Kebiasaanya apabila nak pakai inai pada jari mengunakan daun ina akan diasingkan daunnya kemudian di tumbuk atau kisar. Untuk mendapatkan warna lebih merah akan tambah arang, nasi atau limau nipis. Itu petua yang sering digunakan. Nampak agak rumit tetapi itulah yang amalan yang dilakukan sebelum munculnya inai ‘ready made’.
Setelah kemunculan ini jenis segera ini, ramai yang menggunakannya kerana ia agak mudah namun ketahanan merahnya tidak lama seperti daun inai.
Namun, ada juga cara menarik untuk memakai inai dengan menggunakan daun serta minyak angin. Tidak perlu tumbuk atau kisar tapi balut sahaja di jari sert sapu minyak angin. Cara yang amat mudah dan cepat!
Nak tahu caranya ikuti perkongsian wanita ini.
Pokok inai saya sentiasa segar gemuk kerena saya rajin amik pucuk buat inai rambut dan tangan. Bukan tanaman je yang kita layan, sesekali kite manjakan jari-jari kite dengan inai, dari pada membazir tak gi gunakan.
Guna minyak kapak
Senang jer, hanya amik beberapa helai daun yg muda biarkan hingga layu agar mudah ditepekkan kt jari, hanya sapu guna minyak kapak, tak perlu di tumbuk, cukup sapu dgn minyak kapak, ikut saiz yang kita suka.
Ads
Tak kisah nak mana dulu, yang senang daun tu sapu minyak dulu. Pakai dalam 30 minit. Kalau nak dapatkan hasil yang cantik boleh buat ulang 2 atau 3 kali. Bagi budak-budak pakai, senang tak comot. Tak panas, hanya sikit berangin je, lgi satu, wat hilangkan lenguh di jari, sehabis seharian wat kerje .
Sebut sahaja nama Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, pasti ramai yang tersenyum mengingatkan kembali iklan-iklan produknya yang cukup mencuit hati dan sememangnya cara tersebut cukup berkesan apa tidaknya baik kanak-kanak mahupun orang tua semuanya mengenali tokoh usahawan tersohor ini.
Melihat dari sisi seorang ahli perniagaan, penulis cukup kagum dengan perkembangan bisnes yang diusahakannya di bawah jenama D’Herbs.
“Untuk sampai ke tahap sekarang bukanlah semudah yang disangkakan. Pelbagai masalah, cabaran dan dugaan yang cukup perit terpaksa dilalui. Jujur saya katakan, berniaga bukan seindah yang disangkakan. Sebelum ini macam-macam bisnes saya cuba namun gagal, berkali-kali kena tipu dan macam-macam lagi pengalaman pahit yang terpaksa dilalui.
“Itulah yang membuatkan saya berpegang pada prinsip tiada istilah saudara di dalam bisnes. apabila kita terbabit dalam bisnes, hati kena kering tidak boleh lembut, tidak boleh ada perasaan malu kerana itu boleh buat kita ‘bankrup’. Disiplin sangat penting dan itu yang saya terapkan dan kerja kena ‘punctual’. Saya bangun awal pagi dan sebelum ke pejabat saya akan melakukan senaman terlebih dahulu untuk memastikan badan sentiasa cergas.
Dalam hal kerja, saya cukup teliti. Dua hari sekali saya akan mengadakan mesyuarat untuk lihat apa masalah yang ada dan akan mencari jalan penyelesaian. Saya bukan sekadar bos, sebaliknya sayalah pelakon, pengarah, tukang cari idea dan macam-macam lagi. Pendek kata semua kerja saya buat. Penat memang penat tetapi inilah jalan yang saya pilih dan saya mahu pastikan nama saya dan jenama produk yang diusahakan ini terus diingati dan mampu bertahan.
“Saya sedar ada yang ketawa dan menganggap iklan yang saya hasilkan lawak dan tidak kurang yang memandang serong. Tetapi saya tidak mahu sekadar membuat iklan bodoh tetapi tidak ada sebarang impak, sebaliknya saya mahu buat sesuatu iklan yang akan diingati oleh orang lain dan dalam masa yang sama mereka akan membeli produk tersebut. Kerana itu, saya cuba sebaik mungkin dan berusaha bersungguh-sungguh sementara tengah ‘laku’ sekarang ini.
“Sesuai dengan konsep yang saya pegang iaitu perlu berlagak umpama singa, untuk berjaya kita kena lalui 100 pintu. Tetapi harus berhati-hati kerana di antara pintu tersebut ada yang boleh membuatkan kita terjatuh ke dalam gaung. Industri kosmetik tidak akan kekal lama, kerana itu saya tidak memberi tumpuan pada satu bisnes sahaja, sebaliknya mencuba pelbagai bidang supaya dapat bertahan lama dan dalam masa yang sama mengumpul aset untuk masa depan kami anak-beranak
Menyambung legasi.
