Pengorbanan seorang ibu, sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi zuriat tercinta. Al-Fatihah buat arwah Noor Athirah Binti Mohd Arif yang meninggal dunia akibat sakit kanser. Allahyarhamah menghidap kanser payudara Tahap 4 ditambah pula sakit tersebut merebak hingga menyebabkan tulang belakang berlubang.
Kisah allahyarham pernah dimuat naik di website Majalah Keluarga sebelum ini
Dalam keadaan tersebut, arwah terpaksa bersalin awal apabila kandungannya memasuki 8 bulan. Lebih menyedihkan, selepas pembedahan tersebut arwah koma tanpa sempat menatap wajah dan memberi susu pada bayinya.
Selain bayinya, arwah turut mempunyai seorang lagi anak lelaki berumur 1 tahun 8 bulan yang kini di bawah jagaan sementara ibunya manakala bayi yang baru dilahirkn dibawah jagaan sementara kakak iparnya.
Ads
Selama 47 hari bertaruyng nyawa, akhirnya arwah pergi buat selama-lamanya . Kisah yang cukup menyentuh hati ini dikongsikan rakannya Yanna Sofea menerusi laman facebooknya.
Ads
Selamat jalan Dik.. Semoga Adik tenang disana..semoga Allah tempatkan Adik para kalangan solehin.. Rehat la dik.. Comey sngt Ank Adik..sebijik muka Adik.. Semoga bby mmbesar dgn sihat.. #Al-fatihah #NoorAthirah
Ustazah Siti Nor Bahyah Kongsi Amalan & Doa Lembutkan Hati Pasangan & Anak
Semua manusia inginkan bahagia dalam kehidupannya. Untuk itu, tentu ada pelbagai cara untuk memastikan pasangan dan juga anak hidup dengan gembira dalam sebuah keluarga.
Namun ada kalanya berlaku konflik sehingga membuatkan berlaku pergolakkan dalam sebuah keluarga itu. Hakikatnya tentu ada cara untuk melembutkan hati pasangan dan anak.
Sebagaimana perkongsian pendakwah bebas, Ustazah Siti Nor Bahyah yang memberi nasihat bahawa sentiasa doakan mereka dalam setiap solat.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
5 DOA DAN AMALAN UNTUK LEMBUTKAN HATI PASANGA DAN ANAK.
Tip lembutkan hati orang yang kita sayang seperti anak, suami atau isteri dan ibubapa.
1.Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
2. Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
3. Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
4. Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
5. Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
BAHAGIAKAN ORANG LAIN UNTUK KEKAL BAHAGIA
Nyata, apabila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Petua yang dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah ini adalah dengan membahagiakan orang lain terlebih dahulu dalam mencari kebahagian hidup bersama.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah سبحانه وتعالى iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian.
Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
Asalnya nak mencari rezeki di negara orang, tapi apakan daya rupanya tertipu mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar apabila dipaksa makan daging babi, tikus dan ayam yang tidak halal, selain turut diancam menggunakan cota elektrik.
Itulah yang diceritakan oleh pemuda berusia 2 tahun, Mohamad Farhan Azman memetik laporan dari Berita Harian yang turut mengakui sering dipukul sekiranya cuba melawan selama 4 bulan sewaktu dalam cengkaman sendiket penipuan tersebut.
Dia yang berjaya melarikan diri menjelaskan bahawa apa yang dilalui turut dirasai 15 lagi warganegara Malaysia di sana yang menjadi mangsa sama sepertinya.
Lebih menyedihkan, mangsa dari kalangan wanita bawah umur turut dijadikan hamba seks anggota sindiket yang disertai kumpulan lelaki berpakaian ala askar dan bersenjatakan M-16 serta raifal.
“Saya tidak tahu apa nasib kawan-kawan lain sekarang (yang masih dalam tahanan sindiket)…ketika bekerja di bangunan setinggi empat tingkat dan dipagari tembok berkawat besi itu, keadaannya tak ubah seperti penjara, dengan satu sahaja jalan keluar dan masuk.
Kami rata-rata berusia antara 18 hingga 26 tahun tak boleh melarikan diri dan sentiasa dikawal rapi 24 jam oleh lelaki bersenjata dan berpakaian askar,” katanya.
Dia juga menceritakan bagaimana perjalanannya yang bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan tiba di Bangkok pada 13 September tahun lalu sebelum bergerak menaiki pacuan 4 roda menuju ke sempadan Thailand-Myammar.
“Ketika itu kami sudah mula syak, malah ada yang cakap kami sudah kena jual.
“Sebaik di sungai itu, sekumpulan lelaki berkain pelikat menyerbu kenderaan kami dengan muka bengis, mengangkat beg kami dan menyuruh kami menaiki bot.
“Selepas 20 minit, kami tiba di sebuah kawasan dengan disambut ramai lelaki berpakaian askar dan bersenjata yang menyuruh kami mengikut mereka menaiki kenderaan pacuan empat roda.
“Dalam setiap kenderaan itu, ada lapan orang termasuk dua ‘askar’ bersenjata dan semuanya lebih tiga kenderaan,” katanya.
Ujar Farhan lagi, dia telah bertindak sebagai ‘scammer’ untuk mencari mangsa di Eropah dengan menawarkan produk harga murah sebelum ‘mengeringkan’ akaun mangsa yang menekan link palsu dari sindiket.
“Kami bekerja sebagai ‘scammer’ untuk mencari mangsa dari negara Eropah dengan menjual apa-apa produk yang sangat murah.
