Selepas melahirkan anak, pastinya akan ada yang menyarankan untuk anda mengamalkan pemakaian bengkung bersalin. Namun adakah ia boleh mendatangkan manfaat atau lebih kepada mudarat?
Apa sebenarnya bengkung bersalin?
Secara mudahnya bengkung bersalin ini adalah produk yang dililitkan di pinggang untuk memberikan sokongan kepada badan selepas melahirkan anak.
Umumnya, terdapat pelbagai jenis produk bengkung yang berbeza di pasaran. Berikut adalah variasi bengkung yang sering digunakan di negara Barat, seperti:
#Belly wrap
Merupakan bengkung elastik lebar yang boleh dilaraskan dan akan menutupi badan daripada tulang rusuk sehingga ke bahagian atas pinggul. Ia memberikan tekanan pemampatan lembut.
#Abdominal compression binder
Bengkung ini adalah antara alat perubatan yang direka untuk dipakai selepas pembedahan pada abdomen.
Ia memberikan tekanan pemampatan sederhana sehingga kuat yang boleh dilaraskan (velcro) mengikut kesesuaian.
Walaupun ia tidak dikhususkan untuk penggunaan wanita selepas bersalin, tetapi masih ada yang memilih untuk menggunakannya.
#Waist trainers/cinchers
Juga merupakan bengkung lebar boleh dilaraskan yang merangkumi bahagian tengah badan – dari bawah dada sehingga ke bahagian atas pinggul.
Jenis bengkung ini biasanya digunakan oleh golongan selebriti. Ia diperbuat daripada bahan getah atau bahan lain dan berkemungkinan mengandungi plastik atau logam.
Tujuan pemakaiannya adalah bagi mengurangkan ukuran pinggang secara drastik dan menawarkan pemampatan lebih kuat.
Ads
#Korset
Terdapat dalam pelbagai bentuk, ukuran, gaya dan tahap pemampatan yang berbeza. Namun, kebanyakannya dianggap untuk membentuk badan agar tampak lebih menarik.
Itu adalah jenis bengkung yang digunakan di Barat. Bagaimana pula jenis bengkung bersalin yang terdapat di Malaysia?
Terdapat beberapa pilihan bengkung daripada tradisional sehingga moden seperti:
Bengkung tradisional bertali
Bengkung lilitan jawa
Bengkung tali zig zag
Bengkung bertali/barut
Bengkung sarung moden – tube
Bengkung moden – velcro
Pastinya setiap jenis produk bengkung mempunyai fungsinya yang tersendiri dan dapat membantu pemulihan selepas melahirkan anak.
Tetapi perkara paling penting adalah untuk memastikan ia sesuai dan dicipta khusus untuk membantu wanita pulih selepas bersalin sama ada secara normal mahupun pembedahan.
Ini kerana jika anda menggunakan produk yang salah, ia boleh menyebabkan kesakitan dan berisiko mendatangkan bahaya.
Ads
Manfaat pemakaian bengkung bersalin
Fungsi utama membalut perut anda selepas bersalin adalah untuk memberikan sokongan dan menyelaraskan bahagian tersebut agar organ dan otot abdomen dapat menjalankan tugasnya dengan baik.
Ia juga membantu mengatasi masalah kulit mengelebeh dan regang serta memberikan tekanan ringan untuk mempercepatkan pengecutan rahim.
Bagi ibu mengandung yang menjalani pembedahan caesarean, penggunaan bengkung dapat mengurangkan tekanan pada luka dalam proses penyembuhannya.
Pemakaian bengkung bersalin mungkin dapat mengurangkan kesakitan, memudahkan pergerakan, menstabilkan dasar pelvis dan membantu menyembuhkan diastis rektum – keadaan selepas kehamilan biasa di mana otot-otot abdomen terpisah.
Berdasarkan kajian, pemakaian bengkung juga dapat membantu wanita bangun dan berjalan lebih jauh.
Dalam penyelidikan lain pun mendakwa bahawa bengkung yang dipakai dapat mengurangkan kesakitan dan pendarahan selepas menjalani pembedahan C-Sec.
Bagi wanita yang mempunyai masalah estetika – berkaitan penampilan fizikal, sudah pasti pemakaian bengkung dapat membantu anda untuk tampak lebih langsing dan mengembalikan bentuk badan seperti sebelum hamil lebih cepat.
Jadi adakah ia bermakna pemakaian bengkung selepas melahirkan anak membawa manfaat seperti mengurangkan berat badan?
Ads
Bengkung bantu kurangkan berat badan?
Sememangnya ada yang mengatakan bengkung bersalin dapat membantu mengurangkan berat badan.
