Bersin setiap pagi memang buat rasa tak selesa. Muka jadi tegang, hidung pula berair, memang rasa tidak selesa. Buntu rasanya bila semua ubat tidak serasi.
Lazimnya, jika begitu keadaannya kita sering kaitkan seseorang itu mempunyai masalah resdung atau sinus dan cara untuk atasinya dengan makan ubat.
Pun begitu, tahukah anda bahawa meredakan bersin boleh juga dilakukan dengan amalkan petua yang dikongsikan doktor pakar otak ini, Dr Rizal Abu Bakar.
Menurut perkongsiannya di instagram miliknya, dulu dia kerap juga mengelami situasi bersin-bersin dan kini masalah tersebut dapat diatasi dengan amal petua menggunakan bawang putih.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
Saya selalu dengar orang sebut pasal resdung. Bersin jangan cerita. Sana sini dengar achuw sana achuw sini.
Ads
Saya dulu dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ni, hilanglah bersin bersin. Tak de lah lagi resedung resdung ni.
Petua dia macam ni:
1) Ambil 3-4 ulas bawang putih. Buang kulit. Hancurkan macam kita dok tengok rancangan memasak tu.
Ads
2) Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Panaskan lebih kurang 4 minit atau sampai nampak wap mula naik. Masukkan bawang putih yang dah hancur tu.
3) Ambil tuala kecil. Letak atas kepala atau Cover kepala. Letakkan muka atas air yang dah berwap.
4) Sedut bau yang keluar dari wap tu. Bawang yang dah diketuk tu akan keluarkan Allicin. Bahan lain pun keluar juga. Geng ni lah yang akan hilangkan jangkitan.
Paling best lendir akan keluar. Boleh bernafas dengan lapang.
Ads
Pada yang kena sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega banyak. Power bawang putih ni.
Kata orang bila berhari raya memang mewah dengan pelbagai jenis hidangan terhidang di atas meja.
Semuanya sedap-sedap belaka hingga terasa ingin dijamah semuanya. Bab berdiet memang susah untuk dikawal.
Oleh itu, doktor ini ada senaraikan cara berkesan untuk kempiskan kembali perut agar terlihat ramping. Jom semak.
7 CARA KEMPISKAN PERUT
Kenapa perlu kempiskan perut? Perut buncit tanda bermulanya tubuh dihinggap penyakit. Cuma menanti ledakan sahaja.
Minggu ini sahaja sudah 10 kali orang bertanya bagaimana kempiskan perut. Hari ini saya kongsikan caranya. Kaedah-kaedah ini dikumpul dari kajian dan praktis klinikal.
1. Ambil makanan kaya protein. Protein akan lepaskan hormon PYY. Hormon ini akan hantar isyarat ke otak.
Katanya “bro/sis engkau dah kenyang. Udah udahlah tu” Kita pun sebut “ oh ye ke, ok ok saya berhenti sekarang.”
2. Urus stres dengan bijaksana dan bijaksini. Stres sebabkan hormon kortisol mengalir laju. Hormon ini suka kumpulkan lemak.
Happy sungguh dia buat kerja kerja yang kita tak suka. Macam orang letak simen pada batu bata ketika buat rumah. Ditempek tempek.
Dia juga dengan bangganya bantu tingkatkan selera meningkat. Tahap melahap dan membantai makanan memuncak. Semua nampak sedap.
3. Katakan tidak pada gula putih. Cik putih ni sangat bahaya. Dia punya moto ialah “hidup aku untuk gemukkan orang.”
Mahu selamat? Berpisahlah dengan cik putih ni. Apabila kita ambil, cik putih akan ketawa besar. Ketawa macam orang jahat dalam filem.
4. Senaman – angkat berat, aerobik dapat segerakan misi kempiskan perut.
5. Tidur – kajian selama 16 tahun dapati wanita yang tidur kurang dari 5 jam akan alami peningkatan lemak bahagian perut berbanding dengan wanita tidur 7 jam.
Cuba semak, berapa jam tidur malam tadi. Cukup? Cuba usap perut dan sebut “alahai besar juga engkau ye”
6. Ambil lemak ikan – jadikan omega 3 sebagai rakan karib anda. Ambil 2000mg sehari. Cari yang anti reflux. No mercury.
7. Ambil makanan tinggi serat – serat dari sayur dan buahan akan bentuk gel di saluran pencernaan. Makan lambat nak lepasi saluran ini.
