Tanyalah mana-mana wanita pasti mengidamkan untuk kurus dan langsing.
Soalnya bukan hanya cantik sahaja yang dikejar tetapi apa yang lebih penting adalah sihat dan menjaga tubuh badan dengan sebaiknya. Bukan kata badan besar tak sihat tetapi lebih mudah terdedah kepada risiko pelbagai penyakit.
Tekanan untuk lebih cepat kurus buat ramai wanita berlumba untuk ambil pil kurus. Sebenarnya tak perlu pun, hanya perlukan sedikit kekuatan semangat dan daya tahan yang sabar untuk makan secara sihat. Eat Clean adalah jawapannya.
Jom contohi cara makan Puan Nora Karim ni yang dah pun berjaya kurus dengan amalan clean diet. Hebat. Motivasi untuk isteri-isteri yang nak kurus!
Eat Clean: Makan Secara Sihat Dan Seimbang
Seingat saya sejak berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa, waktu makan memang dah tak menentu. Sampai tak sedar badan makin berisi.
Kredit: www.dialoguda.blogspot.my
Makan ikut suka bila nak makan. Capai apa saja makanan asalkan boleh makan. Yang sedap masa tu mestilah biskut-biskut, roti-roti berkrim dan jajan-jajan (makanan ringan).
Kalau buka peti ais, boleh nampak betapa banyaknya makanan yang tidak berkhasiat. Antaranya Choki-choki, wafer, gula-gula, coklat, air kotak, air gas dan macam-macam lagilah.
Saya sebenarnya dah lama mencari informasi tentang eat clean dari buku mahupun internet. Tapi tidak pernah berhasil. Malah makin stress bila tengok angka penimbang.
Ads
Tapi sejak saya berjumpa coach serta team yang sangat supportive secara maya, semuanya lebih terkawal. Malah kebanyakan masa, angka penimbang makin menurun.
Kredit: www.dialoguda.blogspot.my
Kami disuruh makan lima kali sehari (dua daripadanya makan nasi atau roti), dengan portion yang betul. Ubah apa yang ada di dalam peti sejuk kepada buah-buahan dan sayur-sayuran serta yogurt dan susu segar.
Dalam tempoh dua bulan 15 hari, saya dapatkan bimbingan daripada mereka, saya berjaya turun 5.4 kg yang dulunya sukar untuk dicapai. (Malah dalam team saya ada yang dah hilang berbelas kilo)
Kredit:www.dialoguda.blogspot.my
Saya nak kongsikan dengan rakan-rakan, apa yang saya dapat sepanjang tempoh tersebut selain penurunan angka pada penimbang:
a) Mudah solat – alhamdulillah, saya sangat bersyukur dapat solat dengan lebih baik berbanding sebelum ini.
b) Parut jerawat beransur hilang – mereka yang kenal saya mesti tahu saya ada banyak parut jerawat yang susah nak hilang. Sejak makan secara sihat, parut dah mula hilang. Saya tak perasan pun, tapi ada yang tegur dan tanya saya pakai produk apa. ?
Ads
c) Peluh tidak berbau – ok ini memang malu sangat. Kalau berpeluh tu rasa macam lencun badan, lepas tu berbau pula tu. Tapi sejak makan secara sihat ni, saya berpeluh juga, tapi tidaklah lencun dan yang penting tak berbau dah. Taklah macam dulu bila berpeluh rasa tidak selesa dan malu.
d) Perut tak sempat lapar – disebabkan makan ikut waktu, lima kali sehari, perut tak sempat rasa lapar. Malah sentiasa rasa kenyang. Bila terasa kenyang, saya tak makanlah benda yang bukan-bukan macam sebelum ni. Biskut, roti krim dan jajan, jarang sangat dah makan.
e) Tidur yang lebih berkualiti – sebelum ni saya susah nak tidur. Kalau belum pukul 2 atau 3 pagi memang tak boleh tidur. Sejak makan secara sihat ni, jam 9 atau 9.30 dah mencari bantal. Bila dah tidur awal, esoknya bangun segar je rasa.
f) Saiz baju berubah – dulu saya pakai saiz 50-52. Alhamdulillah sekarang dah boleh pakai saiz 44-46. Baru ni beli baju raya macam tak percaya dah boleh pakai saiz 46. Seluar pun dah jahit tepi pinggang. ?