Namun, menurut pakar kesihatan wanita, dakwaan bahawa bengkung dapat mengawal pengekalan air dan mengurangkan berat badan tidak dapat dibuktikan secara perubatan.
Pun begitu, kebanyakan ibu selepas bersalin yang mengamalkan penggunaan bengkung ini menyatakan mereka kehilangan berat dengan lebih cepat.
Tetapi keadaan itu mungkin disalah ertikan dengan penyingkiran semua cecair kehamilan tambahan sebagai penurunan berat badan.
Walau apapun, jika pemakaiannya dapat membantu mengurangkan kesakitan sehingga membolehkan anda bergerak lebih aktif, pastinya secara tidak langsung ia membolehkan penurunan berat badan berlaku.
Tidak sesuai untuk semua
Walaupun bengkung sekadar produk yang dipakai pada bahagian luar badan, namun bukan semua wanita boleh memakainya selepas bersalin.
Ini terutamanya bagi mereka yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan, khususnya pada luka bahagian czer atau mengalami komplikasi kehamilan atau kelahiran lain seperti preeklampsia atau amnionitis.
Pokok pangkalnya, jika penggunaan bengkung bersalin dapat memberikan keselesaan dan sokongan tambahan, anda bebas untuk memakainya.
Semakin usia meningkat, semakin banyak penyakit yang mula menyerang kita secara perlahan-lahan. Mata yang sudah mulai rabun antara gejala utama penuaan semakin menghampiri kita. Kajian membuktikan 30 peratus daripada rakyat Malaysia menghidapi masalah ini.
Pun begitu masalah mata rabun bukanlah tanda utama masalah penuaan. Mata yang mula rabun biasanya disebabkan oleh beberapa perkara.
Antara penyebab masalah ini adalah melihat skrin komputer berlebihan, melihat objek bercahaya pada jarak yang sama, membaca sambil baring dan membaca dalam gelap. Itu sebahagian penyebab yang paling dekat dengan persekitaran kita.
Sebenarnya hal ini boleh dielakkan sekiranya kita pandai menjaga kesihatan mata kita. Beri ruang untuk mata kita bernafas sekali sekala. Pun begitu amalan petua tradisional pula janganlah kita lupa. Ini petua yang anda boleh cuba untuk pulihkan masalah rabun
anda. Jom cuba.
Ambil Jus Lidah Buaya
Salah satu usaha mujarab untuk memulihkan rabun adalah dengan mengamalkan jus daripada pokok lidah buaya. Ini bahan yang diperlukan untuk mengubati mata anda yang rabun.
Bahan-bahan:
100gm lidah buaya -kisar dan ambil jusnya sahaja
500gm kacang walnut -yang sudah ditumbuk
300gm madu
2-3 hiris buah lemon
Caranya:
1. Cuci dulu semua bahan-bahannya.
2. Buat dulu jus lidah buaya dengan sukatan 100 gram.
3. Campurkan jus lidah buaya, walnut, madu, dan lemon yang sudah ditumbuk ke dalam mesin pengisar.
4. Kisar hingga hancur dan sebati.
5. Bolehlah terus diminum.
Minum 3 kali sehari dengan sukatan 1 sudu makan sebelum makan. Lebihannya boleh disimpan di dalam peti ais. Amalkan rutin ini selama 10 hari atau sehingga penglihatan makin baik.
Ramuan ini juga tidak hanya bermanfaat bagi kesihatan mata, tapi juga bermanfaat untuk kesihatan tubuh kamu. Jika rutin ini ada kesannya pada anda, hentikan pengambilannya dan rujuklah pada doktor. Itu yang sebaiknya bagi mencegah mata anda yang mulai rabun.
Selamat mencuba!
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah kulit kering mungkin bukan satu masalah yang besar bagi yang tak mengalaminya. Namun bagi mereka yang mengalami masalah ini, kulit kering ‘bersisik’ dan adakalanya berpeta-peta terutama di bahagian kaki dan betis sentiasa menjadi satu masalah.
Malu jika kain yang dipakai terselak sehingga menampakkan ‘peta-peta’ ini, jadi satu masalah paling besar buat semua wanita.
Tak hanya bersisik, kulit kering juga sentiasa buat kulit nampak kusam, pucat, kedut dan tidak segar.
Sebenarnya kulit kering dan bersisik ini berpunca dari pemakanan dan juga keadaan cuaca yang tidak sihat. Jadi bagaimana atasi kulit kering dan cepat berkedut? Ini caranya:
1. Lebihkan makan ikan
Menurut laman web WebMD, kena banyak makan ikan. Lebih-lebih lagi ikan salmon kerana kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang membantu keanjalan kulit sekali gus mengelakkan kedutan pada kulit. Bagi yang tak makan ikan, boleh amalkan minyak ikan setiap hari. Membantu!
