Pemergian orang tersayang dalam sekelip mata pasti sukar untuk diterima, terasa seolah-olah dia masih ada di sisi. Namun, ketentuan Ilahi tak siapa boleh menduga. Reda dan anggap ia satu ujian dariNya.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai aimanaico telah memuat naik satu perkongsian mengenai adiknya yang sudah pergi buat selama-lamanya.
Terhantuk kerusi semasa berlari2 di rumah
Menurut Aiman, adiknya, Sofea tidak mengalami sebarang sakit kronik, tetapi meninggal dunia disebabkan terjatuh semasa berlari di rumah dan dahinya terhantuk kerusi kayu. Maklumat tersebut diperoleh ketika post mortem dijalankan setelah Sofea disahkan meninggal dunia.
Ads
Aiman turut memuat naik sekeping lukisan yang dikatakan dilukis oleh arwah adiknya itu.
Dalam pada itu, ramai melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada Aiman dan keluarga.
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pening kepala kan apabila lihat wayar kabel berselirat di dalam laci. Nak nak lagi, waktu itulah kita kalut nak cepat dan susah nak cari dan pilih yang mana satu.
Usah pening kepala, cuba pengurusan kabel yang dikongsikan oleh Dr Hani Mynis ni. Pasti nampak lebih kemas tersusun dan masa di ambil pun tak lama.
#kemasrumahwithhani: pengurusan kabel ✅
Dah lama tak kongsi #tutorialhani kan? So dalam post ini hani kongsi kan langkah demi langkah projek kemas rumah mini hani. Kiranya dalam projek mini macam ni 15 minit boleh siap. Simple-simple sahaja tapi beri impak yang besar dalam pengurusan rumah kita.
Siapa yang di rumah dia ada laci keadaan mcm dalam gambar pertama ni. Gigih sangat hani menyepahkan ruang untuk buat tutorial ni taw haha siapa bersalah ada laci penuh dengan wayar mcm ni baik ngaku. Hahaha rasa nya masalah ni common kot kat kebanyakan rumah. Satu laci penuh dengan wayar segala jenis kabel, charger, usb cord, plug, ear phone, power bank 😂
Bila nak guna mula lah stress bila wayar-wayar tu berselirat melekat antara satu sama lain. Benda nak cepat jadi lambat. Kalau hani memang kurang kesabaran kalau jadi macam ni kalau time nak cepat. Hehe so penyelesaian paling bagus : kita organise benda alah tu. Nak ambil nanti senang je.
Jom tengok langkah demi langkah pada setiap gambar. Langkah demi langkah ni secara umumnya sama sahaja bila kita nak kemas sesuatu ruang. Ulang langkah yang sama.
Hani kongsikan sekali barang yang hani guna untuk penstoran kabel-kabel untuk rujukan. Feel free to ask anything ya.
SEBELUM
Siapa bersalah ada laci serupa gini kat rumah dia hehe jangan risau ni memang normal. Kita tak peruntukan masa untuk uruskan dia mmg jadi gini hehe hani buat ni 15 minit je. 15 minit of hardwork, seumur hidup bahagia bila dah ada sistem.
SELEPAS
Nak amik mudah, tak perlu mencari cari. Tak perlu betulkan wayar berselirat time tu jugak nak guna. Kalau seisi keluarga nak cari pun senang. Tak payah kita buka kaunter pertanyaan. Ada berlabel siap hehe
PERTAMA
Keluarkan semua harta karun. Kosongkan laci. Mesti kena keluarkan semua. Longgokan kat satu tempat. Dalam langkah pertama ni selalunya ada dua cara iaitu
1. Keluarkan semua dulu. Longgok satu tempat. (Hani guna cara ini).
2. Keluarkan satu-satu. Sambil keluarkan sambil sorting (asingkan). Ini selalu hani guna kalau kemas baju , buku, peralatan dapur. Lebih praktikal cara ini. Lagi cepat.
