Bagi pelayar aplikasi TikTok, pasti anda akan terpana apabila melihat keindahan ikan duyung yang berenang di dalam sebuah kolam kaca. Ramai sebenarnya kagum dengan kecantikan dan keunikkan yang dimilikinya seperti dalam kisah dongeng yang sering didengari.
Rupanya ikan duyung yang tular ini merupakan kakak kepada pelakon, Emma Maembong dan Chacha Maembong yang dikenali sebagai Beby Maembong.
Ramai yang kagum melihat kebolehan Beby Maembong apabila dia dilihat dapat menahan nafas dalam air dalam dengan jangka masa yang agak lama.
Malah lebih mengagumkan kerana dia masih mampu melemparkan senyuman walaupun sedang menyelam di dasar dalam tanpa bantuan tong oksigen.
Ads
Mana tidaknya, tentu susah untuk terus mengekalkan kecantikan lebih-lebih lagi dalam air yang dalam namun nampaknya ia bukan sesuatu kesukaran bagi Beby Maembong.
Muat naik klip video pendek oleh Beby Maembong itu juga ditinggalkan ribuan komen yang mana rata-rata netizen yang menonton video tersebut kagum dan memuji kehebatannya menjadi duyung dalam air yang kekal rilek sahaja tersenyum.
Bagi anda yang mempunyai anak kecil pula, pasti insiden remote hilang sering terjadi kan. Apatah lagi alat ini antara barang yang digemari oleh anak kecil untuk dijadikan permainan mereka. Lagi-lagi bila anda meletakkan alat kawalan ini yang mudah dicapai anak-anak.
Yang buat lebih geram ada masanya remote itu rosak dan tidak boleh digunapakai akibat dibaling anak-anak.
Jadi, nak tak nak ibu-ibu kena cari alternatif bagi mengelak berlakunya masalah ini. Apa kata ikut tip yang dikongsikan oleh Lidia Rahza menerusi grup Kelab Kaki Deko & Kaki D.I.Y yang berkongsi kaedah membuat tempat letak remote tanpa boleh dicapai anak kecil.
Remote mana bang???
Ni la soalan yang biasa tiap2 hari…. semalam remote aircond GHAIB!.. abis selongkar katil. bantal, bawah sofa… dalam laci.. Ghaibb… last2 gi DIY.. beli baru…. ok.. soalannya…. macammana nak elak hilang semula…. fikir2….ni la hasilnya….. tempat letak remote….sekurang2nya remote ada tempat khas…. ilang jugak.. aku letak mangga terus…
Asal tpt letak remote ni adalah lebihan casing aircond yang aku beli kat hardware…. 15 ke 17 riya sebatang
Ni first trial….
ni second… alhamdulillah menjadi
Langkah-langkah
1. Kumpul dan mula agak-agak jarak remote.
2. Congak jarak dan besar lubang yang akan ditebuk nanti.
3. Ukur saiz setiap remote dan ambil saiz remote yang paling besar supaya yang lain semua muat.
4. Ukur dan guna sesiku L untuk buat garisan lurus bagi jarak dan lebar lubang remote.
5. Ukur tebal, jadi kalau tebuk lubang nanti takla besar sangat atau tak muat. Bila remote fit nampak kemas sikit.
6. Plotkan pada casing.
7. Siap lukis dan plot. Puas hati kita teruskan. “Measure twice, cut once.”
8. Potong lebihan tepi. Guna la apa-apa peralatan yang korang ada. Janji putus.
9. Untuk lubang tengah aku cadangkan guna gerudi. Guna steel bit. Tebuk tepi supaya senang nak potong dengan pisau nanti.
10. Ni lepas potong dan kemaskan guna pisau. Perlukan ‘steady hand’, samaada kau akan cedera atau terpotong bekas PVC. Jadi berhati-hati.
11. Kita buat cubaan atas darat. Kalau ok, kita teruskan.
12. Nak letak dinding aku guna double tape je. Mudah. Tak perlu tebuk lubang. Kalau korang tak yakin, boleh tebuk.
13. Kalau korang perasan lekuk lat bibir PVC menghalang remote dari menggelongsor dari kedudukannya. Jadi insyallah tak jatuh. Kecuali kau sesaja buat bijak tolak.
14. Inilah hasilnya yang boleh letak 4. Kalau korang ada sepuluh remote, boleh tebuk ikut suka.
Eh, sebelum terlupa. Remote aku yang hilang tu baru jumpa tadi. Anak aku letak dalam lunch box kakak dia. Hmmmmm…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zaman teknologi serba canggih ini, tiada lagi masalah dalam berhubung dengan guru di sekolah anak-anak. Di tambah pula dengan penggunaan aplikasi grup mesej sekolah yang kian mendapat sambutan ramai.
Dengan adanya medium komunikasi dua hala, ia dikatakan boleh merapatkan perhubungan antara pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar.
Namun, timbul situasi yang kurang menyenangkan bila mana ada antara ibu bapa yang menggunakan medium ini untuk hal-hal yang remeh. Bahkan terdapat segelintir ibu bapa yang menghubungi guru bertanyakan itu dan ini kepada guru kelas, biarpun selepas waktu sekolah.