Ditanya mengenai perancangan untuk anak-anaknya, baik Dato Aliff mahupun isteri, Datin Nur Shahida Mohd Rashid memberi kebebasan penuh kepada anak-anak dalam memilih kerjaya yang mereka minati.
“Bohonglah andai kata saya tidak mengharapkan salah seorang daripada anak kami Ammar Ahyan,9, Qadejah Eh Zahra,6 dan Ibraheem Adham, 4 mengikut jejak langkah dan mewarisi bisnes daripada saya. Namun, jika mereka tidak berminat saya sebagai ayah tidak akan membantah. Sebaliknya jauh di sudut hati saya berharap mereka akan menjadi seseorang yang alim. Itu yang paling penting. Malah, saya berharap mereka akan bekerja dalam bidang profesionalisme seperti akauntan, doktor ataupun peguam.
Saling melengkapi
Melihat gaya dan pembawaan diri isteri kesayangan Dato Aliff ini yang sedikit low profile, sang suami sendiri turut mengakui hal tersebut. Jujur mengakui antara mereka sangat kontra, namun dia susah andai tiada isteri di sisi.
“Kami pasangan yang sangat kontra dalam banyak hal. Saya kuat merajuk berbanding isteri. Malah, dia boleh siap dalam masa lima minit sahaja tetapi saya memerlukan sekurang-kurangnya dua jam. Dalam sehari saya menukar sekurang-kurangnya tiga pakaian. Itu tabiat saya sejak dahulu lagi memandangkan saya bertemu dengan individu mahupun kumpulan yang berbeza lapisan umur dan bidang. Saya juga lebih cerewet berbanding isteri.
“Dalam berpakaian saya yang akan tentukan manakala isteri hanya mengikut. Tetapi saya bukan jenis yang suka berbelanja mewah. Mungkin kerana saya suka berfesyen manakala isteri pula lebih suka tampil simple. Dari segi jenama, cukup sekadar ada kerana saya lebih suka kumpul aset dan hartanah.
“Pun begitu, kehidupan kami anak-beranak cukup simple dan jika nampak di luar itu adalah kerana penampilan itu penting. Apatah lagi, saya sentiasa perlu berada di hadapan kamera seharusnya penampilan kena jaga dibandingkan isteri lebih suka berada di belakang tabir. Cuma ada perangai isteri yang saya membuatkan saya kecil hati. Misalnya, saya selalu membelikan hadiah padanya walaupun tidak pernah diminta. Dia pula jenis yang tidak suka menunjuk.
Tetapi untuk pendidikan anak-anak, kami berdua sepakat dan cukup tegas. Kami memilih untuk menghantar mereka ke sekolah swasta berkonsepkan Islamik. Setiap hari, jadual anak-anak penuh dengan segala aktiviti. Setiap kali musim cuti sekolah, saya akan penuhkan jadual mereka dengan aktiviti seperti kelas tambahan, kelas piano dan macam-macam lagi. Saya tidak suka mereka leka dan membuang masa dengan menonton televisen dan sebagainya. Dalam masa yang sama juga, saya tidak memberikan mereka bermain gajet.
“Untuk duit poket ke sekolah, saya hanya beri RM2 sahaja setiap hari dan sediakan mereka bekalan makanan setiap hari. Walaupun saya mampu beri lebih daripada itu, saya mahu melatih anak-anak belajar erti susah dan bukan mudah untuk mencari duit.
“Walaupun masa saya bersama mereka cukup terhad, namun bab pendidikan saya tidak abaikan. Saya bukanlah seorang yang bijak dalam pelajaran. Dahulu saya selalu diejek tidak pandai gara-gara mengalami masalah Disleksia atau gangguan dalam pembelajaran seperti membaca dan menulis. Bahkan sehingga kini saya masih lagi sukar untuk mengingati sesuatu benda. Kerana itu saya tidak mahu anak-anak mengalami nasib yang sama seperti saya.