Untuk uruskan kabel2 wayar ni hani guna cara 1 sebab lebih praktikal. Lambat nak keluarkan satu satu dengan wayar berselirat .KEDUA
Baru sorting ikut kategori. Longgokan besar tadi kita pecahkan kepada longgokan kecil mengikut kategori. Kita deal ikut kategori.KETIGA
Contoh hani buat kategori pertama dulu iaitu EARPHONE. Masa ni hani buat proses sisihan iaitu hani asingkan mana yang masih elok mana yang sudah rosak. Kena test satu-satu earphone.KEEMPAT
dah berjaya asingkan yang rosak dan yang masih elok. Yang rosak boleh terus buang.
KELIMA
Sekarang kita uruskan wayar2 kabel2 yang kita dah leraikan satu-satu tadi supaya dia tak berselirat balik antara satu sama lain. Hani guna Velcro tape ni je. Hani suka yang ni sebab panjang nya kita boleh adjust. Just potong ikut keperluan. Ada hani kongsi screenshot shopee. Scroll smpi habis post ya.Ha kan kemas tu.KEENAM
Sekarang hani nak buat proses SUSUN ATUR pula. Bagi hani langkah ni paling tricky. Pemilihan bekas penstoran sangat penting. Dari segi saiz, bentuk, warna, praktikaliti. Kalau style hani memang hani ukur sebelum beli. Hani guna teknik template surat khabar yang hani dah pernah share dulu. Supaya dapat bekas yang ngam ngam dengan ruang. Hani guna bekas untuk simpan cabel dari Shopee. Hani ada kongsi screenshot juga dalam post ni. Scroll sampai habis ya. Yang bekas ala2 akrilik tu beli di ECO sahaja. RM2.10.
Masuk kan kabel yang kita dah ikat kemas dalam bekas yang kita dah pilih tadi. Hani suka bekas ni sebab penutupnya attach dengan bekas. So kes nak hilang penutup jadi kurang.
KETUJUH
Masih dalam proses susun atur iaitu melabel. Melabel ni langkah paling akhir dan paling penting dalam proses susun atur. Kalau tak label boleh dikatakan proses susun atur yang kita buat dari awal tadi sia-sia. So pastikan label ya. Kalau tak label mcm kita sediakan rumah tapi tak ada alamat. Susah nak maintain sistem susun atur yg kita dah buat.
Hani guna label maker niimbot. Ni baby baru hani. Hahaha untuk label addict macam hani disarankan beli.
KELAPAN
sekarang kita nak susun balik bekas penstoran dalam rumahnya kan? Tadi kita dah keluarkan semua barang dalam laci ni. So mesti ada habuk-habuk yang tinggal. Kena bersih laci. Ini Step pembersihan.
Memiliki rumah sendiri sering menjadi impian besar dalam kehidupan, khususnya buat anak muda yang sedang membina masa depan. Bagi penyanyi berbakat besar, Amir Masdi, impian itu akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau berjaya memiliki rumah pertamanya yang bernilai hampir RM1 juta pada tahun 2025.
Pencapaian ini bukan sahaja melambangkan kejayaan material, malah mencerminkan kematangan Amir dalam merancang masa depan serta mengurus kewangan secara berdisiplin.
Menurut laporan Berita Harian, Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 30, menyifatkan pencapaian ini sebagai antara kejayaan paling bermakna dalam hidupnya.
Kejayaan tersebut bukan sahaja hasil usaha sendiri, malah turut didorong oleh sokongan dan doa keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam setiap langkah kehidupannya sebagai anak seni.
Di sebalik kejayaan Amir Masdi miliki rumah pertama, perjalanan untuk memiliki kediaman sendiri bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun mempunyai simpanan mencukupi, beliau berdepan cabaran apabila tidak mempunyai sebarang rekod kredit, sekali gus menjejaskan kelulusan pinjaman perumahan.
Menurut Amir, pihak bank memaklumkan bahawa ketiadaan komitmen kewangan sebelum ini menyukarkan penilaian kelayakan pinjaman. Atas nasihat yang diterima, beliau mengambil keputusan membeli sebuah kenderaan terlebih dahulu bagi membina skor kredit.