Ads
Saya baru bermula dan perjalanan diet saya masih jauh, tapi saya yakin, saya berada di track yang betul. Agak-agak tersasar, saya ada coach dan team yang sangat-sangat membantu.
Ilmu google search dan ilmu coaching sangat berbeza. Yang penting team diet yang saya join ni, tanpa sebarang produk kurus, sebaliknya makan secara sihat.
Sebenarnya malu nak share diet journey saya ni, tapi bila baca macam-macam kes yang berkaitan dengan produk kurus, rasanya saya perlu juga tulis untuk sama-sama sedar bahawa makan secara sihat adalah lebih baik untuk jangka masa panjang.
Moga perkongsian ini juga bermanfaat pada mereka yang sudi membaca.
*Ini bukan entri berbayar, tetapi perkongsian ikhlas dari hati supaya kita sama-sama sihat.*
Kredit: Nora Karim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suasana gembira bertukar hiba buat seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menerima segulung ijazah ketika hari konvokesyennya selepas menerima perkhabaran duka kematian ayahnya 15 minit sebelum naik ke pentas.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa, Haslina Kalang, yang berusia 23 tahun itu terpaksa menggagahkan kaki untuk menerima skrolnya selepas sokongan kakak sulung dan rakan-rakan seperjuangannya biarpun dengan linangan airmata.
Menurut perkongsian Bernama, Haslina berkata beliau sememangnya berat hati untuk hadir ke majlis konvokesyen, kerana bapanya Kalang Toba, 56, sedang terlantar sakit selepas diserang angin ahmar.
Bagaimanapun arwah bapanya tetap bertegas supaya beliau menghadiri majlis tersebut, selepas tiga tahun berhempas-pulas menamatkan pengajian dengan serba kepayahan.
“Saya memang berat hati untuk datang menghadiri konvokesyen kerana keadaan ayah agak teruk. Tetapi beliau berkeras suruh datang, kerana nak tengok saya naik pentas memakai jubah konvokesyen.
“Sepanjang masa saya tak berhenti berdoa supaya ayah sihat dan saya sempat balik untuk tunjuk gambar sekurang-kurangnya, tetapi Allah lebih sayangkan dia,” katanya berkongsi.
Haslina berkata walaupun terkilan kerana tidak dapat berada di sisi bapanya pada saat-saat akhir, namun anak jati kelahiran Tawau, Sabah itu lega kerana telah sempat mencurah tenaga menjaga bapanya selepas tamat pengajian.
“Selepas tamat pengajian saya memang tak bekerja kerana nak jaga ayah. Alhamdulillah sempat juga saya berbakti kepadanya,” katanya.
Dalam pada itu pihak pengurusan UniSZA, turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM2,500 kepada Haslina sebagai tanda sokongan moral.
Perkahwinan pasangan Datin Seri Heliza Helmi dan Suami, dato Seri Mahadi Badrul Zaman ini mendapat perhatian usai mereka selamat diijabkabulkan. Tanpa majlis yang besar-besaran, jauh sekali menghebahkan perhubungan mereka sebelum bernikah, nyata membuatkan ramai yang kagum dan memuji cara pembawaan diri masing-masing sehingga sah bergelar suami isteri.
Bahkan, status suami yang jutawan juga tidak sedikitpun membuatkan mereka bermewah-mewah dalam merancang baik di majlis pernikahan mahupun persandingan. Lebih mendatangkan rasa kagum orang ramai bila mana pasangan mempelai diraikan oleh ramai Ilmuan terdiri daripada guru-guru dan ahli ulama pada majlis tersebut.
Pasangan mempelai berkesempatan memberi ucapan sekali gus berterima kasih atas kehadiran tetamu yang meraikan mereka pada malam tersebut.
“Saya menerima takdir ilahi untuk mengakhiri zaman bujang pada usia 38 tahun. Saya percaya jodoh bersama Heliza merupakan perancangan serta nikmat terbesar daripada Allah SWT untuk saya. Dia banyak membantu, apa yang anda baca kisah tentang Heliza, memang betul. itulah niat dia untuk dekatkan dengan Allah SWT.
