Tak Rugi Datang Ke Hotel Ni Bersama Pasangan, Cipta Memori Sambil Nikmati pemandangan Sunset Indah!

Share

Menghayati pemandangan sunset atau matahari terbenam di sofa sambil menikmati hidangan ringan pasti menimbulkan aura romantik buat pasangan suami isteri.

Lebih-lebih lagi yang sedang dalam mood berbulan madu. Jadi, tak lengkap andai percutian anda tidak berkunjung ke  aVi Lounge ini.

Itu antara keistimewaan yang anda bakal peroleh jika bercuti di Avilion Port Dickson. Angin sepoi-sepoi serta suasana sunyi membuatkan anda lebih tenang dan hilang seketika segala kekusutan minda dek bebanan kerja.

Selain itu, di sini juga menempatkan spa yang boleh anda kunjungi untuk mendapatkan rawatan urutan mahupun facial dengan harga yang cukup menarik.

Avillion Port Dickson menghadap Selat Melaka menawarkan chalet mewah yang direka seperti sebuah kampung nelayan Melayu tradisional. Ia menempatkan  ruang  menjamu selera dan kolam renang luaran yang besar.

Tidak sekadar itu sahaja, tetamu juga dapat menikmati WiFi percuma yang disediakan di seluruh resort. Kemudahan parking disediakan secara percuma.

Menariknya, suasana di chalet-chalet yang luas pasti membuatkan pengunjung rasa selesa dan ruang bilik yang dilengkapi perabot kayu dan penghawa dingin. Unit-unit tertentu menawarkan pemandangan taman. Beberapa unit pula menawarkan pemandangan laut dan sunset.

Terdapat sebuah katil sofa dan bar mini. Bilik mandi bersambung dilengkapi dengan tab mandi dan pancuran mandian hujan.

Manakala di bahagian balkoni luar menempatkan 2 kerusi santai untuk anda mengambil angin sambil menikmati pemandangan.

Bagi anda yang membawa ahli keluarga terutama anak-anak kecil, boleh mencuba pelbagai aktiviti. Salah satunya adalah Pet Farm di mana anak-anak boleh  menyaksikan burung, ayam dan pelbagai haiwan lain yang cukup jinak.

Bagi yang gemar mandi-manda, terdapat kolam untuk kanak-kanak serta kolam renang yang khusus untuk orang dewasa sahaja.

Dibuka pada tahun 1997, Avillion hotel mempunyai lima cawangan di Malaysia dan juga Indonesia. Terdapat 250 bilik tersedia di pusat percutian ini yang sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu mahupun bercuti bersama ahli keluarga.

Sumber gambar: Instagram Elyana & Avillion PD ( Facebook)


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN