Pelawak Bell Ngasri mencipta sejarah manis apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABPBH35) yang berlangsung di Istana Budaya, di sini pada malam Jumaat.
Bell atau nama sebenarnya Ngasrizal Ngasri cukup sinonim dengan watak Barkoba dalam telefilem 16 Puas itu turut memenangi kategori Artis Komedi Popular.
Ternyata kempen besar-besaran yang dilakukan bintang berusia 43 tahun itu membuah hasil dengan kemenangan tersebut.
“Saya adalah orang yang pernah cakap tak perlu populariti. Saya tak bergantung kerana populariti dan masih di sini setelah 37 tahun.
“Saya hanya membawa watak kecil. Kalau di majlis (anugerah), saya perlu hiburkan orang ketika iklan. Tapi saya percaya ada orang yang minat,” ucapnya di pentas kemenangan.
Bell turut mendedikasikan kemenangan ini buat ibunya, Habibah Jaafar dan sutradara tersohor, Allahyarham Mamat Khalid.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada emak daripada saya enam tahun, bawa angkut naik bas mini bagi susu dalam bas dan suruh berlakon.
“Sebenarnya ini permintaan dia juga untuk tengok anaknya jadi pelakon. Begitu juga watak Barkoba, terima kasih arwah Mamat Khalid,” katanya ketika mengambil trofi kemenangan.
Dalam pada itu, semasa berlangsungnya sidang media, Bell sekali lagi membuat ucapan khas buat ibunya yang selama ini tidak pernah lepas menyuruhnya berlakon dah berbuahkan hasil.
“Sepanjang 37 tahun saya dalam bidang ini, saya rasa akhirnya berbaloilah dengan apa yang saya buat selama ini. tak sia-sia saya dengar kata mak saya suruh berlakonlah sampai ke sudah.
“Berlakon la kau sampai bila-bila Bell, tak payah kau buat kerja lain. Saya nak belajar bidang lain disuruhnya berlakon juga. Tapi alhamdulillah impian ibu saya lah yang nak saya hargainya dengan inilah dia bintang paling popular.
Ads
“Mak saya hari ni pun menangis lagi. saya demi Allah saya tak tipu, apa saya cerita mak saya yang sebelum ni 5 hari dia menangis, betul, hari ni lagi pun dia menangis. Sampai saya untuk hari ni saya tak nak menangis saya tahan diri saya tapi ye la kadang2 xboleh nak tahannya.” katanya.
Sementara itu, Anugerah Khas Ekspresi Legasi Seni ABPBH 35 telah diberikan kepada Tan Sri Michelle Yeoh.
Bintang popular, Yuna pula diangkat sebagai penerima Anugerah Eksplorasi Seni ABPBH 35.
Di bawah keputusan penuh ABPBH 35 yang berlangsung di Istana Budaya pada malam Jumaat:
● BBNU LELAKI POPULAR – Amir Ahnaf
● BBNU WANITA POPULAR – Anna Jobling
Ads
● PENYANYI LELAKI POPULAR – Khai Bahar
● PENYANYI WANITA POPULAR – Aina Abdul
● ARTIS KOLABORASI/DUO/BERKUMPULAN POPULAR – Dolla
● AKTOR FILEM POPULAR – Beto Kusyairy
● AKTRES FILEM POPULAR – Sophia Albarakbah
● AKTOR TV POPULAR – Meerqeen
● AKTRES TV POPULAR – Anna Jobling
Ads
● PENYAMPAI RADIO POPULAR – Tyzo
● PENGACARA TV POPULAR – Elly Mazlein
● ARTIS KOMEDI POPULAR – Bell Ngasri
Selain 12 anugerah utama, tujuh lagi kategori Ekstra ialah:
● COUPLE TV POPULAR – Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
● COUPLE FILEM POPULAR – Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)
● DRAMA POPULAR – Melur Untuk Firdaus
● LAGU PALING BOOM POPULAR – Terus Hidup (Aina Abdul)
● CONTENT CREATOR POPULAR – Alieff Irfan
● TIKTOKERS POPULAR – Sally Whoo
● LAWAK VIRAL POPULAR – Syahmi Sazli, Hasif dan Yoe Parey
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebab Dipinang Ketika Masih Belajar, Ustaz Amal Baca Yassin 40 Hari Dan Solat Istikharah.