“Untuk semua, kami ucapkan terutama guru-guru ulama dan selalu kongsi dan respon atas apa ilmu yang diberikan dan boleh disampaikan pada orang lain. kami juga ingin memohon doa daripada anda semua
Turut berkongsi rasa syukur dan terharu, Heliza mengharapkan doa semua agar rumahtangga yang dibina bersama suami kekal hingga ke Jannah.
“Terima kasih atas kehadiran, terutama keluarga dan sahabat handai, serta guru-guru. apa yang kita nak dalam sesuatu majlis, adalah doa. dan doa juga senjata orang mukmin.
“Bila orang tanya, Heliza apa yang nak hadiah. saya cakap tak nak benda lain kecuali DOA. kerana Doa itu nak Allah sampaikan dan kabulkan agar kita semua kembali ke Jannatul Firdaus.
“Terima kasih kepada ahli keluarga serta semua. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa baik kalian.
“Doakan kami, kami baru baru bermula, perjalanan masih panjang. Yang kami mahukan adalah reda Allah. Kita nak kehiduapn yang barokah dan cinta pada Nabi. Sebab itu dalam majlis ini ada maulid, bacaan al-quran dan tazkirah dan perkara ini mudah-mudahan menjadi asbab untuk menuju ke syurga.
Dalam pada itu, mahadi turut menitipkan ucapan terima kasih buat ibu tersayang serta mentuanya atas penerimaan dirinya sebagai menantu.
“Terima kasih ibu saya kerana lahirkan dan besarkan saya sampai sekarang. Balik rumah selalu tanya bila nak kahwin. Sekarang saya dah kahwin. Terima kasih abah dan mama mentua terima saya. InsyaAllah amanah yang besar ini saya akan galas,” tulus ucapan Dato Sri Mahadi.
Bagi anda yang suka makan pedas, pasti Garlic Chili Oil ini pasti digemari. selain rasanya yang sedap, cara nak buat pun mudah jer.
Guna tiga bahan dan masa penyediaan tak lama. Cuma hati-hati nak elak hangit, nanti rasanya dah tak sedap. Ini kalau makan dengan bubur, sup ayam atau mi segera memang terangkat. Nak cuba buat, nah admin kongsikan resipi dari Zurina Zulkefli
Resepi Garlic Chili Oil Untuk dimakan bersama bubur, sup ayam dan cicah untuk dumpling. Pagi2 dah dapat panggilan dari kawan di Kuantan, mengadu chili oil dia asyik tak jadi je. Kenapa hitam? Dah tengok tutorial di youtube pun masih jadi hangit. Bila saya tanya betul2 cara dia masak, saya rasa takde masalah pun tapi kenapa chili oil dia cepat hangit. Saya minta dia tunggu sekejap, saya ke dapur.
Tak sampai 10 minit siap chili oil saya. Mudah je, cuma guna 3 bahan. Paling penting untuk masak chili oil ni, api tak boleh besar. Siap, khas untuk Azrina Azri. Dulu saya buat berniaga garlic chili oil ni, makin lama permintaan semakin tinggi saya pula tak larat nak buat banyak2 dalam satu masa. Jadi saya stop. Saya kongsikan resepi je senang, semua orang boleh buat ❤️.
Cara membuat:
2 sudu besar chili flakes. Chili flakes yang saya guna ni, chili flakes korea (Gochugaru). Sebelum ni saya guna chili flakes yang biasa, ada jual dipasar jenama Meriah – RM2 je. Sedap.4 sekawan.7 ulas bawang putih dicincang halus, lagi halus lagi rangup. Cincang ya, bukan tumbuk bukan kisar hancur macam pes tu. Boleh guna mesin kisar tangan/manual.Panaskan setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil ya. Nak masak chili oil, api tak boleh besar nanti cepat hangus.Masuukkan dahulu 4 sekawan.Kemudian masukkan bawang putih Gaul dan masak.Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan ya sebab kita tak nak garlic kita rasa pahit.Masukkan chili flakes dan 2 cubitan garam halus untuk rasa sedikit masin. Kemudian terus padamkan api, jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.Siap.