Jadi kita rasa kenyang. Kurang rasa nak berjajan. Perut terisi fokus meninggi.
Ada banyak lagi tips. 7 ni pun dah cukup kalau buat dengan konsisten. Soal pada diri, sayang sangat ke dengan “baby bump” tu? Kalau tak, bila mahu bertindak?
Apabila terlihat ada habuk di dalam rumah, memang sakit mata dibuatnya. Sedangkan baru sahaja semalam dicuci, namun hendak dibersihkan setiap hari tidak termampu pula rasanya. Masih banyak kerja-kerja lain yang harus dibuat selain menumpukan untuk membersihkan rumah daripada habuk semata-mata.
Jadi apa cara terbaik untuk selesaikan masalah ni?
Melalui perkongsian daripada seorang ibu bernama Puan Yatie, beliau telah pun membuat perbandingan dan bereksperimen berkenaan cara terbaik untuk menghilangkan habuk dengan menyediakan ramuan Multipurpose Dusty Spray ini. Jom kita cuba cara yang dilakukannya dan sebelum itu fahami juga ramuan untuk menghasilkannya.
Saya ni memang suka tip & trik yang memudahkan urusan harian. Bila jumpa macam-macam tip, mesti saya simpan & cuba bila berkesempatan. Banyak resipi buat dust spray ni sebenarnya, cara paling senang guna air & softener. Tapi lepas cuba beberapa resipi, setakat ni inilah resipi dust spray yang paling saya berpuas hati sebab ia serbaguna.
Pernah baca komen netizen — cakap orang yang gunakan spray untuk elak habuk melekat ni orang yang malas. Pada saya, adanya tip macam ni bukannya bermakna boleh culas dan bermalasan tapi sekadar memudahkan serta mempercepatkan kerja-kerja rumah dan urusan harian. Nak-nak ramai isteri yang bekerja dan faktor kekangan masa. Tu belum lagi yang ada anak kecik/anak yang tengah melasak ataupun wanita mengandung. So tip-tip macam ni lah dapat membantu jimatkan masa dan tenaga.
Multipurpose Dust Spray
Bahan-bahan:
¼ cawan cuka
1¼ cawan air
3 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu makan pencuci pinggan* (optional)
Sedikit essential oil* (optional)
Campur semua bahan dalam botol spray. Goncang sebelum guna.
Nota:
*guna botol spray transparent supaya mudah nampak atau buat reminder pada botol supaya tak lupa
*saya buat 2 botol spray sebab guna 2 wangian berbeza
*saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air supaya larutan cuka tak terlalu pekat/terlalu cair
*cuka memudahkan menanggalkan kotoran, juga sebagai agen pembasmi kuman
*minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan & melindungi permukaan kayu.
*pencuci pinggan mampu menanggalkan kotoran secara lembut
*essential oil berfungsi memberi kesegaran & mengurangkan bau cuka
Pastikan
*Sebaik-baiknya gunakan minyak zaitun. Saya tak jamin penggunaan minyak masak biasa (sawit) boleh berikan hasil yang sama untuk perabot kayu (bila bertindakbalas dengan cuka)
*Jangan gunakan pencuci pinggan yang bundle sebab bahan kimianya agak tinggi dan boleh rosakkan sesetengah permukaan perabot.
*Jika risau perabot yang agak sensitif, cuba spray sikit dahulu dibahagian yang tersorok atau paling bawah untuk uji keserasian.
*Paling penting — GONCANG setiap kali sebelum guna supaya larutan minyak & air bercampur
Kegunaan:
• Kurangkan habuk melekat pada perabot & kipas
Mengurangkan habuk tak bermakna habuk langsung tak lekat ye. Cuma lebih mudah nak bersihkan habuk dan menjimatkan masa.
• Mengilatkan perabot kayu
Bukan setakat kabinet, pemegang dulang dari kayu pun saya gunakan spray ni sebab kilatannya memang cantik.