2. Amalkan soya
Soya dikatakan mampu merawat masalah kulit terutama kulit kering. Malah ia juga merawat kulit yang rosak akibat sinaran matahari terik.
3. Pilih Koko
Jangan anda sentiasa pilih teh dan kopi apa kata tukar kepada coklat atau koko. Ia Mengandungi antioksidan, malah koko membantu pengaliran darah dalam badan dan mengatasi masalah kurang air sekali gus menjadikan kulit sentiasa lembap.
4. Tolong guna pelembap
Sila gunakan pelembap kulit atau losyen untuk elakkan kulit lebih kering jika terdedah kepada matahari. Ini penting.
5. Jangan Berkerut
Mengerutkan muka atau mengecilkan mata apabila memandang objek jauh buat kulit tegang. Tanpa kita sedar, kulit di tepi dan bawah mata ditarik dengan paksa dan apabila kerap dilakukan, terjadinya kedutan. Jika anda mengalami masalah mata, jumpa doktor atau dapatkan kaca mata.
6. Guna produk penjagaan mengandungi AHA dan Vitamin C
Asid semula jadi ini membuang sel-sel mati pada lapisan luar kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan kulit terutamanya di bahagian bawah mata manakala vitamin C melindungi kulit daripada sinaran UVA serta UVB.
7. Mandi Susu
Sentiasa amalkan mandian susu dan sauna herba juga salah satu cara melembapkan kulit dan sekaligus mengatasi masalah kulit kering dan bersisik. Kulit jadi lembap sentiasa, malah lebih halus dan gebu.
8. Guna pencuci muka gel
Biasanya pencuci muka jenis ini mengandungi agen pelembap yang apabila digunakan, melembapkan kulit dan mengelakkan kehilangan minyak semula jadi pada kulit.
9. Elak jemur bawah matahari terik
Sinaran matahari memang elok untuk kulit namun elak menerimanya berlebihan kerana ia boleh merosakkan kulit dan menghasilkan garisan-garisan halus yang boleh menyebabkan kedutan.
10. Minum air kosong
Sumber terbaik agen pelembap kulit. Amalkan minum air dengan banyak dalam satu hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila sebut sahaja Laici Kang pasti ramai antara kita mengetahui bahawa ianya adalah minuman yang baik untuk menyejukkan badan dan ianya merupakan antara menu yang digemari ramai.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya pilihan dan campuran bahan-bahan yang digunakan di dalam menyediakan minuman berkhasiat ini juga turut memberi kesan kepada rahsia kecantikan seseorang.
Hal ini dikongsikan oleh Leynz Dheartie dan semoga memberi manfaat untuk semua.
Rahsia cantik,Rahsia amik hati mertua & Rahsia banyakkan air susu ibu
“Disebabkan esok mak mertua i nak datang, so kita buatkan lai chi kang sbb tu pebret dia. Kena la pandai amik hati mertua lagipun mak bagitau dia sakit tekak dan batuk sejak balik Haji haritu.
Lai chi kang ni kalau minum kat kedai mau RM3.50-RM5.50 semangkuk.So baik la buat sendiri, boleh bermangkuk-mangkuk kita hadap kat umah. Lagipun, kandungan bahan rebusan ni ada rahsia utk cantik, tegangkan kulit dan muscle, moistkan kulit dsb.
Tak caya? Pegi la tanya kat kedai sinsee konpem dia akan bagitau rahsia semua bahan tu.
Buat lebih pastu simpan dlm fridge. Nak minum panas @ sejuk pun best gilerrr.”-Leynz Dheartie
Setiap bahan tu ada kebaikan dan uols gugel la yg konpem mmg bagus utk :
-sejukkan badan (bukan sejukkan hati yang panas tau) -cantikkan kulit (korang kan suka yang shantek2) -lancarkan darah -merahkan muka (kot jadi macam afiyah si pipi merah) -dalaman wanita -stabilkan mood korang yang asyik moody -BANYAKKAN AIR SUSU IBU -anjalkan tubuh badan dsb…
Bahan-bahannya :
Cara penyediaan:
White fungus + red dates rendam semalaman.
Kemudian rebus dengan semua bahan lain kecuali goji berry.
Masukkan goji berry selepas semua bahan kembang, kemudian tutup api.
Berapa banyak nak letak tu, pepandai la i mmg tak penah ada sukatan.. ikut suka hati sendiri jer..Jomm arr cuba buat, syok minum panas @ sejuk.. bahan pun mudah nak dapat..Yang lelain boleh cari kt kedai ubat cina @ sinsee @ family store @ memana pasaraya..
sumber : Leynz Dheartie Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di