“Kebetulan anak kedua saya mewarisi masalah ini daripada saya. Hal ini disedari oleh cikgu sekolah. Justeru, saya dan isteri menghantarnya ke terapi sebulan sekali serta sekolah khas bagi memastikan dia dapat belajar seperti kanak-kanak yang lain. Alhamdulillah, dia seorang anak yang baik dan bijak cuma sukar untuk membaca.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dekorasi Bilik Anak Lelaki, Idea Ini Sesuai Untuk Guna Sampai Dewasa
Bagi ibu-ibu yang ingin memilih jenis dekorasi bilik anak lelaki, pilihlah dekorasi yang boleh ‘bertahan’ hingga mereka dewasa. Memiliki ruang peribadi yang selesa dan dihias menarik pastinya memberikan lebih inspirasi kepada sesiapa sahaja apatahlagi buat si anak kecil.
Berbanding anak perempuan, dekorasi untuk bilik anak lelaki sebenarnya lebih ringkas dan mudah. Namun, jangan ambil mudah dan ada beberapa panduan yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa bagi memudahkan proses dekorasi anak bujang masing-masing.
Berikut tip yang dikongsikan oleh Anis Syuhada. Moga idea yang diberikan oleh pereka dalaman ini mampu membantu ibu-ibu memilih dekorasi yang sesuai untuk anak lelaki masing-masing.
Lazimnya kita tahu anak lelaki lebih ringkas. Mereka ada satu benda yang disukai atau fokus untuk ruangan mereka.
Bila kata cat semua orang akan cat. Bila kata beli perabot semua akan tetap beli. Bezanya adalah atas pemilihan yang kita buat bila kita combine tema, warna, saiz, perabot maka akan terjadi hasil yang kita sudah gabungkan tadi.
Sebenarnya setiap darinya ada langkah yang kita perlu ikut iaitu:
1- Tentukan TEMA, pilih satu untuk jadikan karakter utama dalam bilik tersebut.
2- Tentukan SAIZ PERABOT yang diperlukan contoh single, super single atau twin sharing atau triplet mengikut keluasan bilik.
3- KEPERLUAN YANG PERLU ADA dalam bilik contohnya tempat belajar, ruang simpan mainan, ruang display koleksi, ruang solat, ruang bermain, ruang baju, ruang bersiap, ruang tuala dan gantungan.
4- LIGHTINGpastikan ada dua pencahayaan iaitu cozy effect warm lighting dan downlight cool white. Mungkin anak takut tidur bilik sendiri tapi bila kita wujudkan ruangan yang cozy dan warm, secara automatik anak-anak menerima baik dan mula berdikari di ruangan sendiri.
5- PEMILIHAN WARNA haruslah lembut dan tenang untuk impak yang lebih luas dan tenang. Hadkan penggunaan warna. Highlight pada aksesori sahaja contohnya gambar, quilt cover, carpet untuk menceriakan ruang. Boleh pilih warna cat base grey ( twilight @ edelweiss by Jotun).
Pendek kata less is more simple. Dekorasi bilik yang ringkas ini sampai bujang nanti pun masih boleh guna. Kegunaan untuk jangka masa panjang.
Dua puluh satu tahun melayari kehidupan berumah tangga, pelakon Ozlynn menitipkan nasihat untuk pasangan suami isteri dalam mengharungi kehidupan bersama.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Ozlynn turut berkongsi tip komunikasi bersama pasangan yang perlu menjadi tunjang utama dalam perkahwinan.
Akui ibu kepada enam cahaya mata ini lagi, menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak bukanlah satu hal yang mudah namun perlu sabar dalam segala hal selain sokongan kuat dari pasangan.
“Dalam hidup ini banyak yang aku belajar. Ya, tak ada manusia yang sempurna tetapi semakin kita belajar semakin inginkan perubahan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.
“Sebab itu dalam perhubungan komunikasi itu penting, lebih-lebih lagi kaum isteri yang lebih banyak masa untuk anak-anak.
“Suami perlu memainkan peranan juga, jangan sampai isteri tiada tempat untuk meluahkan lelah,” katanya berkongsi.
Berselisih faham perkara biasa
Bahkan kata Ozlynn lagi, perselisihan faham adalah perkara biasa namun sabar adalah kuncingnya.
“Bukan senang jadi suami dan bukan mudah jadi isteri.
“Sebab itu biar kadang terasa dengan kata-kata pasangan, makna masih punya hati. Jangan sampai apa yang pasangan luahkan, kita tak ambil peduli..tanda hati sudah mati.
“Tiada pasangan yang tak pernah bergaduh atau terasa hati, baru lah ada warna warni.
“Suami tolong ambil peduli, baik isteri mahupun anak. Jangan sampai bila mak ayah dah tak ada, anak tak terasa kehilangan sebab kita tak pernah ada bila mereka perlukan,” luahnya.
Terdahulu Ozlynn mendirikan rumah tangga bersama Johan Raja Lawak pada tahun 2003. Mereka dikurniakan 6 orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di