• Menaikkan warna & melindungi sofa PVC
Boleh bersihkan kotoran & menaikkan warna sofa yang dah kusam
• Mengurangkan habuk terkumpul pada gril pintu dan lapisan minyaknya mengelakkan dari berkarat
Rumah dekat dengan jalan besar ni, manjang je habuk dan debu bertepek dekat gril. Walaupun saya spray sesekali jer, memang nampak perbezaan dengan sebelum ni.
• Membersihkan & melicinkan trek pintu/tingkap jenis sliding serta melancarkan trek yang tersangkut
Kekadang hujan lebat sangat, kena jugak sikit-sikit tempias air dekat pintu/tingkap sliding. Lama-lama mesti trek tersangkut-sangkut. Saya spraykan aje untuk lancarkan balik.
• Sebagai lapisan perlindungan dari kotoran untuk jubin dinding dan sinki.
Saya selalunya basuh toilet hujung minggu. Hari biasa ni sental mana-mana yang sempat je. Tak boleh lama-lama dalam bilik air sebab anak tengah melasak. Guna spray ni memang mudah nak bersihkan jubin dan di celah-celah. Toilet yang jarang guna (untuk tetamu) pun saya spraykan pada jubin dan sinki.
Pastikan BERSIHKAN dahulu jubin & sinki seperti biasa, kemudian barulah gunakan spray ni. Spray secara menyeluruh terutama dicelah-celah jubin. Sebaik-baiknya gunakan span atau kain microfiber untuk ratakan air (supaya semua permukaan kena). Penggunaan spray membantu kurangkan kotoran yang melekat. Next time kerja-kerja bersihkan jubin dinding & sinki akan lebih mudah & cepat. Toilet pun jadi wangi je lepas spray (kalau letak essential oil la) Spray sekurang-kurangnya seminggu sekali/lepas basuh/bila perlu.
Semoga bermanfaat
Harap tip ni dapat bantu mudahkan kerja-kerja rumah & urusan harian anda juga
Kutu menjadi sebahagian masalah anak perempuan yang sukar dibendung. Tidak tahu di mana puncanya, secara tiba-tiba anak dihinggapi makhluk yang satu ini dan menggaru kepala setiap masa.
Rungsing pula dibuatnya bila anak mengalami masalah ini. Lebih-lebih lagi ia mudah berjangkit biarpun ketika mereka berada di sekolah.
Jika tidak dibendung, habislah satu rumah pula yang akan diserang kutu-kutu ini.
Selain mencuba rawatan dan ubat kutu khas yang dibekalkan oleh doktor, ada baiknya anda cuba beberapa petua tradisional ini. Ia sangat membantu!
1. Bawang Merah
Bahan:
5 biji bawang merah
Caranya:
1. Basuh bersih bawang merah.
2. Kisar bawang merah ini hingga halus.
3. Kemudian ratakan bawang kisar pada seluruh kepala. Kenakan pada kulit kepala dan kawasan sekitarnya.
4. Bungkus kepada dengan tuala bersih dan biarkan selama satu jam.
5. Bilas dengan air bersih.
6. Pakai syampu dan cuci rambut seperti biasa.
* Bau bawang yang kuat disertakan dengan gas-gasnya buat kutu tidak dapat bertahan lama dan akan keluar dengan sendirinya.
2. Bawang Merah & Minyak Kelapa
Bahan:
5 biji bawang merah
3 sudu makan minyak kelapa
Caranya:
1. Kisar bawang merah hingga halus.
2. Campurkan dengan minyak kelapa dan gaul sebati.
3. Sapu dan lumurkan pada kepala anak hingga rata.
4. Ambil tuala bersih dan tutupkan kepala. Biarkan selama satu jam atau lebih.
5. Kemudian basuh kepala dengan bersih.
6. Cuci dengan syampu biasa.
3. Cuka & Lemon
Bahan:
1 biji lemon
Sedikit cuka
Caranya:
1. Hiris lemon nipis-nipis.
2. Gaulkan lemon bersama cuka.
3. Lumurkan bahan ini kepada kulit kepala anak dan seluruh kawasan kepala.
4. Tutup kepala dan biarkan seketika selama 1 jam.
5. Bilas bersih dan cuci semula dengan syampu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di