Ungkapan “Bercinta Selepas Nikah” sudah tidak asing lagi dalam masyarakat yang kemudian penghujungnya menjadi sebuah cinta yang bahagia.
Baru-baru ini Majalah Keluarga telah memaparkan perkongsian Ustazah Asmak Husin yang meminang suaminya ketika masih belajar. Membuktikan bahawa tidak salah jika seorang wanita itu dulu yang ‘approach’ lelaki. Malah usia perkahwinan pasangan ini telah 20 tahun dan dikurniakan zuriat penyeri rumahtangga.
Terbaru melalui perkongsian di facebook, suami kepada Ustazah Asmak Husin pula berkongsi bagaimana dia menerima pinangan daripada wanita semasa bergelar pelajar.
Inilah yang dikatakan jodoh itu rahsia Allah. Seterusnya ikuti pendedahan suami pendakwah bebas ini bahawa keputusan yang dibuat bukan sebarangan tetapi dengan amalan tertentu.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Pengalaman ustaz di “approach” ustazah Asmak Husin”
Disebabkan cerita ustazah Asmak viral semalam. Harini ustaz pula dipaksa staf untuk tulis pengalaman di approach ustazah.
Tak tahu lah nak mula dari mana sebab memori orang lelaki ni “short term” bukan long term seperti perempuan.
Awalnya saya tak pernah berhasrat untuk berkahwin muda dan tak terlintas langsung nak kahwin semasa belajar.
Satu hari saya membaca buku tentang tokoh pemikir Islam, terjumpa satu kata-kata ulamak yang menyedarkan saya tentang pentingnya untuk berkahwin.
Tulisnya:
“Lelaki mesti berkahwin, kerana kelebihan lelaki kahwin awal akan menjadikan hidupnya lebih bertanggungjawab dan ada hala tuju yang jelas”
“Dengan perkahwinan kita dapat mencetak generasi pejuang dakwah rasulullah”.
Dari situlah saya mula sedar pentingnya lelaki untuk berfikir serius tentang perkahwinan.
Tapi tak ada lah sampai saya segera mencari calon.
Ketika saya tahun 3 di Universiti Malaya. Adik ustazah telefon saya untuk sampaikan hasrat kakaknya.
Saya memang dah lama kenal ustazah kerana kami satu persatuan anak negeri Kelantan.
Awal tu saya konfius juga nak terima ke tak.
Sebabnya antara ciri-ciri idaman saya bukan isteri dari bidang pengajian agama.
Saya nak cari bidang lain supaya mudah “blend” dengan keluarga saya yang biasa-biasa.
Tapi bila saya fikir balik, saya perlu isteri yang faham agama. Kerana isteri lah yang akan menjadi pendidik kepada anak-anak saya nanti agar mereka dapat menyambung rantai perjuangan dakwah Rasulullah.
Jadi untuk meyakinkan hati yang masih berbolak balik, saya amalkan baca yasin selama 40 hari dan solat istikharah.
Ini bukan amalan nabi. Hanya amalan tok guru dan orang lama-lama untuk dapatkan keyakinan hati.
Bagi saya soal perkahwinan ini isu besar. Yang menentukan masa depan kita & perjuangan Islam. Sebab itu memang minta sungguh2 petunjuk dari Allah dan minta juga nasihat tok saya.
Alhamdulillah akhirnya kami disatukan. Pejam celik dah lebih 20 tahun kahwin. Petang semalam meraikan ulang tahun anak sulong kami yg ke 20.
Semoga sedikit perkongsian ustaz dapat dijadikan panduan & inspirasi buat anak muda lelaki di luar sana untuk serius berfikir soal perkahwinan.