“Selepas mangsa membuat transaksi dalam talian pada ‘ link’ palsu yang diberikan, selepas sindiket mula ‘mengeringkan’ akaun bank mangsa,” katanya.
Sebenarnya, sebelum terjebak sebagai mangsa sindiket tersebut, pemuda berkenaan telah ditawarkan pekerjaan sebagai pengemas hotel di Singapura dengan gaji agak lumayan.
Mereka juga dijanjikan wang poket sewaktu tiba di Bangkok, namun semuanya berubah.
Untuk rekod, Farhan merupakan antara 6 rakyat Malaysia yang berjaya diselamatkan dari sindiket penipuan sekitar Disember tahun lalu dan dibawa pulang atas bantuan kedutaan Malaysia.
Dia dan beberapa lagi mangsa telah dipaksa bekerja lebih 15 jam dengan pelbagai tekanan mental dan fizikal oleh sindiket tersebut sehingga berjaya melarikan diri serta mendapatkan bantuan bagi pulang ke Tanah Air.
Doa adalah senjata buat orang mukmin. Setiap kali selepas solat, pasti kita akan berdoa memohon sesuatu kepada Allah Taala. Tak kira panjang atau pendek, pasti rutin ini tidak pernah miss.
berdoalah kita kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan agar semua yang kita inginkan dimakbulkan oleh s.w.t. Namun, adakalanya keterbatasan waktu membuatkan ada yang berdoa sambil lewa. Tak kurang yang ‘skip’ part berdoa kerana mengejar waktu dan sebagainya.
Di Facebook, wanita bernama Norzi Malek berkongsi satu kisah yang cukup menyentuh hati bila dia ‘ditegur’ oleh seseorang selepas selesai solat. Teguran yang cukup ‘lembut’ itu bagaimana pun meninggalkan bekas di hati wanita ini.
“Tak berdoa ke? Kejap je angkat tangan” Tegur seseorang kepada saya.
Saya tergamam. Terkejut. Tak sangka ada orang perhatikan gerak geri saya solat.
“Errr.. Doa”, saya balas, malu alah.
“Orang yang tidak berdoa, adalah orang yang sombong dengan Tuhan,” beliau membalas lembut.
Saya cepat-cepat lipat telekung. Nak larikan diri dari situ. Tiba-tiba beliau bangun, duduk sopan di tepi saya.
“Jangan sombong dengan Tuhan. Perlu berdoa bersungguh-sungguh setiap kali solat. Kalau kita sombong dan tidak berdoa, tetapi Allah masih sayangkan kita , Allah akan bagi teguran melalui ujian-ujian hidup agar kita kembali kepadaNYA. Kembali memohon dan meminta pertolongan dariNYA.
Tetapi, kalau Allah langsung ‘tidak pandang kita’, tidak kisah pun jika kita tidak meminta kepadaNYA, Allah akan biarkan kita hanyut dengan kesombongan kita. Hinggalah tiba hari segala amalan dihitung, Allah juga tidak akan ‘pandang’ kita ketika itu. “
Saya terdiam.
Berhari-hari saya termenung memikirkan teguran lembut itu. Meresap masuk ke dalam fikiran dan hati saya. Jadi saya ambil keputusan drastik.
Saya capai buku nota kosong. Khas untuk saya tuliskan point-point penting untuk ‘isi kandungan’ doa saya. Agar tidak ada impian dan hasrat saya terlepas pandang untuk diselitkan ketika berdoa.
Saya bahagikan kepada empat bahagian. Kesihatan, Kewangan, Dunia dan Akhirat.
Kesihatan : Family, mak ayah, mak ayah mertua, suami, saya, anak-anak, saudara mara,kenalan. Disembuhkan segala penyakit, diberi kesihatan sempurna, dilanjutkan usia dalam keberkatan.
Dunia : Pekerjaan saya, suami dan harapan kepada masa depan anak-anak. Dipermudahkan urusan. Cita-cita. Pandangan manusia kepada kita. Keselamatan family. Ditutup segala keaiban.
Kewangan : Rumah impian, kereta impian, bebas hutang, financial freedom. Nak bagi apa kepada mak ayah. Nak tolong siapa. Dimurahi rezeki.
Akhirat : Diampunkan segala dosa (sebut senarai nama). Diberi taubat nasuha sebelum mati. Dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhi daripada neraka. Masuk syurga tanpa di hisab. Jadikan keluarga (sebut nama) orang – orang yang soleh, mendirikan solat dan solat di awal waktu.
Macam-macam lagi lah impian dan hasrat yang menggunung tu.
Selepas itu, saya bahagikan.
Solat Subuh : saya doakan khas untuk Dunia. Solat Zohor : Kesihatan Solat Asar : Kewangan Solat Maghrib : Akhirat Solat Isya’ : Himpunan ke empat-empat di atas.
Semakin hari, keinginan, impian dan hasrat sentiasa bertambah. Dan doa menjadi semakin panjang.
Ingat sahaja, tulis. Teringin sesuatu, tulis.
Ada masa banyak, doa semua.
Doa adalah cara perhubungan kita dengan Tuhan. Satu-satunya talian hayat. Makin banyak kita doa dan meminta, makin dekat kita dengan Allah.
Semoga Allah ‘pandang’ kita di dunia dan di akhirat.
Berdoalah. Jangan kita sombong dengan Allah.
Norzi Malek Nasihat ini khasnya untuk saya yang ditegur. Sabtu, 11 Julai 2020. 18 Hari sebelum Hari Arafah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.