Langkah tersebut memerlukan kesabaran dan disiplin dalam mengurus bayaran bulanan, namun akhirnya membuka jalan untuk Amir merealisasikan impian memiliki rumah sendiri.
Sebagai hartanah pertamanya, Amir memilih sebuah rumah teres jenis superlink yang terletak di Puncak Alam. Kawasan ini dipilih kerana suasananya yang lebih tenang dan selesa, sesuai untuk gaya hidup seimbang serta nilai kekeluargaan yang dititikberatkan olehnya.
Pada masa sama, lokasi tersebut juga strategik kerana mempunyai akses mudah ke Damansara, tempat studio rakaman dan pejabat pengurusannya beroperasi. Ini membolehkan Amir mengurus kerjaya seni dengan lebih teratur tanpa mengabaikan masa bersama keluarga.
Menariknya, Amir masih belum berpindah masuk sepenuhnya ke rumah berkenaan. Buat masa ini, beliau memilih untuk terus tinggal bersama keluarga, manakala kediaman baharunya digunakan sebagai ruang kerja dan hab kreatif.
“Selagi belum berkahwin dan belum ada komitmen besar, saya mahu luangkan masa bersama keluarga. Sekurang-kurangnya saya sudah memiliki rumah sendiri sebagai aset untuk masa depan,” katanya.
Keputusan ini mencerminkan keutamaan Amir terhadap institusi keluarga serta kematangan dalam mengatur kehidupan, tanpa tergesa-gesa mengejar keselesaan peribadi semata-mata.
Mengulas tentang kepentingan pemilikan aset, Amir menegaskan bahawa perancangan kewangan bukan hanya penting untuk artis, malah untuk semua individu tanpa mengira bidang pekerjaan.
Menurutnya, kerjaya dalam bidang seni hakikatnya sama seperti bekerja sendiri, yang memerlukan perancangan jangka panjang, disiplin menyimpan serta kebijaksanaan mengurus kewangan.
Bagi ibu bapa, kisah Amir Masdi miliki rumah pertama ini menjadi contoh bahawa sokongan moral dan nasihat yang betul mampu membantu anak-anak membuat keputusan penting dalam hidup.
Manakala bagi anak muda, kejayaan Amir membuktikan bahawa dengan disiplin, kesabaran dan sokongan keluarga, impian memiliki rumah sendiri bukan sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan.
Dapur adalah ruang menyimpan segala khazanah yang digemari oleh kaum ibu terutama sekali barangan atau bahan yang berkaitan masakan. Tidak hanya periuk belanga, pinggan mangkuk, ada juga rempah ratus dan bahan basah. Tuppaware, juga antara koleksi yang wajib ada dan digemari oleh orang perempuan dan ada di dapur.
Kalau setiap bulan membeli, lama-lama dapur penuh dengan pelbagai corak dan bentuk tuppaware sehinggakan tiada ruang nak menyimpan.
Saudara Izat Akmal kongsikan cara buat rak menyimpan tuppaware dengan kombinasi besi dan kayu. Nampak menarik, kemas dan cantik.
Assalam, siap rak tupperware wife.. Tk pandai tp berani cuba.. Ni projek ke 3 wife suh buat utk rumah sendiri.
Bahan-bahan
Besi hollow Papan heveaboard Tinggi 8×8 Cat mahogany
Jaring besi (diamond mesh) harga RM90, sekeping 4x8kaki.
Saya memang zero. Saya tengok youtube, join fb group-group welding, tanya-tanya orang. Mesin ni pun beli bulan 3 awal pkp dulu. Tapi kena yakin dan berani cuba.
Sangat2 suke dgn kombinasi besi dan kayu.. Alhamdulillah,siap jgk walaupun seminggu lbh
Elehhh tipulah kalau org pompuan tk suke ada rak khas utk tupperware dia.. risau plak tupperware dia beranak pinak nnti.. kang kena tambah lg rak..huhu
Habis dalam RM800 lebih, modal besi dan kayu cat barang-barang pun tak habis guna sebab tak boleh beli sikit-sikit hehe,simpan je untuk next projek.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.