Adakah ia memudahkan tugas guru? Adakah guru itu berasa selesa dengan situasi tersebut?
Ibu kepada kanak-kanak cilik yang petah loghat Kelantan, Fatimah Omar Mukhlis, 5, Nor Ashila Mahamed Ismail, 39, mahu berkongsi cara komunikasi antara pihak sekolah dengan ibu bapa di United Kingdom.
Perkongsian beliau bukan untuk membanding-bandingkan tidak langsung untuk merendahkan sistem pendidikan di Malaysia tetapi berniat untuk memberi manfaat kepada orang ramai. Terutamanya ibu bapa, guru, murid dan pelajar.
Kata beliau, di sekolah anak sulungnya, Mukhtar Omar Mukhlis, 13, yang kini bersekolah di King Edward School, dan sekolah rendah tempat Fatimah sedang belajar mempunyai dua situasi berbeza.
“Sekolah Mukhtar misalnya, setiap hari, ibu bapa dan guru menggunakan emel untuk berkomunikasi. Guru akan menjawab semua emel secepat mungkin untuk semua perkara penting.
“Biasanya ibu bapa akan mendapat menghantar surat sebagai perhatian ibu bapa sama seperti kaedah yang digunakan di sekolah menengah.
“Ibu bapa pula tidak dibenarkan menghubungi guru melalui nombor telefon peribadi mereka dan guru tidak dibenarkan berkongsi nombor dengan ibu bapa,” katanya.
Nor Ashila berpandangan, ini adalah cara yang lebih sesuai untuk berkomunikasi antara ibu bapa dan guru.
Katanya, interaksi yang digunakan guru di Malaysia yang terpaksa mengorbankan privasi mereka dengan berkongsi nombor telefon peribadi untuk berkomunikasi dengan ibu bapa adalah sesuatu yang kurang wajar.
“Perkongsian nombor peribadi membuatkan ada ibu bapa yang bebas menghubungi guru setiap masa beberapa kali sehari.
“Ada yang menghubungi guru untuk ‘check’ sama ada anak mereka sudah makan atau minum, ada yang menghubungi minta ‘inform’ anak yang mereka lambat ambik anak dari sekolah dan 1001 macam isu lagi,” katanya.
Malah katanya, berdasarkan kisah kawan guru di Malaysia, ada yang menghubungi mereka sampai ke malam bagaikan guru itu rakan mereka tanpa rasa segan dan hormat bertanyakan benda remeh dan tak kurang juga yang gunakan aplikasi whatsapp untuk mengadu atau marah.
Menurut beliau, guru juga manusia biasa yang ada kehidupan mereka sendiri dan perlu dihormati.
Sepatutnya, ibu bapa perlu menghubungi pihak sekolah, bukan bertindak secara terus dengan guru jika mengalami apa-apa masalah.
Tambahnya, sebagai ibu bapa seharusnya meletakkan harapan yang tinggi pada guru untuk mendidik anak-anak tetapi pada masa yang sama, tanpa segan silu mengganggu mereka semasa waktu bekerja, semasa berehat dan semasa bersama keluarga.
“Tak pernahkah kita terfikir yang perbuatan kita sendiri boleh mengganggu guru hingga boleh membuatkan prestasi mereka menurun dan boleh ‘lead to stress’.
“Malaysia sebuah negara yang maju, jadi saya rasa sudah masanya untuk kita wujudkan satu medium yang lebih profesional untuk berkomunikasi antara ibu bapa dan guru. Secara tidak langsung dapat mewujudkan rasa hormat pada guru dan membantu mereka bekerja dalam suasana lebih efektif dan produktif,” katanya.
Ibu bapa mana tak teruja untuk menghantar anak masuk ke sekolah. Pelbagai persediaan dilakukan untuk memberikan yang terbaik demi pembelajaran anak.
Namun ada juga anak-anak yang takut untuk memasuki fasa ini. Al-maklumlah, terpaksa duduk belajar dengan insan yang baru dikenali. Selain itu, suasana pembelajaran berlainan sedikit sewaktu di tadika.
Bagi pasangan ini, Mohd Fadzil Abu Naim dan isterinya Nurul Aini Mohd Alwa, mereka turut sama mengenakan pakaian sekolah rendah sewaktu menghantar anak mereka Muhammad Ishraq Aydan sebagai tanda sokongan bagi anaknya itu yang baru menjejaki alam persekolahan.
Lensa kamera akhbar Kosmo sempat merakamkan telatah keluarga ini sewaktu Fadzil dan Aini sedang membetulkan beg anak mereka.
Dari komen-komen yang ditinggalkan, ramai yang memuji pasangan ini yang tidak segan memakai pakaian seragam sekolah. Ini ada contoh terbaik didikan ibu bapa terhadap anak-anak.
Ramai yang terhibur melihat keluarga ini namun disebaliknya ada juga yang mengatakan hanya ibu bapa sahaja yang memahami perasaan menghantar anak sekolah darjah satu.
‘Sebak, teruja, gembira ..Semuanya bercampur baur. Tak sangka sekejap je anak dah besar.’ – Netizen
‘Maknya nampak kuat tapi dalam hati, sedih nak tinggalkan anak ke sekolah.’