Terasa hebat pula sekiranya kita mak-mak ni dapat praktiskan menanam menggunakan teknik hidroponik ini. Maklumlah, biasanya bercucuk tanam mesti dilakukan di atas tanah.
Untuk lebih jelas, ayuh fahami cara yang dikongsikan oleh IEza. Jom Semak.
ni cara saya.
Cara menanam pokok kesum dengan kaedah hidroponik.
1. Sediakan batang pokok kesum yang dah matang dan air.
2. Rendam batang kesum di dalam air selama 5-7 hari. Dan bungkus dengan plastik supaya daun kesum tidak layu dan cepat berakar (Letak tepi tingkap pun ok) tak perlu bawah panas terik matahari.
3. Hasil setelah rendam 5 hari. Keluar akar sampai ke atas.
4. Sediakan botol terpakai, potong dua. Bahagian bawah letak air. Bahagian atas, di muncung botol letakksn span aquarium.
5. Cucuk batang kesum tadi ke dslam botol yang telah di isi tanah hitam.
6. Tadaaa…Hasil selama 2 bulan. Akar penuh pada span. Pokok pun susah mati kerana dapat bekalan air yabg cukup. Letak baja dalam air.
Last sekali potong akar 3 bulan sekali bahagian bawah. Supaya pokok kesum sentiasa keluar akar baru. Pokok kena rajin-rajin trim ye.
Selamat mencuba
Ekstra info:
Bila pokok dah besar dan penuh dalam botol boleh alih kepada pasu yang lebih besar. (Bahagian bawah tutup lubang pasu)
Saya guna baja organic+kulit telur+ ezigrow
Medium Tanah:Tanah hitam yang dijual di nursery.
Sumber : IEza Liey via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kemelut rumah tangga pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Fazura yang bakal terjawab pada Oktober ini membuatkan ramai yang terus ternanti-nanti.
Namun ucapan hari lahir keduanya buat satu-satunya cahaya mata mereka, Nur Fatima Aisya yang berusia empat tahun hari ini menarik perhatian ramai malah mengundang sebak wargamaya.
Menerusi Instagramnya, Fattah memuat naik video ketika sedang melayani Fatima menyanyi malah meluahkan rasa rindunya. Pastinya momen indah yang tidak mampu diputarkan masa semula.
“Selamat hari lahir anakku Nur Fatima Aisya Binti Abdul Fattah.
“Semoga membesar sihat menjadi anak yang solehah, bijak pandai, sihat walafiat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah S.W.T.
“Daddy misses you 💙 @fattzuralovelife,” tulis Fattah ringkas.
Namun perkongsian video nyanyian bersama Fatima itu menyentuh hati ramai. Apa lagi melihat keletah Fatima yang cukup comel dan petah.
Tidak hanya Fattah, bahkan Fazura juga turut memuat naik video Fatima ketika masih kecil hingga kini berusia empat tahun. Banyak momen manis dan keletah comel Fatima yang dimuat naik sebagai kenangan.
Baik Fattah mahupun Fazura, keduanya mendoakan moga perjalanan anak kecil ini sentiasa dalam rahmat Allah SWT.
“Syukur Alhamdulillah. Genap hari ini anakanda ku Nur Fatima Aisya mencapai umur ke 4 tahun.
“Fatima sayang, I have prayed for you before you were born and I will continue to pray for you for the rest of my life. Fatima anak yang baik.
“Walaupun tahun ini mommy tak dapat throw you the biggest private parties like I have in the past, but rest assured that I love you more than words can ever describe. Bersyukur sentiasa wahai anakku sayang di dalam apa saja keadaan dan selalu lah berterima kasih kepada Allah SWT dan hargai semua orang yang menyayangi mu,” tulis Fazura menerusi kapsyennya.
Apa yang membuatkan wargamaya turut tersentuh hati pastinya ucapan manis buat keduanya buat anak yang cukup disayangi mereka.
Wargamaya tidak hanya mengucapkan ucapan hari lahir buat Fatima namun turut mendoakan agar keluarga kecil ini dapat bersatu kelak.