan peti ais berada tidak terlalu dekat dengan dapur masak atau mendapat sinaran matahari secara terus. Ini boleh menyebabkan ia cepat pas dan memerlukan lebih masa untuk sistem penyejukannya berfungsi. Selain itu pastikan juga muatan peti ais tidak terlalu penuh sehingga menyebabkan udara tidak dapat beredar dengan baik.
7. Kurangkan penggunaan penyaman udara, dengan menanam pokok yang memberikan teduhan cahaya matahari. Buka tingkap untuk membolehkan pengaliran aliran udara .Sentiasa tanamkan sikap bertanggungjawab untuk memastikan semua lampu dan kipas sudah ditutup sebelum anda meninggalkan rumah.
8. Memantau penggunaan elektrik dengan TNB e-Services. Kita boleh memantau penggunaan bil elektrik online secara mendaftar dengan perkhidmatan percuma yang disediakan oleh pihak TNB e-Services. Perkhidmatan memudahkan memantau dan mendapat notis bil elektrik yang dihantar ke akaun e-mel pengguna setiap bulan.
9. Pengguna boleh melakukan audit sendiri dengan menyenaraikan peralatan elektrik dan bilangannya di rumah mereka. Mereka juga boleh melakukan pengiraan sendiri bagaimana tenaga digunakan atau dibazirkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.